Thursday 11 August 2011

ISU KRISTIAN: 5 SEBAB KENAPA ORANG ISLAM MEMELUK KRISTIAN

Yelaaa.Com - Post#26


ISU KRISTIAN: 5 SEBAB KENAPA ORANG ISLAM MEMELUK KRISTIAN
DAN ADAKAH ITU KELEMAHAN DALAM DAKWAH ISLAM


DARI KAJIAN KRISTIAN
  • Satu Kaji Selidik 750 Umat Islam yang memeluk agama Kristian menunjukkan 5 SEBAB yang UTAMA mereka memilih untuk mengikuti Kristian. 
  • Yang di lakukan oleh sebuah Pertubuhan Kristian daripada maklum balas Orang-Orang Islam yang telah Murtad.
  • Responden dari 30 buah negara dan 50 Kumpulan Etnik dan Kaji selidik itu telah di sediakan di Sekolah Fuller Theological Seminary Pengajian Intercultural dan di laporkan di dalam agama Kristian Hari ini. 
  • Daripada banyak sebab-sebab yang di berikan, 5 SEBAB yang berikut adalah Sebab-Sebab Utama yang di Kongsikan oleh mereka yang Murtad ini.
5 SEBAB TERSEBUT
No.1: Cara Hidup Kristian. 
  • Bekas Islam menerangkan bahawa kasih sayang orang-orang Kristian yang di pamerkan dalam hubungan cinta mereka dengan orang bukan Kristian adalah bersifat sama rata.
  • Yang memberi maksud bahawa di dalam Islam Kaum Wanita adalah tertindas dan tidak wujud Hak Persamaan.
No.2: Kuasa Tuhan di dalam Sembahyang Kristian boleh Menjawab dan Menyembuhkan. 
  • Pengalaman mereka yang sering melihat dan merasakan keajaipan Tuhan selepas memeluk Kristian adalah lebih besar daripada semasa mereka di dalam Islam
  • Dimana mereka boleh lihat proses-proses Doa Penyembuhan di lakukan terhadap Pesakit
  • Serta mereka mengakui bahawa sering bermimpi mengenai Jesus
No.3: Rasa Tidak Puas Hati dengan Jenis Islam yang mereka telah Alami. 
  • Ramai menyatakan rasa tidak puas hati dengan Al-Quran yang menekankan Hukuman Larangan Allah terhadap cinta nya dengan pasangan bukan Islam
  • Dan memetik masaalah Militan Islam dan Kegagalan Undang-Undang Islam untuk mengubah masyarakat. 
No.4: Kebenaran Rohani di dalam Injil 
  • Umat ​​Islam secara amnya di ajar bahawa Taurat, Zabur, dan Injil adalah dari Allah, tetapi mereka (Islam) mengatakan bahawa Kitab-Kitab tersebut telah di ubah-suai.
  • Dan Islam Murtad ini mengatakan bahawa kebenaran mengenai Tuhan yang tertulis di dalam Injil lebih sempurna dan lebih jelas
  • Dan mereka mudah memahami Sifat-Sifat Tuhan daripada yang di terangkan dalam Al Quran.
No.5: Ajaran Injil Mengenai Kasih Tuhan. 
  • Orang-Orang Murtad ini mengatakan bahawa di dalam Al Quran Kasih Sayang Allah Swt terhadap Mahluk Nya adalah Bersyarat dan terbatas.
  • Tetapi Kasih Sayang Tuhan di dalam Kristian melalui Jesus lebih menyerlah dan mereka mudah merasakan nya
  • Dan merasakan Persaudaraan di dalam Kristian lebih mengutamakan Kasih Sayang daripada Islam.
JUGA KERANA FAKTA ISLAM DAN KRISTIAN
  • Umat ​​Islam kini 21% daripada Penduduk Dunia dan meningkat daripada 12% dalam 100 tahun yang lalu. 
  • Dan Kadar Pertumbuhan Islam adalah lebih tinggi daripada agama Kristian (1,81% setahun, berbanding Kristian dengan 1.23%). 
  • Kristian masih melebihi Umat Islam dengan satu pertiga daripada Penduduk Dunia yang menamakan agama Kristian sebagai kepercayaan mereka. 
  • Dalam beberapa bahagian Dunia, sebahagian besar Umat Islam BERALIH kepada Kristian, termasuk negara-negara Afrika Utara, Asia Selatan, dan Indonesia.
APA MAKSUD YANG BOLEH KITA FAHAMI
  • Daripada 5 SEBAB-SEBAB yang di jadikan sebagai ALASAN untuk MURTAD daripada Agama Islam, maka 5 SEBAB tersebut dengan sendiri nya MENUDING kepada KELEMAHAN di dalam SISTEM DAKWAH ISLAM yang di lakukan Umat Islam di dalam menegakkan SYIAR ISLAM.
  • Dimana Editor berpendapat bahawa 5 SEBAB tersebut mencerminkan bahawa MANGSA MURTAD ISLAM itu tidak mendapat DIDIKAN mengenai APA ITU ISLAM dengan SEMPURNA
  • Dan SESI PENERANGAN yang di lakukan oleh DAKWAH KRISTIAN berupaya untuk MENJELASKAN pelbagai PERSOALAN mengenai KETUHANAN dengan lebih EFISEN serta EFEKTIF melalui kaedah-Kaedah Penerangan yang MUDAH DI FAHAMI.
SELANJUT NYA
  • PENJELASAN mengenai HUKUM SYARIAH ISLAM tidak di jelaskan dari SUDUT yang LUAS tetapi di lakukan di dalam SUDUT FIQAH sahaja dan ini telah Menjerumuskan Konsep Hukum Dalam FIQAH itu sebagai TIDAK WUJUD FLEKSIBILITI untuk Penganut nya.
  • DAKWAH ISLAMIAH juga memiliki KEPINCANGAN NYATA dimana Umat Islam di seluruh Dunia sering berpecah belah dan tidak bersependapat mengenai banyak Persoalan AQIDAH yang melibatkan Hukum-Hukum Ke-Tauhidan, Ke-Fiqahan dan ke-Tassawufan.
  • Juga TIDAK WUJUD KESERAGAMAN di dalam MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAMIAH di seluruh Pelusuk Bumi di sebabkan KETIADAAN MASTER PLAN.
PERSOALAN SEBENAR NYA
  • JANGAN DI PERSALAHKAN langkah yang di ambil oleh Orang-Orang Islam yang MEMURTADKAN DIRI dengan memeluk AGAMA LAIN.
  • KERANA mereka Bertindak menurut Keadaan yang mereka Alami di dalam Persekitaran Umat Islam yang Kucar-Kacir.
  • SERTA kemudahan untuk MENIMBA ILMU ISLAM itu sendiri TIDAK MESRA UMAT dimana DISIPLIN atau ETIKA di beratkan dahulu daripada SESI DAKWAH PENERANGAN dan ini dengan sendiri nya melambangkan Islam itu sebagai TIDAK FLEKSIBEL di dalam kaca mata Orang-Orang yang JAHIL.
BUKAN SALAH DAKWAH KRISTIAN
  • UMAT ISLAM juga tidak harus MENYALAHKAN DAKWAH KRISTIAN yang MENDEKATI orang-orang Islam yang LEMAH KEAQIDAHAN nya kerana setiap AGAMA itu memiliki CARA & MASTER PLAN mereka sendiri untuk mengembangkan Agama masing-masing.
  • Umat Islam di seluruh Dunia di jadikan TUMPUAN untuk DI MURTADKAN kerana Pihak Kristian mendapati Perkembangan Islam di kalangan Umat Manusia sangat BERKEMBANG PESAT seperti DAPATAN dari KAJIAN yang mereka lakukan.
  • Cuma CARA & PENDEKATAN yang di ambil dan di gunakan oleh Mubaligh-Mubaligh Kristian ini akan berbeza-beza menurut mahzab Kristian yang mereka Anuti yang samaada bersifat Agresif, Berhemah, Berdiplomasi atau menggunakan Kaedah Politik.
APA PEMIMPIN ISLAM HARUS LAKUKAN
PERTAMA
  • Jangan menyalahkan SESIAPA
  • AKUI segala kelemahan dan Kesilapan yang Wujud
  • Kaji Selidik Sistem Dakwah Islamiah Negara dengan TELITI dan lakukan segala PEMBETULAN terhadap SEMUA JENIS KELEMAHAN 
KEDUA
  • LAKARKAN MASTER PLAN untuk mewujudkan DAKWAH ISLAMIAH yang lebih TERBUKA serta FLEKSIBEL terhadap orang-orang yang JAHIL ISLAM dan yang BUKAN ISLAM
  • Mewujudkan KESERAGAMAN di dalam PEMBERIAN DAKWAH terhadap Masyarakat melalui SISTEM PENERANGAN dan PENDIDIKAN ISLAM yang lebih KOMPREHENSIF
  • Mewujudkan JAWAPAN-JAWAPAN terhadap SOALAN UMUM yang melibatkan KEAQIDAHAN ISLAM dan IMAN secara lebih KOLEKTIF serta MUDAH RUJUK.
  • Mewujudkan KEMUDAHAN untuk MEMPELAJARI ISLAM di semua Kawasan, Daerah dan Negeri dalam banyak Bahasa secara BERSEPADU.
KETIGA
  • HENTIKAN dan ELAKKAN SIKAP PREJUDIS terhadap AGAMA LAIN seperti yang di tunjukkan oleh banyak Pertubuhan ISLAM sekarang ini
  • Kerana SIKAP PREJUDIS tersebut telah MENGUATKAN lagi PERSEPSI Orang-Orang yang JAHIL ISLAM untuk terus meninggalkan Islam dan berpaling kepada Agama lain
  • PERBANYAKKAN DIALOG-DIALOG di antara semua Agama secara HARMONI agar KEFAHAMAN mengenai AGAMA ISLAM itu dapat DI PERJELASKAN dengan LEBIH SIHAT dan TERATUR.
KEEMPAT
  • HAK dan KEBEBASAN BERAGAMA tidak harus di pertikaikan dan berikan RUANG untuk semua lapisan masyarakat untuk MEMILIH AGAMA mereka.
  • Kerana ISLAM atau KAFIR seseorang MANUSIA itu telah DI TETAPKAN oleh ALLAH SWT di dalam ALAM AZALI lagi.
  • TETAPI usaha Murni memperjelaskan ISLAM dengan Cara yang LEBIH BERSISTEMATIK serta BERKESAN tetap di perlukan sekarang.
Editor

No comments:

Post a Comment