MEDIA SOSIAL: DI JADIKAN TEMPAT LUAHAN RASA
ANDA JANGAN PANDANG SINIS
MEDIA SOSIAL
- Seperti Facebook, Tagged, Hi5, MySpace, Twitter serta Media Sosial yang lain adalah di Wujudkan untuk di gunakan sebagai Tempat untuk BERINTERAKSI sesama Rakan-Rakan lama dan yang baharu di kenali.
- Dan PERANAN MEDIA SOSIAL ini sangat berkait rapat dengan perkembangan TEKNOLOGI PERHUBUNGAN yang tidak memiliki Sempadan, Ruang dan Waktu.
- Dimana, pada hari ini setiap Orang boleh berinteraksi bersama Rakan-rakan dari Seluruh Dunia hanya menggunakan TALIAN INTERNET.
- Inilah suatu bentuk KEMAJUAN yang di Cipta oleh Manusia untuk Manusia yang lain dan MAMPU untuk memendekkan MASA BERHUBUNG seperti cara yang Konvensional seperti kaedah Surat Menyurat, Email dan sebagai nya itu.
- Dan setiap Media Sosial menawarkan kemudahan yang berlainan di dalam kaedah berinteraksi bersama Rakan-Rakan di Ruangan Siber ini, terpulang kepada Pengguna untuk memilih salah satu daripada nya atau menggunakan kesemua nya sekali.
KEBAIKAN NYA
- Memberikan banyak Ruang Kebaikan untuk setiap Pengguna dimana Pengguna akan dapat berhubung dengan orang-Orang yang mereka kenali tetapi berada di kawasan atau negara yang berlainan.
- Dengan cara ini mereka akan dapat Menyampaikan dan Menerima Berita-Berita yang terkini daripada orang-orang yang mereka kenali melalui Media-Media Sosial seperti yang di sebutkan.
- Dan dapat merapatkan perhubungan di antara sahabat handai serta saudara mara dengan lebih baik lagi jika kesemua nya menggunakan Media Sosial.
KEBURUKAN NYA
- Banyak Kes-kes berlaku dimana Rakan-Rakan yang di kenali melalui Media Sosial ini melakukan Penipuan Identiti, Pemerasan, Meminta Wang dengan Tujuan untuk MENIPU
- Juga untuk melakukan Jenayah Seks terhadap sasaran yang telah di tentukan oleh Orang Perseorangan tau pun sesebuah Sindiket Jenayah
- Ini termasuk Sindiket yang menganjurkan Pemalsuan Wang dan Pengedaran Dadah di peringkat Antarabangsa.
DI SEBALIK ITU
- Wujud juga Fenomena dimana ada Golongan samaada kaum Lelaki atau Wanita yang menggunakan Media Sosial ini sebagai TEMPAT untuk mencari Rakan untuk mengatasi RASA KESUNYIAN mereka di sebabkan oleh beberapa Faktor
- Atau Golongan yang TERTEKAN FIKIRAN yang di sebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan Kehidupan mereka itu menjadi tidak menentu dan Golongan ini memerlukan Rakan-Rakan yang di kenali di Media Sosial untuk di jadikan Teman meluahkan Perasaan.
- Dan Wujud juga Golongan yang meluahkan RASA KECEWA mereka terhadap kehidupan yang di jalani di sebabkan oleh pelbagai kekecewaan yang mereka alami dengan menyuarakan Hasrat untuk MEMBUNUH DIRI
- Dan banyak Kes membunuh Diri berlaku selepas mereka meluahkan di dalam Media Sosial dan perkara seperti ini telah mengejutkan banyak pihak termasuk Kerajaan-Kerajaan di seluruh Dunia.
MEDIA SOSIAL DAN MASAALAH PSIKOLOGI
- Oleh yang demikian, Media Sosial dan Masaalah Psikologi telah tidak dapat di pisahkan lagi kerana Golongan yang terlibat dengan kes-Kes Kemurungan, Tekanan Perasaan, Kekecewaan di dalam Hidup dan Hasrat untuk membunuh diri merasakan media Sosial adalah PILIHAN TEPAT untuk mereka.
- Dan ramai Pakar-Pakar Psikologi di seluruh Dunia mengesahkan perkara ini dan mereka semua bersependapat bahawa Media Sosial telah menjadi Ruang Penting untuk di beri perhatian yang khusus di dalam menangani Masaalah-Masaalah tersebut
- Dan telah banyak Pertubuhan, Persatuan Bantu Diri atau Pakar-Pakar Psikologi mewujudkan Laman Media Sosial mereka sebagai Langkah untuk mendekati Golongan ini.
- Kerana melalui Media Sosial sesuatu kes itu dapat DI LUAHKAN dengan mudah oleh yang mengalami masaalah kerana tidak terdapat proses-proses pengenalan diri yang wajib dan ini mendorong ramai orang untuk menggunakan nya.
PENGALAMAN EDITOR
- Sebagai seorang yang terlibat di dalam Bidang Kaunseling Psikologi Kemanusiaan yang melibatkan pelbagai Kes-Kes Psikologi, Editor telah banyak menangani Kes-Kes Psikologi yang di luahkan melalui Media Sosial walaupun hanya di lakukan secara sambilan.
- Tetapi Kes-Kes Psikologi yang terlibat sangat meruncing di kalangan Masyarakat Dunia pada hari ini, dimana Kesibukan dan Ketiadaan Masa di kalangan Ahli Keluarga yang terlibat adalah PUNCA UTAMA nya.
- Dan Apa juga Masaalah Psikologi yang berlaku di Eropah, Barat, Timur Tengah, Asia dan Asia Tenggara adalah dari jenis masaalah Psikologi yang sama, walaupun berlainan Bangsa dan Agama.
CONTOH MASAALAH PSIKOLOGI (Menurut Indek)
- Kes PUTUS CINTA
- Kes PUTUS TUNANG
- Kes PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI
- Kes PENCERAIAN
- Kes HUTANG
- Kes HUBUNGAN dengan Ibubapa dan Anak-Anak
- Kes ROGOL
- Kes PENGANGGURAN
- Kes BENCANA ALAM
- Kes POLITIK
- Kes PENIPUAN
- Kes MAHU MEMBUNUH DIRI
PENJELASAN NYA
KEBANYAKAN KES
- Senarai KES-KES tersebut adalah yang SERING DI LUAHKAN oleh Orang-Orang yang mengalami Masaalah-Masaalah tersebut.
- Dan APA yang mereka MAHUKAN ialah PERHATIAN, SIMPATI serta CARA-CARA untuk MENGATASI PERMASAALAHAN yang mereka alami.
- Hanya Pakar-Pakar Psikologi yang terlatih sahaja yang akan dapat Mengesan dan Mencungkil Cerita-Cerita selanjut nya daripada Orang-Orang yang terlibat kerana melalui Media Sosial ini Identiti mereka selalu nya mereka tidak beri dengan tepat.
KES TERPENCIL
- Kes-kes untuk MEMBUNUH DIRI memang wujud tetapi jumlah nya tidak begitu besar atau pun ramai TETAPI golongan ini amat memerlukan PERHATIAN YANG KHUSUS
- Dan Editor berpengalaman menangani 5 Kes untuk Membunuh Diri yang di luahkan melalui Media Sosial dan mendapati orang-Orang yang terlibat tidak memiliki Asas Keagamaan langsung di dalam Agama yang mereka anuti tetapi berjaya membatalkan niat mereka itu dengan kaedah yang tertentu.
KES PUTUS CINTA DAN PUTUS TUNANG
- Adalah kes yang terbanyak dan yang sering melanda kalangan Muda Mudi atau Remaja-Remaja yang sedang meningkat Dewasa.
- Dimana Golongan ini di dapati masih belum mantap Tahap pemikiran mereka serta terlalu memberi KEPERCAYAAN terhadap Pasangan masing-masing.
KES SUAMI ISTERI
- Kes Perhubungan Suami isteri juga di tahap yang banyak dimana dalam kebanyakan kes-kes ramai di antara isteri-isteri sering kesunyian kerana masa suami bertugas terlalu panjang atau di luar lokasi.
- Juga di sebabkan Kes KECURANGAN di antara Suami Isteri dengan Pasangan masing-masing yang juga di dorong oleh rasa kesunyian kerana tidak mendapat perhatian yang sewajar nya.
- Dan kes seperti kekurangan Nafkah Zahir dan Bathin yang tidak mencukupi di sediakan oleh para Suami atas pelbagai sebab Ekonomi dan Kesihatan atau pun Kecurangan.
TANDA-TANDA MEREKA MENGALAMI TEKANAN PSIKOLOGI
- Di dalam Laman Media Sosial mereka. selalu nya mereka akan meluahkan dengan Memuat-turun pelbagai Gambar-Gambar yang berbentuk Kesedihan, kemurungan dan kekecewaan yang di ambil dari pelbagai sumber dan jarang menggunakan Gambar sendiri.
- Memuat-turun Kata-Kata Madah atau Kiasan yang menggambarkan kekecewaan yang sedang mereka alami
- Dan Orang-Orang yang menganut Agama Islam pula akan Memuat-turun Firman-Firman serta Hadith yang menyebut sesuatu Kesalahan dengan balasan Dosa-Dosa yang menanti Si Pelaku sebagai SINDIRAN kepada Orang yang menyakiti hati mereka.
- Golongan ini juga CEPAT TERSINGGUNG serta KUAT MERAJUK atau terlalu SENSITIF dengan sesuatu Kata-Kata.
- Dan Mood Peribadi mereka selalu nya tidak menentu dimana adakala nya mereka itu ceria dan dalam sekelip mata sahaja mereka akan bertukar menjadi pemarah atau sedih.
RUMUSAN NYA
- Oleh yang demikian, jika anda dapat MENGESAN Jenis Golongan yang seperti ini menjadi Rakan Media Sosial anda, anda di nasihat kan agar JANGAN MEMANDANG RENDAH atau SINIS terhadap Golongan ini
- Mereka adalah tergolong di dalam Orang-Orang yang TERTEKAN PERASAAN dan sangat MEMERLUKAN BANTUAN.
- Tetapi JANGAN MENGAMBIL sebarang KESEMPATAN dengan NIAT atau TUJUAN yang TIDAK BAIK terhadap Golongan ini.
- Sebaik mungkin rujukkan mereka kepada Pakar-Pakar Psikologi atau kepada Pertubuhan-Pertubuhan yang menyediakan Bantuan Kaunseling Psikologi yang anda tahu.
- Kerana KEPRIHATINAN anda itu boleh menyelamatkan NYAWA seseorang yang sedang di ancam oleh Tekanan Psikologi
Editor