Saturday 24 September 2011

MEDIA SOSIAL: DI JADIKAN TEMPAT LUAHAN RASA

Yelaaa.Com - Post#50


MEDIA SOSIAL: DI JADIKAN TEMPAT LUAHAN RASA
ANDA JANGAN PANDANG SINIS


MEDIA SOSIAL
  • Seperti Facebook, Tagged, Hi5, MySpace, Twitter serta Media Sosial yang lain adalah di Wujudkan untuk di gunakan sebagai Tempat untuk BERINTERAKSI sesama Rakan-Rakan lama dan yang baharu di kenali.
  • Dan PERANAN MEDIA SOSIAL ini sangat berkait rapat dengan perkembangan TEKNOLOGI PERHUBUNGAN yang tidak memiliki Sempadan, Ruang dan Waktu.
  • Dimana, pada hari ini setiap Orang boleh berinteraksi bersama Rakan-rakan dari Seluruh Dunia hanya menggunakan TALIAN INTERNET.
  • Inilah suatu bentuk KEMAJUAN yang di Cipta oleh Manusia untuk Manusia yang lain dan MAMPU untuk memendekkan MASA BERHUBUNG seperti cara yang Konvensional seperti kaedah Surat Menyurat, Email dan sebagai nya itu.
  • Dan setiap Media Sosial menawarkan kemudahan yang berlainan di dalam kaedah berinteraksi bersama Rakan-Rakan di Ruangan Siber ini, terpulang kepada Pengguna untuk memilih salah satu daripada nya atau menggunakan kesemua nya sekali.
KEBAIKAN NYA
  • Memberikan banyak Ruang Kebaikan untuk setiap Pengguna dimana Pengguna akan dapat berhubung dengan orang-Orang yang mereka kenali tetapi berada di kawasan atau negara yang berlainan.
  • Dengan cara ini mereka akan dapat Menyampaikan dan Menerima Berita-Berita yang terkini daripada orang-orang yang mereka kenali melalui Media-Media Sosial seperti yang di sebutkan.
  • Dan dapat merapatkan perhubungan di antara sahabat handai serta saudara mara dengan lebih baik lagi jika kesemua nya menggunakan Media Sosial.
KEBURUKAN NYA
  • Banyak Kes-kes berlaku dimana Rakan-Rakan yang di kenali melalui Media Sosial ini melakukan Penipuan Identiti, Pemerasan, Meminta Wang dengan Tujuan untuk MENIPU
  • Juga untuk melakukan Jenayah Seks terhadap sasaran yang telah di tentukan oleh Orang Perseorangan tau pun sesebuah Sindiket Jenayah
  • Ini termasuk Sindiket yang menganjurkan Pemalsuan Wang dan Pengedaran Dadah di peringkat Antarabangsa.
DI SEBALIK ITU
  • Wujud juga Fenomena dimana ada Golongan samaada kaum Lelaki atau Wanita yang menggunakan Media Sosial ini sebagai TEMPAT untuk mencari Rakan untuk mengatasi RASA KESUNYIAN mereka di sebabkan oleh beberapa Faktor
  • Atau Golongan yang TERTEKAN FIKIRAN yang di sebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan Kehidupan mereka itu menjadi tidak menentu dan Golongan ini memerlukan Rakan-Rakan yang di kenali di Media Sosial untuk di jadikan Teman meluahkan Perasaan.
  • Dan Wujud juga Golongan yang meluahkan RASA KECEWA mereka terhadap kehidupan yang di jalani di sebabkan oleh pelbagai kekecewaan yang mereka alami dengan menyuarakan Hasrat untuk MEMBUNUH DIRI
  • Dan banyak Kes membunuh Diri berlaku selepas mereka meluahkan di dalam Media Sosial dan perkara seperti ini telah mengejutkan banyak pihak termasuk Kerajaan-Kerajaan di seluruh Dunia.
MEDIA SOSIAL DAN MASAALAH PSIKOLOGI
  • Oleh yang demikian, Media Sosial dan Masaalah Psikologi telah tidak dapat di pisahkan lagi kerana Golongan yang terlibat dengan kes-Kes Kemurungan, Tekanan Perasaan, Kekecewaan di dalam Hidup dan Hasrat untuk membunuh diri merasakan media Sosial adalah PILIHAN TEPAT untuk mereka.
  • Dan ramai Pakar-Pakar Psikologi di seluruh Dunia mengesahkan perkara ini dan mereka semua bersependapat bahawa Media Sosial telah menjadi Ruang Penting untuk di beri perhatian yang khusus di dalam menangani Masaalah-Masaalah tersebut
  • Dan telah banyak Pertubuhan, Persatuan Bantu Diri atau Pakar-Pakar Psikologi mewujudkan Laman Media Sosial mereka sebagai Langkah untuk mendekati Golongan ini.
  • Kerana melalui Media Sosial sesuatu kes itu dapat DI LUAHKAN dengan mudah oleh yang mengalami masaalah kerana tidak terdapat proses-proses pengenalan diri yang wajib dan ini mendorong ramai orang untuk menggunakan nya.
PENGALAMAN EDITOR
  • Sebagai seorang yang terlibat di dalam Bidang Kaunseling Psikologi Kemanusiaan yang melibatkan pelbagai Kes-Kes Psikologi, Editor telah banyak menangani Kes-Kes Psikologi yang di luahkan melalui Media Sosial walaupun hanya di lakukan secara sambilan.
  • Tetapi Kes-Kes Psikologi yang terlibat sangat meruncing di kalangan Masyarakat Dunia pada hari ini, dimana Kesibukan dan Ketiadaan Masa di kalangan Ahli Keluarga yang terlibat adalah PUNCA UTAMA nya.
  • Dan Apa juga Masaalah Psikologi yang berlaku di Eropah, Barat, Timur Tengah, Asia dan Asia Tenggara adalah dari jenis masaalah Psikologi yang sama, walaupun berlainan Bangsa dan Agama.
CONTOH MASAALAH PSIKOLOGI (Menurut Indek)
  1. Kes PUTUS CINTA
  2. Kes PUTUS TUNANG
  3. Kes PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI
  4. Kes PENCERAIAN
  5. Kes HUTANG
  6. Kes HUBUNGAN dengan Ibubapa dan Anak-Anak
  7. Kes ROGOL
  8. Kes PENGANGGURAN
  9. Kes BENCANA ALAM
  10. Kes POLITIK
  11. Kes PENIPUAN
  12. Kes MAHU MEMBUNUH DIRI
PENJELASAN NYA
KEBANYAKAN KES
  • Senarai KES-KES tersebut adalah yang SERING DI LUAHKAN oleh Orang-Orang yang mengalami Masaalah-Masaalah tersebut.
  • Dan APA yang mereka MAHUKAN ialah PERHATIAN, SIMPATI serta CARA-CARA untuk MENGATASI PERMASAALAHAN yang mereka alami.
  • Hanya Pakar-Pakar Psikologi yang terlatih sahaja yang akan dapat Mengesan dan Mencungkil Cerita-Cerita selanjut nya daripada Orang-Orang yang terlibat kerana melalui Media Sosial ini Identiti mereka selalu nya mereka tidak beri dengan tepat.
KES TERPENCIL
  • Kes-kes untuk MEMBUNUH DIRI memang wujud tetapi jumlah nya tidak begitu besar atau pun ramai TETAPI golongan ini amat memerlukan PERHATIAN YANG KHUSUS
  • Dan Editor berpengalaman menangani 5 Kes untuk Membunuh Diri yang di luahkan melalui Media Sosial dan mendapati orang-Orang yang terlibat tidak memiliki Asas Keagamaan langsung di dalam Agama yang mereka anuti tetapi berjaya membatalkan niat mereka itu dengan kaedah yang tertentu.
KES PUTUS CINTA DAN PUTUS TUNANG
  • Adalah kes yang terbanyak dan yang sering melanda kalangan Muda Mudi atau Remaja-Remaja yang sedang meningkat Dewasa.
  • Dimana Golongan ini di dapati masih belum mantap Tahap pemikiran mereka serta terlalu memberi KEPERCAYAAN terhadap Pasangan masing-masing.
KES SUAMI ISTERI
  • Kes Perhubungan Suami isteri juga di tahap yang banyak dimana dalam kebanyakan kes-kes ramai di antara isteri-isteri sering kesunyian kerana masa suami bertugas terlalu panjang atau di luar lokasi.
  • Juga di sebabkan Kes KECURANGAN di antara Suami Isteri dengan Pasangan masing-masing yang juga di dorong oleh rasa kesunyian kerana tidak mendapat perhatian yang sewajar nya.
  • Dan kes seperti kekurangan Nafkah Zahir dan Bathin yang tidak mencukupi di sediakan oleh para Suami atas pelbagai sebab Ekonomi dan Kesihatan atau pun Kecurangan.
TANDA-TANDA MEREKA MENGALAMI TEKANAN PSIKOLOGI
  • Di dalam Laman Media Sosial mereka. selalu nya mereka akan meluahkan dengan Memuat-turun pelbagai Gambar-Gambar yang berbentuk Kesedihan, kemurungan dan kekecewaan yang di ambil dari pelbagai sumber dan jarang menggunakan Gambar sendiri.
  • Memuat-turun Kata-Kata Madah atau Kiasan yang menggambarkan kekecewaan yang sedang mereka alami
  • Dan Orang-Orang yang menganut Agama Islam pula akan Memuat-turun Firman-Firman serta Hadith yang menyebut sesuatu Kesalahan dengan balasan Dosa-Dosa yang menanti Si Pelaku sebagai SINDIRAN kepada Orang yang menyakiti hati mereka.
  • Golongan ini juga CEPAT TERSINGGUNG serta KUAT MERAJUK atau terlalu SENSITIF dengan sesuatu Kata-Kata.
  • Dan Mood Peribadi mereka selalu nya tidak menentu dimana adakala nya mereka itu ceria dan dalam sekelip mata sahaja mereka akan bertukar menjadi pemarah atau sedih.
RUMUSAN NYA
  • Oleh yang demikian, jika anda dapat MENGESAN Jenis Golongan yang seperti ini menjadi Rakan Media Sosial anda, anda di nasihat kan agar JANGAN MEMANDANG RENDAH atau SINIS terhadap Golongan ini
  • Mereka adalah tergolong di dalam Orang-Orang yang TERTEKAN PERASAAN dan sangat MEMERLUKAN BANTUAN.
  • Tetapi JANGAN MENGAMBIL sebarang KESEMPATAN dengan NIAT atau TUJUAN yang TIDAK BAIK terhadap Golongan ini.
  • Sebaik mungkin rujukkan mereka kepada Pakar-Pakar Psikologi atau kepada Pertubuhan-Pertubuhan yang menyediakan Bantuan Kaunseling Psikologi yang anda tahu.
  • Kerana KEPRIHATINAN anda itu boleh menyelamatkan NYAWA seseorang yang sedang di ancam oleh Tekanan Psikologi
Editor

Thursday 15 September 2011

TERJAH : ADAKAH BUDAYA BAHARU

Yelaaa.Com - Post#49


TERJAH : ADAKAH BUDAYA BAHARU
DAN APAKAH HUKUM NYA DI DALAM ISLAM


PERUTUSAN EDITOR
  • TOPIK TERJAH ini adalah Topik Pilihan Rakan Facebook Encik Mohd Zurrin Abu Sapian yang menganggotai DrSoul's Hall of Your IDEAS.
  • Dimana beliau ingin Perkataan TERJAH ini DI RUNGKAI dan DI HURAI dari pelbagai SUDUT sebagai Wadah untuk Rakan-Rakan Pembaca
  • Oleh kerana Topik ini sangat menarik dan telah menjadi Suatu BUDAYA BAHARU di kalangan masyarakat Melayu Islam, maka adalah Topik ini di jadikan Bahan Pembelajaran untuk semua.
DEFINASI TERJAH
  • Suatu Perbuatan atau Kelakuan yang Mengambil Tahu Hal Ehwal Orang lain TANPA KEIZINAN daripada mereka atau dengan maksud Mencuri Pandang dan Mencuri Dengar, yang juga di sebut sebagai INTIP atau INTIPAN.
  • Yang di lakukan oleh Orang-Orang yang SENGAJA MAHU mengambil tahu dengan NIAT atau TUJUAN yang tidak baik.
  • Dan menghebahkan APA yang mereka Lihat, Dengar atau Tahu mengenai Diri Orang yang di sasarkan untuk Pengetahuan Orang lain.
  • Dengan Harapan Orang tersebut akan mendapat AIB atau MALU dengan Berita yang di sebarkan Tanpa Izin tersebut.
  • TETAPI jika di dalam Bahasa INDONESIA Perkataan TERJAH itu bersamaan dengan "MEMBUTUHKAN" atau di dalam maksud di dalam Bahasa MELAYU nya ialah MEMERLUKAN.
  • TERJAH juga di gunakan sebagai Maksud MELAWAT TANPA UNDANGAN ke Tempat-tempat, Rumah-Rumah, Laman-Laman Web, Blog-Blog Peribadi orang lain secara Rambang dengan Tujuan yang Baik atau pun Tidak Baik.
KATEGORI TERJAH
TERJAH YANG BURUK
  • Ini yang selalu di lakukan oleh Orang-orang yang Tidak Bertanggung Jawap untuk Merosakkan Nama Baik Diri Seseorang dengan Alasan-Alasan tertentu seperti di dalam Kepentingan Politik.
  • Atau di dalam Penerbitan Majalah-Majalah Gossip dan Akhbar-Akhbar terhadap Orang-Orang tertentu sebagai bahan untuk Melariskan Penjualan.
  • Atau di lakukan oleh Pesaing-Pesaing Perniagaan untuk mencari kelemahan-kelemahan Pihak Saingan bagi memberikan Kesan Buruk
  • Atau di lakukan oleh Rakan-Rakan sendiri yang MENGINTIP segala Perbuatan Sumbang anda untuk di beritahu kepada Rakan-Rakan yang lain.
  • Atau oleh Isteri terhadap Suami dan oleh Suami terhadap Isteri di dalam mencari Kesalahan dan kelemahan Diri masing-masing untuk Tujuan yang tertentu.
  • Atau di kalangan Adik Beradik sendiri yang mahu sesuatu yang Buruk itu di ketahui oleh Adik Beradik yang lain juga dengan Niat yang Buruk.
TERJAH YANG BAIK
  • Adalah seperti Pengintipan terhadap sesuatu Perbuatan yang Menyalahi Undang-Undang Kampung, Negeri dan Negara yang di lakukan oleh Pegawai-Pegawai KHAS dari Jabatan-Jabatan tertentu Kerajaan
  • Seperti Kes-Kes Perjudian Haram, Pelacuran, Penyeludupan, Kes-Kes Rasuah dan Penyalah-Gunaan Kuasa di kalangan Golongan yang di sasarkan.
  • Dimana Terjahan seperti ini adalah di bawah Perlindungan Undang-Undang yang hanya di berikan kepada Jabatan-Jabatan dengan Pegawai-Pegawai Petugas yang tertentu sahaja.
  • Atau oleh Penyiasat-Penyiasat SULIT PERIBADI yang di Upah untuk memantau sesuatu Kes yang melibatkan banyak Pihak dan di lakukan secara Profesional.
  • Atau Kes-Kes Terjahan oleh Pegawai-Pegawai Anti-Maksiat dari Jabatan Agama Islam di Kawasan-Kawasan tertentu untuk Pencegahan Maksiat.
LAIN PULA MAKSUD JIKA DI SEBUT TERJAHAN
  • TERJAHAN akan berubah Sifat Perbuatan nya daripada Maksud TERJAH yang Asal, dimana TERJAHAN ini pula merujuk kepada sesuatu Perbuatan Provokasi atau Mencabar atau Mendahului Perbuatan lebih awal dari Orang lain.
  • Seperti apa yang berlaku di dalam Permainan Bola Sepak dimana pihak pemain pertahanan akan sering melakukan TERJAHAN terhadap pemain lawan yang sedang membawa bola ke dalam kawasan pertahanan mereka.
  • Atau melakukan sesuatu sebelum sesuatu itu berlaku untuk Tujuan Menghalang sesuatu itu daripada berlaku untuk Tujuan Kebaikan daripada mengalami sebarang Kemudaratan atau Kerosakan.
  • TERJAHAN seperti ini banyak di lakukan oleh pasukan-Pasukan KESELAMATAN seperti Angkatan Tentera dan Polis di dalam sesuatu Suasana yang GAWAT atau di dalam PERANG.
APA HUKUM MENERJAH INI DI DALAM ISLAM
Firman-Firman Allah SWT yang bermaksud: 
  • “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenaran nya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat - Ayat 6)
  • Dan Baginda Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud “Menyelidik dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah adalah daripada syaitan.”
MAKSUD NYA
  • APA JUGA Jenis Kegiatan dengan melakukan TERJAH, MENERJAH atau TERJAHAN dengan NIAT dan TUJUAN untuk memburuk-burukkan Keperibadian Orang lain Adalah DI TEGAH di dalam ISLAM
  • Dan Sifat dan Sikap tersebut adalah BERDOSA kerana MENGAIBKAN Orang lain serta DI MURKAI oleh Allah Swt dan Rasul
KERANA TERJAH JUGA DI DALAM DOSA FITNAH

Firman Allah SWT :
  • "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." Surah Al-Qalam - Ayat 10-12
Firman Allah SWT :
  • "Dan Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." Surah Al-Baqarah - Ayat 217
Firman Allah SWT :
  •  "Sesungguh nya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar." Surah An-Nur - Ayat 23
Rasulullah SAW bersabda :
 "Tidak akan masuk syurga yang membawa Fitnah." - Hadith Riwayat.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah


DI ANTARA JENIS-JENIS FITNAH DARI KEGIATAN TERJAH
  • Fitnah melalui Kepimpinan Negara.
  • Fitnah dalam Belajar kerana mahu dapat Jawatan.
  • Fitnah melalui Penampilan Diri dan Cara Berpakaian.
  • Fitnah melalui Ungkapan.
  • Fitnah melalui Penulisan.
  • Fitnah melalui Iklan Produk.
  • Fitnah melalui Penglibatan dalam Sukan dan Hiburan.
  • Fitnah Berbangga kerana Berjaya memperbanyakkan Bilangan Masjid.
  • Fitnah kerana Meninggalkan Kewajiban Beribadat.
  • Fitnah kerana Tidak menunjukkan Akhlak Islam yang Mulia.
MANUSIA SUKA MEMFITNAH KERANA HASIL TERJAH

Hendak Berjaya dalam Pekerjaan.
  • Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.
Memburukkan Peribadi Orang lain.
  • Ini di lakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mempunyai Kepentingan tertentu.
Tujuan Tertentu.
  • Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.
  • Lelaki tersebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.
Ingin Glamour.
  • Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan Nama,Kedudukan, Status dan sebaginya.
Suka-Suka.
  • Ada juga yang memfitnah kerana suka-suka.
Ahli Neraka.
  • Dalam Hadith Sahih jelas di nyatakan tempat seseorang ke Syurga atau Neraka ketika ia masih dalam RAHIM ibu nya.
  • Mungkin Golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan Ciri-Ciri  Ahli Neraka
  • Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita Ahli Neraka.
AKHIR KATA
  • Walau APA pun ISTILAH anda untuk menggunakan TERJAH yang BERNIAT TIDAK BAIK, sebaik nya JANGAN di lakukan.
  • Dan JANGAN MENCONTOHI Sekmen TERJAH MELODI TV3 kerana apa yang mereka lakukan itu telah di rancang lebih awal dengan persetujuan mangsa-mangsa untuk Tujuan Publisiti dan rating Rancangan TV tersebut.
  • Dan dari Sudut Perlaksanaan TERJAH ini sememang nya TIDAK WUJUD sebarang kebaikan kerana walau bagaimana baik pun TUJUAN nya, akhir nya akan MENIMBULKAN FITNAH.
Editor