Saturday, 3 September 2011

ANTARA SAKA, KETURUNAN, MANUSIA DAN KETUHANAN - SIRI 2

Yelaaa.Com - Post#41


ANTARA SAKA, KETURUNAN, MANUSIA DAN KETUHANAN - SIRI 2
APA YANG PERLU ANDA KETAHUI


KEWUJUDAN SAKA
  • MAHLUK SAKA ialah Mahluk JIN dan itu adalah HAKIKAT yang perlu anda ketahui dan di tanamkan di dalam KEFAHAMAN ASAS yang tidak boleh di GANTI dengan APA juga Mahluk-Mahluk yang lain.
  • Berpunca dari AMALAN Orang-Orang dahulu kala yang masih berpegang dengan Keagamaan HINDU dan bersusur-galur dari Zaman Nabi Sulaiman as yang jauh dari Zaman kemunculan ISLAM.
  • Dan Amalan memiliki SAKA pada Zaman-Zaman ini di anggap sebagai Suatu Amalan yang MURNI dan Tinggi Martabat nya di Mata masyarakat pada ketika itu kerana bukan semua Manusia itu mampu untuk memiliki dan memelihara  SAKA.
  • Dan Amalan ini masih di teruskan dan merebak di seluruh NUSANTARA, walaupun Agama ISLAM telah di perkenalkan oleh Mubaligh-Mubaligh Islam di Nusantara.
MEMILIKI SAKA
  • Memiliki dan Memelihara SAKA ini di lakukan dengan PERJANJIAN-PERJANJIAN yang KHUSUS di antara SI PEMELIHARA dengan SI SAKA
  • Dan di lakukan di zaman-zaman yang tidak di ketahui oleh umum oleh Orang-Orang yang terdahulu untuk pelbagai TUJUAN seperti untuk menambah Kekuatan Kebathinan mereka sehingga kepada Tujuan untuk MENJAGA Anak-Cucu-Cicit mereka.
  • Jenis-Jenis SAKA ini pula bergantung kepada zaman BILA ianya di lakukan, samaada yang sebelum Islam atau sesudah Kedatangan Islam.
  • Kerana ia akan melibatkan jenis-jenis Mahluk SAKA itu yang samaada yang Beragama Islam ataupun yang Tidak Beragama.
SAKA SESUDAH KEDATANGAN ISLAM
  • Ramai Orang-Orang dahulu masih mengamalkan Pemeliharaan SAKA walaupun Agama Islam itu telah berkembang dengan Pesat di Nusantara.
  • Dan untuk memelihara Kepercayaan Agama Islam itu tidak di abaikan atau meleset maka mereka memilih untuk memiliki dan memelihara SAKA dari Mahluk JIN yang Islam.
  • Tetapi masih berpegang kepada TUJUAN YANG SAMA iaitu untuk Penambahan kekuatan Kebathinan dan Memelihara Keselamatan keluarga mereka.
  • Dan SEMUA ILMU-ILMU KEBATHINAN yang di sebarkan (99%) adalah cenderung untuk mempunyai SAKA dan KHADAM sebagai "Kekuatan Dalaman" kepada seseorang Penunut Ilmu Kebathinan.
  • Atau yang terlibat di dalam Ilmu Perubatan Tradisional yang memerlukan seseorang itu berinteraksi dan berlawan dengan Mahluk-Mahluk JIN.
  • Mereka lakukan ini dengan Mengubah-Suai Ayat-Ayat AL-QURAN untuk TUJUAN memuja dan memelihara SAKA atau apa juga JIN.
MASAALAH MEMBUANG SAKA
  • Semua Orang-Orang yang memiliki Keturunan SAKA  akan mendapati SUKAR untuk membuang atau menghapuskan SAKA daripada "Menjaga" mereka.
  • Ini di sebabkan oleh PERJANJIAN yang di lakukan oleh Datuk Nenek Moyang mereka ketika ingin mengambil SAKA sebagai Penjaga Keselamatan keluarga.
  • Dimana di dalam kebanyakan KES, SAKA-SAKA yang di warisi pada hari ini telah BERTINDAK di luar batasan apabila mereka tidak di beri "Cukup Makan" oleh si Pemilik yang tidak mengetahui kehadiran SAKA tersebut.
  • Akhir nya SAKA-SAKA tersebut membuat ONAR dan menjadi PENGGANGGU di dalam keluarga itu sendiri.
  • Dan SAKA-SAKA seperti ini SUKAR untuk di BUANG melalui Proses Biasa yang di gunakan kerana SAKA-SAKA ini amat PATUH MEMEGANG PERJANJIAN.
  • Selalu nya Pihak-Pihak seperti Pawang dan Bomoh SAKA akan cuba berurusan dengan SAKA-SAKA tersebut bagi mendapatkan Persetujuan untuk "Berpisah", dan sudah tentu akan melibatkan pelbagai Permintaan yang Tidak Munasabah dan bertentangan dengan Hukum Islam dan Aqidah.
MEMBUANG SAKA DENGAN AYAT-AYAT AL QURAN
  • Pada zaman ini, kaedah menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran ADALAH YANG TERBAIK di guna-pakai oleh Ilmuan Islam kerana itulah Kaedah yang tertulis secara Lisan di dalam Al-Quran.
  • Tetapi seseorang itu harus MAHIR di dalam membaca Ayat-Ayat Al-Quran dengan Tepat dan Betul untuk mendapatkan Efek yang baik.
  • Dan memerlukan pelbagai Pendedahan dan Kemahiran secara Hands-On ketika ingin mengamalkan Ayat-Ayat Pilihan di dalam Al-Quran.
RUMUSAN UNTUK KEDUA KAEDAH TERSEBUT
  • Semua nya boleh di pakai dan di adaptasikan untuk membuang atau menghapuskan SAKA tetapi seseorang itu HARUS mematuhi SYARIAH ISLAM ketika ingin melakukan nya, agar NIAT anda itu tidak menjadi AMALAN SYIRIK serta MURTAD.
  • Kerana seseorang Manusia itu telah di berikan AKAL dan ILMU untuk menentukan HALAL HARAM dan DOSA PAHALA mengenai sesuatu TINDAKKAN yang ingin mereka lakukan di atas Muka Bumi ini berpandukan Al-Quran dan Hadith. (rujuk Surah Al Fateha Ayat 5 dan 6)
APA YANG MANUSIA TIDAK TAHU
  • SEMUA MANUSIA tidak mengira apakah Keturunan mereka, Bangsa mereka, Negara mereka dan Agama mereka ASALKAN mereka itu LAHIR dari RAHIM Seorang IBU, Allah Swt telah MENGURNIAKAN Setiap Seorang Manusia itu dengan KEKUATAN yang di Warisi daripada Allah Swt itu sendiri yang menjadikan MANUSIA itu sangat ISTIMEWA.
  • Sehingga setiap Manusia itu MAMPU untuk Menandingi Kekuatan Mahluk-Mahluk Allah swt yang lain tanpa Memerlukan BANTUAN daripada Pihak lain . (rujuk Surah An-Nur Ayat 35)
RAHSIA KEKUATAN PADA MANUSIA
  • Terletak di dalam ROH MANUSIA itu sendiri, dimana TIDAK ADA lain Mahluk yang memiliki Anugerah yang sama KECUALI MANUSIA walaupun Mahluk Malaikat.
  • Dan ROH MANUSIA itu sendiri DI CIPTA daripada NUR atau CAHAYA yang di miliki oleh Allah Swt (rujuk SINI)
  • Dan melalui KEKUATAN yang di berikan kepada SETIAP MANUSIA yang TERSEMBUNYI di dalam ROH MANUSIA itu adalah MAMPU untuk seseorang Manusia itu Mengawal dan Bertindak terhadap Mahluk-Mahluk yang yang lain secara bersendirian.
  • Juga tidak memerlukan apa juga JAMPI SERAPAH atau Pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dan ianya boleh di lakukan di dalam APA juga MASA dan KEADAAN Tanpa BATAS HUKUM.
  • Dan secara IRONI nya setiap Mahluk-Mahluk yang di Ciptakan Oleh Allah Swt Amat KAGUM dengan KEISTIMEWAAN MANUSIA yang di Anugerahkan oleh Allah Swt
  • Ini membawa maksud bahawa Mahluk JIN itu sebenar nya BUKAN TANDINGAN kepada MANUSIA dari semua Sudut dan Aspek Pembuatan nya KECUALI orang-orang yang JAHIL ILMU.
  • Dan pada LOGIK nya setiap Mahluk Manusia itu Tidak akan dapat di Perdaya atau di Kuasai oleh Mahluk JIN jika setiap Manusia itu MENGETAHUI RAHSIA yang TERSEMBUNYI tersebut.
PINTU-PINTU KEMASUKAN JIN KE DALAM JASAD
Mahluk JIN mampu memasuki Tubuh Manusia melalui 9 Pintu-Pintu yang berikut :-
PINTU NYA
  1. MATA
  2. TELINGA
  3. HIDUNG 
  4. MULUT
  5. KUKU JARI TANGAN
  6. PUSAT
  7. KEMALUAN DEPAN 
  8. KEMALUAN BELAKANG
  9. KUKU JARI KAKI
ISTANA NYA
  • Manakala Pusat PEMERINTAHAN SYAITAN yang di kenderai oleh IBLIS pula terletak di Bawah Bawah Jantung Hati yang berlaku nya Proses Penapisan DARAH Manusia Baca Sini )
  • Itu membawa maksud bahawa setiap Mahluk JIN yang memasuki Tubuh Manusia akan berada di dalam SETIAP SISTEM DARAH MANUSIA
Bersambung..........
Editor

No comments:

Post a Comment