Showing posts with label APAKAH JENIS STRATEGI DAN TAKTIK POLITIK. Show all posts
Showing posts with label APAKAH JENIS STRATEGI DAN TAKTIK POLITIK. Show all posts

Sunday, 17 July 2011

APAKAH JENIS STRATEGI DAN TAKTIK POLITIK

Yelaaa.Com - Post#5


APAKAH JENIS STRATEGI DAN TAKTIK POLITIK


DEFINASI TAKTIK POLITIK

  • Taktik adalah Tindakan khusus yang boleh anda ambil untuk Berdebat, Menyerang, Mempertahankan atau sebalik nya Mempromosikan Agenda. 
  • Semua Perkara tersebut adalah Tindakan yang menyokong Pembinaan Dasar-Dasar yang akhirnya membentuk Strategi Keseluruhan atau Agenda sesebuah Organisasi. 
  • Taktik-Taktik ini boleh di gunakan pada setiap Peringkat Pertempuran Politik, dari Peringkat Akar Umbi untuk Kempen. Ada yang bijak. Ada yang logik dan ada yang benar-benar HINA. 
  • Matlamat dan Keutamaan untuk memilih Taktik yang berdasarkan keinginan untuk muncul sebagai orang yang "disukai".
JENIS STRATEGI YANG SERING DI LAKUKAN
  • Menyerang Kelakuan-Kelakuan yang boleh di Persoalkan dalam Semangat Kenegaraan dan labelkan mereka yang sebagai Tidak Bersemangat Nasional
  • Meremehkan-remehkan Retorik Lawan
  • Menggunakan Perkataan yang Agresif  dan Provokatif terhadap Lawan
  • Memberi Sokongan terhadap Pembangkang yang Tidak Sekata dengan Pihak Lawan
  • Mengecam Dasar Radikal Pihak Lawan di Peringkat Awal
  • Menunjukkan Keperibadian Diri Sendiri yang Baik
  • Sentiasa mencari Kelemahan Pihak Lawan dari Demografi Paling Lemah
  • Melakukan Serangan Peribadi terhadap Pihak Lawan
  • Menyeragamkan Serangan Parti terhadap Pihak Lawan
  • Mempermainkan dengan Menyindir Bajet Perbelanjaan Pihak Lawan 
  • Mentertawakan Usaha dan Tingkah Laku Pihak Lawan 
  • Sering Tidak Mengaku Kalah walau pun dalam keadaan tertekan
  • Sering akan mendahului Bilangan Pihak Lawan dalam Serangan Balas
  • Sering Membesar-besarkan Berita mengenai Semua Keburukan Lawan 
APAKAH TUJUAN NYA
  • STRATEGI tersebut di guna-pakai sebagai Langkah Mempertahankan Diri dengan memberi Serangan Balas terhadap KEWIBAWAAN pihak Lawan
  • Supaya Kewibawaan Pihak Lawan Tercemar dan menimbulkan Rasa Kecurigaan di Hati Rakyat yang menyokong atau yang maseh mempercayai mereka.
  • Strategi Serangan Balas ini juga di gunakan untuk Mengalihkan Perhatian Rakyat Umum terhadap Isu-Isu Utama yang di Sensasikan oleh Pihak Lawan dengan Menyakinkan Rakyat bahawa Isu-isu tersebut Tidak benar dan bertujuan untuk Menjatuhkan Kerajaan dengan cara yang Kotor.
  • Dan di dalam Mewujudkan Serangan Balas untuk Pihak Lawan ini, akan Di Cipta pelbagai Cerita, Fakta dan Data yang boleh Di Reka-Cipta Khas dengan menggunakan Pakar-Pakar Politik yang mereka miliki.
  • Dan Cerita, Fakta dan Data yang Di Reka Khas ini pula akan di Sensasikan di dalam Media Arus Perdana dan Semua Media Elektronik dan Blog-Blog Politik untuk jangka masa tertentu sebagai Strategi untuk Memulihkan Persepsi Rakyat yang terlibat.
INILAH YANG BERLAKU DALAM MALAYSIA
  • Senario Politik Malaysia pada hari ini telah menggunakan sepenuh nya segala TAKTIK & STRATEGI yang di sebutkan
  • Dan kebanyakan nya di gunakan oleh Parti Kerajaan yang Memerintah terhadap Pihak Lawan Politik mereka ketika ini.
  • Ini di sebabkan Parti Kerajaan yang Memerintah memiliki Kemampuan Kewangan untuk Menggajikan Pakar-Pakar Politik di dalam Jentera Parti mereka.
  • Dan mereka juga mengambil Pakar-Pakar Politik Luar untuk membantu membaiki Imej Kerajaan yang sedang di serang Teruk oleh Pihak Lawan bagi menjelaskan kedudukan mereka kepada Dunia Antarabangsa.
Oleh yang demikian

  • Sebagai Rakyat Umum, anda perlu TAHU serba sedikit Hal Ehwal Politik agar anda dapat MEMAHAMI KEADAAN YANG SEBENAR serta dapat melakukan PENILAIAN YANG TEPAT.
  • Jadi anda tidak akan menjadi MANGSA POLITIK atau menjadi MANGSA TIPU DAYA didalam Dunia Politik.

Editor