Saturday 24 September 2011

MEDIA SOSIAL: DI JADIKAN TEMPAT LUAHAN RASA

Yelaaa.Com - Post#50


MEDIA SOSIAL: DI JADIKAN TEMPAT LUAHAN RASA
ANDA JANGAN PANDANG SINIS


MEDIA SOSIAL
  • Seperti Facebook, Tagged, Hi5, MySpace, Twitter serta Media Sosial yang lain adalah di Wujudkan untuk di gunakan sebagai Tempat untuk BERINTERAKSI sesama Rakan-Rakan lama dan yang baharu di kenali.
  • Dan PERANAN MEDIA SOSIAL ini sangat berkait rapat dengan perkembangan TEKNOLOGI PERHUBUNGAN yang tidak memiliki Sempadan, Ruang dan Waktu.
  • Dimana, pada hari ini setiap Orang boleh berinteraksi bersama Rakan-rakan dari Seluruh Dunia hanya menggunakan TALIAN INTERNET.
  • Inilah suatu bentuk KEMAJUAN yang di Cipta oleh Manusia untuk Manusia yang lain dan MAMPU untuk memendekkan MASA BERHUBUNG seperti cara yang Konvensional seperti kaedah Surat Menyurat, Email dan sebagai nya itu.
  • Dan setiap Media Sosial menawarkan kemudahan yang berlainan di dalam kaedah berinteraksi bersama Rakan-Rakan di Ruangan Siber ini, terpulang kepada Pengguna untuk memilih salah satu daripada nya atau menggunakan kesemua nya sekali.
KEBAIKAN NYA
  • Memberikan banyak Ruang Kebaikan untuk setiap Pengguna dimana Pengguna akan dapat berhubung dengan orang-Orang yang mereka kenali tetapi berada di kawasan atau negara yang berlainan.
  • Dengan cara ini mereka akan dapat Menyampaikan dan Menerima Berita-Berita yang terkini daripada orang-orang yang mereka kenali melalui Media-Media Sosial seperti yang di sebutkan.
  • Dan dapat merapatkan perhubungan di antara sahabat handai serta saudara mara dengan lebih baik lagi jika kesemua nya menggunakan Media Sosial.
KEBURUKAN NYA
  • Banyak Kes-kes berlaku dimana Rakan-Rakan yang di kenali melalui Media Sosial ini melakukan Penipuan Identiti, Pemerasan, Meminta Wang dengan Tujuan untuk MENIPU
  • Juga untuk melakukan Jenayah Seks terhadap sasaran yang telah di tentukan oleh Orang Perseorangan tau pun sesebuah Sindiket Jenayah
  • Ini termasuk Sindiket yang menganjurkan Pemalsuan Wang dan Pengedaran Dadah di peringkat Antarabangsa.
DI SEBALIK ITU
  • Wujud juga Fenomena dimana ada Golongan samaada kaum Lelaki atau Wanita yang menggunakan Media Sosial ini sebagai TEMPAT untuk mencari Rakan untuk mengatasi RASA KESUNYIAN mereka di sebabkan oleh beberapa Faktor
  • Atau Golongan yang TERTEKAN FIKIRAN yang di sebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan Kehidupan mereka itu menjadi tidak menentu dan Golongan ini memerlukan Rakan-Rakan yang di kenali di Media Sosial untuk di jadikan Teman meluahkan Perasaan.
  • Dan Wujud juga Golongan yang meluahkan RASA KECEWA mereka terhadap kehidupan yang di jalani di sebabkan oleh pelbagai kekecewaan yang mereka alami dengan menyuarakan Hasrat untuk MEMBUNUH DIRI
  • Dan banyak Kes membunuh Diri berlaku selepas mereka meluahkan di dalam Media Sosial dan perkara seperti ini telah mengejutkan banyak pihak termasuk Kerajaan-Kerajaan di seluruh Dunia.
MEDIA SOSIAL DAN MASAALAH PSIKOLOGI
  • Oleh yang demikian, Media Sosial dan Masaalah Psikologi telah tidak dapat di pisahkan lagi kerana Golongan yang terlibat dengan kes-Kes Kemurungan, Tekanan Perasaan, Kekecewaan di dalam Hidup dan Hasrat untuk membunuh diri merasakan media Sosial adalah PILIHAN TEPAT untuk mereka.
  • Dan ramai Pakar-Pakar Psikologi di seluruh Dunia mengesahkan perkara ini dan mereka semua bersependapat bahawa Media Sosial telah menjadi Ruang Penting untuk di beri perhatian yang khusus di dalam menangani Masaalah-Masaalah tersebut
  • Dan telah banyak Pertubuhan, Persatuan Bantu Diri atau Pakar-Pakar Psikologi mewujudkan Laman Media Sosial mereka sebagai Langkah untuk mendekati Golongan ini.
  • Kerana melalui Media Sosial sesuatu kes itu dapat DI LUAHKAN dengan mudah oleh yang mengalami masaalah kerana tidak terdapat proses-proses pengenalan diri yang wajib dan ini mendorong ramai orang untuk menggunakan nya.
PENGALAMAN EDITOR
  • Sebagai seorang yang terlibat di dalam Bidang Kaunseling Psikologi Kemanusiaan yang melibatkan pelbagai Kes-Kes Psikologi, Editor telah banyak menangani Kes-Kes Psikologi yang di luahkan melalui Media Sosial walaupun hanya di lakukan secara sambilan.
  • Tetapi Kes-Kes Psikologi yang terlibat sangat meruncing di kalangan Masyarakat Dunia pada hari ini, dimana Kesibukan dan Ketiadaan Masa di kalangan Ahli Keluarga yang terlibat adalah PUNCA UTAMA nya.
  • Dan Apa juga Masaalah Psikologi yang berlaku di Eropah, Barat, Timur Tengah, Asia dan Asia Tenggara adalah dari jenis masaalah Psikologi yang sama, walaupun berlainan Bangsa dan Agama.
CONTOH MASAALAH PSIKOLOGI (Menurut Indek)
  1. Kes PUTUS CINTA
  2. Kes PUTUS TUNANG
  3. Kes PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI
  4. Kes PENCERAIAN
  5. Kes HUTANG
  6. Kes HUBUNGAN dengan Ibubapa dan Anak-Anak
  7. Kes ROGOL
  8. Kes PENGANGGURAN
  9. Kes BENCANA ALAM
  10. Kes POLITIK
  11. Kes PENIPUAN
  12. Kes MAHU MEMBUNUH DIRI
PENJELASAN NYA
KEBANYAKAN KES
  • Senarai KES-KES tersebut adalah yang SERING DI LUAHKAN oleh Orang-Orang yang mengalami Masaalah-Masaalah tersebut.
  • Dan APA yang mereka MAHUKAN ialah PERHATIAN, SIMPATI serta CARA-CARA untuk MENGATASI PERMASAALAHAN yang mereka alami.
  • Hanya Pakar-Pakar Psikologi yang terlatih sahaja yang akan dapat Mengesan dan Mencungkil Cerita-Cerita selanjut nya daripada Orang-Orang yang terlibat kerana melalui Media Sosial ini Identiti mereka selalu nya mereka tidak beri dengan tepat.
KES TERPENCIL
  • Kes-kes untuk MEMBUNUH DIRI memang wujud tetapi jumlah nya tidak begitu besar atau pun ramai TETAPI golongan ini amat memerlukan PERHATIAN YANG KHUSUS
  • Dan Editor berpengalaman menangani 5 Kes untuk Membunuh Diri yang di luahkan melalui Media Sosial dan mendapati orang-Orang yang terlibat tidak memiliki Asas Keagamaan langsung di dalam Agama yang mereka anuti tetapi berjaya membatalkan niat mereka itu dengan kaedah yang tertentu.
KES PUTUS CINTA DAN PUTUS TUNANG
  • Adalah kes yang terbanyak dan yang sering melanda kalangan Muda Mudi atau Remaja-Remaja yang sedang meningkat Dewasa.
  • Dimana Golongan ini di dapati masih belum mantap Tahap pemikiran mereka serta terlalu memberi KEPERCAYAAN terhadap Pasangan masing-masing.
KES SUAMI ISTERI
  • Kes Perhubungan Suami isteri juga di tahap yang banyak dimana dalam kebanyakan kes-kes ramai di antara isteri-isteri sering kesunyian kerana masa suami bertugas terlalu panjang atau di luar lokasi.
  • Juga di sebabkan Kes KECURANGAN di antara Suami Isteri dengan Pasangan masing-masing yang juga di dorong oleh rasa kesunyian kerana tidak mendapat perhatian yang sewajar nya.
  • Dan kes seperti kekurangan Nafkah Zahir dan Bathin yang tidak mencukupi di sediakan oleh para Suami atas pelbagai sebab Ekonomi dan Kesihatan atau pun Kecurangan.
TANDA-TANDA MEREKA MENGALAMI TEKANAN PSIKOLOGI
  • Di dalam Laman Media Sosial mereka. selalu nya mereka akan meluahkan dengan Memuat-turun pelbagai Gambar-Gambar yang berbentuk Kesedihan, kemurungan dan kekecewaan yang di ambil dari pelbagai sumber dan jarang menggunakan Gambar sendiri.
  • Memuat-turun Kata-Kata Madah atau Kiasan yang menggambarkan kekecewaan yang sedang mereka alami
  • Dan Orang-Orang yang menganut Agama Islam pula akan Memuat-turun Firman-Firman serta Hadith yang menyebut sesuatu Kesalahan dengan balasan Dosa-Dosa yang menanti Si Pelaku sebagai SINDIRAN kepada Orang yang menyakiti hati mereka.
  • Golongan ini juga CEPAT TERSINGGUNG serta KUAT MERAJUK atau terlalu SENSITIF dengan sesuatu Kata-Kata.
  • Dan Mood Peribadi mereka selalu nya tidak menentu dimana adakala nya mereka itu ceria dan dalam sekelip mata sahaja mereka akan bertukar menjadi pemarah atau sedih.
RUMUSAN NYA
  • Oleh yang demikian, jika anda dapat MENGESAN Jenis Golongan yang seperti ini menjadi Rakan Media Sosial anda, anda di nasihat kan agar JANGAN MEMANDANG RENDAH atau SINIS terhadap Golongan ini
  • Mereka adalah tergolong di dalam Orang-Orang yang TERTEKAN PERASAAN dan sangat MEMERLUKAN BANTUAN.
  • Tetapi JANGAN MENGAMBIL sebarang KESEMPATAN dengan NIAT atau TUJUAN yang TIDAK BAIK terhadap Golongan ini.
  • Sebaik mungkin rujukkan mereka kepada Pakar-Pakar Psikologi atau kepada Pertubuhan-Pertubuhan yang menyediakan Bantuan Kaunseling Psikologi yang anda tahu.
  • Kerana KEPRIHATINAN anda itu boleh menyelamatkan NYAWA seseorang yang sedang di ancam oleh Tekanan Psikologi
Editor

Thursday 15 September 2011

TERJAH : ADAKAH BUDAYA BAHARU

Yelaaa.Com - Post#49


TERJAH : ADAKAH BUDAYA BAHARU
DAN APAKAH HUKUM NYA DI DALAM ISLAM


PERUTUSAN EDITOR
  • TOPIK TERJAH ini adalah Topik Pilihan Rakan Facebook Encik Mohd Zurrin Abu Sapian yang menganggotai DrSoul's Hall of Your IDEAS.
  • Dimana beliau ingin Perkataan TERJAH ini DI RUNGKAI dan DI HURAI dari pelbagai SUDUT sebagai Wadah untuk Rakan-Rakan Pembaca
  • Oleh kerana Topik ini sangat menarik dan telah menjadi Suatu BUDAYA BAHARU di kalangan masyarakat Melayu Islam, maka adalah Topik ini di jadikan Bahan Pembelajaran untuk semua.
DEFINASI TERJAH
  • Suatu Perbuatan atau Kelakuan yang Mengambil Tahu Hal Ehwal Orang lain TANPA KEIZINAN daripada mereka atau dengan maksud Mencuri Pandang dan Mencuri Dengar, yang juga di sebut sebagai INTIP atau INTIPAN.
  • Yang di lakukan oleh Orang-Orang yang SENGAJA MAHU mengambil tahu dengan NIAT atau TUJUAN yang tidak baik.
  • Dan menghebahkan APA yang mereka Lihat, Dengar atau Tahu mengenai Diri Orang yang di sasarkan untuk Pengetahuan Orang lain.
  • Dengan Harapan Orang tersebut akan mendapat AIB atau MALU dengan Berita yang di sebarkan Tanpa Izin tersebut.
  • TETAPI jika di dalam Bahasa INDONESIA Perkataan TERJAH itu bersamaan dengan "MEMBUTUHKAN" atau di dalam maksud di dalam Bahasa MELAYU nya ialah MEMERLUKAN.
  • TERJAH juga di gunakan sebagai Maksud MELAWAT TANPA UNDANGAN ke Tempat-tempat, Rumah-Rumah, Laman-Laman Web, Blog-Blog Peribadi orang lain secara Rambang dengan Tujuan yang Baik atau pun Tidak Baik.
KATEGORI TERJAH
TERJAH YANG BURUK
  • Ini yang selalu di lakukan oleh Orang-orang yang Tidak Bertanggung Jawap untuk Merosakkan Nama Baik Diri Seseorang dengan Alasan-Alasan tertentu seperti di dalam Kepentingan Politik.
  • Atau di dalam Penerbitan Majalah-Majalah Gossip dan Akhbar-Akhbar terhadap Orang-Orang tertentu sebagai bahan untuk Melariskan Penjualan.
  • Atau di lakukan oleh Pesaing-Pesaing Perniagaan untuk mencari kelemahan-kelemahan Pihak Saingan bagi memberikan Kesan Buruk
  • Atau di lakukan oleh Rakan-Rakan sendiri yang MENGINTIP segala Perbuatan Sumbang anda untuk di beritahu kepada Rakan-Rakan yang lain.
  • Atau oleh Isteri terhadap Suami dan oleh Suami terhadap Isteri di dalam mencari Kesalahan dan kelemahan Diri masing-masing untuk Tujuan yang tertentu.
  • Atau di kalangan Adik Beradik sendiri yang mahu sesuatu yang Buruk itu di ketahui oleh Adik Beradik yang lain juga dengan Niat yang Buruk.
TERJAH YANG BAIK
  • Adalah seperti Pengintipan terhadap sesuatu Perbuatan yang Menyalahi Undang-Undang Kampung, Negeri dan Negara yang di lakukan oleh Pegawai-Pegawai KHAS dari Jabatan-Jabatan tertentu Kerajaan
  • Seperti Kes-Kes Perjudian Haram, Pelacuran, Penyeludupan, Kes-Kes Rasuah dan Penyalah-Gunaan Kuasa di kalangan Golongan yang di sasarkan.
  • Dimana Terjahan seperti ini adalah di bawah Perlindungan Undang-Undang yang hanya di berikan kepada Jabatan-Jabatan dengan Pegawai-Pegawai Petugas yang tertentu sahaja.
  • Atau oleh Penyiasat-Penyiasat SULIT PERIBADI yang di Upah untuk memantau sesuatu Kes yang melibatkan banyak Pihak dan di lakukan secara Profesional.
  • Atau Kes-Kes Terjahan oleh Pegawai-Pegawai Anti-Maksiat dari Jabatan Agama Islam di Kawasan-Kawasan tertentu untuk Pencegahan Maksiat.
LAIN PULA MAKSUD JIKA DI SEBUT TERJAHAN
  • TERJAHAN akan berubah Sifat Perbuatan nya daripada Maksud TERJAH yang Asal, dimana TERJAHAN ini pula merujuk kepada sesuatu Perbuatan Provokasi atau Mencabar atau Mendahului Perbuatan lebih awal dari Orang lain.
  • Seperti apa yang berlaku di dalam Permainan Bola Sepak dimana pihak pemain pertahanan akan sering melakukan TERJAHAN terhadap pemain lawan yang sedang membawa bola ke dalam kawasan pertahanan mereka.
  • Atau melakukan sesuatu sebelum sesuatu itu berlaku untuk Tujuan Menghalang sesuatu itu daripada berlaku untuk Tujuan Kebaikan daripada mengalami sebarang Kemudaratan atau Kerosakan.
  • TERJAHAN seperti ini banyak di lakukan oleh pasukan-Pasukan KESELAMATAN seperti Angkatan Tentera dan Polis di dalam sesuatu Suasana yang GAWAT atau di dalam PERANG.
APA HUKUM MENERJAH INI DI DALAM ISLAM
Firman-Firman Allah SWT yang bermaksud: 
  • “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenaran nya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat - Ayat 6)
  • Dan Baginda Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud “Menyelidik dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah adalah daripada syaitan.”
MAKSUD NYA
  • APA JUGA Jenis Kegiatan dengan melakukan TERJAH, MENERJAH atau TERJAHAN dengan NIAT dan TUJUAN untuk memburuk-burukkan Keperibadian Orang lain Adalah DI TEGAH di dalam ISLAM
  • Dan Sifat dan Sikap tersebut adalah BERDOSA kerana MENGAIBKAN Orang lain serta DI MURKAI oleh Allah Swt dan Rasul
KERANA TERJAH JUGA DI DALAM DOSA FITNAH

Firman Allah SWT :
  • "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." Surah Al-Qalam - Ayat 10-12
Firman Allah SWT :
  • "Dan Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." Surah Al-Baqarah - Ayat 217
Firman Allah SWT :
  •  "Sesungguh nya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar." Surah An-Nur - Ayat 23
Rasulullah SAW bersabda :
 "Tidak akan masuk syurga yang membawa Fitnah." - Hadith Riwayat.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah


DI ANTARA JENIS-JENIS FITNAH DARI KEGIATAN TERJAH
  • Fitnah melalui Kepimpinan Negara.
  • Fitnah dalam Belajar kerana mahu dapat Jawatan.
  • Fitnah melalui Penampilan Diri dan Cara Berpakaian.
  • Fitnah melalui Ungkapan.
  • Fitnah melalui Penulisan.
  • Fitnah melalui Iklan Produk.
  • Fitnah melalui Penglibatan dalam Sukan dan Hiburan.
  • Fitnah Berbangga kerana Berjaya memperbanyakkan Bilangan Masjid.
  • Fitnah kerana Meninggalkan Kewajiban Beribadat.
  • Fitnah kerana Tidak menunjukkan Akhlak Islam yang Mulia.
MANUSIA SUKA MEMFITNAH KERANA HASIL TERJAH

Hendak Berjaya dalam Pekerjaan.
  • Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.
Memburukkan Peribadi Orang lain.
  • Ini di lakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mempunyai Kepentingan tertentu.
Tujuan Tertentu.
  • Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.
  • Lelaki tersebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.
Ingin Glamour.
  • Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan Nama,Kedudukan, Status dan sebaginya.
Suka-Suka.
  • Ada juga yang memfitnah kerana suka-suka.
Ahli Neraka.
  • Dalam Hadith Sahih jelas di nyatakan tempat seseorang ke Syurga atau Neraka ketika ia masih dalam RAHIM ibu nya.
  • Mungkin Golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan Ciri-Ciri  Ahli Neraka
  • Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita Ahli Neraka.
AKHIR KATA
  • Walau APA pun ISTILAH anda untuk menggunakan TERJAH yang BERNIAT TIDAK BAIK, sebaik nya JANGAN di lakukan.
  • Dan JANGAN MENCONTOHI Sekmen TERJAH MELODI TV3 kerana apa yang mereka lakukan itu telah di rancang lebih awal dengan persetujuan mangsa-mangsa untuk Tujuan Publisiti dan rating Rancangan TV tersebut.
  • Dan dari Sudut Perlaksanaan TERJAH ini sememang nya TIDAK WUJUD sebarang kebaikan kerana walau bagaimana baik pun TUJUAN nya, akhir nya akan MENIMBULKAN FITNAH.
Editor

Wednesday 14 September 2011

OPS SIKAP 24 DI KATAKAN GAGAL OLEH PIHAK POLIS

Yelaaa.Com - Post#48


OPS SIKAP 24 DI KATAKAN GAGAL OLEH PIHAK POLIS
APA SEBENAR NYA YANG TIDAK DI BERI PERHATIAN


LAPORAN OPS SIKAP 24
  • Laporan Ops Sikap 24 di sifatkan sebagai yang TERBURUK di dalam Operasi yang telah di jalankan semenjak 11 tahun yang lalu (2000 - 2011)
  • Dimana Angka Kematian di CATATKAN sebanyak 289 Korban Keseluruhan di semua jalan raya di seluruh Negara.
  • Dan dari 289 Korban ini, 62% adalah dari Golongan Penunggang dan Pembonceng Motosikal dan itu membawa kepada Angka 179 Korban.
JENIS JALAN RAYA TERLIBAT  (Rujuk Berita Di Sini)
  1. Di Jalan Bandaran sebanyak 503 kemalangan
  2. Di Jalan Persekutuan sebanyak 275 kemalangan
  3. Di Jalan Negeri sebanyak 212 kemalangan
  4. Di Lebuh Raya sebanyak 115 kemalangan
  5. Di Lain-Lain Jenis Jalan sebanyak 81 kemalangan
  6. Ini menjadikan keseluruhan kemalangan yang berlaku ialah sebanyak1,186 kes 
  7. Dan 9,253 SAMAN di keluarkan oleh Pihak Polis Trafik untuk pelbagai Kesalahan Trafik kepada Pemandu dan Penunggang
HASIL ANALISIS UMUM
  • Wujud pelbagai ANALISIS dari Pihak Polis Trafik dan Badan-Badan tertentu serta Orang Perseorangan yang memberikan Analisis yang berbeza mengenai Punca-Punca Kemalangan yang berlaku di Setiap MUSIM-MUSIM PERAYAAN.
  • Dan kebanyakan daripada Analisis tersebut banyak menyebut Punca atau Penyebab sesuatu kemalangan yang di catat itu berdasarkan Kecuaian Pemandu dan Penunggang, Kepenatan dan kerana Tidak Mematuhi Peraturan Lalu Lintas dan memandu melebihi Had Kelajuan yang di benarkan. (Baca Ini)
RUMUSAN UNTUK ANALISIS
  • Adalah KURANG TEPAT untuk Merumuskan bahawa SEMUA jenis kemalangan yang berlaku itu BERPUNCA daripada Sebab-Sebab yang di sebutkan
  • Kerana Semua Sebab-Sebab tersebut Adalah PUNCA KEDUA atau PUNCA KETIGA yang terbit daripada PUNCA PERTAMA dan UTAMA
APAKAH YANG DI KATAKAN PUNCA PERTAMA dan UTAMA
Yang tidak di sebut di dalam sebarang ANALISIS ialah Perkara-Perkara yang seperti berikut :
PERTAMA
  • Geografi atau Reka Bentuk Jalan Raya yang melibatkan Kemalangan
  • Kerana Keadaan Reka Bentuk dan Buatan Jalan Raya yang terlibat juga menyumbang kepada kemalangan seperti Kelurusan Jalan, Permukaan dan Mutu Jalan Raya.
  • Dimana wujud Jalan Raya yang terlalu Lurus dan ada juga yang terlalu banyak Selekoh dan ada juga yang memiliki Permukaan Jalan yang LICIN.
  • Ini semua adalah Punca-Punca Pertama dan Utama terhadap sesuatu Jenis kemalangan Jalan Raya dan perkara ini tidak boleh di tolak begitu sahaja.
KEDUA
  • HAD KELAJUAN yang tidak munasabah untuk Jumlah Kenderaan yang bergerak di sesuatu Masa yang menyebabkan Kesesakan Kenderaan
  • Ini mendorong kepada Perasaan yang Menekan terhadap sesuatu Pemanduan di dalam keadaan yang sangat sesak yang boleh mendorong kepada Sifat CUAI.
KETIGA
  • Adalah Faktor CUACA samaada keadaan terlalu PANAS atau pun di dalam CUACA HUJAN, yang kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan Tahap TUMPUAN Pemanduan TERJEJAS
  • Dimana akan ramai Pemandu dan Penunggang akan memperlahankan Kelajuan Kenderaan mereka dan akan menyebabkan Kesesakan.
KEEMPAT
  • Dan jika di lihat Jumlah SAMAN yang di keluarkan oleh Pihak Polis Trafik yang sebanyak 9,253 SAMAN untuk pelbagai Kesalahan lalu Lintas telah menunjukkan dengan jelas bahawa TAHAP PEMAHAMAN Para Pemandu dan Penunggang terhadap Undang-Undang Jalan Raya adalah LEMAH.
  • Dimana TAHAP Penghormatan Para Pemandu dan Penunggang terhadap Undang-Undang Jalan Raya itu samaada LEMAH atau Tidak mendapat Pelajaran yang secukup nya di dalam Sesi Pengambilan Lesen-Lesen Memandu.
  • Di sini Kajian Semula harus di lakukan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menilai semula terhadap Tahap Pembelajaran untuk mendapatkan Lesen Memandu di Pusat-Pusat Latihan Memandu
KELIMA
  • Undang-Undang Lalu Lintas yang berkenaan dengan HUKUMAN terhadap Perlanggaran Peraturan lalu Lintas harus di beri Perhatian dan di Kaji Semula untuk lebih MENYEDARKAN Sikap Pemanduan dan Tunggangan
  • Dimana HUKUMAN dengan Jumlah DENDA yang TINGGI adalah BUKAN PENYELESAIAN yang berkesan untuk membaiki Sikap Pemanduan dan Tunggangan.
  • Tetapi HUKUMAN seharus nya lebih di Tumpukan kepada Pemberian DEMERIT POINT untuk Setiap Kesalahan yang JIKA telah mencapai ke Tahap MAKSIMA, Lesen Pemanduan itu DI GANTUNG untuk Tempuh Tertentu untuk kesalahan di Tahun Pertama.
  • Dan untuk Kesalahan yang di Pungut di dalam tahun yang berikut nya, Lesen Pemanduan DI BATALKAN dan DI WAJIBKAN Pesalah untuk menduduki Pengajian Pemanduan Semula.
  • Kaedah seperti ini sangat berkesan dan banyak di amalkan di Negara-negara maju seperti contoh nya di Negara Singapura dan Switzerland
KEENAM
  • KETIADAAN LATIHAN SEMULA untuk Pesalah-Pesalah TEGAR yang terlibat banyak di dalam Pelanggaran Peraturan Lalu Lintas juga menyumbang kepada KEBAHAYAAN di Jalan Raya.
  • Dimana ini akan melibatkan Penstrukturan semula Semua Korikulum Pelajaran Undang-Undang Jalan Raya di semua Pusat-Pusat Latihan Memandu.
  • Yang boleh di fahami MUTU LATIHAN yang di tawarkan di setiap Pusat Latihan Memandu di Seluruh negara itu TIDAK SERAGAM dan Tidak Mengguna-Pakai Piawaian yang SERAGAM.
KETUJUH
  • Terlalu banyak SEKATAN-SEKATAN JALAN RAYA yang di lakukan oleh Polis Trafik dan JPJ  untuk TUJUAN PEMERIKSAAN di lakukan sehingga MENJEJASKAN KELANCARAN LALU LINTAS juga menyumbang kepada Kesesakan Lalu Lintas.
  • Dimana KESESUAIAN untuk melakukan di waktu-waktu sesak di Musim-Musim Perayaan adalah Tidak SESUAI.
AKHIR KATA
  • Jika Pihak Polis Trafik ingin melihat Operasi seterus nya menunjukkan Penurunan yang Drastik maka perkara-Perkara yang di sebutkan ini harus di beri PERHATIAN KHUSUS.
  • Kerana PENCEGAHAN untuk sesuatu kes-Kes kemalangan Jalan Raya itu bukan boleh di PANTAU sewaktu Musim Perayaan itu sedang berlangsung TETAPI ia harus di lakukan di Peringkat yang lebih awal.
Editor

Monday 12 September 2011

SEMUA SISTEM DEMOKRASI MEMILIKI SIFAT KOMUNISME

Yelaaa.Com - Post#47


SEMUA SISTEM DEMOKRASI MEMILIKI SIFAT KOMUNISME
TERMASUK AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA


PERUTUSAN EDITOR
  • Keperluan Asas Demokrasi dan Komunisme adalah orang-orang yang melakukan kerja untuk Pengeluaran mana-mana dalam Sistem dan Membuat Sistem yang Mengawal Jumlah Kelas Pekerja.
  • Hari ini di seluruh Dunia, Sistem Kapitalis dan Imperialis yang terhasil kepada eksploitasi Proletariat dan Petani Miskin di setiap Negara membangun dan eksploitasi ini membawa seluruh dunia ke arah Jenayah RASUAH dan KEGANASAN. 
  • Ia adalah sebab bahawa tiap-tiap Orang yang Kaya tidak dapat tidur pada malam hari kerana takut tidak di ketahui daripada Pengganas dan semua Manusia biasa tidak boleh tidur kerana takut untuk tidak ada pendapatan untuk hidup.
  • Orang Miskin sama ada Membenci atau Memuja Kapitalis dan penyalah-gunaan nasib mereka Kapitalis melihat orang-orang miskin seperti mesin yang boleh digunakan untuk membuat wang.
  • Kebanyakan orang cuba untuk mencapai apa juga dengan apa-apa kos dengan banyak kompromi, dan satu-satunya alasan untuk mencapai nya ialah dengan mengumpul wang yang banyak supaya mereka sampai ke dalam kedudukan yang tinggi untuk menyuruh orang-orang miskin sebagai sebagai alat dan jentera mereka menjana lebih banyak wang dan pendapatan.
  • Satu-satunya cara untuk membuat sistem yang aman untuk hidup, sistem, yang mengikut Prinsip-Prinsip Komunisme dan di mana tiap-tiap kerja mempunyai Kepentingan yang sama dan berkenaan dan di mana semua orang mempunyai Standard yang sama hidup dan jumlah yang sama mencari nafkah dan akhirnya di mana Motivasi untuk melakukan apa-apa kerja bergantung kepada Kepentingan Individu bukan kepada Keperluan.
  • Seperti yang kita tahu bahawa Prinsip Demokrasi dan Komunisme kedua-dua mencadangkan satu Sistem yang dikawal oleh Setiap Individu, sama ada dia adalah buruh, petani, kerja orang atau mana-mana pekerja teknikal teknikal atau bukan.
DEMOKRASI ALA KOMUNIS
Untuk apa-apa Demokrasi Sosialis (komunis) keperluan asas adalah seperti berikut:
  1. Jumlah Pemilikan Kerajaan Demokratik pada segala cara-cara pengeluaran, jentera dan rantaian bekalan permintaan.
  2. Jumlah Kepentingan dan Gaji Sama untuk setiap kerja-kerja yang bercorak fizikal dan mental dengan jumlah keselamatan yang sama kepada setiap individu.
  3. Pola Pendidikan yang sama dalam Setiap Bidang Pendidikan dengan Kawalan Kerajaan dan Pendidikan yang Sama dan Bebas kepada setiap Kanak-Kanak.
ADALAH TIDAK TEPAT UNTUK MENGATAKAN
  • Ia tidak sepatutnya di salah fahamkan bahawa KOMUNISME adalah Sekumpulan Orang yang di panggil Komunis, mengawal sistem tetapi ia hanya boleh menjadi seperti Demokrasi.
  • Beberapa definisi Komunisme mencadangkan bahawa Pemerintahan Diktator oleh Proletariat adalah perlu bagi Perlaksanaan Kesaksamaan. 
  • Tetapi ia tidak perlu kerana KOMUNISME boleh di laksanakan melalui Demokrasi, oleh kerana Demokrasi adalah Sistem Majoriti dan sebagai Proletariat sentiasa Majoriti supaya Demokrasi dan Komunisme yang amat di perlukan itu dapat Wujud untuk antara satu sama lain. 
  • Atau kita boleh mengatakan bahawa Komunisme adalah Definisi Struktur Sosial dan Demokrasi adalah Satu Cara untuk melaksanakan Struktur tersebut. 
  • Kita juga boleh menggambarkan Demokrasi dengan Komunisme sebagai Satu Sistem di mana semua orang-orang yang bekerja untuk Kapitalis, melakukan kerja dalam Sistem Kerajaan yang di miliki, yang di buat oleh Pengundi mereka sendiri. 
  • Dan dengan cara ini semua akan bekerja untuk masa depan yang lebih baik Negara, bukan untuk FAEDAH Peribadi mana-mana Pihak Kapitalis.
ANTARA KOMUNISME YANG LAIN
  • Demokrasi tidak boleh Wujud tanpa Komunisme kerana Jika Demokrasi tidak menyokong Komunisme, ia mesti membawa ke arah Kapitalisme dan akhirnya memusnahkan Prinsip Demokrasi dan Pemerintahan DIKTATOR Kapitalisme kekal. 
  • Ini adalah apa yang berlaku di kebanyakan Negara-Negara Demokratik dimana jika KOMUNISME tidak di laksanakan melalui Demokrasi, maka ia membawa ke arah Pemerintahan Diktator. Ia boleh di simpulkan bahawa Demokrasi adalah Infrastruktur Politik dan KOMUNISME adalah Satu Infrastruktur Sosial dan Ekonomi, dan kedua-dua ini tidak boleh di-laksanakan TANPA satu sama lain.
  • Di Masa akan datang apabila tiap-tiap orang yang di Muka Bumi ini akan di didik dan Memahami Apa yang patut dalam bentuk Sumber dan Hak-Hak, maka prinsip-prinsip hanya Komunisme akan di laksanakan di Seluruh Dunia dan di Dunia itu pula telah tidak ada sesiapa yang akan takut kepada Keganasan dan Jenayah kerana sudah tidak akan berada di sana. 
  • Dan Dunia yang akan menjadi Peringkat Akhir Pembangunan Manusia, seperti yang yang pernah di ramalkan oleh Marx mengenai KOMUNISME.
PENENTANG KOMUNIS ADALAH PEMEGANG SISTEM KOMUNIS
  • Mereka yang berdiri menentang KOMUNISME dan menentang Komunisme dalam Sistem Demokrasi adalah orang-orang yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam Eksploitasi Proletariat dan Petani Miskin. 
  • Ini adalah kerana ramai orang yang mahu mengumpul banyak Wang untuk Hidup Mewah dengan membazirkan sumber-sumber yang di hasilkan melalui kerja keras Proletariat dan Petani.
  • Jika kita membazirkan mana-mana Sumber dalam menikmati kemewahan, itu bermakna ia adalah eksploitasi tenaga pekerja (petani) yang di-hasilkan melalui kerja keras.
  • Adakah Pembangunan Ekonomi bermakna bahawa Negara hanya perlu menjana lebih banyak Perniagaan dan Industri, manakala masih 70-80% daripada PENDUDUK yang lain hidup di bawah Paras KEMISKINAN. 
  • Bukan kah Tanggungjawab Sistem Demokrasi juga bekerja untuk PEMBANGUNAN Penduduk yang hidup di bawah Paras Kemiskinan? 
  • Kita harus faham bahawa Demokrasi tidak boleh hidup tanpa Komunisme dan Eksploitasi tidak boleh dihentikan tanpa Kesaksamaan.
  • Jadi adakah Sistem DEMOKRASI itu 100% DEMOKRATIK???.....
CONTOH PENTADBIRAN KOMUNISME DALAM NEGARA MALAYSIA
PERTAMA
  • Semua Kementerian-Kementerian telah di letakkan di bawah KUASA Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang pula di ketuai oleh Menteri-Menteri yang di lantik secara khusus oleh Perdana Menteri
  • Dimana Pejabat Perdana Menteri ini MENGUASAI kesemua SISTEM POLITIK dan EKONOMI di dalam Pentadbiran Kerajaan secara MUTLAK.
  • Dengan memberi sedikit Ruang Kuasa kepada Menteri-Menteri di semua Kementerian yang pula telah di pecah-pecahkan dari Kementerian yang Asal supaya Kuasa Menteri di Kementerian tersebut tidak Kukuh dan dapat di Kawal dengan Mudah di bawah PMO
  • Dan Pihak kerajaan melalui Kuasa Perdana Menteri MENGGABUNGKAN Kuasa-Kuasa Parlimen Perlembagaan Persekutuan dan Kuasa Kehakiman di bawah Kuasa Perdana Menteri dan langkah ini telah menghilangkan KEWIBAWAAN Sistem Keadilan dan Kehakiman DI DALAM NEGARA DEMOKRASI BERPARLIMEN. 
KEDUA
  • Kebanyakan semua Syarikat-Syarikat Milik Negara (GLC dan GLIC) di bawah Kerajaan PERSEKUTUAN telah DI SWASTAKAN dengan Pihak Kerajaan memegang EKUITI UTAMA melalui KHAZANAH NASIONAL yang di bawah  Kuasa KEMENTERIAN KEWANGAN
  • Dan Pihak Kerajaan melantik Pihak-Pihak yang BERSEKUTU untuk menjalankan Syarikat-Syarikat Milik Kerajaan itu yang bukan di dasarkan kepada KEPENTINGAN DANA RAKYAT tetapi di lakukan untuk Kepentingan Politik.
KETIGA
KONSEP RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN
  • Adalah berasal daripada Teori Ekonomi Konsep Kristian yang Asal yang di mulakan dalam Era 1800an  dan ini memberikan Teori Komunis yang Unik dan tidak begitu menurut Ajaran Kristian serta Saintifik.
  • Kemudian apabila Russia menerima-pakai nya dan menjadi Satu Kuasa Politik, ia memaksa Barat untuk menggunakan Kaedah Ekonomi Kapitalisme
  • Akibat nya semasa Perang Dingin, Pihak Barat adalah pengamal Demokrasi-Kapitalisme terhadap komunisme. Ia memaksa Pengadunan Teori Politik dengan Teori Ekonomi yang telah menjadi mercu tanda Era Perang Dingin.
KAEDAH NYA - Idea bahawa 'Rakyat Didahulukan"
  1. Ideologi nya bahawa Rakyat harus menguasai Kerajaan.
  2. Ideologi nya bahawa Kerajaan itu adalah untuk Rakyat dan Bukan nya untuk Orang-Orang yang Berkuasa.
  3. Rakyat adalah Pihak Berkuasa dan menghapuskan Kuasa Mutlak Pihak Berkuasa.
  4. Kerajaan adalah Hak bagi Masyarakat di mana semua Rakyat di-layan sama melalui Slogan Konsep 1MALAYSIA.
  5. Ini semua adalah Unsur-Unsur Teori Sistem KOMUNIS dalam Sistem Demokrasi yang di amalkan oleh Pihak Barat seperti yang di lakukan oleh Amerika Syarikat yang kini di guna-pakai di dalam Pentadbiran Najib Razak.
ADALAH TIDAK MUSTAHIL
  • Untuk Pihak Pentadbir Negara melalui Peranan Perdana Menteri dan Anggota PMO yang mengawal-selia HAL-HAL Politik dan Ekonomi Negara untuk MELAKUKAN PELBAGAI DRAMA melalui KENAIKAN-KENAIKAN Harga Barangan dan Perkhidmatan Pengguna secara BERSISTEMATIK.
  • Seperti yang di lakukan di dalam PENARIKAN BALIK SUBSIDI untuk MINYAK MENTAH & BAHAN API dan LETRIK yang telah mengakibatkan kenaikan SEMUA JENIS KOS-KOS OPERASI di dalam NEGARA.
  • Dan yang terkini ialah "Pembuangan" SERVICE CHARGE sebanyak 6% terhadap Penggunaan Telefon PREPAID oleh Operator TELCO kepada PENGGUNA yang di bawah RESTU PMO.
  • Drama-Drama seperti itu amat mudah di lakukan oleh Pentadbir Negara kerana Orang-Orang yang terlibat dengan (contoh) TELCO adalah "Orang-Orang" yang Bersekutu dengan Pihak Kerajaan.
  • Hanya mereka perlu MENENTUKAN MASA-MASA untuk BILA sesuatu PERLAKSANAAN itu harus di lakukan dan bagaimana DRAMA yang harus di ketengahkan.
CIRI-CIRI KERAJAAN DEMOKRASI YANG BERSIFAT KOMUNIS
  1. Menguasai Semua Titik Pandangan dan Memaksa Rakyat untuk Menjiwai nya
  2. Orang-Orang Berkuasa Sangat mempunyai Kuasa.
  3. Kerajaan Mengawal semua Perkara dan Ia pada mula nya atas dasar melakukan apa yang ia mahu.
  4. Perubahanan terpaksa di lakukan kepada Rakyat dan tidak ada ruang untuk Rakyat untuk mengelakkan nya.
  5. Pemantauan yang Kuat serta Menyeluruh terhadap Ketaatan Rakyat di dalam mematuhi Arahan kerajaan.
  6. Setiap Arahan Pihak Berkuasa kan MENGATASI semua FAHAMAN dan ETIKA AGAMA yang di Anuti oleh Rakyat.
Editor

Saturday 10 September 2011

KOMUNIS DAN PERISTIWA BUKIT KEPONG

Yelaaa.Com - Post#46


KOMUNIS DAN PERISTIWA BUKIT KEPONG
ADALAH DUA PERJUANGAN YANG BERBEZA


KOMUNIS SEBELUM MERDEKA
  • Melalui Posting #45 Rujuk Sini dan Baca Sini adalah beberapa PENGISTILAHAN mengenai Makna KOMUNIS dan KOMUNISME
  • Dan Editor berpendapat kedua-dua Bahan Rujukan tersebut sudah cukup jelas untuk menerangkan apakah ERTI sebenar nya.
  • Yang terpenting ialah TUJUAN Komunis itu wujud yang berjuang menentang apa juga bentuk PENJAJAHAN yang terutama nya dari JAJAHAN BRITISH dan JEPUN.
AKAN TETAPI
  • Didalam Negara sedang di landa KEMELUT untuk mempertahankan DEFINASI dan PENGISTILAHAN mengenai KOMUNIS dan KOMUNISME dari Sudut Ke-Partian yang cenderung untuk melabelkan FAHAMAN KOMUNISME itu sebagai PENGGANAS dan KEGANASAN.
  • Sebenar nya, Apa juga bentuk PENENTANGAN BERSENJATA jika di Lihat dan di Nilai dari SUDUT KESAN atau IMPLIKASI daripada sesuatu Peristiwa Penentangan sememang nya akan melibatkan KORBAN NYAWA YANG BERDARAH.
  • Dan setiap orang akan MERASA SIMPATI terhadap SESIAPA sahaja yang menjadi KORBAN kerana itu adalah LUMRAH MANUSIA yang mudah merasa KASIHAN.
  • Ini tidak terkecuali terhadap PANDANGAN dan PENDAPAT Masyarakat Umum terhadap Penentangan Komunis yang di lakukan oleh PKM - Parti Komunis Malaya di dalam SEJARAH KEWUJUDAN nya dari 1930 sehingga 1948.
SEJARAH DAN PERSEPSI AKAN BERUBAH JIKA
  • Pihak Tentera Jepun Tidak Menyerah Kalah setelah Negara mereka mengalami kehancuran di dua buah Bandar di Hiroshima dan Nagasaki yang di lakukan oleh Tentera Amerika.
  • Dan TANPA Peristiwa tersebut, berkemungkinan Tentera Jepun akan lebih lama bertapak di Tanah Melayu dan di Rantau Nusantara.
  • Ini akan Memungkinkan Pihak PKM untuk lebih Agresif di dalam PENENTANGAN mereka terhadap Penjajahan Tentera Jepun untuk jangka masa yang lebih lama lagi.
  • Dan Peluang Pihak Tentera British untuk menguasai kembali Pentadbiran Tanah Melayu tidak akan Wujud sehingga kini.
  • Begitu juga PELUANG untuk Parti UMNO untuk Wujud di dalam menuntut Kemerdekaan tidak akan tercatit langsung di dalam SEJARAH.
  • Disini KEMUNGKINAN yang paling BESAR ialah Pihak PKM dengan Sokongan Kukuh dari Negara CHINA akan berjaya menundukkan Tentera Jepun dan MEMERDEKAKAN Tanah Melayu dari PENJAJAHAN.
  • Ini akan MERUBAH apa yang TERCATIT di dalam SEJARAH MALAYSIA pada hari ini, dimana kita tidak akan terbaca nama-nama seperti UMNO, Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Razak serta parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain.
  • Dan BERKEMUNGKINAN Negara Tanah Melayu ini akan di Tadbir oleh nama-nama seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, Mat Indera, Ahmad Boestamam, Mokhtarudin Lasso dan yang lain-lain, juga tidak dapat di tolak bahawa Negara Malaysia samaada akan menjadi LEBIH BAIK daripada apa yang di kecapi sekarang ini.
PERISTIWA BUKIT KEPONG
  • Adalah dapat DI FAHAMI segala PERASAAN, EMOSI serta TINDAK BALAS yang di lontarkan oleh Ahli-Ahli Keluarga dari Mangsa-Mangsa Pertempuran Anggota Keselamatan British pada 23hb Februari 1950 apabila TUJUAN dan ISTILAH PERJUANGAN pada MASA tersebut menjadi BAHAN PERBAHASAN pada hari ini.
  • Ini tidak dapat di elakkan kerana sesuatu PERISTIWA itu akan DI UKUR dari pelbagai SUDUT Sejarah yang melibatkan hal-hal seperti KETUANAN, TAAT SETIA dan Sudut Teknikal sesuatu Penentangan dan Pertahanan.
  • Dimana akan Wujud MANGSA yang DI TAKRIFKAN melalui pelbagai SUDUT PENGISTILAHAN daripada pelbagai SEJARAWAN, INDIVIDU dan MASYARAKAT UMUM melalui Perspektif yang berbeza-beza.
INI ADALAH KERANA
  • PERISTIWA BUKIT KEPONG di Nilai dari Sudut BANGSA yang melibatkan Ramai Bangsa Melayu yang bertugas dengan Pihak Tentera British sebagai Anggota Polis dan Polis Bantuan.
  • Ini sudah tentu segala PERASAAN akan MEMIHAK kepada BANGSA yang melibatkan Saudara-Saudara yang terdekat dan perkara seperti ini adalah KES BIASA di dalam sesuatu SITUASI PENILAIAN SEJARAH.
  • Begitu juga mengenai PENILAIAN Peranan Pihak PKM yang di labelkan sebagai PENGGANAS oleh Pihak Tentera British kerana melakukan Penentangan terhadap mereka. dan sudah tentu Anak-Cucu-Cicit Orang-Orang seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Mat Indera, Ahmad Boestamam dan Mokhtarudin Lasso sudah merasa TERHINA dengan LABEL tersebut sehingga ke hari ini.
APA YANG MASYARAKAT PERLU TAHU IALAH
  • Bagaimana untuk melakukan PENILAIAN terhadap SESUATU KESAN SEJARAH menurut SESUATU PERISTIWA di dalam MASA SEJARAH itu BERLAKU.
  • Seperti KESAN Sejarah di antara HANG TUAH, HANG JEBAT dan SULTAN MELAKA, dimana kesinambungan Sejarah tersebut telah MEMPENGARUHI KEJATUHAN MELAKA kepada Pihak Portugis dan kehilangan Kuasa Penghulu Naning yang memberi KESAN BESAR terhadap KESULTANAN MELAYU di Tanah Melayu.
KITA JUGA HARUS BERANI DAN SANGGUP
  • Untuk MERAKAMKAN SEJARAH yang berlaku di dalam PEWARNAAN KEMERDEKAAN NEGARA dengan Rakaman-Rakaman SEJARAH YANG TEPAT, walaupun ada segelintir FAKTA tidak akan MENGEMBIRAKAN segolongan Pihak.
  • Dan SEGALA SEJARAH tersebut HARUS di Bukukan sebagai KHAZANAH NEGARA yang sangat BERHARGA untuk Generasi yang akan datang.
  • Kita harus BERANI MENERIMA HAKIKAT SEJARAH seperti apa yang di lakukan oleh negara JEPUN.
Editor

Friday 9 September 2011

APA ITU KOMINISME DAN APA ITU KOMUNIS DAN MAT SABU

Yelaaa.Com - Post#45


APA ITU KOMINISME DAN APA ITU KOMUNIS DAN MAT SABU
APA YANG PERLU DI FAHAMI
DEFINASI KOMINIS
  1. Teori Politik yang memihak Kolektivisme dalam Masyarakat Tanpa Kelas
  2. Bentuk Sosialisme yang Menghapuskan Pemilikan Persendirian
TERMINOLOGI KOMUNIS
  • Dalam skema BAHAN SEJARAH Perkataan KOMUNISME adalah IDEA bagi Masyarakat yang BEBAS dengan TIADA BAHAGIAN atau KETERASINGAN, 
  • Dimana Manusia BEBAS daripada PENINDASAN dan KEKURANGAN dan di dalam Masyarakat Komunis tidak Mempunyai KERAJAAN, NEGARA atau PEMBAHAGIAN KELAS. 
  • Dalam Teori Marxis, Pemerintahan Diktator oleh Proletariat adalah Sistem Pertengahan antara Kapitalisme dan Komunisme, apabila kerajaan dalam Proses Mengubah cara Pemilikan dari Privatism Pemilikan bersama. 
  • Dalam Sains Politik, istilah "KOMUNISME" kadang-kadang digunakan untuk Merujuk kepada negara-negara Komunis, satu bentuk KERAJAAN di mana negeri ini beroperasi di bawah SISTEM SATU PARTI dan Mengisytiharkan TAAT SETIA kepada Fahaman Marxisme.
MARXIST ADALAH DASAR KOMINISME
  • Di kenal pasti Komunis sendiri memegang pelbagai pandangan, termasuk Marxisme, Trotskyisme, Majlis Komunisme, Luxemburgism, Anarkis Komunisme, Komunisme Kristian dan pelbagai arus Komunisme berhaluan kiri. 
  • Walau bagaimana pun, cabang-cabang TAFSIRAN Marxis-Lenin Marxsisme yang paling terkenal ini telah menjadi Penggerak dalam Hubungan Antarabangsa pada suku terakhir Abad ke-19 dan sebahagian Abad ke-20 sehingga sekitar 1989 dan apa yang sejarah rujuk  sebagai "Kejatuhan Komunisme."
  • Walau bagaimanapun, lain-lain bentuk di seluruh dunia komunisme terus wujud dalam Ideologi individu pelbagai buruh perdagangan pergerakan kesatuan di seluruh dunia, terutama nya di Eropah dan Dunia Ketiga, dan juga dalam parti-parti komunis yang terus untuk menyokong keperluan utama bagi REVOLUSI Komunis.
  • Kebanyakan Komunis pada hari ini cenderung untuk bersetuju bahawa di negeri-negeri BAKI Komunis, seperti Republik Rakyat China, Vietnam dan terutama Korea Utara yang telah di gantikan Marxisme dengan Juche sebagai Ideologi Rasmi yang mempunyai kaitan dengan Komunisme, sama seperti yang di amalkan sekarang.
APA YANG HEBOH DI PERKATAKAN SEKARANG DI MALAYSIA
  • No.1 : Mengenai PKM - Parti Komunis Malaya yang menentang Penjajahan British di Tanah Melayu
  • No.2 : Mengenai Penglibatan Orang Melayu di dalam PKM
  • No.3 : Mengenai Definasi Perjuangan Orang-Orang Melayu sebelum Malaysia Merdeka
  • No. 4 : Mengenai Peranan UMNO di dalam Kemerdekaan Negara
  • No. 5 : Mengenai TAFSIRAN MAT SABU mengenai KOMUNISME
HURAIAN NYA
No.1 : Mengenai PKM - Parti Komunis Malaya yang menentang Penjajahan British di Tanah Melayu
  • Kewujudan PKM di Tanah Melayu pada zaman tersebut bersabit dengan kewujudan orang-Orang Cina yang ramai di Tanah Melayu, samaada yang datang Merantau ataupun yang menjadi HAMBA ABDI kepada Tentera Penjajah Inggeris.
  • Dan secara Psikologi nya kaum Cina ini tidak merestui Penjajahan Inggeris kerana Layanan Buruk yang mereka terima di dalam Negara China itu sendiri
  • Dan kerana itu PKM di tubuhkan di Malaya sebagai KESINAMBUNGAN PENENTANGAN mereka terhadap Inggeris. (ini fakta sejarah) jauh lebih lama daripada kewujudan UMNO itu sendiri.
  • PKM berjuang bermati-matian untuk menghalang Pihak Penjajah Inggeris daripada bertapak lebih lama di Malaya kerana mereka BERFAHAMAN TIDAK MAHU DI JAJAH oleh Bangsa yang ASING.
No.2 : Mengenai Penglibatan Orang Melayu di dalam PKM
  • Orang-Orang yang Berbangsa Melayu pada zaman itu menyertai PERJUANGAN PKM adalah ATAS DASAR YANG SAMA iaitu menentang PENJAJAHAN INGGERIS di Tanah Melayu
  • Kerana pada zaman itu PKM adalah sebuah Pertubuhan yang memiliki Kemampuan untuk mendapatkan bekalan Senjata daripada Sokongan Kerajaan Negara CHINA.
  • Dan tidak wujud Pertubuhan dari Bangsa Melayu pada zaman tersebut yang MAMPU untuk berbuat demikian, di samping PKM memiliki Asas PERJUANGAN yang sama.
No.3 : Mengenai Definasi Perjuangan Orang-Orang Melayu sebelum Malaysia Merdeka
  • Perjuangan Orang-Orang Melayu di zaman tersebut adalah berkisar dan Bermatlamatkan untuk menghapuskan PENJAJAHAN dari Bangsa Inggeris dan Jepun
  • Mereka menyertai PKM bukan kerana mereka itu Bangsa Komunis atau Berpaksi kepada Komunis CHINA tetapi mereka BERKONGSI ASPIRASI yang sama iaitu MENENTANG PENJAJAH.
  • Orang-Orang Melayu ini termasuk la nama-nama Gah seperti Mat Indera dan Rashid Maidin dan ramai lagi Orang-Orang Melayu lain yang sanggup menggadaikan Nyawa untuk memberi tentangan kepada PENJAJAH demi untuk KESEJAHTERAAN Anak-Cucu-Cicit mereka di zaman yang tidak akan mereka kecapi sendiri.
No. 4 : Mengenai Peranan UMNO di dalam Kemerdekaan Negara
  • Memang benar UMNO memainkan Peranan besar untuk mendapatkan kemerdekaan Mutlak dari Pihak Inggeris
  • Tetapi Sejarah itu tidak melibatkan Perjuangan BERDARAH dan BERGADAI NYAWA yang Tragis seperti Penentang-Penentang PENJAJAH di dalam PKM yang di LABEL sebagai PENGGANAS oleh Pihak BRITISH seperti Kumpulan AL-FATAH di Palestine dan AL-QAEDA di Amerika Syarikat.
  • Oleh kerana Anggota UMNO itu terdiri dari Golongan Karyawan dan Bangsawan dan tidak menentang secara mengangkat SENJATA terhadap British, maka Permohonan mereka untuk menuntut Kemerdekaan di pandang tepat oleh British secara Politik nya.
  • Kerana kepentingan Pihak British selepas Merdeka dapat di pertahankan di dalam pelbagai Sudut Ekonomi dan Pertahanan yang tidak merugikan Pihak British pada ketika itu.
  • Berbanding jika Tanah Melayu itu Jatuh ke Tangan Komunis yang akan berkait rapat dengan Musuh Politik mereka iaitu Negara CHINA.
  • British menyerahkan Malaya kepada UMNO/BN kerana tidak mahu berterusan terlibat di dalam peperangan Gerila dari PKM yang amat merugikan Pihak British untuk jangka masa panjang.
  • Jika Malaya MERDEKA, maka URUSAN dalam Negara menjadi masaalah kerajaan terkini yang memerintah untuk menyelesaikan nya. Dan mereka hanya berminat untuk meraih keuntungan dari Sudut-Sudut Ekonomi yang lebih besar dari kemerdekaan tersebut.
No. 5 : Mengenai TAFSIRAN MAT SABU mengenai KOMUNISME
  • Setelah di ikuti dan di amati segala Patah Perkataan yang di keluarkan oleh Naib Presiden PAS Haji Mohammed SABU atau Mat SABU, apa yang di katakan oleh beliau itu BERASAS dan berpandukan FAKTA SEJARAH dan DEFINASI KOMUNIS itu sendiri.
  • Juga termasuk Ulasan-Ulasan Para Akademik yang lain yang memberikan pandangan dan Istilah yang sama seperti apa yang di sebut oleh Mat Sabu.
  • Dan semua Pandangan dan Istilah mereka ini tidak kelihatan seperti mengagong-agongkan KOMUNIS tanpa SEBAB atau berlebihan dari yang sepatut nya.
PERUTUSAN EDITOR
  • Sebagai Pemerhati Politik Bebas dan juga Peminat dan Pengkaji Sejarah, apa yang di tulis ini bukan untuk memihak kepada sesiapa TETAPI semua ini adalah FAKTA-FAKTA SEJARAH yang tidak boleh DI UBAH oleh sesiapa juga.
  • Menyokong kata-kata Mat Sabu bukan bermakna Editor menentang kata-kata UMNO/BN atau berseteru dengan mereka, ini adalah SOAL KEBENARAN HAKIKAT mengenai APA ITU KOMUNISME dan SIAPA ITU KOMUNIS.
  • Kita sebagai Orang-Orang yang tercipta dari SEJARAH tersebut harus menerima HAKIKAT bahawa perkataan KOMUNIS itu bukan bermaksud sebagai ORANG JAHAT atau PENGGANAS seperti yang di pertikaikan oleh Cerdik Pandai pada hari ini.
  • Kerana Perkataan KOMUNIS itu sebenar nya berbentuk IDEOLOGI atau FAHAMAN yang TIDAK MAHU DI JAJAH dan MENENTANG PENJAJAHAN yang MENJAJAH TANAH AIR SENDIRI.
RUMUSAN EDITOR
  • APA yang di lakukan oleh PKM dan Orang-Orang Melayu yang bersama PKM atau berfahaman KOMUNIS adalah TEPAT pada MASA dan ZAMAN tersebut.
  • Dan kerana TEKANAN daripada PKM dan Orang-Orang Melayu itu lah yang MEMBOLEHKAN UMNO mendapat RUANG untuk Memerdekan Tanah Melayu dari Jajahan British
  • Mereka juga lah yang menentang Tentera Jepun yang lebih Ganas daripada Tentera British sebelum Pihak British mendapatkan Kuasa mereka kembali di Tanah Melayu.
  • Dan Editor berharap Masyarakat Melayu dan Rakyat Malaysia tidak TERKELIRU dengan MAKSUD KOMUNIS dan KOMUNISME yang sebenar nya.
Editor