Monday, 18 July 2011

ISU POLIS: APAKAH KERANGKA FUNGSI ANGKATAN PASUKAN POLIS

Yelaaa.Com - Post#6


ISU POLIS: APAKAH KERANGKA FUNGSI ANGKATAN PASUKAN POLIS
DIMANA SEMANGAT KEPOLISAN SEBENAR TERPESONG JAUH


ANGKATAN POLIS MALAYSIA

  • Yang di kenali sebagai POLIS DI RAJA MALAYSIA selepas PERHIMPUNAN BERSIH 2.O mereka DI KECAM HEBAT oleh sebahagian besar Rakyat Umum kerana telah bertindak di luar Batasan Peri Kemanusiaan ketika di TUGASKAN untuk MENGAWAL KESELAMATAN RAKYAT UMUM di Perarakan Perhimpunan Bersih 2.O 2011.
  • Dan hari demi hari telah banyak Pertelingkahan berlaku di antara Rakyat, Pihak Polis, Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri mengenai Tindakkan Polis yang "Melanggar Etika Kepolisan", sehingga Pihak Polis juga kini "Berpolitik" di dalam kerja-kerja PENAFIAN mengenai "Salah-Laku" mereka yang banyak DI RAKAM melalui Video dan Gambar-Gambar yang di rakam oleh Para Peserta BERSIH 2.O, Para Juru Kamera Amatur & Professional, Para Wartawan Akhbar &Television, Wartawan Amatur, Profesional & Bebas dari dalam dan luar Negara.
  • Pada hari ini (July 2011) semua Orang dari seluruh Dunia boleh melihat Rakaman-Rakaman tersebut yang banyak di siarkan melalui  Media-Media Antarabangsa, You Tube dan di dalam Blog-Blog Peribadi Rakyat Umum.
  • Dan APA yang DI TUDUH oleh Pihak Rakyat terhadap Pihak Polis dan Kerajaan setakat ini adalah sangat Kukuh dengan Bukti-Bukti yang terakam melalui Video dan Gambar.
  • Dan Sesiapa sahaja yang dapat Melihat atau Menonton Klip-Klip Video dan Gambar-Gambar tersebut akan "Dapat Merasai" apa yang di sebutkan sebagai "Keganasan Polis" terhadap Rakyat Umum.
TETAPI....
  • Artikel Khas ini bukan untuk "MENGADILI atau MENGHAKIMI" adalah Pihak Polis tersebut itu SALAH atau BETUL, tetapi adalah lebih baik kita "kembali melihat" apakah TUJUAN POLIS ini di wujudkan oleh Setiap Kerajaan yang Memerintah Sebuah Negara.
  • Kita kembali "Menelaah" dan "Menghayati" APA yang TERSEMBUNYI di dalam SETIAP TUGASAN POLIS.
SEJARAH MODEN POLIS
  • Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktub nya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh Penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur Polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.
  • Dan Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952
  • Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan Konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya di hormati.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah Pasukan Polis Malaysia yang terdiri daripada 89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
  • Pertubuhan ini adalah unik di sebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. 
  • Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Dato' Sri Khalid Abu Bakar (2011)
  • Dalam menjaga Keamanan Awam, PDRM di bantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.
  • Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. 
  • Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu Pasukan Polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada "Polis Diraja Malaysia".
BAHAGIAN, FUNGSI, TUGAS & TANGGUNG JAWAP POLIS
Jabatan Pengurusan
  • Secara am nya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan Sistem Pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada Kemajuan PDRM.
Fungsi
  • Perkhidmatan/Perjawatan
  • Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan, kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
  • Pentadbiran Am dan Dasar
  • Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
  • Latihan
  • Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
  • Tatatertib
  • Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
Jabatan Siasatan Jenayah
  • Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguat-kuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.
Fungsi
  • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
  • Menguat-kuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
  • Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguat-kuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.
Fungsi
  • Menguat-kuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
  • Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
  • Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
  • Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
  • Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
  • Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
  • Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
  • Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
  • Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
  • Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam
Pasukan Anti-Pengganas
  • Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di Amerika Syarikat di ikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini.
  • Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.
Pasukan Gerakan Khas (PGK)
  • Pasukan Gerakan Khas merupakan Entiti utama pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. 
  • Pasukan ini pada mula nya disusun dan disatukan dalam satu pasukan pada tahun 1997. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota bagi tujuan penyeragaman. 
  • Namun, penyatuan ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, kedua-duanya di pisahkan semula dan menjadi dua detasmen setelah mendapati adanya ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. 
  • Beret perang pasir dipakai semula oleh Komando 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka. 
  • Walau bagaimana pun, kedua-dua detasmen ini tetap berada di bawah kawalan induk dan seliaan Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.
Unit Gempur Marin (UST)
  • Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti-pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuh nya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. 
  • Unit yang di letakkan di bawah formasi Pasukan Gerakan Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. 
  • Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando Tentera laut dan Marin Amerika Syarikat.
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)
  • Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau Perhimpunan Haram yang berlaku di Malaysia. Di tubuhkan pada 5 Disember 1955, 3 trup di awal penubuhannya. 
  • FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk Operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai Polis.
  • Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat, merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan kejutan”. 
  • Ianya dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas Kepolisan.
Fungsi
Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang di lengkapkan kepada nya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-
  • Kawalan Orang Ramaisemasa Perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,
  • Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi “Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear”,
  • Bantuan semasa Bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat,
  • Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangka masa yang tertentu,
  • Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.
Unit Implimentasi C4-i
  • Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control, Communications, Computer-Intergrated atau lebih dikenali Pusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polis di seluruh kontinjen polis di Malaysia. 
  • Unit ini ditugaskan melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan jenayah. Unit ini pertama kali di tubuhkan di Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur merupakan kontinjen pertama yang memiliki sistem ini. 
  • Unit ini dilengkapi dengan sistem CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantau oleh Pusat Kawalan Kontinjen dan sistem C4-i yang berupa sebuah laptop dipasangkan pada setiap kereta peronda yang beroperasi. 
  • Sekiranya berlaku kejadian jenayah dimana-mana lokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan menyalurkan maklumat jenayah ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah jenayah yang beroperasi untuk bertindak. 
  • C-4i juga turut berperanan dan menjadi kiblat utama kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi mengeratkan kerjasama polis dengan masyarakat. 
  • Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar-bandar utama mula berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat terhadap adanya pelaksanaan C4-i serta Rakan Cops.
Pasukan Gerakan Marin
  • Pasukan Gerakan Marin (PGM) atau Polis Marin Malaysia ditubuhkan pada bulan September 1947 di Pulau Pinang. 
  • Pada awal nya ia berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka dan Pelabuhan Pulau Pinang. 
  • Kini terdapat banyak aktiviti lautan yang berkembang seperti cari-gali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di pulau-pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagai nya. 
  • Semua nya memerlukan pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi perlesenan dan penguatkuasaan.
Unit Udara PDRM
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA) diketuai oleh Komisioner Polis (CP).
Cawangan Khas (SB)
  • Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. 
  • Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. 
  • Seterus nya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan.
  • Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.
  • Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP)
Cawangan Berkuda
Cawangan Trafik
LOGO KESIMBOLIKAN JABATAN POLIS DI RAJA MALAYSIA
MAKSUD YANG TERSEMBUNYI
Bulan dan bintang
  • Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Mahkota
  • Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan Kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. 
  • Perkataan Allah dan Muhammad Melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah  sebagai Pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai Agama rasmi negara dan Keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah Negara, Bangsa dan Agama Islam serta sanggup berkorban diri
Keris dan Parang
  • Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. 
  • Ia mula dicipta selepas bermula nya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut di gunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu Agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. 
  • Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua Negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.
Kepala Harimau
  • Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. 
  • Sebelum ini, PDRM menggunakan Kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehingga lah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.
Bunga Padi
  • Bunga Padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.
Moto
  • Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.
Sang Saka Biru (Bendera Polis)
  • Bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.
PERKARA YANG SELALU DI PANDANG REMEH
LOGO & MAKSUD MAHKOTA
  • Semua Orang tahu dan semua Anggota Pasukan tahu bahawa setiap Anggota Polis akan MEMAKAI LOGO atau LENCANA pada Baju dan Topi Rasmi mereka.
  • Sebagai LAMBANG KEWIBAWAAN dan KEBANGGAAN Pasukan POLIS DIRAJA MALAYSIA
  • Yang MAKNA dan PENGERTIAN nya CUKUP JELAS di huraikan di dalam Makna-Makna SIMBOLIK di dalam Penciptaan LOGO Pasukan POLIS.
  • TERUTAMA sekali di bahagian Makna untuk MAHKOTA yang di letakkan Secara KHUSUS Tulisan Kalimah "ALLAH" dan "MUHAMMAD"
  •  Dimana menurut INTERGRITI KEPOLISAN, setiap Tugas & Tanggung Jawap sebagai Seorang Anggota POLIS yang juga di kenali sebagai Anggota Keselamatan adalah BERTERASKAN ISLAM dan AJARAN-AJARAN ISLAM di dalam MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG NEGARA.
  • Itu membawa MAKSUD yang JELAS bahawa di dalam Perundangan Negara adalah di bawah Undang-Undang TUHAN yang di turunkan melalui ISLAM.
  • Dimana setiap Anggota POLIS adalah Berfungsi dan bertanggung Jawap untuk melaksanakan Undang-Undang berdasarkan Hukum-Hukum yang DI HALALKAN oleh Allah Swt dan menghindarkan Perbuatan dan Perlakuan yang BERTENTANGAN dengan AJARAN Allah Swt melalui AL QURAN & HADITH.
  • Yang JELAS NYA, segala yang ADIL, yang SAKSAMA dan yang SEMPURNA HUKUM HAKAM nya di dalam Dunia ini adalah Hukum-Hukam yang Di Turunkan Oleh Allah Swt khusus untuk Semua Umat Manusia hingga Ke HARI AKHIRAT yang di sampaikan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad Saw.
  • Kerana INTERGRITI seperti Ajaran ISLAM itulah Pelakar Kerangka Kepolisan telah MEMASUKKAN segala Nilai-Nilai KEISLAMAN di dalam Fungsi, Tugas, Tanggung Jawap dan Hala Tuju PERKHIDMATAN KEPOLISAN.
TETAPI APA YANG BERLAKU ADALAH SEBALIK NYA
  • DENGAN LOGO YANG TERTULIS "ALLAH" DAN "MUHAMMAD" samaada Logo tersebut tersemat di dada atau di Topi rasmi Anggota Polis, mereka maseh MAMPU dan TEGAR untuk melakukan perkara-perkara yang DI MURKAI oleh ISLAM, oleh RASUL dan oleh Allah swt.
  • Dan lebih SELESA untuk bersandar kepada AKTA POLIS di dalam menjalankan Tugas & Tanggung Jawap daripada MAKSUD MAHKOTA yang mereka Junjung di setiap hari.
  • Kerana melalui AKTA POLIS, di situ tidak wujud perkara HALAL & HARAM atau DOSA & PAHALA.
  • AKTA POLIS ini menjelaskan SATU PERKARA PENTING untuk di ikuti oleh Semua Anggota Polis iaitu PATUH PADA ARAHAN
  • Dan maksud PATUH PADA ARAHAN ini bukan menunjukkan untuk PATUH KEPADA ARAHAN TUHAN YANG MAHA ESA tetapi PATUH KEPADA SIAPA TUAN YANG BERKUASA dan SIAPA TUAN YANG MEMERINTAH.
  • Dengan MENGENETEPIKAN LOGO yang Berkalimah "Allah' dan "Muhammad"
OLEH KERANA ITU
  • Pada Zaman ini INTERGRITI POLIS DIRAJA MALAYSIA telah TERCEMAR dengan TERUK dan telah berada di paras yang paling HINA di Mata Rakyat Umum.
  • Dan kerana sebab-sebab yang di sebutkan itu, ramai Ulama dan Cerdik Agama menasihatkan agar "jangan berkhidmat dalam Jabatan Polis kalau Iman tidak kuat", dimana mereka berpendapat Perkhidmatan ini sangat mencabar diri dan Keimanan seseorang sebagai Penganut Islam dan jika tersalah melakukan khidmat boleh mengundang API NERAKA (nauzubillah minzallik)
Editor

No comments:

Post a Comment