Saturday 23 July 2011

NAJIB RAZAK: MEMERLUKAN NASIHAT DAN TEGURAN KHAS

Yelaaa.Com - Post#8


NAJIB RAZAK: MEMERLUKAN NASIHAT DAN TEGURAN KHAS
AHLI-AHLI UMNO/BN HARUS AMBIL INISIATIF SEGERA


PENTADBIRAN DI BAWAH NAJIB RAZAK
  • Semenjak Dato Seri Najib Tun Razak mengambil-alih Jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BARISAN NASIONAL dan menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak 3hb April 2009, ketiga-tiga Entiti tersebut telah mengalami pelbagai MASAALAH-MASAALAH BESAR.
DALAM UMNO
  • Pelbagai perpecahan Ideologi berlaku sesama Ahli UMNO dari Peringkat bawah hingga ke Tahap Ahli Majlis Tertinggi.
  • Dimana Ramai yang di lihat tidak bersependapat dengan segala Tindak-Tanduk yang di lakukan oleh Presiden UMNO tetapi Ramai yang di lihat mendiamkan diri daripada melakukan bantahan atau teguran secara terbuka.
  • Gejala di dalam pertubuhan UMNO ini di klasifikasikan sebagai KEROSAKAN DALAMAN di dalam PARTI UMNO yang sukar di lihat di bawah Presiden-Presiden UMNO yang lalu.
  • Ini merupakan PERTANDA bahawa KEPIMPINAN Dato Seri Najib Tun Razak tidak di senangi oleh Anggota parti UMNO sendiri.
  • Samaada dari Golongan Ahli-Ahli UMNO Veteran, Elite, Sayap Kanan dan Kiri dan yang Berkepentingan atau tidak, bukan semua Hormat dan Taat kepada Presiden Parti.
DALAM BARISAN NASIONAL
  • Walaupun Parti-Parti KOMPONEN di dalam BARISAN NASIONAL tidak menunjukkan TENTANGAN SECARA TERBUKA terhadap KEPIMPINAN DS Najib Razak tetapi banyak di lihat Ketua-Ketua Parti Komponen BN telah MENGURANGKAN SOKONGAN secara TERBUKA terhadap APA yang di lakukan oleh beliau di dalam KERAJAAN.
  • Samaada yang berbentuk SOKONGAN KEWANGAN atau pun SOKONGAN MORAL seperti yang BIASA mereka lakukan di bawah Pentadbiran Perdana Menteri yang lalu.
  • KESENYAPAN SUARA-SUARA Parti-Parti Komponen BN ini adalah PERTANDA KUAT bahawa mereka juga TIDAK SENANG dengan KEPIMPINAN beliau dan sebagai LANGKAH SELAMAT untuk tidak MENCEMARKAN PARTI SENDIRI.
DALAM KERAJAAN
  • Pentadbiran Najib Razak dari mula beliau mengambil-alih Kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah Perdana Menteri Pertama yang PALING TIDAK KONSISTEN di dalam segala KEPUTUSAN-KEPUTUSAN KERAJAAN yang di lakukan.
  • Dan Perdana Menteri Pertama dari UMNO/BN yang di lihat BANYAK BERBOHONG dan MEMUTAR-BELITKAN sesuatu KENYATAAN sebagai Seorang Perdana Menteri Negara.
  • Dan Di dalam Pentadbiran beliau juga di lihat EKONOMI NEGARA berada di dalam Keadaan yang PERLAHAN PERTUMBUHAN nya dan sangat BERBELANJA BESAR.
  • Dan Di dalam Pentadbiran beliau juga telah WUJUD banyak TENTANGAN POLITIK daripada RAKYAT UMUM kerana maseh terus mengamalkan Tindakkan-Tindakkan TIDAK POPULAR seperti Pengurangan SUBSIDI, Kenaikan HARGA MINYAK, GULA, TEPUNG dan BARANGAN ASAS yang lain.
  • Dan MENCETUSKAN TUNTUTAN BERSIH 2.O di atas segala Tindak-Tanduk yang di lakukan oleh beliau di dalam BANYAK PERKARA dalam Pentadbiran Negara seperti Kes-Kes Kecurangan Proses Pilihan Raya, "Rampasan Kuasa" di Negeri Perak, Perbelanjaan Berlebihan dan Kegiatan Nepostisma dan Kronisma yang di lakukan secara terang.
  • Beliau juga adalah seorang Perdana Menteri Pertama yang Memegang Rekod yang melibatkan banyak "KES-KES BESAR" secara Peribadi.
  • Dan Juga Perdana Menteri Pertama yang menggunakan banyak TAKTIK POLITIK KOTOR untuk menjatuhkan LAWAN POLITIK dengan STRATEGI-STRATEGI yang selalu nya di lakukan oleh Ahli-Ahli Politik BUKAN ISLAM seperti Amerika dan Yahudi.
  • Dan penggunaan Bloger-Bloger Upahan untuk MENGHURU-HARAKAN KEADAAN dengan KENYATAAN-KENYATAAN yang BERTENTANGAN dengan IMEJ UMNO/BN yang sebenar.
  • Dan Juga Penyalah-Gunaan KUASA POLIS dan Jabatan KEHAKIMAN untuk MENAFIKAN dan MENUTUP pelbagai SALAH-LAKU dan PENYELEWENGAN di dalam Kerajaan beliau seperti yang banyak di DEDAHKAN oleh banyak PIHAK termasuk BANYAK CAMPUR-TANGAN ISTERI beliau di dalam URUSAN NEGARA.
  • Dan Di bawah Pentadbiran beliau juga dapat di lihat BANYAK PERTUBUHAN di Daftarkan untuk bertindak sebagai PEMBELA RAKYAT atau SUARA RAKYAT dan yang terkini ialah AMANAH - Angkatan Amanah Malaysia yang di ketuai oleh Tengku Razali Hamzah
  • Dan RAKYAT UMUM secara TERBUKA telah MENYOKONG SARANAN agar Perdana Menteri MELETAKKAN JAWATAN kerana KELEMAHAN beliau menangani ISU PERHIMPUNAN BERSIH 2.O yang berakhir dengan TINDAKKAN KEKERASAN oleh Pihak Kerajaan.
  • Dan Yang terakhir ialah SUARA-SUARA TEGURAN dari bekas-bekas MENTERI UMNO/BN daripada KERAJAAN yang terdahulu seperti Dato Zainudin Maidin, Dato Sheik Abdul Kadir, Dato Daim Zainudin, Tengku Razali Hamzah dan Tun Dr Mahathir sendiri.
SECARA KESELURUHAN
  • PENTADBIRAN NAJIB RAZAK sudah di lihat sebagai 100% GAGAL sebagai PERDANA MENTERI dan CEO NEGARA MALAYSIA, sebagai PRESIDEN UMNO dan juga sebagai PENGERUSI BARISAN NASIONAL dari SEMUA SUDUT PENTADBIRAN dan PENGURUSAN.
  • Melalui segala PERMASAALAHAN tersebut maka KERAJAAN UMNO/BN yang WUJUD SEKARANG ini adalah sudah TIDAK RELEVAN dengan ASPIRASI RAKYAT dan telah BERCANGGAH PERANAN sebagai Sebuah KERAJAAN yang BEKERJA UNTUK RAKYAT.
DATO SERI NAJIB RAZAK PERLUKAN BANTUAN

  • KERANA sebab-sebab yang di atas maka Dato Seri Najib Razak sangat-sangat memerlukan TEGURAN TEGAS daripada Orang-Orang KUAT UMNO/BN untuk memberikan NASIHAT dan TEGURAN MEMBINA terhadap PENDEKATAN yang beliau ambil sebagai seorang PERDANA MENTERI NEGARA dan juga sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BARISAN NASIONAL.
  • ORANG KUAT UMNO/BN HARUS melakukan nya SEKARANG jika tidak mahu melihat PARTI UMNO/BN TERKUBUR di dalam PILIHAN RAYA yang akan datang.
  • Mereka HARUS melakukan SATU PERTEMUAN KHAS dengan Dato Seri Najib Razak yang kini di lihat sebagai LEKA, CUAI dan TERPENGARUH dengan KUASA-KUASA yang beliau miliki sebagai Seorang PERDANA MENTERI tanpa ETIKA YANG BETUL.
JIKA TIDAK DI LAKUKAN
  • AKAN boleh MENGUNDANG kepada BANYAK KEROSAKAN kepada EKONOMI RAKYAT & NEGARA serta KEWIBAWAAN NEGARA DI MATA DUNIA.
  • Dimana MATA DUNIA telah memberikan TUMPUAN KHUSUS terhadap HAL-HAL DEMOKRASI yang berlaku dalam Negara Malaysia secara TERPERINCI.
  • Dan yang terkini ialah PENGHALAUAN PEGUAM PERANCIS yang mewakili SUARAM di dalam KES KAPAL SELAM SCORPENE yang melibatkan beliau.
  • KES ini akan melibatkan TEKANAN di Peringkat ANTARABANGSA jika tidak di tangani dengan betul dan Negara Malaysia akan menerima IMPAK BURUK jika tekanan itu di wujudkan terhadap PUTRAJAYA.
JIKA TIDAK ADA ORANG-ORANG KUAT UMNO/BN YANG BERANI
  • Maka PARTI UMNO/BN akan menerima NASIB yang PALING BURUK di dalam SEJARAH dimana PARTI UMNO/BN akan DI UNDI KELUAR sebagai KERAJAAN.
  • Kerana FIKIRAN dan ASPIRASI RAKYAT UMUM sekarang sudah KEHILANGAN KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN terhadap KEPIMPINAN PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK.
  • Dan itu MEMUNGKINKAN untuk Pihak PARTI PEMBANGKANG untuk DI UNDI sebagai KERAJAAN BAHARU yang memerintah NEGARA MALAYSIA.
  • JIKA SENARIO seperti ini berlaku maka PARTI UMNO/BN akan menjadi LUMPUH dan KEHILANGAN pelbagai KEISTIMEWAAN seperti yang di kecapi dari hari pertama Negara Malaysia di tubuhkan.
Editor

No comments:

Post a Comment