Saturday 30 July 2011

PRU-13: TIDAK BERLAKU DALAM TAHUN 2011

Yelaaa.Com - Post#14


PRU-13: TIDAK BERLAKU DALAM TAHUN 2011
HANYA DI ADAKAN SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
  • Pada hari Jumaat 29hb July 2011 Presiden Umno mengumumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO akan di adakan pada antara 29hb November 2011 hingga 3hb Disember 2011 - Baca Sini
  • Langkah ini untuk membolehkan Ketiga-Ketiga Sayap Utama UMNO untuk melakukan Pemilihan PEMIMPIN
  • Sebagai Langkah untuk Menguatkan dan Mengukuhkan kedudukan Pemimpin Parti di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
INI MEMBAWA MAKSUD BAHAWA
  • PILIHAN RAYA UMUM Ke-13 Tidak Akan di lakukan di dalam Tahun 2011 seperti yang di Spekulasikan oleh Orang Ramai.
  • Kerana UMNO sebagai Parti PENERAJU KERAJAAN perlu untuk Mendapatkan MANDAT BAHARU di dalam Parti yang kini menghadapi pelbagai Permasaalahan Dalaman yang agar serius.
  • Dan Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak terpaksa AKUR kepada DESAKAN dari dalam Parti untuk melakukan Pemilihan Pemimpin sebelum PRU-13 di lakukan yang telah Tertangguh dari Tahun 2010.
MENGAPA PRESIDEN UMNO DI DESAK MENGADAKAN PERHIMPUNAN AGUNG
PERTAMA
  • Ramai Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah MERASAKAN BAHANG daripada TENTANGAN RAKYAT terhadap Kepimpinan Pentadbiran Najib Razak
  • Yang telah wujud Penentangan nya dari Tahun 2009 lagi sehubungan dengan Ketidak-bijaksaan beliau sebagai seorang Perdana Menteri di dalam Mentadbir & Mengurus Negara
  • Seperti Dasar-Dasar Penarikan SUBSIDI terhadap BAHAN UTAMA iaitu Minyak Petrol, Gas Memasak, Tarif Letrik, Gula, Tepung, Susu yang menyebabkan KENAIKAN BESAR HARGA yang menjejaskan Ekonomi Rakyat Umum
  • Yang juga menjadi Penyebab kepada kenaikan Harga-Harga Barangan Pengguna Asas yang lain di seluruh Negara.
KEDUA
  • Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia di lihat oleh Orang UMNO sendiri sebagai Tidak Konsisten di dalam Pemilihan Dasar-Dasar Kerajaan mengenai Ekonomi dan Politik Negara
  • Yang bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Negara tetapi telah banyak Mengaibkan Reputasi Parti UMNO itu sendiri sebagai Sebuah parti yang Cukup GAH dalam Sejarah Malaysia.
  • Dimana Dasar-Dasar Ekonomi Pentadbiran Najib Razak Tidak Seimbang di dalam Semua Sektor Industri Negara dan Tidak Memanfaatkan Warga UMNO itu sendiri dari segi Pengagihan Kontrak-Kontrak Kerajaan seperti di dalam Pentadbiran Tun Dr Mahathir.
  • Kerana banyak Campur-Tangan dan Monopoli daripada isteri beliau sendiri terhadap Hal Ehwal Ekonomi Negara dan Pentadbiran Kerajaan.
KETIGA
  • KEGAGALAN Pentadbiran Najib Razak untuk menyatu-padukan semua Parti-Parti Komponen terhadap Tindakan Beliau di dalam menangani Kes PERHIMPUNAN BERSIH 2.O.
  • Dimana Kebanyakan Pemimpin Parti-Parti Komponen di lihat "Menjauhkan Diri" mereka untuk Terlibat secara langsung di dalam PENENTANGAN yang di lakukan oleh Pentadbiran Najib Razak terhadap Rakyat Umum.
  • Dan jika wujud Sokongan daripada Pemimpin-Pemimpin Parti Komponen, Sokongan mereka di lihat seperti "Melepaskan Batuk Di Tangga" dan tidak wujud Pemimpin dari Parti Komponen yang 100% Menyokong Tindakan tersebut.
KEEMPAT
  • Pentadbiran Najib Razak juga di lihat MENERIMA TEKANAN ANTARABANGSA di dalam CARA Pentadbiran beliau menangani ISU BERSIH 2.O yang di anggap Tidak Berdemokrasi dan Keterlaluan.
  • Ini dapat di lihat daripada Amanat-Amanat yang di berikan oleh Kerajaan Britain dan Ratu Elizabeth, juga daripada Vatican (Holy See) yang lebih cenderung untuk "Menasihatkan" Pentadbiran beliau untuk lebih Liberal di dalam mengambil Tindakkan terhadap Rakyat Malaysia yang Berbilang Kaum dan berbilang Agama.
  • Walaupun Berita-Berita mengenai "Ketidak-Senangan" Pemimpin Dunia terhadap Pentadbiran Najib Razak telah DI SEMBUNYIKAN" daripada pengetahuan Rakyat Umum Tetapi Berita-Berita tersebut maseh boleh di dapati dan di baca melalui pelbagai Media yang Tidak Dapat Di Kawal oleh Kerajaan yang Memerintah.
KELIMA
  • Kes-Kes Skandal yang melibatkan Presiden UMNO selaku Menteri Pertahanan di dalam Pembelian Kapal Selam ATM yang melibatkan RASUAH, PENIPUAN dan KES PEMBUNUHAN telah merosakkan IMEJ UMNO
  • Dan perkara ini Tidak Di Senangi oleh Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Sayap-Sayap Parti, juga Anggota UMNO secara keseluruhan.
  • Kerana Jentera Parti UMNO di lihat Sudah Tidak Berupaya untuk mempertahankan Pemimpin mereka daripada "Serangan Demi Serangan" daripada Pihak Pembangkang dan Antarabangsa.
KEENAM
  • Ahli-Ahli VETERAN UMNO dan Bekas-Bekas Menteri dari Kerajaan UMNO/BN yang terdahulu juga telah memberikan LUAHAN PENDAPAT mereka secara TERBUKA yang berpendapat Pentadbiran Najib Razak AGAK KETERLALUAN di dalam menangani ISU-ISU PENTING yang melibatkan RAKYAT UMUM dan EKONOMI NEGARA.
  • Dimana telah Wujud Banyak Kem-Kem yang Pro & Anti Najib didalam UMNO/BN yang tidak pernah berlaku di zaman Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu.
KETUJUH
  • RAKYAT UMUM secara BERAMAI-RAMAI & TERBUKA meminta Najib Razak untuk MELETAKKAN JAWATAN sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui Media Sosial Facebook.
  • Kerana menunjukkan RASA TIDAK PUAS HATI mereka terhadap Tindakan Kerajaan yang menggunakan KEKERASAN untuk MENGHALANG PERHIMPUNAN BERSIH 2.O yang melibatkan kehilangan 1 Nyawa dan Kecederaan Serius serta Penangkapan Besar terhadap Peserta-Peserta BERSIH 2.O
  • Dan di campur kan dengan ketidak-Puasan HATI Rakyat terhadap ISU-ISU EKONOMI yang telah menyebabkan Ramai Rakyat Umum berada di dalam Situasi KESUSAHAN.
KELAPAN
  • TEKANAN daripada Yang Di Pertuan Agong Malaysia selaku SIMBOL KUASA RAKYAT dan MAJLIS RAJA-RAJA yang memiliki kebanyakan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia
  • Dimana seorang demi seorang Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu telah Menyuarakan Ketidak-Enakan mereka terhadap Pentadbiran Najib Razak secara Diplomasi.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU DALAM UMNO
  • Di dalam Pemilihan Pemimpin yang akan berlaku di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini akan berlaku beberapa KEJUTAN. Dimana KEJUTAN tersebut akan di TERBITKAN oleh Golongan yang Anti-Najib dan Pro Muhyidin
  • Pemerhati Politik Luar Negara berpendapat bahawa Presiden UMNO sekarang menghadapi UNDI TIDAK YAKIN daripada Anggota dalam UMNO sendiri dan Pemilihan pada kali ini akan MEMBUKTIKAN bahawa beliau Tidak Di Sukai oleh sebilangan besar Ahli-Ahli UMNO yang berjumlah lebih daripada 3 Juta Ahli.
  • Ini akan mewujudkan Suasana di mana Presiden UMNO buat julung-julung kali di Tumbangkan di dalam Pemilihan Parti dan itu bermakna beliau akan kehilangan segala-gala nya.
  • Pendapat Pemerhati Politik dari dalam Negara pula memiliki Pendapat yang berbeza kerana mereka berpendapat Presiden UMNO sekarang akan dapat mengekalkan Jawatan nya jika di sandarkan kepada Falsafah Presiden Parti Tidak Boleh Di Cabar atau Di Tandingi.
  • Tetapi Suasana Politik Tanah Air kini telah berubah daripada Zaman-Zaman Presiden parti yang lalu dan KEMUNGKINAN Perkara NAJIB AKAN DI GULINGKAN adalah besar untuk berlaku, memandangkan Kem Muhyidin di lihat Sudah Bersedia untuk melakukan nya.
JADI BILAKAH PILIHAN RAYA UMUM KE-13
  • Jika di dasarkan Perhimpunan Agung UMNO di adakan pada Disember 2011, ini membawa maksud bahawa PRU-13 hanya boleh di adakan Sekitar Bulan March 2012.
  • Di sebabkan oleh Faktor KEPIMPINAN yang baharu di lantik oleh UMNO di dalam Perhimpunan kali ini memerlukan Sokongan Rakyat dengan MANDAT yang KUKUH agar kedudukan mereka di dalam parti UMNO akan TERJAMIN untuk 4 tahun yang akan datang.
  • Dimana KEPIMPINAN yang baharu tidak akan mengambil sebarang RISIKO jika mereka melengah-lengahkan PRU-13
  • Dan akan menggunakan Barisan KEPIMPINAN baharu untuk menarik kembali KEYAKINAN RAKYAT yang telah mula PUDAR terhadap Umno dan BARISAN NASIONAL.
NAJIB RAZAK PERLUKAN KEAJAIBAN
  • Presiden Parti UMNO sekarang memerlukan KEAJAIBAN untuk TERUS KEKAL sebagai Presiden UMNO
  • Dan memerlukan KERJA-KERAS yang lebih daripada dahulu untuk Di kekalkan sebagai Presiden Parti UMNO.
  • Atau beliau terpaksa membelanjakan Berjuta-Juta Ringgit agar kedudukan beliau sebagai Presiden Parti Tidak Di Cabar dengan mudah.
  • Kerana PENCABAR-PENCABAR terdekat beliau memiliki Sokongan yang agak PADU di Peringkat AKAR-UMBI
APA PUN KEPUTUSAN DALAM UMNO
  • Tidak akan MENJAMIN KEDUDUKAN KERAJAAN UMNO/BN sebagai PEMERINTAH selepas PRU-13.
  • Kerana SENTIMEN RAKYAT yang terkini lebih kepada KEINGINAN untuk MENUKAR KERAJAAN dari parti UMNO/BN kepada Parti yang lain.
  • Walaupun SOKONGAN mereka kepada Parti-Parti PEMBANGKANG belum di lihat ke Paras Maksima tetapi oleh kerana KEBENCIAN mereka TERHADAP Kerajaan UMNO/BN sangat TINGGI, maka itu boleh mengakibatkan Pihak Pembangkang dari PAKATAN RAKYAT berjaya Menduduki PUTRAJAYA.
Editor

No comments:

Post a Comment