Friday 2 September 2011

ANTARA SAKA, KETURUNAN, MANUSIA DAN KETUHANAN

Yelaaa.Com - Post#40


ANTARA SAKA, KETURUNAN, MANUSIA DAN KETUHANAN - Siri 1
APA YANG RAMAI TIDAK KETAHUI


DEFINASI SAKA
  • Sesuatu MAHLUK yang DI ANGGAP sebagai PENJAGA kepada sesebuah keturunan keluarga yang di anggap sebagai SUCI dan BERKUASA untuk MENJAGA KESELAMATAN sesebuah Keluarga dan Individu.
  • MAHLUK-MAHLUK yang GHAIB ini di anggap sebagai PENJAGA dan pelbagai ANGGAPAN di berikan mengenai SIAPA dan APA Asal Usul MAHLUK Mahluk tersebut menurut Kepercayaan yang di Warisi secara Turun Temurun.
  • MAHLUK SAKA ini selalu nya TIDAK MENGACAU Keluarga Pemilik tetapi amat BAHAYA kepada Orang Luar yang berhasrat untuk mengacau atau mengaaniaya keluarga yang Mewarisi SAKA.
ASAL USUL MAHLUK SAKA YANG SEBENAR
  • Di dalam AL QURAN atau HADITH yang Sahih, TIDAK WUJUD Satu Firman atau Sabda Rasulullah yang MENGATAKAN setiap Mahluk Ghaib SAKA itu adalah BERASAL DARI MANUSIA atau JELMAAN daripada sebarang Keturunan ADAM as.
  • Yang wujud hanya Mahluk-Mahluk yang Ghaib seperti dari Keturunan JIN, IBLIS dan PARA MALAIKAT serta Mahluk-Mahluk yang di Ciptakan oleh Allah Swt untuk melakukan Kerja-Kerja yang KHUSUS seperti Pekerja Khusus di Syurga dan Neraka, Di dalam lautan, di dalam Bumi, di dalam Udara, di Angkasa Raya yang bukan dari Jin, Iblis, Manusia dan Malaikat.
INI MEMBAWA MAKSUD BAHAWA
  • MAHLUK SAKA yang di PERCAYAI dan di YAKINI oleh segolongan besar Umat Melayu dan Umat ISLAM di seluruh Dunia adalah daripada SPESIS MAHLUK JIN.
  • Yang BUKAN daripada Mahluk Manusia, Wali-Wali atau pun daripada Para Malaikat seperti yang DI DAKWA oleh segolongan orang menurut kepercayaan mereka.
INI ADALAH KERANA
ROH MANUSIA
  • Hanya HIDUP di dalam Alam AZALI, Alam DUNIA, Alam BARZAKH dan Alam AKHIRAT dan TERTAKLUK kepada Para ROH UMUM atau Martabat BIASA.
  • Hanya ROH Mahluk Manusia yang Bermartabat WALIULLAH yang berjaya melepasi Tahap FANA sewaktu menjadi Manusia sahaja yang dapat Hidup secara ROHANI tetapi Roh-Roh seperti ini di beri Pekerjaan seperti Para Malaikat dan tidak tertakluk kepada sebarang perintah Manusia biasa.
  • Dan mereka tidak tertakluk untuk menjadi SAKA atau ROH BELAAN sesiapa kepada sebarang Manusia di dalam Dunia MANUSIA atau pun JIN.
ROH JIN
  • MAHLUK JIN adalah MAHLUK yang di Cipta di dalam bentuk ROH secara MUTLAK dan tidak memiliki Jasad dan Roh yang BERASINGAN seperti Mahluk Manusia dan itu membawa maksud bahawa JIN itu hanya dalam SATU.
  • Masyarakat JIN juga pelbagai PERANAN dan TUGASAN di dalam ALAM-ALAM yang di khususkan untuk mereka seperti di UDARA, di LAUTAN dan di DARATAN
  • Masyarakat JIN ini juga pelbagai RUPA BENTUK, SAIZ, KECERDIKAN IQ, AGAMA dan SUKU KAUM dan sebilangan besar nya Bekerja dengan Pasukan TENTERA IBLIS yang berperanan untuk MEMESONGKAN AQIDAH MANUSIA seperti yang di sebutkan di dalam Al Quran dan Hadith.
  • Dan Mahluk Jin lah yang MENDOMINASIKAN segala kepercayaan KHURAFAT MANUSIA seperti MemujaTuhan-Tuhan, Dewa-Dewa, Wali-Wali, Panglima-Panglima atau apa juga yang di katakan sebagai TUHAN, WALI atau SAKA.
PEMUJAAN SAKA
  • Apa juga bentuk Pemujaan, Pengiktirafan, Keyakinan dan Kepercayaan terhadap SAKA adalah BIDA'AH serta menjurus kepada Perbuatan SYIRIK
  • Samaada yang di lakukan secara langsung atau pun tidak langsung di dalam kehidupan seharian seseorang Manusia yang Beragama ISLAM.
  • Seperti Amalan-Amalan memberi makan (Ancak), Doa, Jampi Serapah, Pemujaan memberi segala permintaan SAKA.
PENGHAPUSAN SAKA
  • Ada banyak KAEDAH yang di lakukan pada hari ini untuk Membuang SAKA dari pelbagai Amalan dan Kepercayaan Umum
  • Seperti menggunakan Khidmat Pawang, Bomoh, Ahli Kebathinan, Ahli Agama yang menggunakan pula kaedah-kaedah yang mereka Percayai untuk menghapuskan SAKA.
  • Dan jika Tersalah MEMILIH Khidmat untuk menghapuskan SAKA ini juga boleh mendatangkan SYIRIK dan MURTAD, walaupun Perkhidmatan tersebut di lakukan oleh Orang Islam seperti Para Ulama dan Cendikiawan Islam.
FAKTA MENGENAI MAHLUK SAKA (JIN)
  • Sukar di Lihat oleh Manusia biasa dan Mahluk-Mahluk lain kerana itulah Kurnia Allah Swt kepada Mahluk Jin serta Beranak-Pinak seperti Manusia
  • Tidak Takut pada Manusia kecuali terhadap Manusia yang KENAL AKAN DIRI nya menerusi Rahsia-Rahsia Penciptaan Mahluk Manusia
  • Boleh melakukan sesuatu perkara yang di luar Tahap Pemikiran Manusia biasa dan boleh bergerak di dalam seluruh Tubuh Manusia samaada secara besar atau pun kecil dan halus.
  • Tidak mudah takut pada Ayat-Ayat Al-Quran yang di bacakan untuk "Menghalau" mereka kerana mereka itu "Cerdik & Terpelajar" dan memiliki IQ yang tinggi daripada Manusia.
  • Bijak berkata-kata serta pandai Mempermainkan Mahluk Manusia dengan Tipu Helah dari Kecerdikan mereka.
FAKTA MANUSIA vs JIN
Dari kajian-kajian yang saya lakukan sendiri mengenai penglibatan Manusia di dalam menangani gangguan Jin dan Saka semenjak dari tahun 1977, berikut adalah Fakta yang boleh di pelajari oleh Umum
Pertama
  • Oleh kerana kebanyakan Manusia tidak dapat melihat JIN, maka sebijak mana pun Ahli atau Pakar-Pakar Perubatan yang terlibat untuk menghapuskan SAKA dan JIN ini, maka mereka SERING DI PERMAINKAN dan DI TIPU oleh Mahluk-Mahluk tersebut.
  • Oleh kerana mereka tidak dapat melihat Mahluk JIn tersebut, maka mereka terpaksa menggunakan Kaedah lain untuk Memeriksa atau Mengesan samaada sesuatu Mahluk itu telah berjaya di halau atau di hapuskan.
  • Dan kebanyakan Pakar Perubatan Tradisional dan Islam lebih cenderung menggunakan Teknik Bertolak-Ansur dengan SAKA atau Mahluk Jin ini supaya mereka itu RELA KELUAR dari mengganggu seseorang Manusia dengan Menepati atau memberi APA yang Mahluk Jin itu MAHU.
Kedua
  • Penguasaan ILMU KENAL DIRI seseorang Pakar Perubatan di dalam menangani ISU JIN ini di lihat sebagai TIDAK MENEPATI PIAWAIAN KETUHANAN kerana mereka sendiri Tidak TAHU Apa kekuatan-Kekuatan Tersembunyi Mahluk Manusia terhadap Mahluk lain seperti JIN.
  • Ini mengakibatkan mereka itu GAGAL atau LAMBAT untuk menghapuskan sesuatu SAKA menurut Kaedah yang Mudah.
Ketiga
  • Mahluk manusia terlalu bergantung kepada sesuatu BARANGAN yang di Ciptakan untuk menakut-nakutkan Mahluk JIN secara semula jadi seperti dari Tumbuh-Tumbuhan dan sebagai nya.
  • Dan membaca Ayat-Ayat Al-Quran yang di khususkan untuk Menghalau JIN yang di baca TANPA KEFAHAMAN secara Rohani dan Jasmani yang JITU dan akhir nya BACAAN tersebut menjadi KOSONG dan tidak bermaya.
Keempat
  • Pengetahuan Mahluk Manusia terhadap Susur Galur kejadian Jin dan semua Mahluk-Mahluk Allah Swt yang lain Agak Rendah dan Tidak Sempurna.
  • Ini menjadikan mereka itu LEMAH di dalam CARA-CARA untuk MENGUASAI Mahluk-Mahluk lain seperti JIN.
  • Kerana setiap MAHLUK itu memiliki KEILMUAN yang TERSENDIRI untuk di pelajari seperti yang telah DI SUSUN dengan RAPI di dalam AL QURAN.
  • Dimana AL QURAN itu telah MEMBARISKAN SEMUA JENIS ILMU PENGETAHUAN menurut KATEGORI nya yang tersendiri.
Bersambung......
Editor

No comments:

Post a Comment