Saturday 16 July 2011

APA KAITAN ISTANA IBLIS DENGAN POLITIK

Yelaaa.Com - Post#4


APA KAITAN ISTANA IBLIS DENGAN POLITIK 


APABILA ISTANA IBLIS BERKUASA DI HATI
  • Apabila Istana Iblis ini bertahta di hati seseorang manusia yang di Jana daripada Hasil Pendapatan yang HARAM melalui Sumber Rezeki yang Tidak Halal maka Bermula lah Episod Pendurhakaan terhadap segala Tuntutan Syarak dan Ajaran Agama ISLAM.
  • Terutama bagi Orang-Orang yang menjadi PEMIMPIN di dalam sesebuah Negara yang menganut dan mengakui ISLAM sebagai AGAMA mereka.
APA YANG BOLEH BERLAKU
  • Golongan Pemimpin yang telah di kuasai hati mereka dengan DARAH yang di hasilkan dari Sumber yang HARAM akan melakukan berbagai perkara yang bertentangan dengan kehendak Hukum Negara dan juga Agama.
  • Mereka akan mengkaji selidik semua Hukum Negara yang tidak menyebelahi mereka dan merubahkan nya untuk di sesuaikan dengan keperluan dan matlamat mereka berkuasa.
  • Mereka akan jadikan Hukum Negara di bawah penguasaan mereka, agar mereka tidak menjadi bahan kepada Hukuman yang mereka sendiri wujudkan.
  • Dan akan menjadikan semua Jawatan yang di pikul oleh Penjawat Undang-Undang sebagai Budak Suruhan bagi mencapai matlamat mereka.
  • Juga akan menggunakan Cerdik Pandai Agama dan Akademik yang di bawah Kuasa Kerajaan untuk mengeluarkan segala FATWA dan FAKTA yang akan menyokong segala Tindak-Tanduk mereka sebagai Pemerintah yang Berkuasa.
  • Dimana ketika itu mereka akan Beraja Di Mata dan Bersultan di Hati tanpa akan merasa sedikit pun Perasaan Bersalah terhadap Hukum Negara dan Hukum Agama.
KEPERIBADIAN MEREKA
  • Keperibadian mereka boleh di sifatkan sebagai Binatang Chameleon (cicak yang boleh berubah warna) yang boleh berubah-rubah menurut sesuatu keadaan.
  • Dimana mereka akan di lihat dan di anggap sebagai Bertaraf dan Berkedudukan Tinggi dan Mulia oleh Pandangan Mata Kasar Umum dengan berselindung di sebalik Kebaikan-Kebaikan yang seolah-olah menolong dan membantu Rakyat.
  • Tetapi di dalam hakikat yang sebenar nya mereka hanya berpura-pura menjadi Orang Yang Solehin dan Berwibawa dengan tidak ketinggalan mengerjakan Kewajiban sebagai Seorang ISLAM.
  • Dan mereka menjadikan Kewajiban 5 Waktu untuk mengabui Mata orang Ramai terhadap segala perbuatan kotor dan yang bertentangan dengan Hukum Negara dan ISLAM.
  • Kerana di dalam Arena Politik, kehidupan seseorang itu adalah penuh dengan TIPU DAYA dan lebih banyak melakukan PEMBOHONGAN daripada bersifat JUJUR dan IKHLAS.
MATLAMAT HIDUP MEREKA
  • Akan lebih Cenderung untuk mengumpulkan seberapa banyak Harta dan Kekayaan daripada Urusan Negara yang mereka jalankan.
  • Mereka akan mendahului kepentingan Diri Sendiri, Anggota Parti dan Orang-Orang yang menjadi Penyokong mereka di dalam menjalankan kerja-kerja mereka.
  • Dan mereka akan menggunakan KUASA WANG untuk Merealisasikan apa juga matlamat Politik mereka tanpa sedikit pun Rasa Berdosa.
  • Mereka juga tidak dapat menghayati KEWUJUDAN TUHAN yang telah menghidupkan mereka dan yang telah mengurniakan mereka segala Kuasa dan kekuatan.
MEREKA AKAN TERLUPA
  • Bahawa sebagai PEMIMPIN kepada RAKYAT di atas Muka Bumi ini, walaupun Pemerintahan mereka bukan nya 100% ISLAM, mereka adalah tertakluk kepada Persoalan yang akan di Tanya di Hari Akhirat sebagai Seorang Pemimpin.
  • Mereka terlupa dengan segala JANJI-JANJI TUHAN terhadap Golongan Manusia yang ZALIM dan MENZALIMI DIRI SENDIRI.
  • Dimana mereka akan Di Pertanggung Jawapkan Sepenuh nya Oleh Allah swt terhadap APA yang mereka lakukan terhadap Rakyat dan Negara.
MEREKA JUGA TIDAK DAPAT MENYEDARI
  • Bahawa Diri, Perasaan, Fikiran dan Segala Perbuatan mereka itu telah di kuasai oleh Perjanjian dengan Iblis.
  • Dan mereka secara terus menerus melakukan perkara-perkara Mungkar dan dalam masa yang sama juga melakukan Suruhan Agama.
  • Ini telah menunjukkan bahawa AIR WUDHUK mereka telah Tidak Berfungsi lagi sebagai Alat Pencuci untuk Dosa-Dosa Kecil
  • Dan Ayat-Ayat yang mereka baca didalam 17 Rakaat Sholat dalam Sehari sudah Tidak juga Berfungsi untuk Membersihkan HATI mereka daripada Dosa-Dosa Besar.
  • Juga Sholat mereka sudah Tidak lagi Wujud Kekusyukan terhadap Allah swt dan yang tinggal wujud adalah perbuatan atau Gerak Tubuh yang Kosong.
  • Akhir nya HATI mereka semakin TEBAL KEKOTORAN NYA dan mereka akan semakin Ghairah untuk melakukan lebih banyak lagi perkara-perkara Mungkar dan mereka akan semakin jauh daripada RAHMAT dan HIDAYAH Allah swt untuk menginsafi perbuatan yang Salah.
KERANA SEBAB-SEBAB TERSEBUT
  • Kita pada hari ini dapat melihat Ramai Pemimpin-Pemimpin Negara yang seperti ini di merata Dunia termasuk di Malaysia.
  • Kerana ini lah Golongan Pemimpin yang telah MEMAKAN HASIL YANG HARAM dan YANG DI HARAMKAN UNTUK MEREKA AMBIL DAN MAKAN.
  • Oleh kerana Allah swt itu MAHA ADIL & MAHA BIJAKSANA, segala Pembalasan untuk Dosa-Dosa yang mereka lakukan tidak DI BALAS serta merta.
  • Tetapi Allah swt memberikan Pembalasan melalui Cara yang tidak di sangka oleh semua Manusia, dimana ada yang di lanjutkan Usia mereka di dalam keadaan yang menyakitkan dengan pelbagai Penyakit atau di biarkan terus hidup dengan pelbagai Pembalasan daripada semua manusia yang mereka Tindas dan Zalimi dahulu.
  • Seperti yang berlaku kepada Bekas Perdana menteri Israel Ariel Sharon yang terus Koma walaupun Jasad nya telah tidak dapat berfungsi secara normal lagi.
  • Dan Ramai lagi Pemimpin-Pemimpin ISLAM dan Bukan ISLAM yang mengalami pelbagai Pembalasan sebelum mereka itu MATI.
YANG MANUSIA LUPA IALAH
Allah swt akan MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA seseorang Manusia itu melalui Tiga Proses:
  1. 1/3 Sewaktu Seseorang itu maseh Hidup
  2. 1/3 Sewaktu di Alam Barzakh (Alam Kubur)
  3. 1/3 Sewaktu di Hari Akhirat (Hari Pembalasan)
  4. Sebelum Manusia-Manusia itu di izinkan untuk menduduki Alam Yang Kekal di dalam SYURGA ALLAH.
Fikir-Fikirkan....
Editor

No comments:

Post a Comment