POLITIK UMNO: BERUBAH MENURUT ZAMAN PEMIMPIN
APAKAH PUNCA MEREKA BERUBAH
POLITIK UMNO DULU
POLITIK UNTUK MERDEKA
- CARA PARTI UMNO BERPOLITIK sedikit demi sedikit telah berubah dari Zaman menuntut Kemerdekaan, dapat Kemerdekaan dan Merdeka Mutlak dari PENJAJAHAN HAK, MINDA dan JATI DIRI hingga lah ke hari ini berterusan berubah.
- Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan pada waktu itu berjuang untuk melepaskan Cengkaman Asing terhadap Bangsa, Agama dan Tanah Negara.
- Dimana semua Strategi dan Taktik Politik di tumpukan untuk menyatu-padukan ASPIRASI RAKYAT kearah KEMERDEKAAN dan bekerja sama untuk mencapai MATLAMAT tersebut walaupun datang dari Bangsa, Keturunan, Agama dan Ideologi yang berbeza-beza.
- Pada Zaman itu mereka yang terlibat bekerja dengan 1HATI - 1SEMANGAT - 1TUJUAN tanpa berkira dengan apa juga risiko yang perlu di tempuh.
- Akhir nya mereka berjaya atas SEMANGAT yang SATU, HATI yang SATU untuk TUJUAN yang SATU.
- Maka LAHIR LAH sebuah NEGARA YANG MERDEKA pada 31hb OGOS 1957 dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menerajui Negara Malaysia selama lebih kurang 13 tahun (1957-1970) kemudian untuk menetapkan ASAS-ASAS KE-MALAYSIA-AN yang dapat di lihat hingga ke hari ini.
POLITIK UNTUK MEMBANGUN
- Selepas Era Allahyarham Tunku Abdul Rahman Tamat dan di gantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada Bulan September 1970, maka TUMPUAN POLITIK yang di guna-pakai ialah untuk menyatu-padukan Rakyat Umum ke arah PEMBANGUNAN EKONOMI.
- Dimana Allahyarham Tun Abdul Razak menggerakkan MINDA RAKYAT untuk 1HATI - 1SEMANGAT dan 1TUJUAN di dalam Pembangunan Ekonomi Diri, Keluarga dan Bangsa serta Negara.
- Dengan menggunakan Strategi dan Taktik yang SAMA di guna-pakai di Era Allahyarham Tunku Abdul Rahman, hanya Gerak-Kerja dan Hala-Tuju nya sahaja berubah untuk di sesuaikan dengan TUJUAN.
- Maka di dalam Era Allahyarham Tun Abdul Razak telah terakam pelbagai USAHA TRANSFORMASI dan PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA untuk RAKYAT UMUM.
- Dimana pada Era tersebut SEKTOR ASAS TANI di jadikan Tumpuan Utama untuk di usahakan KERANA Sektor tersebut adalah SUMBER ASLI yang di miliki oleh Negara serta mudah di usahakan oleh Kerajaan dan Rakyat.
- Dan SEMUA RAKYAT dari berbilang Bangsa bekerja menurut Kebijaksanaan, Kemahiran dan Kemampuan masing-masing di dalam SEMUA SEKTOR EKONOMI dan BEKERJA dengan 1HATI - 1SEMANGAT dan dengan 1TUJUAN tanpa MENGIRA KULIT dan BULU.
- Sehingga pemergian Allahyarham Ke Rahmatullah pada 14hb Januari 1976 dan meninggalkan HASIL KERJA yang BERKESAN hingga ke hari ini.
POLITIK UNTUK PERPADUAN
- Dan kerja-Kerja Allahyarham di teruskan oleh Pengganti beliau iaitu Allahyarham Tun Hussien Onn dari 1976 hingga 1981 dan Allahyarham di kenali dengan PENDEKATAN MENYATU-PADUKAN RAKYAT untuk lebih menyelami PERPADUAN DI DALAM KEMERDEKAAN.
- Allahyarham Tun Hussien Onn maseh menggunakan platform yang sama iaitu 1HATI - 1SEMANGAT - 1TUJUAN untuk menggerakkan PERPADUAN RAKYAT dari berbagai Bangsa dan Agama.
- Yang pada Waktu tersebut di lihat sudah mula GOYAH di sebabkan oleh Perbezaan atau Jurang Ekonomi di antara KAUM menjadi KETARA dimana Kaum dari Bangsa Melayu KETINGGALAN JAUH DI BELAKANG Ekonomi Kaum-Kaum yang lain.
- Dimana SEBAB UTAMA nya ialah KERENDAHAN TARAF PENDIDIKAN yang di miliki oleh Golongan Besar Orang Melayu dan KETIDAK-ARIFAN mengenai HAL-HAL EKONOMI.
POLITIK TRANFORMASI KAUM
- Politik Transformasi Kaum ini di guna-pakai oleh Perdana Menteri Ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed yang mula berkuasa dari tahun 1981 hingga 2003
- Dan jika di lihat Gerak-kerja yang di lakukan oleh Tun Dr Mahathir adalah berbeza dengan Platform 3 Perdana menteri yang terdahulu yang menggunakan 1HATI-1SEMANGAT -1TUJUAN.
- Tun Dr Mahathir telah menggunakan Strategi dan Taktik Politik nya sendiri dengan memberi KEUTAMAAN kepada Bangsa Melayu di dalam KONSEP BUMIPUTERA.
- Dan di dalam Era Tun Dr Mahathir bermula lah Pembangunan Ekonomi Bangsa Melayu di dalam semua Sektor Ekonomi melalui pelbagai Program Bantuan untuk BUMIPUTERA.
- Dimana satu persatu Sektor Ekonomi Utama dalam Negara mula DI KUASAI semula oleh Bangsa Melayu walaupun Strategi dan Taktik tersebut telah merosakkan PERPADUAN KAUM yang di bina di dalam Era-Era 3 Perdana Menteri yang terdahulu.
- Melalui Pemerintahan Tun Dr Mahathir yang selama 22 Tahun telah mewujudkan Sikap Perkauman di antara Kaum dengan KONSEP BUMIPUTERA.
- Dimana setiap KAUM selain Melayu terpaksa BEKERJA LEBIH KERAS untuk mendapatkan Peluang-Peluang Ekonomi dengan cara yang SUKAR.
- Mereka terpaksa Membayar Lebih untuk mendapatkan sesuatu dan terpaksa MERASUAH Pemimpin dan Orang Melayu di dalam Persaingan Ekonomi.
- Dan Pemimpin Melayu telah menjadikan nya sebagai BUDAYA KERJA untuk MENERIMA RASUAH di sebabkan KONSEP BUMIPUTERA yang membataskan HAK untuk Bangsa-Bangsa yang lain bagi mendapatkan peluang-peluang Ekonomi dalam Kerajaan
- Di Zaman ini lah ERA bermula nya semua PUNCA RASUAH, PENINDASAN KAUM, PENGEKANGAN HAK, KEBEBASAN BERSUARA, NEPOSTISMA DAN KRONISMA sebagai BUDAYA KERJA dan BUDAYA POLITIK MELAYU.
- SEMUA PENYAKIT ini telah SEBATI dengan KEPIMPINAN ORANG & POLITIK MELAYU dan ia menjadi LEBIH TENAT apabila Tun Dr Mahathir meletakkan Jawatan pada 2003.
POLITIK PEREBUTAN KUASA
- Pada Tahun 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi di pilih untuk menggantikan Tun Dr Mahathir dan dari saat tersebut bermula lah PERANG PEREBUTAN KUASA dari dalam Parti yang dapat DI LELUASAKAN kerana di dalam Era Tun Dr Mahathir peluang tersebut Amat sukar di lakukan.
- Dimana TUNTUTAN untuk MEREBUT KUASA di dalam Agenda POLITIK MELAYU sangat KUAT yang BERMULA di dalam 10 tahun Akhir Pemerintahan Tun Dr Mahathir dan MENULAR di dalam Pemerintahan Tun Abdullah.
- Dan TUJUAN Tun Abdullah untuk MENGEMBALIKAN POLITIK MELAYU kearah PERADAPAN ISLAM sebagai STRATEGI untuk MEMULIHKAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Kerosakan ETIKA BERPOLITIK yang di wujudkan dalam Pemerintahan Tun Dr Mahathir telah Tidak Di Pedulikan oleh Pemimpin-Pemimpin Politik dalam Parti.
- Maka dengan sendiri nya KONSEP ISLAM HADHARI yang di usahakan oleh Tun Abdullah itu GAGAL mencapai TUJUAN nya.
- Dan akhir nya Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa TUNDUK kepada TEKANAN DALAM PARTI untuk beliau melepaskan Jawatan dan menyerahkan KUASA kepada Timbalan nya Dato Seri Najib Razak pada April 2009
BERLELUASA NYA POLITIK KOTOR
- Dari Tahun 2009 hingga ke hari ini, Kepimpinan Dato Seri Najib Razak telah mengguna-pakai KESEMUA PLATFORM POLITIK yang pernah di gunakan dari Zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman hingga ke Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.
- TETAPI dengan PENDEKATAN 1MALAYSIA yang KUAT dari Segi SLOGAN tetapi SANGAT LEMAH dari TUJUAN & SEMANGAT.
- Serta DI TAMBAH dengan SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN dan PENCAPAIAN DI UTAMAKAN tetapi Kelemahan Perpaduan di dalam Slogan 1MALAYSIA tidak dapat membantu Slogan Rakyat Di Dahulu kan - Pencapaian Di Utamakan di sebabkan melibatkan Perundangan dan Perlembagaan Negara Malaysia
- Dan apabila RAKYAT dari pelbagai KAUM secara terbuka MENUNTUT HAK melalui HAK 1MALAYSIA yang sepatut nya SEJAJAR dengan PERLEMBAGAAN NEGARA, pihak pentadbiran Dato Seri Najib Razak MENAFIKAN dan MENENTANG KERAS segala TUNTUTAN yang sedemikian.
Gambar Hiasan |
KESAN ATAU IMPLIKASI
- KINI kita dapat melihat dengan JELAS bahawa APA yang di lakukan oleh PEMIMPIN melalui GERAK POLITIK yang mereka PILIH akan memberikan KESAN BALAS atau REAKSI daripada RAKYAT secara SPONTAN.
- Cuba perhatikan APA yang dapat DI RAIH oleh 3 Perdana Menteri terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn DAN cuba perhatikan APA yang dapat DI RAIH oleh 3 Perdana Menteri selepas mereka iaitu Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib Razak?
YANG PASTI
- 3 PERDANA MENTERI PERTAMA telah dapat MENGHASILKAN KESEPADUAN dan PERPADUAN RAKYAT dengan HATI IKHLAS serta SOKONGAN PADU RAKYAT kepada PEMIMPIN.
- TETAPI berbeza dengan 3 PERDANA MENTERI yang TERKEMUDIAN (1981 - 2011) dimana APA yang mereka semua DAPAT ialah TENTANGAN DEMI TENTANGAN RAKYAT terhadap PEMIMPIN.
- Dimana BANYAK KEROSAKAN di lakukan terhadap Usaha-Usaha yang telah di lakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn OLEH ketiga-ketiga Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib Razak.
- Mereka bertiga telah MENTERBALIKKAN Gerak-Kerja 1HATI - 1SEMANGAT - 1TUJUAN yang di WUJUDKAN untuk MENUNTUT KEMERDEKAAN dan MENGEKALKAN KEMERDEKAAN.
Editor
No comments:
Post a Comment