Showing posts with label POLITIK UMNO: BERUBAH MENURUT ZAMAN PEMIMPIN. Show all posts
Showing posts with label POLITIK UMNO: BERUBAH MENURUT ZAMAN PEMIMPIN. Show all posts

Friday, 26 August 2011

PRODUK PENGHASILAN BARISAN NASIONAL SEPANJANG ABAD

Yelaaa.Com - Post#37


PRODUK PENGHASILAN BARISAN NASIONAL SEPANJANG ABAD
HASIL DARI IDEOLOGI DAN GAGASAN PARTI MEREKA


BARISAN NASIONAL DAN UMNO - Umno/BN
  • Barisan Nasional (BN) merupakan Parti Campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai Pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. 
  • Ibu Pejabat Parti Gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti Gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia,
  • Tetapi ia kemudian mengalami Penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki Majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Penang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan Parti Pembangkang.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa Pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik. (sumber Baca Sini)
KRONOLOGI UMNO (dari sumber yang sama)
Zaman Dato Onn
  • Satu Perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
  • Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
  • Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut: 1...Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, 2...Membantah Tertubuhan Malayan Union; dan 3...Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
  • Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
  • Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan Perhimpunan Agung Pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
  • Dato Onn mencadangkan bahawa Keahlian Parti dibuka kepada semua Penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu"
  • Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. 
  • Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951
Zaman Tunku Abdul Rahman

  • Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. 
  • Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
  • Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. 
  • Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
Zaman Tun Hussein Onn
  • Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. 
  • Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
  • Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. 
  • Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
  • Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi.
  • Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.
IDEOLOGI UMNO
  • Dalam konteks Senario Politik di Malaysia, Tokoh Veteran UMNO berpendapat bahawa politik Malaysia ditunjangi dominasi Melayu atau lebih dikenali sebagai Ketuanan Melayu. 
  • Politik ketuanan melayu ini didukung oleh parti UMNO dan wacana politik ini telah dimartabatkan sebagai ideologi UMNO. 
  • UMNO yang lahir dari natijah penyemarakan semangat nasionalisme Melayu dalam peristiwa penentangan rancangan Malayan Union pada akhir 1946 telah menjadi kuasa pemangkin dan pencorak kepada politik Malaysia hingga kini. 
  • Kejayaan-kejayaan yang diperoleh UMNO dalam sejarah perjuangan parti itu memang dapat dibanggakan oleh orang Melayu. 
  • Dari pencapaian Kemerdekaan Malaysia, pemantapan kuasa politik Melayu selepas Peristiwa 13 Mei hinggalah ke kejayaan membina bangsa Melayu yang penuh berkeyakinan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). 
  • UMNO ternyata mengungguli hierarki sejarah politik Malaysia.
KONSEP IDEOLOGI
Boleh di katakan bahawa ideologi merupakan set kepercayaan, idea atau mungkin tingkah laku individu, kumpulan ataupun komuniti. Ideologi mempunyai ciri-ciri tertentu seperti Mohd Fo'ad (1998), membahagikan ciri-ciri ideologi kepada Empat Ciri seperti :-
  • No.1 - Rumusan yang dibuat terhadap sesuatu objek itu hendaklah mempunyai kadar ketetapan dan penjelasan yang tinggi. Ideologi yang dibentuk hendaklah mempunyai fakta yang menyokong bagi menentukan kebenaran sesuatu ideologi. 
  • No.2 - Ideologi dihubungkan secara sistematik dengan beberapa nilai terkemuka seperti keselamatan, persamaan dan etnik. 
  • No.3 - Lebih bersifat "Insistent" dalam aspek hubungan dengan pandangan kesedaran ideologi yang lain dalam masyarakat. 
  • No.4 - Ideologi lebih bersifat mendesak terhadap pembaharuan dalam menafikan segala kepentingan yang wujud
PERANAN IDEOLOGI

  • Peranan utama Ideologi ialah untuk mempertahankan keesahan sistem dan pemerintahan sedia ada, Pembahagian Kuasa didalamnya dan tindakan-tindakan yang dibuat olehnya (Syed Ahmad,1995).
  • Umpama nya Keunggulan Pemerintahan di negara komunis di pertahankan oleh Ideologi Marxisme-Leninisme. 
  • Begitu juga dengan Pergolakan Politik di Filipina ketika Pemerintahan Marcos dan pencerobohan Soviet Union di Afghanistan. 
  • Selain itu juga, ideologi juga berperanan menentang sistem yang ada sepertimana yang berlaku di Iran, negara-negara Amerika Latin, Afrika dan sebagai nya.
KESAN TERBALIKAN DARIPADA SESUATU IDEOLOGI
  • Perkara ini yang kurang di beri perhatian oleh Ahli-Ahli Politik UMNO/BN dari mula di tubuhkan hingga ke hari ini.
  • Kerana melalui sesuatu KONSEP dan IDEOLOGI KEPARTIAN itu akan WUJUD beberapa PENENTANG yang pula MEYAKINI jenis-jenis IDEOLOGI yang berlainan dan akan BERTINDAK sebagai CERMIN di dalam MEMBEZAKAN sesuatu KEFAHAMAN.
  • Dan CERMIN PERBEZAAN ini adalah Suatu yang LAZIM kepada Konsep di dalam Ideologi itu sendiri, dimana KETERBALIKAN IMEJ itu akan membuat sesuatu yang ASAL itu dapat di ketahui BURUK dan BAIK nya.
OLEH ITU - APAKAH ERTI PARTI PEMBANGKANG KEPADA UMNO/BN
  • Parti-Parti Pembangkang yang WUJUD di dalam setiap ERA KEPIMPINAN UMNO dan BARISAN NASIONAL adalah SATU PRODUK yang TERJADI hasil daripada GAGASAN PARTI UMNO/BN itu sendiri.
  • Tidak mengira jenis PARTI APA yang wujud dan di tubuhkan seperti PAKATAN RAKYAT dan Parti-Parti Pembangkang yang kecil-kecil, mereka ini TERGOLONG sebagai PRODUK UMNO/BN.
  • Yang BERFUNGSI untuk memberikan PENDAPAT YANG BERTENTANGAN dengan apa yang di perjuangkan oleh UMNO/BN di dalam Mentadbir Negara.
DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG
  • Seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Haji Hadi Awang, TG Nik Aziz adalah KELIBAT KONTRAS kepada Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN yang Memerintah.
  • Mereka berfungsi di dalam Keadaan dan Suasana yang BERTENTANGAN tetapi memiliki TUJUAN dan MATLAMAT POLITIK yang SAMA untuk Memajukan Negara di dalam semua Aspek Pentadbiran Kerajaan.
  • TANPA Kelibat-Kelibat Pemimpin Pembangkang seperti mereka ini, Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN dari Era Tunku Abdul Rahman sehingga kepada Najib Razak, tidak akan dapat MENGUKUR Potensi Kepimpinan mereka terhadap Negara.
  • Kerana menurut Hukum FIZIK, setiap Malam akan ada wujud Siang untuk membezakan di antara yang Terang dan yang Gelap, serta yang Buruk akan wujud yang baik serta seterus nya.
KERANA ITU
  • Semakin tegar Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN untuk menentang Pemimpin-Pemimpin Pembangkang, maka akan semakin HEBAT tentangan yang mereka terima.
  • Ini adalah di sebabkan Hukum KETERBALIKAN Fizik terhadap Konsep Ideologi Kepartian UMNO/BN itu sendiri yang mewujudkan "Bayangan" mereka sendiri.
INI MEMBAWA MAKSUD
  • Semakin Kuat tentangan yang di berikan terhadap "Bayangan" mereka, maka semakin Kuat juga tentangan yang akan mereka terima.
  • Dan jika di ibaratkan "Bayangan" mereka itu "di pukul" dengan kayu, maka mereka juga akan menggunakan kayu untuk "memukul" kembali, seperti apa yang berlaku di hadapan CERMIN.
  • Inilah KEFAHAMAN yang harus di ketahui oleh Ahli-Ahli dan Pemimpin-Pemimpin Politik di dalam melakukan sebarang TINDAKKAN yang berkonsepkan sesuatu IDEOLOGI
ANTARA SUKA ATAU TIDAK SUKA
  • Pemimpin UMNO/BN harus MENERIMA kehadiran dan kewujudan Hasil Produk yang mereka CIPTA sendiri iaitu BAYANGAN mereka sebagai PEMBANGKANG.
  • BAYANGAN tersebut tidak akan WUJUD jika Pemimpin UMNO/BN melakukan dan menjalankan segala Tugas dan Amanah untuk Memelihara Negara dengan ADIL dan SEMPURNA
  • Seperti Kekata Melayu Lama " RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH - RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH"
Editor

Saturday, 30 July 2011

PRU-13: TIDAK BERLAKU DALAM TAHUN 2011

Yelaaa.Com - Post#14


PRU-13: TIDAK BERLAKU DALAM TAHUN 2011
HANYA DI ADAKAN SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
  • Pada hari Jumaat 29hb July 2011 Presiden Umno mengumumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO akan di adakan pada antara 29hb November 2011 hingga 3hb Disember 2011 - Baca Sini
  • Langkah ini untuk membolehkan Ketiga-Ketiga Sayap Utama UMNO untuk melakukan Pemilihan PEMIMPIN
  • Sebagai Langkah untuk Menguatkan dan Mengukuhkan kedudukan Pemimpin Parti di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
INI MEMBAWA MAKSUD BAHAWA
  • PILIHAN RAYA UMUM Ke-13 Tidak Akan di lakukan di dalam Tahun 2011 seperti yang di Spekulasikan oleh Orang Ramai.
  • Kerana UMNO sebagai Parti PENERAJU KERAJAAN perlu untuk Mendapatkan MANDAT BAHARU di dalam Parti yang kini menghadapi pelbagai Permasaalahan Dalaman yang agar serius.
  • Dan Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak terpaksa AKUR kepada DESAKAN dari dalam Parti untuk melakukan Pemilihan Pemimpin sebelum PRU-13 di lakukan yang telah Tertangguh dari Tahun 2010.
MENGAPA PRESIDEN UMNO DI DESAK MENGADAKAN PERHIMPUNAN AGUNG
PERTAMA
  • Ramai Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah MERASAKAN BAHANG daripada TENTANGAN RAKYAT terhadap Kepimpinan Pentadbiran Najib Razak
  • Yang telah wujud Penentangan nya dari Tahun 2009 lagi sehubungan dengan Ketidak-bijaksaan beliau sebagai seorang Perdana Menteri di dalam Mentadbir & Mengurus Negara
  • Seperti Dasar-Dasar Penarikan SUBSIDI terhadap BAHAN UTAMA iaitu Minyak Petrol, Gas Memasak, Tarif Letrik, Gula, Tepung, Susu yang menyebabkan KENAIKAN BESAR HARGA yang menjejaskan Ekonomi Rakyat Umum
  • Yang juga menjadi Penyebab kepada kenaikan Harga-Harga Barangan Pengguna Asas yang lain di seluruh Negara.
KEDUA
  • Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia di lihat oleh Orang UMNO sendiri sebagai Tidak Konsisten di dalam Pemilihan Dasar-Dasar Kerajaan mengenai Ekonomi dan Politik Negara
  • Yang bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Negara tetapi telah banyak Mengaibkan Reputasi Parti UMNO itu sendiri sebagai Sebuah parti yang Cukup GAH dalam Sejarah Malaysia.
  • Dimana Dasar-Dasar Ekonomi Pentadbiran Najib Razak Tidak Seimbang di dalam Semua Sektor Industri Negara dan Tidak Memanfaatkan Warga UMNO itu sendiri dari segi Pengagihan Kontrak-Kontrak Kerajaan seperti di dalam Pentadbiran Tun Dr Mahathir.
  • Kerana banyak Campur-Tangan dan Monopoli daripada isteri beliau sendiri terhadap Hal Ehwal Ekonomi Negara dan Pentadbiran Kerajaan.
KETIGA
  • KEGAGALAN Pentadbiran Najib Razak untuk menyatu-padukan semua Parti-Parti Komponen terhadap Tindakan Beliau di dalam menangani Kes PERHIMPUNAN BERSIH 2.O.
  • Dimana Kebanyakan Pemimpin Parti-Parti Komponen di lihat "Menjauhkan Diri" mereka untuk Terlibat secara langsung di dalam PENENTANGAN yang di lakukan oleh Pentadbiran Najib Razak terhadap Rakyat Umum.
  • Dan jika wujud Sokongan daripada Pemimpin-Pemimpin Parti Komponen, Sokongan mereka di lihat seperti "Melepaskan Batuk Di Tangga" dan tidak wujud Pemimpin dari Parti Komponen yang 100% Menyokong Tindakan tersebut.
KEEMPAT
  • Pentadbiran Najib Razak juga di lihat MENERIMA TEKANAN ANTARABANGSA di dalam CARA Pentadbiran beliau menangani ISU BERSIH 2.O yang di anggap Tidak Berdemokrasi dan Keterlaluan.
  • Ini dapat di lihat daripada Amanat-Amanat yang di berikan oleh Kerajaan Britain dan Ratu Elizabeth, juga daripada Vatican (Holy See) yang lebih cenderung untuk "Menasihatkan" Pentadbiran beliau untuk lebih Liberal di dalam mengambil Tindakkan terhadap Rakyat Malaysia yang Berbilang Kaum dan berbilang Agama.
  • Walaupun Berita-Berita mengenai "Ketidak-Senangan" Pemimpin Dunia terhadap Pentadbiran Najib Razak telah DI SEMBUNYIKAN" daripada pengetahuan Rakyat Umum Tetapi Berita-Berita tersebut maseh boleh di dapati dan di baca melalui pelbagai Media yang Tidak Dapat Di Kawal oleh Kerajaan yang Memerintah.
KELIMA
  • Kes-Kes Skandal yang melibatkan Presiden UMNO selaku Menteri Pertahanan di dalam Pembelian Kapal Selam ATM yang melibatkan RASUAH, PENIPUAN dan KES PEMBUNUHAN telah merosakkan IMEJ UMNO
  • Dan perkara ini Tidak Di Senangi oleh Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Sayap-Sayap Parti, juga Anggota UMNO secara keseluruhan.
  • Kerana Jentera Parti UMNO di lihat Sudah Tidak Berupaya untuk mempertahankan Pemimpin mereka daripada "Serangan Demi Serangan" daripada Pihak Pembangkang dan Antarabangsa.
KEENAM
  • Ahli-Ahli VETERAN UMNO dan Bekas-Bekas Menteri dari Kerajaan UMNO/BN yang terdahulu juga telah memberikan LUAHAN PENDAPAT mereka secara TERBUKA yang berpendapat Pentadbiran Najib Razak AGAK KETERLALUAN di dalam menangani ISU-ISU PENTING yang melibatkan RAKYAT UMUM dan EKONOMI NEGARA.
  • Dimana telah Wujud Banyak Kem-Kem yang Pro & Anti Najib didalam UMNO/BN yang tidak pernah berlaku di zaman Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu.
KETUJUH
  • RAKYAT UMUM secara BERAMAI-RAMAI & TERBUKA meminta Najib Razak untuk MELETAKKAN JAWATAN sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui Media Sosial Facebook.
  • Kerana menunjukkan RASA TIDAK PUAS HATI mereka terhadap Tindakan Kerajaan yang menggunakan KEKERASAN untuk MENGHALANG PERHIMPUNAN BERSIH 2.O yang melibatkan kehilangan 1 Nyawa dan Kecederaan Serius serta Penangkapan Besar terhadap Peserta-Peserta BERSIH 2.O
  • Dan di campur kan dengan ketidak-Puasan HATI Rakyat terhadap ISU-ISU EKONOMI yang telah menyebabkan Ramai Rakyat Umum berada di dalam Situasi KESUSAHAN.
KELAPAN
  • TEKANAN daripada Yang Di Pertuan Agong Malaysia selaku SIMBOL KUASA RAKYAT dan MAJLIS RAJA-RAJA yang memiliki kebanyakan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia
  • Dimana seorang demi seorang Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu telah Menyuarakan Ketidak-Enakan mereka terhadap Pentadbiran Najib Razak secara Diplomasi.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU DALAM UMNO
  • Di dalam Pemilihan Pemimpin yang akan berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini akan berlaku beberapa KEJUTAN. Dimana KEJUTAN tersebut akan di TERBITKAN oleh Golongan yang Anti-Najib dan Pro Muhyidin
  • Pemerhati Politik Luar Negara berpendapat bahawa Presiden UMNO sekarang menghadapi UNDI TIDAK YAKIN daripada Anggota dalam UMNO sendiri dan Pemilihan pada kali ini akan MEMBUKTIKAN bahawa beliau Tidak Di Sukai oleh sebilangan besar Ahli-Ahli UMNO yang berjumlah lebih daripada 3 Juta Ahli.
  • Ini akan mewujudkan Suasana di mana Presiden UMNO buat julung-julung kali di Tumbangkan di dalam Pemilihan Parti dan itu bermakna beliau akan kehilangan segala-gala nya.
  • Pendapat Pemerhati Politik dari dalam Negara pula memiliki Pendapat yang berbeza kerana mereka berpendapat Presiden UMNO sekarang akan dapat mengekalkan Jawatan nya jika di sandarkan kepada Falsafah Presiden Parti Tidak Boleh Di Cabar atau Di Tandingi.
  • Tetapi Suasana Politik Tanah Air kini telah berubah daripada Zaman-Zaman Presiden parti yang lalu dan KEMUNGKINAN Perkara NAJIB AKAN DI GULINGKAN adalah besar untuk berlaku, memandangkan Kem Muhyidin di lihat Sudah Bersedia untuk melakukan nya.
JADI BILAKAH PILIHAN RAYA UMUM KE-13
  • Jika di dasarkan Perhimpunan Agung UMNO di adakan pada Disember 2011, ini membawa maksud bahawa PRU-13 hanya boleh di adakan Sekitar Bulan March 2012.
  • Di sebabkan oleh Faktor KEPIMPINAN yang baharu di lantik oleh UMNO di dalam Perhimpunan kali ini memerlukan Sokongan Rakyat dengan MANDAT yang KUKUH agar kedudukan mereka di dalam parti UMNO akan TERJAMIN untuk 4 tahun yang akan datang.
  • Dimana KEPIMPINAN yang baharu tidak akan mengambil sebarang RISIKO jika mereka melengah-lengahkan PRU-13
  • Dan akan menggunakan Barisan KEPIMPINAN baharu untuk menarik kembali KEYAKINAN RAKYAT yang telah mula PUDAR terhadap Umno dan BARISAN NASIONAL.
NAJIB RAZAK PERLUKAN KEAJAIBAN
  • Presiden Parti UMNO sekarang memerlukan KEAJAIBAN untuk TERUS KEKAL sebagai Presiden UMNO
  • Dan memerlukan KERJA-KERAS yang lebih daripada dahulu untuk Di kekalkan sebagai Presiden Parti UMNO.
  • Atau beliau terpaksa membelanjakan Berjuta-Juta Ringgit agar kedudukan beliau sebagai Presiden Parti Tidak Di Cabar dengan mudah.
  • Kerana PENCABAR-PENCABAR terdekat beliau memiliki Sokongan yang agak PADU di Peringkat AKAR-UMBI
APA PUN KEPUTUSAN DALAM UMNO
  • Tidak akan MENJAMIN KEDUDUKAN KERAJAAN UMNO/BN sebagai PEMERINTAH selepas PRU-13.
  • Kerana SENTIMEN RAKYAT yang terkini lebih kepada KEINGINAN untuk MENUKAR KERAJAAN dari parti UMNO/BN kepada Parti yang lain.
  • Walaupun SOKONGAN mereka kepada Parti-Parti PEMBANGKANG belum di lihat ke Paras Maksima tetapi oleh kerana KEBENCIAN mereka TERHADAP Kerajaan UMNO/BN sangat TINGGI, maka itu boleh mengakibatkan Pihak Pembangkang dari PAKATAN RAKYAT berjaya Menduduki PUTRAJAYA.
Editor

Saturday, 23 July 2011

POLITIK UMNO: BERUBAH MENURUT ZAMAN PEMIMPIN

Yelaaa.Com - Post#9


POLITIK UMNO: BERUBAH MENURUT ZAMAN PEMIMPIN
APAKAH PUNCA MEREKA BERUBAH


POLITIK UMNO DULU
POLITIK UNTUK MERDEKA
  • CARA PARTI UMNO BERPOLITIK sedikit demi sedikit telah berubah dari Zaman menuntut Kemerdekaan, dapat Kemerdekaan dan Merdeka Mutlak dari PENJAJAHAN HAK, MINDA dan JATI DIRI hingga lah ke hari ini berterusan berubah.
  • Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan pada waktu itu berjuang untuk melepaskan Cengkaman Asing terhadap Bangsa, Agama dan Tanah Negara.
  • Dimana semua Strategi dan Taktik Politik di tumpukan untuk menyatu-padukan ASPIRASI RAKYAT kearah KEMERDEKAAN dan bekerja sama untuk mencapai MATLAMAT tersebut walaupun datang dari Bangsa, Keturunan, Agama dan Ideologi yang berbeza-beza.
  • Pada Zaman itu mereka yang terlibat bekerja dengan 1HATI - 1SEMANGAT - 1TUJUAN tanpa berkira dengan apa juga risiko yang perlu di tempuh.
  • Akhir nya mereka berjaya atas SEMANGAT yang SATU, HATI yang SATU untuk TUJUAN yang SATU.
  • Maka LAHIR LAH sebuah NEGARA YANG MERDEKA pada 31hb OGOS 1957 dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menerajui Negara Malaysia selama lebih kurang 13 tahun (1957-1970) kemudian untuk menetapkan ASAS-ASAS KE-MALAYSIA-AN yang dapat di lihat hingga ke hari ini.
POLITIK UNTUK MEMBANGUN
  • Selepas Era Allahyarham Tunku Abdul Rahman Tamat dan di gantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada Bulan September 1970, maka TUMPUAN POLITIK yang di guna-pakai ialah untuk menyatu-padukan Rakyat Umum ke arah PEMBANGUNAN EKONOMI.
  • Dimana Allahyarham Tun Abdul Razak menggerakkan MINDA RAKYAT untuk 1HATI - 1SEMANGAT dan 1TUJUAN di dalam Pembangunan Ekonomi Diri, Keluarga dan Bangsa serta Negara.
  • Dengan menggunakan Strategi dan Taktik yang SAMA di guna-pakai di Era Allahyarham Tunku Abdul Rahman, hanya Gerak-Kerja dan Hala-Tuju nya sahaja berubah untuk di sesuaikan dengan TUJUAN.
  • Maka di dalam Era Allahyarham Tun Abdul Razak telah terakam pelbagai USAHA TRANSFORMASI dan PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA untuk RAKYAT UMUM.
  • Dimana pada Era tersebut SEKTOR ASAS TANI di jadikan Tumpuan Utama untuk di usahakan KERANA Sektor tersebut adalah SUMBER ASLI yang di miliki oleh Negara serta mudah di usahakan oleh Kerajaan dan Rakyat.
  • Dan SEMUA RAKYAT dari berbilang Bangsa bekerja menurut Kebijaksanaan, Kemahiran dan Kemampuan masing-masing di dalam SEMUA SEKTOR EKONOMI dan BEKERJA dengan 1HATI - 1SEMANGAT dan dengan 1TUJUAN tanpa MENGIRA KULIT dan BULU.
  • Sehingga pemergian Allahyarham Ke Rahmatullah pada 14hb Januari 1976 dan meninggalkan HASIL KERJA yang BERKESAN hingga ke hari ini.
POLITIK UNTUK PERPADUAN
  • Dan kerja-Kerja Allahyarham di teruskan oleh Pengganti beliau iaitu Allahyarham Tun Hussien Onn dari 1976 hingga 1981 dan Allahyarham di kenali dengan PENDEKATAN MENYATU-PADUKAN RAKYAT untuk lebih menyelami PERPADUAN DI DALAM KEMERDEKAAN.
  • Allahyarham Tun Hussien Onn maseh menggunakan platform yang sama iaitu 1HATI - 1SEMANGAT - 1TUJUAN untuk menggerakkan PERPADUAN RAKYAT dari berbagai Bangsa dan Agama.
  • Yang pada Waktu tersebut di lihat sudah mula GOYAH di sebabkan oleh Perbezaan atau Jurang Ekonomi di antara KAUM menjadi KETARA dimana Kaum dari Bangsa Melayu KETINGGALAN JAUH DI BELAKANG Ekonomi Kaum-Kaum yang lain.
  • Dimana SEBAB UTAMA nya ialah KERENDAHAN TARAF PENDIDIKAN yang di miliki oleh Golongan Besar Orang Melayu dan KETIDAK-ARIFAN mengenai HAL-HAL EKONOMI.
POLITIK TRANFORMASI KAUM
  • Politik Transformasi Kaum ini di guna-pakai oleh Perdana Menteri Ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed yang mula berkuasa dari tahun 1981 hingga 2003
  • Dan jika di lihat Gerak-kerja yang di lakukan oleh Tun Dr Mahathir adalah berbeza dengan Platform 3 Perdana menteri yang terdahulu yang menggunakan 1HATI-1SEMANGAT -1TUJUAN.
  • Tun Dr Mahathir telah menggunakan Strategi dan Taktik Politik nya sendiri dengan memberi KEUTAMAAN kepada Bangsa Melayu di dalam KONSEP BUMIPUTERA.
  • Dan di dalam Era Tun Dr Mahathir bermula lah Pembangunan Ekonomi Bangsa Melayu di dalam semua Sektor Ekonomi melalui pelbagai Program Bantuan untuk BUMIPUTERA.
  • Dimana satu persatu Sektor Ekonomi Utama dalam Negara mula DI KUASAI semula oleh Bangsa Melayu walaupun Strategi dan Taktik tersebut telah merosakkan PERPADUAN KAUM yang di bina di dalam Era-Era 3 Perdana Menteri yang terdahulu.
  • Melalui Pemerintahan Tun Dr Mahathir yang selama 22 Tahun telah mewujudkan Sikap Perkauman di antara Kaum dengan KONSEP BUMIPUTERA.
  • Dimana setiap KAUM selain Melayu terpaksa BEKERJA LEBIH KERAS untuk mendapatkan Peluang-Peluang Ekonomi dengan cara yang SUKAR.
  • Mereka terpaksa Membayar Lebih untuk mendapatkan sesuatu dan terpaksa MERASUAH Pemimpin dan Orang Melayu di dalam Persaingan Ekonomi.
  • Dan Pemimpin Melayu telah menjadikan nya sebagai BUDAYA KERJA untuk MENERIMA RASUAH di sebabkan KONSEP BUMIPUTERA yang membataskan HAK untuk Bangsa-Bangsa yang lain bagi mendapatkan peluang-peluang Ekonomi dalam Kerajaan
  • Di Zaman ini lah ERA bermula nya semua PUNCA RASUAH, PENINDASAN KAUM, PENGEKANGAN HAK, KEBEBASAN BERSUARA, NEPOSTISMA DAN KRONISMA sebagai BUDAYA KERJA dan BUDAYA POLITIK MELAYU.
  • SEMUA PENYAKIT ini telah SEBATI dengan KEPIMPINAN ORANG & POLITIK MELAYU dan ia menjadi LEBIH TENAT apabila Tun Dr Mahathir meletakkan Jawatan pada 2003.
POLITIK PEREBUTAN KUASA
  • Pada Tahun 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi di pilih untuk menggantikan Tun Dr Mahathir dan dari saat tersebut bermula lah PERANG PEREBUTAN KUASA dari dalam Parti yang dapat DI LELUASAKAN kerana di dalam Era Tun Dr Mahathir peluang tersebut Amat sukar di lakukan.
  • Dimana TUNTUTAN untuk MEREBUT KUASA di dalam Agenda POLITIK MELAYU sangat KUAT yang BERMULA di dalam 10 tahun Akhir Pemerintahan Tun Dr Mahathir dan MENULAR di dalam Pemerintahan Tun Abdullah.
  • Dan TUJUAN Tun Abdullah untuk MENGEMBALIKAN POLITIK MELAYU kearah PERADAPAN ISLAM sebagai STRATEGI untuk MEMULIHKAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Kerosakan ETIKA BERPOLITIK yang di wujudkan dalam Pemerintahan Tun Dr Mahathir telah Tidak Di Pedulikan oleh Pemimpin-Pemimpin Politik dalam Parti.
  • Maka dengan sendiri nya KONSEP ISLAM HADHARI yang di usahakan oleh Tun Abdullah itu GAGAL mencapai TUJUAN nya.
  • Dan akhir nya Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa TUNDUK kepada TEKANAN DALAM PARTI untuk beliau melepaskan Jawatan dan menyerahkan KUASA kepada Timbalan nya Dato Seri Najib Razak pada April 2009
BERLELUASA NYA POLITIK KOTOR
  • Dari Tahun 2009 hingga ke hari ini, Kepimpinan Dato Seri Najib Razak telah mengguna-pakai KESEMUA PLATFORM POLITIK yang pernah di gunakan dari Zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman hingga ke Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.
  • TETAPI dengan PENDEKATAN 1MALAYSIA yang KUAT dari Segi SLOGAN tetapi SANGAT LEMAH dari TUJUAN & SEMANGAT.
  • Serta DI TAMBAH dengan SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN dan PENCAPAIAN DI UTAMAKAN tetapi Kelemahan Perpaduan di dalam Slogan 1MALAYSIA tidak dapat membantu Slogan Rakyat Di Dahulu kan - Pencapaian Di Utamakan di sebabkan melibatkan Perundangan dan Perlembagaan Negara Malaysia
  • Dan apabila RAKYAT dari pelbagai KAUM secara terbuka MENUNTUT HAK melalui HAK 1MALAYSIA yang sepatut nya SEJAJAR dengan PERLEMBAGAAN NEGARA, pihak pentadbiran Dato Seri Najib Razak MENAFIKAN dan MENENTANG KERAS segala TUNTUTAN yang sedemikian.
Gambar Hiasan
KESAN ATAU IMPLIKASI
  • KINI kita dapat melihat dengan JELAS bahawa APA yang di lakukan oleh PEMIMPIN melalui GERAK POLITIK yang mereka PILIH akan memberikan KESAN BALAS atau REAKSI daripada RAKYAT secara SPONTAN.
  • Cuba perhatikan APA yang dapat DI RAIH oleh 3 Perdana Menteri terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn DAN cuba perhatikan APA yang dapat DI RAIH oleh 3 Perdana Menteri selepas mereka iaitu Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib Razak?
YANG PASTI
  • 3 PERDANA MENTERI PERTAMA telah dapat MENGHASILKAN KESEPADUAN dan PERPADUAN RAKYAT dengan HATI IKHLAS serta SOKONGAN PADU RAKYAT kepada PEMIMPIN.
  • TETAPI berbeza dengan 3 PERDANA MENTERI yang TERKEMUDIAN (1981 - 2011) dimana APA yang mereka semua DAPAT ialah TENTANGAN DEMI TENTANGAN RAKYAT terhadap PEMIMPIN.
  • Dimana BANYAK KEROSAKAN di lakukan terhadap Usaha-Usaha yang telah di lakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn OLEH ketiga-ketiga Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan Dato Seri Najib Razak.
  • Mereka bertiga telah MENTERBALIKKAN Gerak-Kerja 1HATI - 1SEMANGAT - 1TUJUAN yang di WUJUDKAN untuk MENUNTUT KEMERDEKAAN dan MENGEKALKAN KEMERDEKAAN.
Editor