APAKAH JENIS STRATEGI DAN TAKTIK POLITIK
DEFINASI TAKTIK POLITIK
- Taktik adalah Tindakan khusus yang boleh anda ambil untuk Berdebat, Menyerang, Mempertahankan atau sebalik nya Mempromosikan Agenda.
- Semua Perkara tersebut adalah Tindakan yang menyokong Pembinaan Dasar-Dasar yang akhirnya membentuk Strategi Keseluruhan atau Agenda sesebuah Organisasi.
- Taktik-Taktik ini boleh di gunakan pada setiap Peringkat Pertempuran Politik, dari Peringkat Akar Umbi untuk Kempen. Ada yang bijak. Ada yang logik dan ada yang benar-benar HINA.
- Matlamat dan Keutamaan untuk memilih Taktik yang berdasarkan keinginan untuk muncul sebagai orang yang "disukai".
JENIS STRATEGI YANG SERING DI LAKUKAN
- Menyerang Kelakuan-Kelakuan yang boleh di Persoalkan dalam Semangat Kenegaraan dan labelkan mereka yang sebagai Tidak Bersemangat Nasional
- Meremehkan-remehkan Retorik Lawan
- Menggunakan Perkataan yang Agresif dan Provokatif terhadap Lawan
- Memberi Sokongan terhadap Pembangkang yang Tidak Sekata dengan Pihak Lawan
- Mengecam Dasar Radikal Pihak Lawan di Peringkat Awal
- Menunjukkan Keperibadian Diri Sendiri yang Baik
- Sentiasa mencari Kelemahan Pihak Lawan dari Demografi Paling Lemah
- Melakukan Serangan Peribadi terhadap Pihak Lawan
- Menyeragamkan Serangan Parti terhadap Pihak Lawan
- Mempermainkan dengan Menyindir Bajet Perbelanjaan Pihak Lawan
- Mentertawakan Usaha dan Tingkah Laku Pihak Lawan
- Sering Tidak Mengaku Kalah walau pun dalam keadaan tertekan
- Sering akan mendahului Bilangan Pihak Lawan dalam Serangan Balas
- Sering Membesar-besarkan Berita mengenai Semua Keburukan Lawan

APAKAH TUJUAN NYA
- STRATEGI tersebut di guna-pakai sebagai Langkah Mempertahankan Diri dengan memberi Serangan Balas terhadap KEWIBAWAAN pihak Lawan
- Supaya Kewibawaan Pihak Lawan Tercemar dan menimbulkan Rasa Kecurigaan di Hati Rakyat yang menyokong atau yang maseh mempercayai mereka.
- Strategi Serangan Balas ini juga di gunakan untuk Mengalihkan Perhatian Rakyat Umum terhadap Isu-Isu Utama yang di Sensasikan oleh Pihak Lawan dengan Menyakinkan Rakyat bahawa Isu-isu tersebut Tidak benar dan bertujuan untuk Menjatuhkan Kerajaan dengan cara yang Kotor.
- Dan di dalam Mewujudkan Serangan Balas untuk Pihak Lawan ini, akan Di Cipta pelbagai Cerita, Fakta dan Data yang boleh Di Reka-Cipta Khas dengan menggunakan Pakar-Pakar Politik yang mereka miliki.
- Dan Cerita, Fakta dan Data yang Di Reka Khas ini pula akan di Sensasikan di dalam Media Arus Perdana dan Semua Media Elektronik dan Blog-Blog Politik untuk jangka masa tertentu sebagai Strategi untuk Memulihkan Persepsi Rakyat yang terlibat.

INILAH YANG BERLAKU DALAM MALAYSIA
- Senario Politik Malaysia pada hari ini telah menggunakan sepenuh nya segala TAKTIK & STRATEGI yang di sebutkan
- Dan kebanyakan nya di gunakan oleh Parti Kerajaan yang Memerintah terhadap Pihak Lawan Politik mereka ketika ini.
- Ini di sebabkan Parti Kerajaan yang Memerintah memiliki Kemampuan Kewangan untuk Menggajikan Pakar-Pakar Politik di dalam Jentera Parti mereka.
- Dan mereka juga mengambil Pakar-Pakar Politik Luar untuk membantu membaiki Imej Kerajaan yang sedang di serang Teruk oleh Pihak Lawan bagi menjelaskan kedudukan mereka kepada Dunia Antarabangsa.

Oleh yang demikian
- Sebagai Rakyat Umum, anda perlu TAHU serba sedikit Hal Ehwal Politik agar anda dapat MEMAHAMI KEADAAN YANG SEBENAR serta dapat melakukan PENILAIAN YANG TEPAT.
- Jadi anda tidak akan menjadi MANGSA POLITIK atau menjadi MANGSA TIPU DAYA didalam Dunia Politik.
Editor
No comments:
Post a Comment