Saturday 30 July 2011

PRU-13: TIDAK BERLAKU DALAM TAHUN 2011

Yelaaa.Com - Post#14


PRU-13: TIDAK BERLAKU DALAM TAHUN 2011
HANYA DI ADAKAN SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
  • Pada hari Jumaat 29hb July 2011 Presiden Umno mengumumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO akan di adakan pada antara 29hb November 2011 hingga 3hb Disember 2011 - Baca Sini
  • Langkah ini untuk membolehkan Ketiga-Ketiga Sayap Utama UMNO untuk melakukan Pemilihan PEMIMPIN
  • Sebagai Langkah untuk Menguatkan dan Mengukuhkan kedudukan Pemimpin Parti di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
INI MEMBAWA MAKSUD BAHAWA
  • PILIHAN RAYA UMUM Ke-13 Tidak Akan di lakukan di dalam Tahun 2011 seperti yang di Spekulasikan oleh Orang Ramai.
  • Kerana UMNO sebagai Parti PENERAJU KERAJAAN perlu untuk Mendapatkan MANDAT BAHARU di dalam Parti yang kini menghadapi pelbagai Permasaalahan Dalaman yang agar serius.
  • Dan Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak terpaksa AKUR kepada DESAKAN dari dalam Parti untuk melakukan Pemilihan Pemimpin sebelum PRU-13 di lakukan yang telah Tertangguh dari Tahun 2010.
MENGAPA PRESIDEN UMNO DI DESAK MENGADAKAN PERHIMPUNAN AGUNG
PERTAMA
  • Ramai Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah MERASAKAN BAHANG daripada TENTANGAN RAKYAT terhadap Kepimpinan Pentadbiran Najib Razak
  • Yang telah wujud Penentangan nya dari Tahun 2009 lagi sehubungan dengan Ketidak-bijaksaan beliau sebagai seorang Perdana Menteri di dalam Mentadbir & Mengurus Negara
  • Seperti Dasar-Dasar Penarikan SUBSIDI terhadap BAHAN UTAMA iaitu Minyak Petrol, Gas Memasak, Tarif Letrik, Gula, Tepung, Susu yang menyebabkan KENAIKAN BESAR HARGA yang menjejaskan Ekonomi Rakyat Umum
  • Yang juga menjadi Penyebab kepada kenaikan Harga-Harga Barangan Pengguna Asas yang lain di seluruh Negara.
KEDUA
  • Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia di lihat oleh Orang UMNO sendiri sebagai Tidak Konsisten di dalam Pemilihan Dasar-Dasar Kerajaan mengenai Ekonomi dan Politik Negara
  • Yang bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Negara tetapi telah banyak Mengaibkan Reputasi Parti UMNO itu sendiri sebagai Sebuah parti yang Cukup GAH dalam Sejarah Malaysia.
  • Dimana Dasar-Dasar Ekonomi Pentadbiran Najib Razak Tidak Seimbang di dalam Semua Sektor Industri Negara dan Tidak Memanfaatkan Warga UMNO itu sendiri dari segi Pengagihan Kontrak-Kontrak Kerajaan seperti di dalam Pentadbiran Tun Dr Mahathir.
  • Kerana banyak Campur-Tangan dan Monopoli daripada isteri beliau sendiri terhadap Hal Ehwal Ekonomi Negara dan Pentadbiran Kerajaan.
KETIGA
  • KEGAGALAN Pentadbiran Najib Razak untuk menyatu-padukan semua Parti-Parti Komponen terhadap Tindakan Beliau di dalam menangani Kes PERHIMPUNAN BERSIH 2.O.
  • Dimana Kebanyakan Pemimpin Parti-Parti Komponen di lihat "Menjauhkan Diri" mereka untuk Terlibat secara langsung di dalam PENENTANGAN yang di lakukan oleh Pentadbiran Najib Razak terhadap Rakyat Umum.
  • Dan jika wujud Sokongan daripada Pemimpin-Pemimpin Parti Komponen, Sokongan mereka di lihat seperti "Melepaskan Batuk Di Tangga" dan tidak wujud Pemimpin dari Parti Komponen yang 100% Menyokong Tindakan tersebut.
KEEMPAT
  • Pentadbiran Najib Razak juga di lihat MENERIMA TEKANAN ANTARABANGSA di dalam CARA Pentadbiran beliau menangani ISU BERSIH 2.O yang di anggap Tidak Berdemokrasi dan Keterlaluan.
  • Ini dapat di lihat daripada Amanat-Amanat yang di berikan oleh Kerajaan Britain dan Ratu Elizabeth, juga daripada Vatican (Holy See) yang lebih cenderung untuk "Menasihatkan" Pentadbiran beliau untuk lebih Liberal di dalam mengambil Tindakkan terhadap Rakyat Malaysia yang Berbilang Kaum dan berbilang Agama.
  • Walaupun Berita-Berita mengenai "Ketidak-Senangan" Pemimpin Dunia terhadap Pentadbiran Najib Razak telah DI SEMBUNYIKAN" daripada pengetahuan Rakyat Umum Tetapi Berita-Berita tersebut maseh boleh di dapati dan di baca melalui pelbagai Media yang Tidak Dapat Di Kawal oleh Kerajaan yang Memerintah.
KELIMA
  • Kes-Kes Skandal yang melibatkan Presiden UMNO selaku Menteri Pertahanan di dalam Pembelian Kapal Selam ATM yang melibatkan RASUAH, PENIPUAN dan KES PEMBUNUHAN telah merosakkan IMEJ UMNO
  • Dan perkara ini Tidak Di Senangi oleh Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Sayap-Sayap Parti, juga Anggota UMNO secara keseluruhan.
  • Kerana Jentera Parti UMNO di lihat Sudah Tidak Berupaya untuk mempertahankan Pemimpin mereka daripada "Serangan Demi Serangan" daripada Pihak Pembangkang dan Antarabangsa.
KEENAM
  • Ahli-Ahli VETERAN UMNO dan Bekas-Bekas Menteri dari Kerajaan UMNO/BN yang terdahulu juga telah memberikan LUAHAN PENDAPAT mereka secara TERBUKA yang berpendapat Pentadbiran Najib Razak AGAK KETERLALUAN di dalam menangani ISU-ISU PENTING yang melibatkan RAKYAT UMUM dan EKONOMI NEGARA.
  • Dimana telah Wujud Banyak Kem-Kem yang Pro & Anti Najib didalam UMNO/BN yang tidak pernah berlaku di zaman Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu.
KETUJUH
  • RAKYAT UMUM secara BERAMAI-RAMAI & TERBUKA meminta Najib Razak untuk MELETAKKAN JAWATAN sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui Media Sosial Facebook.
  • Kerana menunjukkan RASA TIDAK PUAS HATI mereka terhadap Tindakan Kerajaan yang menggunakan KEKERASAN untuk MENGHALANG PERHIMPUNAN BERSIH 2.O yang melibatkan kehilangan 1 Nyawa dan Kecederaan Serius serta Penangkapan Besar terhadap Peserta-Peserta BERSIH 2.O
  • Dan di campur kan dengan ketidak-Puasan HATI Rakyat terhadap ISU-ISU EKONOMI yang telah menyebabkan Ramai Rakyat Umum berada di dalam Situasi KESUSAHAN.
KELAPAN
  • TEKANAN daripada Yang Di Pertuan Agong Malaysia selaku SIMBOL KUASA RAKYAT dan MAJLIS RAJA-RAJA yang memiliki kebanyakan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia
  • Dimana seorang demi seorang Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu telah Menyuarakan Ketidak-Enakan mereka terhadap Pentadbiran Najib Razak secara Diplomasi.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU DALAM UMNO
  • Di dalam Pemilihan Pemimpin yang akan berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini akan berlaku beberapa KEJUTAN. Dimana KEJUTAN tersebut akan di TERBITKAN oleh Golongan yang Anti-Najib dan Pro Muhyidin
  • Pemerhati Politik Luar Negara berpendapat bahawa Presiden UMNO sekarang menghadapi UNDI TIDAK YAKIN daripada Anggota dalam UMNO sendiri dan Pemilihan pada kali ini akan MEMBUKTIKAN bahawa beliau Tidak Di Sukai oleh sebilangan besar Ahli-Ahli UMNO yang berjumlah lebih daripada 3 Juta Ahli.
  • Ini akan mewujudkan Suasana di mana Presiden UMNO buat julung-julung kali di Tumbangkan di dalam Pemilihan Parti dan itu bermakna beliau akan kehilangan segala-gala nya.
  • Pendapat Pemerhati Politik dari dalam Negara pula memiliki Pendapat yang berbeza kerana mereka berpendapat Presiden UMNO sekarang akan dapat mengekalkan Jawatan nya jika di sandarkan kepada Falsafah Presiden Parti Tidak Boleh Di Cabar atau Di Tandingi.
  • Tetapi Suasana Politik Tanah Air kini telah berubah daripada Zaman-Zaman Presiden parti yang lalu dan KEMUNGKINAN Perkara NAJIB AKAN DI GULINGKAN adalah besar untuk berlaku, memandangkan Kem Muhyidin di lihat Sudah Bersedia untuk melakukan nya.
JADI BILAKAH PILIHAN RAYA UMUM KE-13
  • Jika di dasarkan Perhimpunan Agung UMNO di adakan pada Disember 2011, ini membawa maksud bahawa PRU-13 hanya boleh di adakan Sekitar Bulan March 2012.
  • Di sebabkan oleh Faktor KEPIMPINAN yang baharu di lantik oleh UMNO di dalam Perhimpunan kali ini memerlukan Sokongan Rakyat dengan MANDAT yang KUKUH agar kedudukan mereka di dalam parti UMNO akan TERJAMIN untuk 4 tahun yang akan datang.
  • Dimana KEPIMPINAN yang baharu tidak akan mengambil sebarang RISIKO jika mereka melengah-lengahkan PRU-13
  • Dan akan menggunakan Barisan KEPIMPINAN baharu untuk menarik kembali KEYAKINAN RAKYAT yang telah mula PUDAR terhadap Umno dan BARISAN NASIONAL.
NAJIB RAZAK PERLUKAN KEAJAIBAN
  • Presiden Parti UMNO sekarang memerlukan KEAJAIBAN untuk TERUS KEKAL sebagai Presiden UMNO
  • Dan memerlukan KERJA-KERAS yang lebih daripada dahulu untuk Di kekalkan sebagai Presiden Parti UMNO.
  • Atau beliau terpaksa membelanjakan Berjuta-Juta Ringgit agar kedudukan beliau sebagai Presiden Parti Tidak Di Cabar dengan mudah.
  • Kerana PENCABAR-PENCABAR terdekat beliau memiliki Sokongan yang agak PADU di Peringkat AKAR-UMBI
APA PUN KEPUTUSAN DALAM UMNO
  • Tidak akan MENJAMIN KEDUDUKAN KERAJAAN UMNO/BN sebagai PEMERINTAH selepas PRU-13.
  • Kerana SENTIMEN RAKYAT yang terkini lebih kepada KEINGINAN untuk MENUKAR KERAJAAN dari parti UMNO/BN kepada Parti yang lain.
  • Walaupun SOKONGAN mereka kepada Parti-Parti PEMBANGKANG belum di lihat ke Paras Maksima tetapi oleh kerana KEBENCIAN mereka TERHADAP Kerajaan UMNO/BN sangat TINGGI, maka itu boleh mengakibatkan Pihak Pembangkang dari PAKATAN RAKYAT berjaya Menduduki PUTRAJAYA.
Editor

Friday 29 July 2011

BIOMETRIK: KEPERLUAN NYA DI JABATAN IMMIGRESEN

Yelaaa.Com - Post#13


BIOMETRIK: KEPERLUAN NYA DI JABATAN IMMIGRESEN
DAN APAKAH PERSOALAN YANG PERLU DI TANGANI


SISTEM BIOMETRIK
  • Sistem Biometrik pada hari ini di gunakan secara meluas oleh Jabatan-Jabatan Immigresen di Negara-Negara maju di seluruh Dunia.
  • Negara-Negara seperti Amerika Syarikat, United kingdom, Canada dan Australia serta beberapa lagi Negara telah menggunakan Sistem Biometrik di dalam Bahagian Immigresen yang Mengawal Kemasukan dan Pengrekodan Pengunjung atau Pelawat di semua Pintu Keluar Masuk ke Negara masing-masing.
  • Ini Selaras dengan Usaha Negara-Negara tersebut di dalam Kerangka atau Dasar Memerangi Aktiviti Terrorist atau Pengganas di Peringkat Antarabangsa.
BIOMETRIK IMMIGRESEN
  • Pengecam Biometrik atau Biometrik merupakan Pengukuran Objektif Ciri-Ciri Fizikal Individu yang apabila di tangkap dalam Pangkalan Data, boleh di gunakan untuk Mengesahkan Identiti atau Mendaftar terhadap penyertaan lain dalam Pangkalan Data. 
  • Biometrik yang paling terkenal adalah Sistem Pengesanan Cap Jari, tetapi Sistem yang lain termasuk Sistem untuk Pengiktirafan Muka dan Imbasan Mata.
  • Penggunaan Pengecam ini adalah Kaedah Penting untuk Keselamatan Negara, kerana Cap Jari yang diambil akan di bandingkan dengan Cap Jari yang sama di kumpulkan di SEMUA PINTU MASUK ke dalam Negara yang terlibat.
  • Ini akan Mengesahkan Identiti untuk mengurangkan Penggunaan Visa yang di CURI atau PALSU, dan melindungi terhadap kemungkinan penggunaan oleh Pengganas atau Seseorang yang mungkin boleh mengancam Keselamatan Negara.
  • Kedua-dua Program penting iaitu Pengumpulan Data Cap Jari untuk Pengeluaran Visa dan Pengesahan Cap Jari Pelancung apabila mereka memasuki Negara.
  • Dan akan membuat perjalanan ke sesebuah negara itu lebih selamat untuk Pelancung yang SAH dan juga meningkatkan Keselamatan Diri dan Keselamatan Negara yang di kunjungi.
DI AMERIKA SYARIKAT
  • Data Elektronik dari sepuluh cap jari yang DI SIMPAN dalam Pangkalan Data dan di sediakan di SEMUA Pintu Masuk Keluar ke Jabatan Negeri Pemeriksa Imigresen Keselamatan. 
  • Data Cap Jari Elektronik yang berkaitan dengan Visa yang di keluarkan untuk Pengesahan dan Privasi Data yang di lindungi oleh Penyimpanan dalam Pangkalan Data yang Khusus.
  • Jabatan Negara AS membuat Data yang sedia ada mengikut Undang-Undang yang Mengawal Penggunaan Rekod Visa, Agensi-Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang yang memerlukan MAKLUMAT untuk tujuan Penguat-kuasaan Undang-Undang. 
  • Rekod Visa, melalui Peruntukan Undang-Undang Rahsia, memerlukan Permintaan untuk Meng-akses kepada Rekod Visa yang di perlukan oleh mana-mana Jabatan Penguat-kuasaan Undang-Undang adalah tertakluk kepada sekatan Undang-Undang Berkanun serta Peraturan dan lain-lain.
  • Ini untuk memberikan Privasi kepada Data Diri seseorang Pengunjung, Pelawat atau Pelancung ke dalam Negara.
  • Dan jenis Perundangan seperti ini di guna-pakai oleh kebanyakan negara yang menggunakan Sistem Biometrik di dalam Negara masing-masing.
KEPERLUAN UNDANG-UNDANG
  • Didalam Perundangan Amerika Syarikat, Peningkatan Keselamatan dan Visa Akta Pembaharuan Kemasukan Tahun 2002, Kongres AS memberikan MANDAT untuk Penggunaan Biometrik di semua Jabatan Pengeluaran Visa. 
  • Undang-Undang ini memerlukan setiap Kedutaan dan Konsulat di Luar Negara perlu mengeluarkan Pemberitahuan kepada Pelawat ANTARABANGSA, "hanya Passport yang boleh di baca Mesin Biometrik dan lain-lain Dokumen Perjalanan dan Kemasukan yang di terima". 
  • Di samping itu, Majlis Keselamatan Dalam Negeri memutuskan bahawa Standard AS untuk Pemeriksaan Biometrik Sepuluh Cap Jari di imbas dan di kumpulkan di semua Kedutaan-Kedutaan Amerika Syarikat untuk Permohonan Visa yang ingin datang ke Amerika Syarikat.
KEBURUKAN SISTEM BIOMETRIK
Pengamal Undang-Undang Dunia pada hari ini telah banyak Mempertikaikan Penggunaan Sistem Biometrik di semua Pintu Masuk dan Keluar Negara masing-masing kerana sebab-sebab yang berikut:
MAKLUMAT PERIBADI
  • Pihak Kerajaan yang terlibat boleh menggunakan semua maklumat Peribadi yang terkandung di dalam Pangkalan Data Diri seseorang itu untuk TUJUAN LAIN
  • Seperti untuk MENGESAN rekod-rekod Perjalanan seseorang Rakyat Tanpa Pengetahuan Pemilik untuk Tujuan Risikan. 
  • Atau setiap Maklumat di dalam Pangkalan Data Diri yang tersimpan di Jabatan Imigresen itu DI CURI oleh Penggodam atau Hackers untuk Tujuan Perniagaan.
  • Atau setiap Maklumat tersebut di gunakan untuk Tujuan SPEKULASI PENGANIYAAN terhadap Diri seseorang bagi Tujuan-Tujuan Politik.
  • Kerana Pihak Kerajaan sahaja yang BERKUASA untuk melakukan sebarang Perubahan terhadap Data Peribadi seseorang yang tersimpan di dalam Pangkalan Data Immigresen mereka.
PENGGUNAAN PASSPORT
  • Penggunaan Passport yang lebih baik bermula pada tahun 1997 di bawah bimbingan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa atau ICAO, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 
  • Dimana Suatu Kumpulan Kerja Teknologi  ICAO telah mewujudkan kaedah pematuhan kepada Standard Keselamatan yang lebih baik untuk Dokumen Perjalanan, standard yang boleh di gunakan di seluruh dunia dan berkesan dari segi kos.
  • Pada Tahun 2002, ICAO telah mengeluarkan  apa yang dipanggil "New Orleans Resolution" (di namakan atas nama bandar di mana ia telah diundi). 
  • Dalam resolusi itu, ICAO Meluluskan Pengiktirafan Muka sebagai Teknologi Identifikasi Biometrik pilihan, dengan Cap Jari dan Pengimbas Mata sebagai bentuk pilihan tambahan Pengenalan Biometrik.
  • Cap Jari - walaupun telah menyediakan cara yang paling tepat untuk mengenal pasti seseorang tetapi di sifatkan kerana Bersifat Jenayah dimana Pihak Kerajaan bimbang bahawa rakyat mereka akan berasa seperti mereka di tangkap.
  • Negara-Negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat telah memutuskan untuk mengiktiraf segera Penggunaan Teknologi Biometrik yang di keluarkan oleh Pihak ICAO
  • Kerana banyak Negara-Negara akan mula menerima penggunaan Passport Elektronik di dalam proses menaiki penerbangan Antarabangsa dan mempercepatkan Proses Immigresen,.
  • Agen-Agen Immigresen akan memeriksa pasport dan kemudian meminta Pihak Pelancung berdiri di tempat tertentu, di mana Peranti Pengiktirafan Muka akan mengimbas wajah orang itu sementara mereka melakukan Imbasan terhadap Passport Elektronik di Mesin Pengimbas.
BIOMETRIK IMMIGRESEN MALAYSIA
  • KEGAGALAN Sistem Biometrik yang berlaku di International Railway Station Malaysia yang berlaku pada awal June 2011 adalah KEGAGALAN Sistem Alat Biometrik yang di bekalkan untuk Berfungsi seperti yang telah Di Programkan.
  • Dan ia bukan kerana KEGAGALAN kepada Sistem Biometrik secara Keseluruhan tetapi lebih kepada MUTU PRODUK BIOMETRIK dan TEKNOLOGI yang di bekalkan kepada Jabatan Immigresen Malaysia.
  • Kerana Negara Malaysia telah menggunakan Sistem Biometrik ini bermula seawal tahun 1998 lagi dan meneruskan usaha penggunaan Biometrik untuk Kad Pengenalan Pintar - MyKad pada tahun 2002
  • Dan pada tahun 2010 Negara Malaysia telah memulakan penggunaan E-Passport seperti yang di sarankan oleh ICAO.
MAKLUMAT E-PASSPORT
  • Kontrak bagi sistem ePassport di berikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun 1998 dan Malaysia sebagai Negara Pertama di Dunia untuk memulakan Passport Elektronik.
  • Terdapat PERISIAN Pengiktirafan Muka yang di gunakan di dalam pergerakan ePassport. 
  • Ciri-ciri muka dalam Gambar passport pemohon yang baru di bandingkan dengan imej wajah di Pangkalan Data Jabatan Imigresen Malaysia
  • Ini akan membolehkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk MENGESAN Pemohon yang cuba untuk mendapatkan Passport Pendua atau seseorang yang cuba untuk mendapatkan pasport yang menggunakan Identiti yang dicuri.
SISTEM ePassport 
No.1: Sistem Pengeluaran Passport
  • Ia terdiri daripada Sistem IRIS Tangkap Utama dan IRIS Sistem Personalisation
  • Sistem ini menggabungkan penggunaan Perisian dan Perkakasan untuk memproses, memampatkan dan Mengekod Data yang di luluskan daripada Pangkalan Data ke dalam substrate silikon yang Tertanam dalam Passport.
No.2: Data Retrieval System
  • Ia menyediakan kedua-dua Perisian dan Perkakasan untuk mendapatkan Data yang di mampatkan dalam substrate silikon dan di mampatkan untuk paparan untuk pengesahan.
  • Pembaca ePassport yang di buat oleh IRIS Corporation Berhad di kilangkan sendiri dan patuh pada semua Peraturan ICAO dan 100% Bersamaan dengan ePassport di keluarkan oleh Syarikat-Syarikat lain yang di laporkan telah di uji di Berlin - Jerman.
BIOMETRIK YANG BELUM MENYELURUH
  • Di Negara Malaysia hanya di JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) sahaja yang di lihat PROSES Penggunaan Pangkalan Data Biometrik setiap Rakyat belum 100% di lakukan.
  • Dimana setiap Maklumat Peribadi 27 Juta Rakyat perlu di kemas-kinikan ke dalam Sistem Pangkalan Data Biometrik yang baharu sahaja di mulakan beberapa Tahun yang lalu.
  • Dan ini telah menyebabkan sebilangan maklumat Diri Rakyat Tidak Terkini atau Hilang dan Tiada di dalam Rekod Pihak JPN.
  • Dan di JPN lah sebenarnya NADI MAKLUMAT untuk SETIAP RAKYAT harus di wujudkan sebagai PANGKALAN DATA DIRI untuk SEMUA KEGUNAAN URUSAN di dalam Negara yang dapat di gunakan oleh Setiap Rakyat di dalam setiap Urusan Peribadi mereka.
  • Dan untuk MELICINKAN Setiap Proses PENCARIAN MAKLUMAT RAKYAT oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkaitan dengan Rakyat.
  • TERUTAMA nya untuk Urusan Proses Pilihan Raya di dalam Proses Mengundi agar setiap HAK Rakyat yang sebenar dapat di lakukan dengan Tepat dan Betul tanpa boleh di wujudkan Unsur-Unsur PENYELEWENGAN DATA MAKLUMAT.
  • Pihak JPN perlu melakukan Pengrekodan Maklumat Diri setiap Rakyat dengan TELITI untuk setiap WARGA yang baharu LAHIR di dalam Negara yang di masukkan ke dalam Pangkalan Sistem Biometrik JPN.
BIOMETRIK UNTUK PEKERJA ASING - PATI
  • Apa yang di lakukan oleh KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) untuk memberikan peluang kepada Pihak MAJIKAN untuk Mendaftarkan Pekerja-Pekerja Asing mereka sebagai LANGKAH TERBAIK untuk MEREKODKAN setiap pekerja Asing ke dalam SISTEM BIOMETRIK
  • Langkah ini akan membolehkan Pihak KDN melalui Jabatan Immigresen untuk Menyimpan Rekod Maklumat Diri seseorang Pekerja Asing untuk di gunakan sebagai Alat Saringan atau Pemantau bagi sebarang PENIPUAN IDENTITI yang sering di gunakan oleh Pendatang Asing
  • Dan melalui Sistem Biometrik ini setiap Pendatang Asing tidak lagi berupaya untuk menukar Identiti sewenang-wenang nya kerana Biometrik akan MENGESAN dan MENGENALI mereka melalui CAP JARI dan BUKAN melalui NAMA atau NOMBOR PASSPORT.
  • Cuma pada permulaan nya, Pendaftaran untuk pekerja asing ini telah di MANUPULASIKAN oleh Agensi-Agensi yang di lantik untuk menguruskan setiap Pendaftaran untuk Biometrik tetapi telah dapat di tangani oleh Pihak KDN dengan baik.
Editor

Thursday 28 July 2011

ISU FEQAH: SISTER IN ISLAM MEMPERTIKAI FEQAH

Yelaaa.Com - Post#12


ISU FEQAH: SISTER IN ISLAM MEMPERTIKAI FEQAH
ADAKAH KENYATAAN SIS ITU BERASAS


KENYATAAN SISTER IN ISLAM
Sila baca kenyataan Sister in Islam (SIS) ini (Klik)
  • Dan apa yang menarik perhatian saya ialah KENYATAAN SIS melalui salah seorang Anggota mereka iaitu Pn Ratna Osman yang MENYERU agar ILMU FEQAH ini DI KAJI semula.
  • Dimana beliau BERPENDAPAT bahawa Ilmu Feqah yang WUJUD pada hari ini ADALAH Tulisan-Tulisan dari Manusia-Manusia Biasa seperti beliau.
  • Dan MENEGASKAN bahawa Apa juga Perundangan yang DI TULIS di dalam Kitab Feqah Tidak Selari dengan HAK ASASI KAUM WANITA.
  • Juga MENGANGGAP Hasil Kitab Feqah yang Wujud pada hari ini adalah hasil Buah Fikiran ULAMA KONSERVATIF.
APA YANG MENJADI PERSOALAN BESAR SEKARANG
Kenyataan yang di Suara kan oleh SIS ini menunjukkan bahawa SIS :
PERTAMA
  1. Tidak Faham Kesejarahan Sejarah Islam selepas Kewafatan Nabi Muhammad Saw.
  2. Tidak Faham Bagaimana Ilmu Feqah ini Di Kumpulkan, Di Kaji dan Di jadikan Pegangan Umat Islam pada hari ini.
  3. Tidak Faham Mengapa Umat Islam Meyakini Kitab-Kitab Feqah yang telah Wujud Ribuan tahun tersebut.
  4. Tidak Faham Mengapa Hukum Hakam di dalam Kitab Feqah Di Tulis menurut Penulisan yang bersandarkan Hukum-Hukum yang Di Sebut oleh Allah Swt melalui Firman-Firman Nya.
KEDUA
  • APA yang Di Suara kan oleh SIS ini lebih Condong kepada FAHAMAN atau  KEILMUAN dari Sudut PEMIKIRAN yang Ingin BEBAS daripada Hukum-Hakam Keagamaan melalui Sudut Perundangan ISLAM.
  • Yang di dorong oleh Ilmu Pengetahuan mereka melalui Perundangan Moden yang di Reka-Cipta berdasarkan Pendapat dan Pandangan BEBAS AGAMA.
  • Juga di dorong oleh Perjuangan terhadap HAK ASASI KAUM WANITA dari Sudut Ke-Hak-Asasi-an Antarabangsa.
KETIGA
  • Pendapat SIS yang mengatakan Kitab Feqah ini bukan dari Sumber Al Quran BERASASKAN Sejarah yang berlaku di dalam Penulisan Kitab INJIL oleh Penganut Agama Kristian.
  • Dan SIS telah MENYAMAKAN TEORI Penulisan Kitab INJIL sebagai SAMA dengan Penulisan Kitab Feqah.
  • Ini di sebabkan oleh KEANGGOTAAN di dalam SIS itu sendiri di anggotai oleh semua lapisan Wanita yang pelbagai Latar Belakang Pendidikan Sekular Moden dan Tidak Arif dan Tidak terlatih di dalam Pengajian Agama Islam.
HASIL DARIPADA HAL TERSEBUT
  • SIS melalui Pemikiran Moden dan Sekular MERAGUI Kewujudan dan Kesahihan Penulisan Kitab Feqah dengan menganggap Ulama-Ulama yang terlibat di dalam Pengumpulan dan Pengkajian Hukum-Hukum Syariah itu sebagai KONSERVATIF.
  • Tanpa mereka SEDARI bahawa APA yang mereka ANGGAP dan SIMPULKAN itu adalah BERTENTANGAN dengan INTIPATI dan INTISARI yang di UNJURKAN oleh AGAMA ISLAM menurut perspektif yang Tepat dan benar.
  • HASIL NYA, Suara SIS ini Tanpak SINIS terhadap ILMU FEQAH dan telah mengundang KEMARAHAN di kalangan UMAT ISLAM yang FAHAM dan TAHU Apa itu FEQAH.
APA YANG SIS TIDAK TAHU DAN TIDAK FAHAM
"Tidak ada cara untuk mengetahui hukum Allah kecuali dengan ilmu usul fiqh."(Al-Amidi)
Dimana Banyak Kesejarahan Ilmu Feqah yang telah di Tulis dan di Perakui serta banyak di hasilkan oleh Para  Ilmuan yang berikut dan boleh di jadikan RUJUKAN oleh Pihak SIS
  • Khabar Al-Wahid, Itsbat Al-Qiyas, dan Ijtihad Ar-Ra'y, ketiga-tiga karya Isa bin Aban bin Shadaqah Al-Hanafi (wafat th 221 H).
  • An-Nasikh Wal-Mansukh karya Imam Ahmad bin Hambal (164-241 H).
  • Al-Ijma ', Ibthal At-Taqlid, Ibthal Al-Qiyas, dan buku lain karya Daud bin Ali Az-Zhahiri (200-270 H).
  • Al-Mu'tamad karya Abul-Husain Muhammad bin Ali Al-Basri Al-mu'taziliy Asy-Syafi'i (wafat th 436H).
  • Al-Burhan karya Abul Ma'ali Abdul Malik bin Abdullah Al-Juwaini/Imamul-haramain (410-478 H).
  • Al-Mustashfa karya Imam Al-Ghazali Muhammad bin Muhammad (wafat 505 H).
  • Al-Mahshul karya Fakhruddin Muhammad bin Umar Ar-Razy (wafat 606 H).
  • Al-Ihkam fi Ushulil-Ahkam karya Saifuddin Ali bin Abi Ali Al-Amidi (wafat 631 H).
  • Ushul Al-Karkhi karya Ubaidullah bin Al-Husain Al-Karkhi (wafat 340 H).
  • Ushul Al-Jashash karya Abu Bakar Al-Jashash (wafat 370 H).
  • Ushul as-Sarakhsi karya Muhammad bin Ahmad As-Sarakhsi (wafat 490 H).
  • Kanz Al-Wushul Ila ma'rifat Al-Ushul karya Ali bin Muhammad Al-Bazdawi (wafat 482 H).
  • Badi'un-Nizham karya Muzhaffaruddin Ahmad bin Ali As-Sa'ati Al-hanafi (wafat 694 H).
  • At-Tahrir karya Kamaluddin Muhammad bin Abdul Wahid yang dikenali dengan Ibnul Hammam (wafat 861 H).
  • Jam'ul-jawami karya Abdul Wahab bin Ali As Subki (wafat 771 H).
  • Al-Muwafaqat karya Abu Ishaq Ibrahim bin Musa Al-gharnathi yang dikenali dengan nama Asy-Syathibi (wafat 790 H).
  • Irsyadul-Fuhul Ila Tahqiq 'Ilm Al-Ushul karya Muhammad bin Ali bin Muhammad Asy-Syaukani (wafat 1255 H).
BEBERAPA DEFINASI ILMU FEQAH
SEDUTAN Khas untuk Rujukan Pihak SIS.
Definisi Usul Fiqh 
  • Para ulama ushul menjelaskan pengertian ushul fiqh dari dua sudut pandang. 
  • Pertama dari pengertian kata ushul dan fiqh secara terpisah, kedua dari sudut pandang ushul fiqh sebagai disiplin ilmu tersendiri. 
Ushul Fiqh ditinjau dari 2 kata yang membentuk nya
Al-Ushul 
  • Al-ushuul adalah bentuk jamak dari al-ashl yang secara etimologis berarti ma yubna ‘alaihi ghairuhu (dasar segala sesuatu, pondasi, asas, atau akar). 
  • Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, ashluha (akarnya) teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (Ibrahim: 24) 
  • Sedangkan menurut istilah, kata al-ashl berarti dalil, misalnya: para ulama mengatakan: 
أصل هذا الحكم من الكتاب آية كذا 
  • (Dalil tentang hukum masalah ini ialah ayat sekian dalam Al-Qur’an). 
  • Jadi Ushul Fiqh adalah dalil-dalil fiqh. Dalil-dalil yang dimaksud adalah dalil-dalil yang bersifat global atau kaidah umum, sedangkan dalil-dalil rinci dibahas dalam ilmu fiqh. 
Al-Fiqh 
الفقه في اللغة: العلم بالشيء والفهم له 
  • Al-fiqh menurut bahasa berarti pengetahuan dan pemahaman terhadap sesuatu. 
Menurut istilah para ulama: 
الفقه: العلم بالأحكام الشرعية العملية المكتسب من أدلتها التفصيلية 
  • (ilmu tentang hukum-hukum syar’i yang bersifat amaliah yang diperoleh dari dalil-dalilnya yang terinci). 
Penjelasan Definisi 
الحكم: إسناد أمر إلى آخر إيجابا أو سلبا 
  • Hukum adalah penisbatan sesuatu kepada yang lain atau penafian sesuatu dari yang lain. Misalnya: kita telah menghukumi dunia bila kita mengatakan dunia ini fana, atau dunia ini tidak kekal, karena kita menisbatkan sifat fana kepada dunia atau menafikan sifat kekal darinya. 
  • Tetapi yang dimaksud dengan hukum dalam definisi fiqh adalah status perbuatan mukallaf (orang yang telah baligh dan berakal sehat), apakah perbuatannya wajib, mandub (sunnah), haram, makruh, atau mubah. Atau apakah perbuatannya itu sah, atau batal. 
  • Ungkapan hukum-hukum syar’i menunjukkan bahwa hukum tersebut dinisbatkan kepada syara’ atau diambil darinya sehingga hukum akal (logika), seperti: satu adalah separuh dari dua, atau semua lebih besar dari sebagian, tidak termasuk dalam definisi, karena ia bukan hukum yang bersumber dari syariat. Begitu pula dengan hukum-hukum indrawi, seperti api itu panas membakar, dan hukum-hukum lain yang tidak berdasarkan syara’. 
  • Ilmu fiqh tidak mensyaratkan pengetahuan tentang seluruh hukum-hukum syar’i, begitu juga untuk menjadi faqih (ahli fiqh), cukup baginya mengetahui sebagiannya saja asal ia memiliki kemampuan istinbath, yaitu kemampuan mengeluarkan kesimpulan hukum dari teks-teks dalil melalui penelitian dan metode tertentu yang dibenarkan syari’at. 
  • Hukum-hukum syar’i dalam fiqh juga harus bersifat amaliyyah (praktis) atau terkait langsung dengan perbuatan mukallaf, seperti ibadahnya, atau muamalahnya. Jadi menurut definisi ini hukum-hukum syar’i yang bersifat i’tiqadiyyah (keyakinan) atau ilmu tentang yang ghaib seperti dzat Allah, sifat-sifat-Nya, dan hari akhir, bukan termasuk ilmu fiqh, karena ia tidak berkaitan dengan tata cara beramal, dan dibahas dalam ilmu tauhid (aqidah). 
  • Ilmu tentang hukum-hukum syar’i yang bersifat amaliah ini juga harus diperoleh dari dalil-dalil rinci melalui proses penelitian mendalam terhadap dalil-dalil tersebut. Berarti ilmu Allah atau ilmu Rasul-Nya tentang hukum-hukum ini tidak termasuk dalam definisi, karena ilmu Allah berdiri sendiri tanpa penelitian, bahkan Dialah Pembuat hukum-hukum tersebut, sedangkan ilmu Rasulullah saw diperoleh dari wahyu, bukan dari kajian dalil. Demikian pula pengetahuan seseorang tentang hukum syar’i dengan mengikuti pendapat ulama, tidak termasuk ke dalam definisi ini, karena pengetahuannya tidak didapat dari kajian dan penelitian yang ia lakukan terhadap dalil-dalil. 
Sedangkan contoh dalil yang terinci adalah: 
  • Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah: 278). 
  • Ayat ini adalah dalil terperinci tentang haramnya riba berapa pun besarnya. Dinamakan rinci karena ia langsung berbicara pada pokok masalah yang bersifat praktis. 
Ushul Fiqh sebagai disiplin ilmu 
Ushul Fiqh sebagai sebuah disiplin ilmu tersendiri didefinisikan oleh Al-Baidhawi, salah seorang ulama mazhab Syafi’i dengan: 

معرفة دلائل الفقه إجمالا وكيفية الاستفادة منها وحال المستفيد 
  • (Memahami dalil-dalil fiqh secara global, bagaimana menggunakannya dalam menyimpulkan sebuah hukum fiqh (bagaimana berijtihad), serta apa syarat-syarat seorang mujtahid). 
Penjelasan Definisi 
  • Contoh dalil yang bersifat global: dalil tentang sunnah sebagai hujjah (sumber hukum), dalil bahwa setiap perintah pada dasarnya menunjukkan sebuah kewajiban, setiap larangan berarti haram, bahwa sebuah ayat dengan lafazh umum berlaku untuk semua meskipun turunnya berkaitan dengan seseorang atau kasus tertentu, dan lain-lain. 
  • Yang dimaksud dengan menggunakan dalil dengan benar misalnya: mengetahui mana hadits yang shahih mana yang tidak, mana dalil yang berbicara secara umum tentang suatu masalah dan mana yang menjelaskan maksudnya lebih rinci, mana ayat/hadits yang mengandung makna hakiki dan mana yang bermakna kiasan, bagaimana cara menganalogikan (mengkiaskan) suatu masalah yang belum diketahui hukumnya dengan masalah lain yang sudah ada dalil dan hukumnya, dan seterusnya. 
  • Kemudian dibahas pula dalam ilmu ushul apa syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seorang mujtahid untuk dapat mengambil kesimpulan sebuah hukum dengan benar dari dalil-dalil Al-Qur’an maupun sunnah Rasulullah saw. 
  • Sedangkan ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali mendefinisikan ushul fiqh dengan: 
العلم بالقواعد الكلية التي يتوصل بها إلى استنباط الأحكام الشرعية من أدلتها التفصيلية 
  • (Ilmu tentang kaidah-kaidah umum yang dapat digunakan untuk melakukan istinbath hukum-hukum syar’i dari dalil-dalilnya yang terinci). 
Penjelasan Definisi 
  • Kaidah adalah patokan umum yang diberlakukan atas setiap bagian yang ada di bawahnya. 
Contoh kaidah umum: 
الأصل في الأمر للوجوب 
  • (Pada dasarnya setiap kalimat yang berbentuk perintah mengandung konsekuensi kewajiban) kecuali jika ada dalil lain yang menjelaskan maksud lain dari kalimat perintah tersebut. Misalnya perintah Allah swt dalam surat Al-Baqarah ayat 43: 
وآتوا الزكاة
  • (tunaikanlah zakat) menunjukkan kewajiban zakat karena setiap perintah pada dasarnya menunjukkan kewajiban dan tidak ada ayat lain ataupun hadits yang menyatakan hukum lain tentang zakat harta. Dalam contoh ini ayat tersebut adalah dalil rinci, sedangkan kaidah ushul di atas adalah dalil yang bersifat global yang dapat diberlakukan atas dalil-dalil rinci lain yang sejenis. 
  • Dapat disimpulkan bahwa ilmu ushul fiqh adalah ilmu yang mempelajari sumber-sumber hukum Islam, dalil-dalil yang shahih yang menunjukkan kepada kita hukum Allah swt, apa syarat-syarat ijtihad, dan bagaimana metode berijtihad yang benar sesuai batasan-batasan syariat. 
Cakupan Ushul Fiqh 
  • Setiap disiplin ilmu pasti memiliki bahasan tertentu yang membedakannya dengan disiplin ilmu lain, demikian pula ushul fiqh, ia memiliki bahasan tertentu yang dapat kita ringkas menjadi 5 (lima) bagian utama: 
  • Kajian tentang adillah syar’iyyah (sumber-sumber hukum Islam) yang asasi (Al-Qur’an dan Sunnah) maupun turunan (Ijma’, Qiyas, Maslahat Mursalah, dan lain-lain). 
  • Hukum-hukum syar’i dan jenis-jenisnya, siapa saja yang mendapat beban kewajiban beribadah kepada Allah dan apa syarat-syaratnya, apa karakter beban tersebut sehingga ia layak menjadi beban yang membuktikan keadilan dan rahmat Allah. 
  • Kajian bahasa Arab yang membahas bagaimana seorang mujtahid memahami lafaz kata, teks, makna tersurat, atau makna tersirat dari ayat Al-Qur’an atau Hadits Rasulullah saw, bahwa sebuah ayat atau hadits dapat kita pahami maksudnya dengan benar jika kita memahami hubungannya dengan ayat atau hadits lain. 
  • Metode yang benar dalam menyikapi dalil-dalil yang tampak seolah-olah saling bertentangan, dan bagaimana solusinya. 
  • Ijtihad, syarat-syarat dan sifat-sifat mujtahid. 
Tujuan Ushul Fiqh 
غاية أو ثمرة علم الأصول: الوصول إلى معرفة الأحكام الشرعية بالاستنباط 
  • Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahwa ghayah (tujuan) dan tsamarah (buah) ilmu ushul adalah agar dapat melakukan istinbath hukum-hukum syar’i dari dalil-dalil syar’i secara langsung. 
Di samping itu ada manfaat lain dari ilmu ushul, di antaranya: 
  • Mengetahui apa dan bagaimana manhaj (metode) yang ditempuh oleh seorang mujtahid dalam beristinbath. 
  • Mengetahui sebab-sebab ikhtilaf di antara para ulama. 
  • Menumbuhkan rasa hormat dan adab terhadap para ulama. 
  • Membentuk dan mengembangkan kemampuan berpikir logis dan kemampuan di bidang fiqh secara benar. 
Sandaran Ushul Fiqh 
1. Aqidah/Tauhid, 
  • karena keyakinan terhadap kebenaran Al-Qur’an dan Sunnah serta kedudukannya sebagai sumber hukum/dalil syar’i bersumber dari pengenalan dan keyakinan terhadap Allah, sifat-sifat dan perbuatan-Nya yang suci, juga bersumber dari pengetahuan dan keyakinan terhadap kebenaran Muhammad Rasulullah saw, dan semua itu dibahas dalam ilmu tauhid. 
2. Bahasa Arab, 
  • karena Al-Quran dan Sunnah berbahasa Arab, maka untuk memahami maksud setiap kata atau kalimat di dalam Al-Quran dan Sunnah mutlak diperlukan pemahaman Bahasa Arab. Misalnya sebagian ulama mengatakan bahwa: 
الأمر يقتضي الفور 
  • (Setiap perintah mengharuskan pelaksanaan secara langsung tanpa ditunda). Dalil kaidah ini adalah bahasa, karena para ahli bahasa mengatakan: jika seorang majikan berkata kepada pelayannya: “Ambilkan saya air minum!” lalu pelayan itu menunda mengambilnya, maka ia pantas dicela. 
3. Al-Quran dan Sunnah, misalnya kaidah ushul: 
الأصل في الأمر للوجوب 
  • (setiap perintah pada dasarnya berarti kewajiban) dalilnya adalah: maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul itu merasa takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. (An-Nur: 63)
4. Akal, misalnya kaidah ushul: 
إذا اختلف مجتهدان في حكم فأحدهما مخطئ 
  • (Jika dua orang mujtahid berseberangan dalam menghukumi suatu masalah, maka salah satunya pasti salah) dalilnya adalah logika, karena akal menyatakan bahwa kebenaran dua hal yang bertentangan adalah sebuah kemustahilan. 
Hukum Mempelajari Ushul Fiqh 
  • Al-Amidi dalam bukunya Al-Ihkam mengatakan: “Tidak ada cara untuk mengetahui hukum Allah swt kecuali dengan ilmu ushul ini. Karena seorang mukallaf adalah awam atau bukan awam (’alim). Jika ia awam maka wajib baginya untuk bertanya: 
  • Maka tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui. (Al-Anbiya: 7) 
  • Dan pertanyaan itu pasti bermuara kepada ulama, karena tidak boleh terjadi siklus. Jika mukallaf seorang ‘alim, maka ia tidak bisa mengetahui hukum Allah kecuali dengan jalan tertentu yang dibenarkan, sebab tidak boleh memutuskan hukum dengan hawa nafsu, dan jalan itu adalah ushul fiqh. 
  • Tetapi mengetahui dalil setiap hukum tidak diwajibkan atas semua orang, karena telah dibuka pintu untuk meminta fatwa. Hal ini menunjukkan bahwa menguasai ilmu ushul bukanlah fardhu ‘ain, tetapi fardhu kifayah, wallahu a’lam.” 
Perbedaan Ushul Fiqh Dengan Fiqh 
  • Pembahasan ilmu fiqh berkisar tentang hukum-hukum syar’i yang langsung berkaitan dengan amaliyah seorang hamba seperti ibadahnya, muamalahnya,…, apakah hukumnya wajib, sunnah, makruh, haram, ataukah mubah berdasarkan dalil-dalil yang rinci. 
  • Sedangkan ushul fiqh berkisar tentang penjelasan metode seorang mujtahid dalam menyimpulkan hukum-hukum syar’i dari dalil-dalil yang bersifat global, apa karakteristik dan konsekuensi dari setiap dalil, mana dalil yang benar dan kuat dan mana dalil yang lemah, siapa orang yang mampu berijtihad, dan apa syarat-syaratnya. 
  • Perumpamaan ushul fiqh dibandingkan dengan fiqh seperti posisi ilmu nahwu terhadap kemampuan bicara dan menulis dalam bahasa Arab, ilmu nahwu adalah kaidah yang menjaga lisan dan tulisan seseorang dari kesalahan berbahasa, sebagaimana ilmu ushul fiqh menjaga seorang ulama/mujtahid dari kesalahan dalam menyimpulkan sebuah hukum fiqh
  • Untuk Ilmu dan maklumat lanjut Klik Sini
SERUAN KEPADA SISTER IN ISLAM
  • Di harap Pihak Sister In Islam akan dapat Menahan Diri dan Perasaan daripada mengeluarkan Kenyataan-Kenyataan yang Boleh di Salah Anggap atau yang Boleh Mencelarukan Hukum Hakam yang telah di Wujudkan di dalam AL QURAN.
  • Dan Tidak Perlu untuk Mempertikaikan Hukum-Hukum Syariah di dalam Perundangan Moden Kemanusiaan
SEBAIK NYA UNTUK SISTER IN ISLAM
  • Dalami dan Pelajari Apa itu ISLAM dan HUKUM HAKAM yang WUJUD did alam nya dengan TELITI sebelum mengatakan sesuatu yang menggambarkan KECETEKAN ILMU ISLAM yang mereka ketahui.
  • Sedangkan SIS itu PEJUANG kepada KEADILAN untuk KAUM WANITA tetapi KEADILAN yang DI KURNIAKAN oleh ALLAH Swt untuk KAUM HAWA telah Cukup Adil dari DUNIA hingga ke Hari AKHIRAT.
Editor

Tuesday 26 July 2011

ISU POLIS: ADALAH LEBIH BAIK LOGO POLIS DI UBAH

Yelaaa.Com - Post#11


ISU POLIS: ADALAH LEBIH BAIK LOGO POLIS DI UBAH
UNTUK MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM


LOGO POLIS
  • Seperti yang telah di jelaskan melalui Posting #6:Klik Sini mengenai Kerangka Jabatan Polis dan makna & maksud yang tertera di dalam LOGO POLIS.
  • Dan dengan APA yang di lakukan oleh Anggota Pasukan Polis di dalam Tugas harian mereka, adalah TIDAK SESUAI LOGO yang sekarang ini di gunakan terus.
CUBA LIHAT KEMBALI LOGO POLIS
  • Di Bahagian MAHKOTA LOGO POLIS ini TERTERA Perkataan ALLAH dan MUHAMMAD yang MELAMBANGKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM sebagai AGAMA yang Di Junjung Tinggi oleh setiap Anggota pasukan Polis.
  • Dan AGAMA ISLAM juga sebagai AGAMA RASMI untuk Negara Persekutuan MALAYSIA yang harus DI HORMATI oleh semua RAKYAT, PEMIMPIN, dan SEMUA PENGUAT-KUASA UNDANG-UNDANG KERAJAAN.
MENGAPA LOGO POLIS INI HARUS DI UBAH
  • Ini di sebabkan oleh Tingkah laku yang di lakukan oleh SEGELINTIR ANGGOTA POLIS yang memerlukan Tindakan-Tindakan Kasar, Ganas, Tidak Berperi-kemanusiaan, Berbohong, Menfitnah, Menganiaya dan perkara-perkara yang buruk YANG LAIN adalah BERTENTANGAN dengan Perkataan ALLAH dan MUHAMMAD.
  • Anggota Polis pula TERPAKSA memakai LOGO tersebut ketika menjalankan Tugas-Tugas yang bertentangan dengan Etika KERANA Pemakaian LENCANA Polis tersebut adalah WAJIB ketika bertugas.
  • Dan mereka Tidak Boleh Di Persalahkan 100% melakukan Perbuatan-Perbuatan yang BURUK ketika memakai LENCANA tersebut di sebabkan oleh SOP - Police's Standard of Practice 
  • Juga mereka yang sedang menjalankan Tugas-Tugas yang mengharuskan mereka berlaku Kasar atau Kejam TIDAK BOLEH bertindak Lembut terhadap sesuatu KEADAAN yang memerlukan mereka bertindak demikian.
  • Oleh kerana itu, LENCANA POLIS ini TIDAK SESUAI untuk di guna-pakai oleh Pasukan Polis Malaysia.
ADALAH LEBIH BAIK
  • Untuk MENUKARKAN LOGO POLIS dengan Menggugurkan perkataan ALLAH dan MUHAMMAD untuk mengelakkan Anggota Polis tidak MENGHORMATI ALLAH dan MUHAMMAD dari Sudut KEAGAMAAN.
  • Adalah LEBIH BAIK kedua Perkataan ALLAH dan MUHAMMAD tersebut DI TUKAR kepada Perkataan yang lain ATAU di biarkan KOSONG.
  • ATAU di Gantikan dengan Ikon-Ikon lain yang lebih menggambarkan Tugas & Tanggung Jawap Pasukan Polis.
RAKYAT SEDIA MAKLUM
  • Bahawa Pasukan Polis terlibat dengan pelbagai jenis Tugas Penyiasatan Jenayah Kolar Biru dan Kolar Putih dan Rakyat tahu bagaimana Pihak Polis menjalankan Tugas & Tanggung Jawap mereka.
  • Dimana Ramai Rakyat yang telah Berpengalaman dengan Tindak-Tanduk Pihak Polis terhadap diri mereka semasa di dalam Penyiasatan dan Tahanan Polis.
  • Dan Persepsi terhadap Pasukan Polis adalah TIDAK SEBAIK Perkataan ALLAH MUHAMMAD yang tertera di dalam LENCANA POLIS
KERANA SEBAB TERSEBUT
  • Perkataan ALLAH dan MUHAMMAD harus di Tukar atau di ganti SEGERA untuk menjamin KESUCIAN Nama ALLAH dan Nama MUHAMMAD itu DI PELIHARA daripada menyaksikan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Ajaran ISLAM.
  • Serta dapat menghapuskan Persepsi Buruk yang di lemparkan atau di anggap oleh Penganut Agama lain terhadap KESUCIAN ISLAM.
SERUAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
  • AGAR dapat memberi PERHATIAN KHUSUS terhadap ISU LENCANA POLIS ini dan dapat melakukan PERUBAHAN SEGERA.
  • JUGA Seruan kepada Pecinta dan Pejuang Kesucian Agama Islam untuk sama-sama menuntut Pihak Kerajaan melakukan Perubahan tersebut.
  • Dan di harap SEMUA PIHAK dapat Melihat dan Menilai ISU LOGO POLIS ini dari Sudut Kesucian Agama Islam Demi untuk menjaga Nama ALLAH dan Nama MUHAMMAD itu tidak DI HORMATI oleh Anggota Pasukan Polis
  • Juga sebagai PENYELAMAT kepada Anggota Pasukan Polis daripada melakukan DOSA yang di Saksikan oleh Kalimah-Kalimah yang Suci dan Mulia tersebut ketika melakukan Tugas yang bertentangan dengan Kehendak ISLAM.
  • Kerana ISLAM adalah BUKAN AGAMA KEGANASAN atau MENGGALAKKAN KEGANASAN terhadap atau di antara sesama MAHLUK
Cuba bayangkan Senjata dengan nama ALLAH dan MUHAMMAD adakah ia SESUAI?....
Fikir-Fikirkan lah...
Editor