Sunday 28 August 2011

SEDUTAN SALAM DAN AMANAT IDULFITRI - 2011

Yelaaa.Com - Post#38

SEDUTAN 
SALAM DAN AMANAT IDULFITRI - 2011
Dari DrSoul Loren untuk semua.....

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu....

Kepada Semua Rakan-Rakan di facebook yang di hormati...
Sempena kedatangan dan sambutan Rari Raya Idulfitri 1432 ini, saya DrSoul Loren ingin mengucapkan kepada semua Sahabat Handai dari semua Bangsa dan Keturunan AM nya dan Orang-Orang ISLAM khusus nya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDILFITRI atau EID MUBARAK 2011
DAN DI MOHON AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATHIN......

Kepada Permintaan dan Pertanyaan untuk mengetahui nama sebenar saya atau siapa saya sebenar nya di dalam Dunia kenyataan yang tidak dapat di penuhi - Ampun Maaf saya pinta..!

Kerana itu adalah Prinsip yang menjadi Teras di dalam Penulisan di dalam Blog-Blog TIPsNIAGA.Com, Yelaaa.Com dan di kedua-dua Facebook dan Facebook Page saya.
Dimana NAMA saya itu tidak penting tetapi semua Ilmu-Ilmu Pengetahuan yang saya kongsikan bersama itu lebih penting dan bermakna untuk semua.

Oleh kerana saya sememang nya di kenali sebagai DrSoul Loren di Arena Antarabangsa, maka saya kekalkan nama itu yang saya rasa sangat bersesuaian dengan PERANAN saya sebagai Penulis dan Perakam Ilmu.
Dimana perkataan SOUL itu sendiri membawa pengertian sebagai JIWA atau ROH, maka itu bermakna DrSoul itu tidak wujud secara NYATA di dalam kehidupan anda semua.

Kepada yang berpeluang mengenali saya secara ringkas dan singkat, saya ucapkan jutaan rasa terima kaseh kerana sudi untuk mengenali diri saya secara dekat TETAPI saya terpaksa berpegang kepada Prinsip dan Teras kehidupan yang telah saya tetapkan untuk di sejajarkan dengan PERANAN dan URUSAN saya di Dunia yang FANA ini.
Untuk itu, saya sekali memohon Jutaan Ampun dan Maaf jika anda tidak berpeluang untuk mendekati saya secara berterusan lagi...tetapi saya sangat-sangat menghargai segala Penghormatan dan Sanjungan yang telah anda-anda berikan kepada saya di masa-masa yang lalu.

Kepada yang tidak berpeluang untuk mengenali saya, anda boleh lah mengenali saya menerusi segala Tulisan yang saya siarkan melalui Blog-Blog TIPSNIAGA.Com dan Yelaaa.Com.
Kerana TIPsNIAGA.Com itu adalah TANDA dan TINTA ILMU yang dapat dapat kongsikan bersama anda semua sebagai Sumbangan Ikhlas dari saya.
Dan Yelaaa.Com itu pula adalah mencerminkan isu-isu yang kita harungi di dalam setiap kehidupan di atas Muka Bumi ini, dimana kita selalu berkata "Yelah" atau "Ya Lah" untuk mengiyakan sesuatu yang pernah di rasakan atau di alami oleh orang lain, walau berada di dalam berlainan situasi dan tempat.

Kewujudan DrSoul di dalam Dunia Orang MELAYU di Nusantara termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura melalui Blog-Blog Berbahasa MELAYU tersebut, adalah sebagai langkah untuk memeriahkan ILMU di dalam Rumpun Bangsa MELAYU itu sendiri.
Dimana, melalui pemerhatian saya sebelum ini..kita amat KURANG mendapatkan Input-Input Ilmu Pengetahuan yang bercorak ILMIAH di dalam Hal-Hal TADBIR-URUS, PERNIAGAAN, EKONOMI, POLITIK, SEJARAH, KEROHANIAN, KETUHANAN, PSIKOLOGI KEMANUSIAAN dan Rungkaian serta Kupasan Ilmu dari SUDUT-SUDUT yang sebenar atau di dalam kejadian yang sebenar.

Dimana kebanyakan Buku-Buku atau Rangkaian Ilmu-Ilmu yang di sebutkan kebanyakan nya harus dan perlu DI BAYAR untuk mengetahui nya di dalam TREND penyebaran Ilmu yang Berkonsepkan Perniagaan.
Maka, amat kurang lah Ilmu Pengetahuan yang di berika secara PERCUMA seperti yang berlaku di negara-negara Eropah dan Barat. Dimana mereka sangat mementingkan Penyebaran ILMU sebagai Wadah untuk membiakkan Kecerdasan dan Kebijasanaan seseorang.

Maka, wujud lah pelbagai-bagai Sumber Ilmu di dalam bahasa-bahasa mereka yang di lakukan oleh pelbagai Pertubuhan, Persatuan dan Individu yang kurang terdapat di dalam DUNIA MELAYU.
Dimana, ORANG MELAYU bukan sahaja KETANDUSAN Sumber-Sumber MAKLUMAT ILMU secara PERCUMA tetapi Tulisan-Tulisan mengenai keilmuan ISLAM di dalam BAHASA MELAYU amat sedikit dan tidak mendapat perhatian yang sewajar nya.
Kerana itu, Tahap Pemikiran kita sebagai ORANG MELAYU dan BANGSA MELAYU yang Beragama ISLAM agak Keterbelakang daripada Bangsa-Bangsa dan Agama-Agama yang lain.
Inilah KENYATAAN PAHIT yang harus kita terima dan yang harus kita INSAFI, dimana MASA untuk hidup bersenang lenang secara persendirian di dalam kelompok sendiri harus di ubah dan kita kembali bersaing dengan bangsa-bangsa maju yang lain.

Secara Peribadi, saya melihat permasaalahan yang disebutkan ini agak meruncing di dalam DUNIA MELAYU ISLAM tetapi saya tidak mampu untuk melakukan nya seorang diri..!!!
Kerana ia memerlukan KESEDARAN dan KEMAHUAN untuk merubah dan berubah yang wujud di dalam SETIAP BANGSA MELAYU itu sendiri.
Dan banyak perkara yang kita maseh LEMAH, walaupun sudah lebih 50 Tahun Gagasan Rumpun MELAYU itu MERDEKA dari sebarang PENJAJAHAN.

PENGAKHIRAN KATA
Sambut lah SALAM IDULFITRI dan SALAM KEMERDEKAAN dari saya DrSoul Loren, semoga coretan singkat ini dapat memberikan sedikit semangat untuk melakukan perkara-perkara yang lebih baik lagi...
INSYAALLAH..!!!

Saya akhiri dengan 
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu...!!!!

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

DrSoul Loren
Editor In Chief 
of TIPsNIAGA.Com dan Yelaaa.Com 

Friday 26 August 2011

PRODUK PENGHASILAN BARISAN NASIONAL SEPANJANG ABAD

Yelaaa.Com - Post#37


PRODUK PENGHASILAN BARISAN NASIONAL SEPANJANG ABAD
HASIL DARI IDEOLOGI DAN GAGASAN PARTI MEREKA


BARISAN NASIONAL DAN UMNO - Umno/BN
  • Barisan Nasional (BN) merupakan Parti Campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai Pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. 
  • Ibu Pejabat Parti Gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti Gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia,
  • Tetapi ia kemudian mengalami Penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki Majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Penang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan Parti Pembangkang.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa Pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik. (sumber Baca Sini)
KRONOLOGI UMNO (dari sumber yang sama)
Zaman Dato Onn
  • Satu Perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
  • Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
  • Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut: 1...Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, 2...Membantah Tertubuhan Malayan Union; dan 3...Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
  • Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
  • Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan Perhimpunan Agung Pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
  • Dato Onn mencadangkan bahawa Keahlian Parti dibuka kepada semua Penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu"
  • Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. 
  • Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951
Zaman Tunku Abdul Rahman

  • Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. 
  • Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
  • Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. 
  • Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
Zaman Tun Hussein Onn
  • Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. 
  • Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
  • Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. 
  • Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
  • Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi.
  • Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.
IDEOLOGI UMNO
  • Dalam konteks Senario Politik di Malaysia, Tokoh Veteran UMNO berpendapat bahawa politik Malaysia ditunjangi dominasi Melayu atau lebih dikenali sebagai Ketuanan Melayu. 
  • Politik ketuanan melayu ini didukung oleh parti UMNO dan wacana politik ini telah dimartabatkan sebagai ideologi UMNO. 
  • UMNO yang lahir dari natijah penyemarakan semangat nasionalisme Melayu dalam peristiwa penentangan rancangan Malayan Union pada akhir 1946 telah menjadi kuasa pemangkin dan pencorak kepada politik Malaysia hingga kini. 
  • Kejayaan-kejayaan yang diperoleh UMNO dalam sejarah perjuangan parti itu memang dapat dibanggakan oleh orang Melayu. 
  • Dari pencapaian Kemerdekaan Malaysia, pemantapan kuasa politik Melayu selepas Peristiwa 13 Mei hinggalah ke kejayaan membina bangsa Melayu yang penuh berkeyakinan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). 
  • UMNO ternyata mengungguli hierarki sejarah politik Malaysia.
KONSEP IDEOLOGI
Boleh di katakan bahawa ideologi merupakan set kepercayaan, idea atau mungkin tingkah laku individu, kumpulan ataupun komuniti. Ideologi mempunyai ciri-ciri tertentu seperti Mohd Fo'ad (1998), membahagikan ciri-ciri ideologi kepada Empat Ciri seperti :-
  • No.1 - Rumusan yang dibuat terhadap sesuatu objek itu hendaklah mempunyai kadar ketetapan dan penjelasan yang tinggi. Ideologi yang dibentuk hendaklah mempunyai fakta yang menyokong bagi menentukan kebenaran sesuatu ideologi. 
  • No.2 - Ideologi dihubungkan secara sistematik dengan beberapa nilai terkemuka seperti keselamatan, persamaan dan etnik. 
  • No.3 - Lebih bersifat "Insistent" dalam aspek hubungan dengan pandangan kesedaran ideologi yang lain dalam masyarakat. 
  • No.4 - Ideologi lebih bersifat mendesak terhadap pembaharuan dalam menafikan segala kepentingan yang wujud
PERANAN IDEOLOGI

  • Peranan utama Ideologi ialah untuk mempertahankan keesahan sistem dan pemerintahan sedia ada, Pembahagian Kuasa didalamnya dan tindakan-tindakan yang dibuat olehnya (Syed Ahmad,1995).
  • Umpama nya Keunggulan Pemerintahan di negara komunis di pertahankan oleh Ideologi Marxisme-Leninisme. 
  • Begitu juga dengan Pergolakan Politik di Filipina ketika Pemerintahan Marcos dan pencerobohan Soviet Union di Afghanistan. 
  • Selain itu juga, ideologi juga berperanan menentang sistem yang ada sepertimana yang berlaku di Iran, negara-negara Amerika Latin, Afrika dan sebagai nya.
KESAN TERBALIKAN DARIPADA SESUATU IDEOLOGI
  • Perkara ini yang kurang di beri perhatian oleh Ahli-Ahli Politik UMNO/BN dari mula di tubuhkan hingga ke hari ini.
  • Kerana melalui sesuatu KONSEP dan IDEOLOGI KEPARTIAN itu akan WUJUD beberapa PENENTANG yang pula MEYAKINI jenis-jenis IDEOLOGI yang berlainan dan akan BERTINDAK sebagai CERMIN di dalam MEMBEZAKAN sesuatu KEFAHAMAN.
  • Dan CERMIN PERBEZAAN ini adalah Suatu yang LAZIM kepada Konsep di dalam Ideologi itu sendiri, dimana KETERBALIKAN IMEJ itu akan membuat sesuatu yang ASAL itu dapat di ketahui BURUK dan BAIK nya.
OLEH ITU - APAKAH ERTI PARTI PEMBANGKANG KEPADA UMNO/BN
  • Parti-Parti Pembangkang yang WUJUD di dalam setiap ERA KEPIMPINAN UMNO dan BARISAN NASIONAL adalah SATU PRODUK yang TERJADI hasil daripada GAGASAN PARTI UMNO/BN itu sendiri.
  • Tidak mengira jenis PARTI APA yang wujud dan di tubuhkan seperti PAKATAN RAKYAT dan Parti-Parti Pembangkang yang kecil-kecil, mereka ini TERGOLONG sebagai PRODUK UMNO/BN.
  • Yang BERFUNGSI untuk memberikan PENDAPAT YANG BERTENTANGAN dengan apa yang di perjuangkan oleh UMNO/BN di dalam Mentadbir Negara.
DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG
  • Seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Haji Hadi Awang, TG Nik Aziz adalah KELIBAT KONTRAS kepada Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN yang Memerintah.
  • Mereka berfungsi di dalam Keadaan dan Suasana yang BERTENTANGAN tetapi memiliki TUJUAN dan MATLAMAT POLITIK yang SAMA untuk Memajukan Negara di dalam semua Aspek Pentadbiran Kerajaan.
  • TANPA Kelibat-Kelibat Pemimpin Pembangkang seperti mereka ini, Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN dari Era Tunku Abdul Rahman sehingga kepada Najib Razak, tidak akan dapat MENGUKUR Potensi Kepimpinan mereka terhadap Negara.
  • Kerana menurut Hukum FIZIK, setiap Malam akan ada wujud Siang untuk membezakan di antara yang Terang dan yang Gelap, serta yang Buruk akan wujud yang baik serta seterus nya.
KERANA ITU
  • Semakin tegar Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN untuk menentang Pemimpin-Pemimpin Pembangkang, maka akan semakin HEBAT tentangan yang mereka terima.
  • Ini adalah di sebabkan Hukum KETERBALIKAN Fizik terhadap Konsep Ideologi Kepartian UMNO/BN itu sendiri yang mewujudkan "Bayangan" mereka sendiri.
INI MEMBAWA MAKSUD
  • Semakin Kuat tentangan yang di berikan terhadap "Bayangan" mereka, maka semakin Kuat juga tentangan yang akan mereka terima.
  • Dan jika di ibaratkan "Bayangan" mereka itu "di pukul" dengan kayu, maka mereka juga akan menggunakan kayu untuk "memukul" kembali, seperti apa yang berlaku di hadapan CERMIN.
  • Inilah KEFAHAMAN yang harus di ketahui oleh Ahli-Ahli dan Pemimpin-Pemimpin Politik di dalam melakukan sebarang TINDAKKAN yang berkonsepkan sesuatu IDEOLOGI
ANTARA SUKA ATAU TIDAK SUKA
  • Pemimpin UMNO/BN harus MENERIMA kehadiran dan kewujudan Hasil Produk yang mereka CIPTA sendiri iaitu BAYANGAN mereka sebagai PEMBANGKANG.
  • BAYANGAN tersebut tidak akan WUJUD jika Pemimpin UMNO/BN melakukan dan menjalankan segala Tugas dan Amanah untuk Memelihara Negara dengan ADIL dan SEMPURNA
  • Seperti Kekata Melayu Lama " RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH - RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH"
Editor

Wednesday 24 August 2011

ANTARA EMAS,PERAK,TEMBAGA DAN BESI

Yelaaa.Com - Post#36


ANTARA EMAS,PERAK,TEMBAGA DAN BESI
APA YANG BOLEH KITA PELAJARI


PERUTUSAN EDITOR
  • LOGAM Emas,Perak,Tembaga dan Besi yang di jadikan Topik Artikel kali ini bukan bertujuan untuk memperkatakan mengenai TURUN-NAIK HARGA PASARAN nya, tetapi Topik ini lebih menumpukan kepada RAMUAN Logam-Logam tersebut di dalam ACUAN KEMASYARAKATAN di dalam sesebuah SISTEM POLITIK.
  • Editor berpendapat ISU ini sebagai PENTING untuk memberikan GAMBARAN bahawa pada hari ini atau lebih TEPAT NYA, selepas Penurunan AL-QURAN kepada Umat Manusia perkara ini TELAH di jelaskan menerusi Al-Quran
  • Akan tetapi, Golongan manusia itu sendiri yang tidak memberikan perhatian yang khusus atau pun mereka cuba untuk mengelakkan nya untuk di jadikan sebagai AMALAN.
EMAS-PERAK-TEMBAGA-BESI
  • Adalah LOGAM yang wujud secara ASLI di dalam Dunia Logam yang di Ciptakan oleh Allah Swt untuk kegunaan dan kebaikan seluruh Mahluk Manusia.
  • Dimana, setiap Logam tersebut memiliki MUTU dan GRED yang tersendiri dan Manusia pada hari ini telah menetapkan NILAI sebagai TANDA PENGHARGAAN terhadap setiap LOGAM itu.
  • Dan Logam-Logam ini, selain di gunakan untuk keperluan sesuatu hal di dalam Penciptaan dan Pembuatan Produk-Produk Barangan Pengguna, Logam-Logam ini juga DI PERNIAGAKAN di dalam URUS-NIAGA dalam Kategori KOMODITI LOGAM BERHARGA.
  • Akhir nya Logam-Logam ini telah menjadi 4 PERKARA PENTING di dalam Hal-hal yang Menentukan Perkembangan dan Penurunan Ekonomi Dunia yang di dorong oleh Faktor Permintaan dan Bekalan.
APA MAKSUD LOGAM INI KEPADA MANUSIA
  • Melalui Penciptaan MAHLUK MANUSIA, sebenarnya Keempat-empat Logam tersebut juga di jadikan Bahan-Bahan untuk MEMBENTUK Lembaga Manusia yang Pertama iaitu Nabi ADAM as dan pengetahuan ini terkandung dan di jelaskan di dalam Kitab-Kitab Kelimuan ILMU TAUHID
  • Dan jika di KAJI semula, setiap KETURUNAN Nabi ADAM as itu akan memiliki UNSUR-UNSUR yang SAMA di dalam SETIAP INDIVIDU MANUSIA yang tidak mengira Bangsa nya, Keturunan nya, Agama nya atau Negara nya.
  • Itu jelas BERMAKSUD bahawa SETIAP MANUSIA itu adalah SAMA di dalam setiap Struktur dan Bahan Pembuatan nya dan di sini lah KEADILAN dan KEBIJAKSANAAN Allah Swt di dalam Penciptaan NYA.
PENJELASAN LANJUT
  • Jika Tubuh-Tubuh seorang Manusia itu di lakukan REVERSE RE-ENGINEERING untuk Mengesan kembali apakah bahan-bahan Asas di dalam pembuatan nya, maka seseorang itu akan mendapati SETIAP TUBUH MANUSIA itu memiliki Bahan-Bahan Asas yang SAMA, di dalam Bilangan yang SAMA dan dari Sumber yang SAMA.
  • Ini MENJELASKAN bahawa SETIAP MAHLUK MANUSIA itu adalah SAMA di dalam Penciptaan dan TIDAK BERBEZA daripada penggunaan Unsur-Unsur Bahan.
  • Yang membezakan seseorang Mahluk Manusia itu hanya AKAL FIKIRAN di dalam Pengumpulan ILMU PENGETAHUAN.
FIRMAN-FIRMAN ALLAH
Seperti Penjelasan dari Ayat-Ayat ini : 
  • "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" (QS. Al Hijr (15) : 28-29)
  • "Kitab (Al Qur’an) in tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib" (QS. Al Baqarah (2) : 2-3)
  • "Yang membuat sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah". (QS. As Sajdah (32) : 7)
  • "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr (15) : 26)
  • "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (QS. Yaasiin (36) : 36)
  • "Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang sangat banyak" (QS. An Nisaa’ (4) : 1)
  • "Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan (kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim)" (QS. Az Zumar (39) : 6).
JENIS-JENIS SUMBER TANAH UNTUK PEMBUATAN MANUSIA ADAM
  1. Tanah tempat bakal berdiri nya Baitul Mugaddis 
  2. Tanah Bukit Tursina 
  3. Tanah Iraq 
  4. Tanah Aden 
  5. Tanah Al-Kautsar 
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 
  7. Tanah Paris 
  8. Tanah Khurasan 
  9. Tanah Babylon 
  10. Tanah India 
  11. Tanah syurga 
  12. Tanah Tha’if 
HURAIAN NYA
  1. Kepala Adam dari Tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situ lah Otak Manusia dan di situ lah tempat nya Akal. 
  2. Telinga nya dari Tanah Bukit Thursina kerana dia Alat Mendengar dan Tempat Menerima Nasihat.
  3. Dahi nya dari Tanah Iraq kerana di situ tempat Sujud kepada Allah. 
  4. Muka nya dari Tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan. 
  5. Mata nya dari Tanah Telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
  6. Gigi nya dari Tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 
  7. Tangan Kanan nya dari Tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia. 
  8. Tangan Kiri nya dari Tanah Paris,tempat Beristinjak. 
  9. Perut nya dari Tanah Babylon dan di situ lah tempat Seks(berahi) dan Tipu Daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke Lembah Dosa. 
  10. Tulang nya dari Tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 
  11. Dua kaki nya dari Tanah India, tempat berdiri dan jalan. 
  12. Hati nya dari Tanah Syurga Firdaus, kerana di situ lah Iman, Keyakinan, Ilmu, Kemahuan dan sebagainya. 
  13. Lidah nya dari Tanah Tha’if tempat Mengucap Syahadah, Bersyukur dan Berdoa kepada Tuhan. 
APA YANG BOLEH DI PELAJARI
  • Oleh sebab-sebab dan Penjelasan yang tertera di atas maka adalah SALAH untuk Manusia menganggap Diri mereka itu lebih MULIA, lebih Tinggi DARJAT, lebih Tinggi Kedudukan nya atau lebih Berkuasa dari Manusia yang lain
  • Kerana kewujudan seseorang Mahluk Manusia di atas Muka BUMI ini telah DI TETAPKAN PERANAN nya oleh Allah Swt samaada mereka itu sebagai Rakyat dan Pemimpin, sebagai Anak dan Ibubapa, sebagai Isteri dan Suami, sebagai Buruh dan Majikan, sebagai Penjual dan Pembeli, sebagai Murid dan Guru, sebagai Penyokong dan Penentang, sebagai Pembunuh dan Terbunuh, sebagai Kaya dan Miskin atau apa sahaja yang DUA NYA seperti MALAM dan SIANG
ADALAH SILAP
  • Untuk membeza-bezakan BANGSA dan KETURUNAN seseorang itu KERANA Manusia yang lain itu TIDAK SEBANGSA atau TIDAK SEAGAMA atau TIDAK SE NEGARA dengan Kita.
  • Dan membeza-bezakan Manusia lain dengan NIAT BANGGA DIRI adalah DI LAKNATI oleh Allah Swt dan amat BESAR DOSA nya.
KERANA ITU ALLAH MENURUNKAN AL-QURAN
  • Melalui AL QURAN, Allah Swt telah MENGGARISKAN segala PERADAPAN dan ETIKA untuk bergaul sesama Manusia serta sekelian Mahluk-Mahluk Allah yang lain.
  • Melalui AL QURAN juga di GARISKAN segala HUKUM HAKAM untuk bagaimana Berlaku ADIL sesama Manusia dan Mahluk-Mahluk yang lain.
  • Melalui AL QURAN juga di TERANG perkara-Perkara yang BOLEH di LAKUKAN dan yang TIDAK BOLEH di LAKUKAN oleh seseorang Manusia dalam semua Perkara.
KERANA ITU JUGA
  • Apabila seseorang Manusia itu TAMAT TEMPUH nya sebagai seorang Manusia di Atas Muka Bumi ini, TUBUH mereka DI KEMBALIKAN kepada BUMI dan KEMBALI kepada Unsur yang ASAL.
  • Dan ROH mereka di tempatkan di ALAM BARZAKH sementara menanti ketibaan HARI KIAMAH di dalam Proses untuk kembali Ke SYURGA
SISTEM KEMASYARAKATAN KINI
  • Di dalam Sistem Kemasyarakatan hari ini, seperti yang di amalkan oleh semua negara yang terutama nya Umat Manusia yang Beragama ISLAM, banyak PENYELEWENGAN Peradaban dan Etika Kemanusiaan berlaku dan menjadi AMALAN
  • Yang SUSAH terus menjadi SUSAH dan TERTEKAN seluruh kehidupan mereka dan yang SENANG dan BERKUASA terus menerus menjadi KAYA dan MENINDAS yang LEMAH dan MISKIN
  • Dimana SETIAP MANUSIA itu TERPAKSA berjuang SENDIRIAN di dalam mengharungi KEHIDUPAN di dalam sesama MAHLUK MANUSIA
SISTEM POLITIK KINI
  • BANGSA dan AGAMA telah di jadikan SYARAT sebagai KEANGGOTAAN PARTI dan telah mengenepikan Peradaban dan Etika yang di gariskan di dalam AL QURAN.
  • Sesuatu PERJUANGAN lebih CONDONG untuk MEMPERJUANGKAN BANGSA SENDIRI daripada MEMPERJUANGKAN SESAMA UMAT MANUSIA.
  • Dan KEKAYAAN tidak DI KONGSIKAN secara BERSAMA sesama UMAT MANUSIA tetapi hanya DI KONGSI dan DI AGIHKAN di kalangan ANGGOTA PARTI sahaja.
SEDANGKAN
  • Nilai-Nilai EMAS, PERAK, TEMBAGA DAN BESI itu masih SAMA dan MENGALIR di dalam SETIAP TUBUH MANUSIA walaupun mereka itu Berbangsa Cina, Berbangsa India, Berbangsa Melayu atau Bangsa-Bangsa yang lain nya.
  • Dan KEPERCAYAAN untuk BERAGAMA itu pula adalah KEHENDAK ALLAH SWT di dalam MEMBERI KETENTUAN kepada SIAPA ALLAH itu mahu memberi KECAHAYAAN NYA dan itu BUKAN HAK kita sebagai seorang MANUSIA untuk MENGHUKUM SESIAPA yang membelakangkan SYAHADAH.
  • Setiap Mahluk Manusia itu hanya berupaya untuk menggunakan segala KEBIJAKSANAAN yang DI KURNIAKAN melalui AKAL FIKIRAN yang di turunkan oleh Allah Swt di dalam menentukan APA yang mahu mereka lakukan berlandaskan APA yang telah Allah Swt itu TETAPKAN di dalam AL QURAN.
TANDA-TANDA PENYAKIT HATI (renungan)

  1. Merasa sukar meraih sesuatu yang diciptakan untuk nya iaitu hilang rasa taat dan cinta kepada Allah dan menjadikan Nafsu sebagai ilah nya
  2. Tidak merasa sakit kerana luka-luka maksiat
  3. Pemilik nya tidak merasa jelik dengan kebodohannya terhadap kebenaran seperti tidak risau kalau tidak tahu sesuatu tentang Islam
  4. Pemilik nya beralih daripada makanan berhasiat kepada racun yang mematikan hati dimana mereka mengutamakan maksiat daripada sesuatu yang membawa kebaikan
  5. Pemilik nya menghuni dunia dengan perasaan redha, tenang dan tidak merasa asing serta tidak mengharap akhirat dan beramal untuk mendapatkan nya.
“Barangsiapa ingin mengetahui apakah dirinya mencintai Allah, hendaknya ia menghadapkan dirinya kepada al-Qur’an. Bila ia mencintai al-Qur’an, itu ertinya ia cinta kepada Allah. Kerana al-Qur’an itu kalamullah.” - Ibn Mas’ud

Editor

Monday 22 August 2011

MENGAPA RAMAI PEMIMPIN ISLAM "MURTAD"

Yelaaa.Com - Post#35


MENGAPA RAMAI PEMIMPIN ISLAM "MURTAD"
YANG "MURTAD DALAM KEPIMPINAN NYA


ASAS YANG PERLU DI FAHAMI
Pertama
Ia perlu difahami bahawa Allah Swt mempunyai Hak (Huqouq Ullah =Hak-Hak Allah):
  • Hak-Hak Nama-Nama dan Sifat-Sifat NYA
  • Hak Arahan NYA
  • Hak untuk Di Sembah kepada NYA
Kedua
  • Setiap Orang Islam Wajib untuk mempertahankan HAK-HAK Allah Swt. 
  • Pemerintah-Pemerintah Negara-Negara Islam yang melanggar, menghina dan mengabaikan Hak-Hak Allah dan sesiapa yang berbuat demikian adalah Musyrik.
Ketiga :Tahap yang TAAT
  • Muhsin (Ihsan) - Untuk menyembah Allah seolah-olah anda melihat Dia
  • Mu'min (Iman) - Kata-Kata, Tindakan dan Keyakinan
  • Muslim (Islam) - Penyerahan - Ketaatan
  • Muhsin Setiap Mu'min adalah Seorang Muslim dan Setiap Mu'min belum pasti mereka itu Muhsin
YAKIN ALLAH
  • Menyembah Allah Swt dengan Penuh Keyakinan dan YAKIN ALLAH  adalah satu kewajipan kepada semua Umat Islam. Orang-orang yang Tidak YAKIN ALLAH adalah Musyrik sebagai Rukun Pertama Tauhid yang memerlukan untuk membuat Pengakuan dengan mengisytiharkan orang-orang yang Allah sebut sebagai Kafir adalah Kafir. 
  • Orang-orang yang tidak membuat Penghukuman kepada orang-orang yang Menghina Allah Swt dan Kalam adalah Orang yang Tidak Yakin terhadap Allah Swt serta menjadi KUFUR kepada Allah, Takdheeb (kufur) adalah bertentangan dengan Tasdeeq, yang BERIMAN kepada Allah dengan pasti.
  • Jika mereka mengisytiharkan bahawa orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian untuk menjadi Kafir dan orang-orang yang mencemuh, olok-olok, melaksanakan Undang-Undang KUFUR untuk berada dalam kategori yang sama, mereka menjadi orang-orang KAFIR dengan tidak memanggil mereka KAFIR sebagai syarat untuk Beriman kepada Allah untuk mempercayai Kata-Kata Allah, Nama-Nama, Sifat-Sifat, Tindakan ALLAH dan sebagai nya.
  • Kita MESTI membuat "Takfeer" untuk menyembah Allah dan menyucikan Aqidah kita untuk mengatakan Pemerintah Negara-Negara Islam TIDAK KAFIR mempunyai implikasi yang serius. 
  • Ini bermakna bahawa mana-mana orang yang boleh Menukar KEYAKINAN mereka, Membunuh Umat Islam, Mencemuh Allah, Rasul-Nya, Umat Islam, Ulama, Mujahidin dan masih kekal Islam, ini bermakna terdapat Tidak Wujud SEMPADAN KUFUR
  • Dimana seseorang itu boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan tidak pernah menjadi Kafir dan Ia juga bermakna bahawa kita mempunyai kaitan dengan mereka, kita mempertahankan mereka, melindungi mereka dan Taat kepada mereka.
PEMIMPIN NEGARA ISLAM
  • Jelas sekali tanpa sebarang KERAGUAN, kebanyakan dari Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin Negara-Negara Islam adalah dalam Kategori "KAFIR Murtad"
  • Untuk Membersihkan Aqidah dan Tauhid, mereka mesti mengaku mereka menjadi Kafir atau kita juga boleh jatuh di dalam kategori KUFUR. 

SEBAB-SEBAB NYA
Berikut adalah 6 Sebab-Sebab Mengapa Pemerintah Negara Islam dalam kategori "Kafir Murtad"
  • Mereka tidak memenuhi Rukun Tauhid
  • Mereka Mencemuh Kekuasaan dan Hukum Allah Swt
  • Mereka Sekutu dengan Orang-Orang Kafir terhadap Umat Islam
  • Mereka Mengguna Pakai Hukum Demokrasi
  • Mereka menggunakan beberapa Nama dan Sifat-Sifat Allah kepada diri mereka sendiri
  • Mereka membuat Undang-Undang Perlembagaan Kufur (kufur undang-undang)
PENJELASAN NYA
ALASAN PERTAMA
  • Mereka tidak memenuhi Rukun Tauhid dimana Kedua-dua Tunggak Tauhid ialah untuk mengisytiharkan KUFUR pada Penentang Allah untuk beriman kepada Allah
  • Tanpa ada Tiang ini seseorang itu akan kekal Musyrik dan Pemerintah Negara-Negara Islam yang tidak memenuhi salah satu daripada Ketetapan itu (walaupun mereka mendakwa yang mereka lakukan), terutama RUKUN yang Pertama adalah untuk menolak KUFUR.
  • Tidak ada Paksaan dalam AGAMA dan sesungguh nya Jalan yang Betul telah menjadi berbeza dari Jalan yang Salah. 
  • Sesiapa yang tidak percaya kepada Kekufuran dan Percaya kepada Allah, maka dia telah berpegang kepada Perintah Allah dan boleh dipercayai 
  • Sebaliknya jika mereka Kufur dengan mentaati iaitu mematuhi hanya Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ini bermakna KEIMANAN mereka telah melanggar Tiang Pertama iaitu Sesiapa yang Beriman kepada Allah tanpa menolak KUFUR dan SYIRIK maka dia bukan seorang Muslim
  • Kebanyakan Pemerintah-Pemerintah Negara-Negara Islam hanya merujuk dan memenuhi Ketetapan Resolusi & Perundangan Hak Asasi Kemanusiaan PBB sahaja 
ALASAN KEDUA
Mereka Mencemuh yang HUKUM dan PERINTAH Allah Swt
  • Mereka Takut kepada semua Surah-Surah yang di Turunkan oleh Allah Swt dan mengenepikan nya supaya dapat bertindak bebas.
  • Pemerintah Islam hari ini banyak membenarkan Perkara-Perkara yang KUFUR dan Apa juga Perkara yang bertengangan dengan HUKUM ISLAM
ALASAN KETIGA
Melakukan Perikatan dengan Musyrik dan Kufur
  • Mereka melakukan Perikatan dan Bekerjasama dengan Kaum Musyrik dan Kufur untuk kepentingan Diri sendiri.
  • Mereka akan MENGHALALKAN Harta yang Tidak Halal bagi Diri mereka.
  • Mereka juga boleh Membunuh jika apa yang mereka ingin lakukan itu cuba di halang
  • Mereka akan memerangi Orang-Orang Islam yang cuba memberi Nasihat dan Petunjuk ke jalan yang benar dengan mengistiharkan Golongan Penentang ini sebagai KAFIR
  • Mereka juga menggunakan Para Ulama dan Cendekiawan untuk membenarkan Apa juga Perbuatan yang Salah sebagai BENAR.
ALASAN KEEMPAT
Mereka Hanya Berpegang Kepada Demokrasi Bukan ISLAM
  • Mereka hanya Percaya dan berpegang kepada Demokrasi Barat yang bukan berlandaskan Islam
  • Mereka MENGGUBAL Undang-Undang yang Bertentangan dengan Syariat Islam untuk memudahkan dan kemudahan golongan mereka sendiri.
  • Mereka akan melemahkan Sistem Perundangan Syariah dengan Mengetatkan Perundangan Sekular Demokrasi Barat.
  • Mereka tidak akan mempersoalkan Perkara-Perkara HALAL & HARAM di dalam Makanan dan Minuman atau Apa juga bentuk Perniagaan untuk Rakyat Islam
ALASAN KELIMA
Mereka Menggunakan Nama dan Sifat-Sifat Allah Untuk Diri Sendiri
  • Mereka melakukan SYIRIK dengan melakukan Sarf dan 'Ataf dengan Nama-Nama dan sifat-sifat Allah kepada diri mereka sendiri. 
  • Allah adalah Al-Hakam (pembuat undang-undang) tetapi mereka berkeras untuk memainkan Peranan Allah Swt dengan MENGGUBAL Undang-Undang KUFUR
  • Dan menjadi Penghukum terhadap SETERU Politik dengan melaksanakan Undang-Undang yang Di Gubal oleh mereka sendiri. 
ALASAN KEENAM
Mereka Membuat Undang-Undang Perlembagaan KUFUR
  • Semua Perlembagaan mereka itu KUFUR dan kerana Mengisytiharkan Kedaulatan Undang-Undang KUFUR yang bukan nya di tujukan kepada Allah.
  • Tetapi Mewujudkan Perlembagaan yang KUFUR itu untuk Mendaulatkan Diri dan Kuasa mereka sendiri.
RUMUSAN NYA
  • Harus di Fahami bahawa TIDAK ISLAM seseorang Pemimpin Negara-Negara yang BERAGAMA ISLAM di dalam NEGARA ISLAM yang melaksanakan Undang-Undang Kufur, Berikatan dengan Orang-Orang Kafir untuk melemahkan, menjatuhkan, memenjarakan, membunuh dan menghapuskan Umat Islam yang Tidak Kafir
  • Dimana Sikap dan Perbuatan seperti ini adalah PERBUATAN yang DI KUTUK oleh ISLAM itu sendiri.
Editor

Saturday 20 August 2011

ANTARA HANTU, SYAITAN, JIN, IBLIS DAN MANUSIA

Yelaaa.Com - Post#34


ANTARA HANTU, SYAITAN, JIN, IBLIS DAN MANUSIA
KENALI MEREKA DENGAN JELAS


PERUTUSAN EDITOR
  • Walaupun ISLAM telah bertapak di dalam Dunia ini sudah lebih 1,400 Tahun yang lalu dan melalui AL QURAN yang di turunkan KHAS untuk RUJUKAN UMAT MANUSIA untuk mengetahui APA yang TERSIRAT dan APA yang TERSURAT di dalam setiap PENCIPTAAN ALLAH SWT, masih ramai di antara Umat Manusia itu yang tidak mendapat KEJELASAN mengenai SIAPA dan APA yang di katakan sebagai HANTU, SYAITAN, JIN, IBLIS dan MANUSIA.
  • Ini di sebabkan oleh penulisan-penulisan mengenai Isu-Isu tersebut tidak begitu meluas di ketengahkan secara khusus kerana berlaku PERTENTANGAN PENDAPAT di antara Cerdik Pandai ISLAM yang datang nya dari pelbagai SUDUT KEFAHAMAN ILMU
  • Dimana KEILMUAN di dalam ISLAM itu cukup luas dan memiliki pelbagai CABANG ILMU yang tersendiri dan Amat Mustahil untuk seseorang itu dapat mempelajari kesemua nya sepanjang hidup mereka.
  • Kerana itu adalah ATURAN yang telah Allah Swt TENTUKAN untuk membezakan di antara seorang Manusia dengan Manusia yang lain dan antara satu Mahluk dengan Mahluk yang lain dan init terbukti menerusi SEJARAH PENCIPTAAN MAHLUK dimana KES PERTAMA yang berlaku, apabila IBLIS tidak dapat menerima bahawa Nabi Adam as itu adalah lebih Cerdik, lebih Mulia dan lebih Istimewa daripada semua Mahluk-Mahluk ciptaan Allah Swt yang lain.
  • Dan akhir nya IBLIS menjadi Mahluk Pertama INGKAR terhadap Allah Swt dan menjadikan diri nya kepada Golongan SYAITAN iaitu "Golongan Mahluk-Mahluk yang INGKAR perintah Allah Swt"
BERMULA ISTILAH SYAITAN
  • Definasi SYAITAN boleh di rujukkan kepada setiap Mahluk Ciptaan Allah Swt yang INGKAR PERINTAH seperti yang termaktub di dalam AL QURAN serta HADITH yang termasuk Jin, Iblis dan Manusia dimana dalam Bahasa Arab perkataan Syaitan di rujuk sebagai "JAUH"
  • Yang melakukan sesuatu Perbuatan yang DI LARANG oleh Allah Swt seperti melakukan penganiayaan sesama Mahluk dan apa juga perbuatan yang boleh merosakkan kehidupan Mahluk-Mahluk yang lain atas dasar Dengki Khianat.
  • Oleh itu perkataan SYAITAN ini bukan bermaksud sebagai sesuatu Mahluk tetapi merujuk kepada SIKAP dan PERBUATAN, kerana itu perkataan SYAITAN ini boleh di gunakan terhadap sesiapa juga pun yang INGKAR PERINTAH ALLAH SWT.
MAHLUK JIN
  • Yang di jadikan dari API dan lebih dahulu di Ciptakan dari Mahluk Manusia serta mempunyai Nisbah 9:1 dengan Mahluk Manusia
  • Mahluk Jin ini di Ciptakan dengan pelbagai Rupa Bentuk yang di sesuaikan dengan tempat mereka itu hidup seperti di Udara, di Daratan dan di lautan.
  • Seperti Ayat-Ayat dari Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 yang bermaksud "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas" dan Surah Ar-Rahman ayat 15 yang bermaksud "Dia (Allah) menciptakan Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij)" dan  Surah Al-‘Araf ayat 12 yang bermaksud :" Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan ciptakan dia (Adam) dari tanah"
  • Ada Jantan dan Betina nya serta boleh membiak seperti Mahluk Manusia dan ada yang Beragama dan ada yang tidak Beragama.
  • Kehidupan Mahluk Jin ini tidak menjejaskan Kehidupan Mahluk Manusia dan di asingkan melalui ALAM KEHIDUPAN yang berbeza serta tidak dapat di lihat oleh Mahluk Manusia.
  • Mahluk Jin ini juga ada yang Cerdik, yang Bodoh, yang Jahat dan yang Baik seperti Mahluk Manusia juga dan Mahluk Jin yang Jahat di ketuai oleh IBLIS untuk melakukan Kerja-Kerja Pemesongan AQIDAH untuk Manusia supaya menjadi INGKAR seperti mereka dan tergolong dalam kategori SYAITAN.
  • Dan Pekerjaan Mahluk Jin yang INGKAR ini di bahagikan oleh IBLIS untuk mengganggu Manusia dalam pelbagai Cara dan Suasana Kehidupan yang bermula dari Gangguan ketika melakukan IBADAH, AMAL BAIK dan akan menggalakkan kepada HASAD DENGKI dan KHIANAT dimana HAL-HAL mengenai TUGASAN IBLIS dan JIN itu telah banyak di perkatakan di dalam AL QURAN dan HADITH SAHIH.
ISTILAH HANTU JEMBALANG DAN LAIN-LAIN
  • Walaupun demikian terlalu banyak telah di reka oleh Manusia mengenai nya, termasuk nama nya seperti toyol, hantu raya, langsuir, bajang dan lain-lain yang melahirkan pelbagai amalan bidaah dan khurafat.
  • Ini semua adalah rekaan manusia untuk menggambarkan penemuan mereka terhadap Mahluk-Mahluk JIN yang datang mengganggu mereka dalam pelbagai Rupa dan Bentuk seperti Kebolehan Mahluk JIN dan IBLIS yang pula di sebabkan KECETEKAN pengetahuan mereka terhadap Mahluk Jin dan IBLIS.
  • Dalam keadaan tertentu nama-nama elok seperti nama-nama wali, syeikh, embah, nenek, panglima hitam dan sebagainya di sebut-sebut dalam sesuatu AMALAN padahal apa yang di sebut itu lebih merujuk kepada Mahluk Jin dan Iblis di sebalik kenyataan yang sebenar.
MAHLUK IBLIS
  • IBLIS atau Izzazil adalah Mahluk yang di Ciptakan dari Sumber API yang MURNI dan lebih tinggi Martabat nya daripada Mahluk JIN sehingga IBLIS pernah di jadikan sebagai KETUA kepada semua Mahluk MALAIKAT dan JIN.
  • Dan di kurniakan dengan TARAF KEBIJAKSANAAN YANG LUAR BIASA dan sangat TAAT kepada Allah Swt sebelum kewujudan ADAM as.
  • Tetapi Taraf Kebijaksanaan IBLIS tidak dapat Menyaingi Taraf Kebijaksanaan yang di kurniakan kepada ADAM as dan seluruh Mahluk Manusia di sebabkan oleh Unsur-unsur Penciptaan untuk Mahluk Manusia itu sangat ISTIMEWA.
  • Antara Maklumat lain mengenai IBLIS ialah di antara sekian banyak keturunan Jin, Izzazil adalah yang paling Taat kepada Allah yang berbeza dengan manusia, Jin boleh hidup sampai ribuan, malah puluhan ribu tahun dan begitu juga Izzazil. Ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun, kemudian atas permintaan nya ia dipindahkan oleh Allah ke Langit Pertama.
  • Di situ ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun juga. Lalu ia dipindahkan ke Langit seterusnya, sampai langit ke tujuh. Di masing-masing Tingkatan Langit, ia beribadah kepada Allah SWT selama 1000 tahun. Jadi Izzazil beribadah kepada Allah selama 8000 tahun.
  • Kerana ketaatan dan pengabdiannya, Allah mengangkatnya ke Darjat Al-Muqarrabun, iaitu Darjat tertinggi di sisi Allah. Lebih dari itu, Allah menobatkan Izzazil sebagai IMAM Para Malaikat yang berkedudukan di langit.
  • Merasa berada dalam Darjat  yang mulia, maka ketika Allah memerintahkan dirinya dan Para Malaikat bersujud kepada Adam, Izzazil dengan berbagai dalih menolak. Penolakan itu disebabkan karena ia merasa lebih mulia dan lebih baik di bandingkan Nabi Adam as.
  • Selain itu ia juga merasa bahawa diri nya Makhluk yang lebih dulu diciptakan, lebih lama dalam beribadah dan lebih tinggi Martabatnya di bandingkan Nabi Adam yang baru diciptakan Allah Swt.
  • Kesombongan dan rasa iri hati itulah sebenarnya Penyebab Utama mengapa Izzazil membangkang Perintah Allah Swt dan kerana pembangkangannya itu, akhirnya ia terusir dari Surga dan di namakan IBLIS. Sebelum meninggalkan Surga, IBLIS sempat bersumpah akan mengganggu dan menggoda Anak Keturunan Adam sampai Hari Kiamat.
PENCIPTAAN MAHLUK MANUSIA
Mahluk Manusia adalah SANGAT ISTIMEWA kerana Mahluk Manusia itu di BINA melalui 2 Gabungan Elemen yang sangat berlainan seperti Elemen JASAD dan Elemen ROH.
ELEMEN JASAD
  • Dimana Elemen JASAD Manusia itu di jadikan melalui SEMUA SUMBER yang terdapat di Muka Bumi, Alam Semesta, Segala Mahluk yang pernah di Ciptakan oleh Allah Swt dan di jadikan sebagai JASAD untuk Manusia.
  • Seperti Unsur-Unsur daripada Sumber API, ANGIN, TANAH dan AIR yang Mewarisi pelbagai kejadian Mahluk-Mahluk yang lain termasuk Serangga, Unggas, Binatang di Darat, di Laut dan yang di Udara serta Tumbuh-Tumbuhan juga JIN dan IBLIS.
  • Kerana itu SIFAT dan KELAKUAN setiap Manusia itu juga memiliki Sifat-Sifat dan Sikap-Sikap Mahluk-Mahluk yang lain seperti Sifat Kebinatangan dan Sifat Keiblisan di sebalik Sifat-Sifat MURNI yang telah di wujudkan.
ELEMEN ROH
  • Elemen Roh ini Jarang di perkatakan oleh Para Ulama yang berunsurkan Ulama Fiqah dan Usuludin-Fiqah kerana meraka berpegang kepada Ayat Al-Israa’  (17:85) وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ‌ۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ إِلَّا قَلِيلاً۬  atau "wayas-aluunaka ‘ani rruuhi quli rruuhu min amri rabbii wamaa uutiitum mina l’ilmi illaa qaliilaa" dengan maksud nya "Dan mereka bertanya kepada mu tentang Roh, katakan lah Roh itu termasuk URUSAN Tuhan-ku, dan tidaklah kamu di beri pengetahuan melainkan sedikit”.
  • Kerana itu KEILMUAN mengenai ROH ini amat terbatas sehingga Ramai Umat Manusia tidak begitu jelas mengenai Roh dan menjadikan KEFAHAMAN mereka mengenai Asal Usul kejadian Manusia itu  menjadi LEMAH dan itu telah juga melemahkan KEFAHAMAN mereka mengenai ALLAH SWT.
  • Yang PASTI ialah Elemen Roh itu di jadikan oleh Allah Swt dari sedikit Unsur "Diri Nya" sendiri dan "DI UBAH" Rupa Bentuk untuk menjadi Mahluk kepada Allah Swt dan di kenali sebagai ROH MANUSIA seperti Ayat ini "Maka apabila telah Aku menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan kedalamnya Ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Al Hijr,29)
  • Kerana sebab itu ROH MANUSIA itu Wujud lebih Awal dari semua Mahluk-Mahluk Ciptaan Allah Swt yang lain dan di tempatkan di Alam AZALI sementara menunggu Giliran untuk di masukkan ke dalam JASAD MANUSIA seperti yang telah DI FITRAH KAN di dalam LUH MAHFUS iaitu Tempat Catatan yang di tulis pada nya Ketetapan sekelian Makhluk sehinggalah berlaku nya Hari Kiamat nanti. 
  • Itu juga telah membezakan ROH MANUSIA itu dengan ROH-ROH dari Mahluk Ciptaan Allah Swt yang lain seperti Malaikat, Iblis, Jin, Binatang dan Unggas yang di jadikan dari Unsur-Unsur yang berlainan
Ayat berkenaan Roh Manusia Allah SWT berfirman melalui Surah An Nur Ayat 35
ٱللهُ نُورُ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكاةٍ فيها مِصْباحٌ الْمِصْباحُ في‏ زُجاجَةٍ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ 
وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكادُ زَيْتُها يُضي‏ءُ وَلَوْلَمْ تَمْسَسْهُ نارٌ نُورٌ عَلى‏ نُورٍ يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشاءُ وَ يَضْرِبُ اللهُ الْأَمْثالَ لِلنَّاسِ وَ اللهُ بِكُلِّ شَيْ‏ءٍ عَليمٌ 
Yang bermaksud “Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

RUMUSAN NYA
  1. Tidak ada Istilah HANTU dari Mahluk lain selain Mahluk JIN dan IBLIS
  2. Tidak ada Istilah SYAITAN sebagai Suatu Mahluk yang Baharu selain dari Golongan JIN, IBLIS dan MANUSIA yang INGKAR terhadap Allah Swt di dalam menunaikan segala Tugas dan Tanggung Jawap nya sebagai Mahluk
  3. Tetapi Seseorang Mahluk manusia itu boleh BERUBAH menjadi JIN, IBLIS yang SYAITAN lebih KEJAM jika JIWA nya tidak DI ISI dengan ILMU PENGETAHUAN yang berteraskan KEILMUAN ISLAM.
  4. Kerana sebab itu Mahluk Manusia itu sangat Berwarna-Warni jenis Sikap dan Sifat Perbuatan nya yang di dasarkan dari APA YANG DAPAT DI KETAHUI oleh mereka.
Editor