Thursday 21 July 2011

ISU BERSIH: TUJUAN BERSIH 2.O DI PERALATKAN

Yelaaa.Com - Post#7


ISU BERSIH: TUJUAN BERSIH 2.0 DI PERALATKAN
DIDALAM STRATEGI POLITIK TANAH AIR


FENOMENA TERKINI
  • Suasana Politik Malaysia maseh memainkan dan memperalatkan ISU TUNTUTAN BERSIH 2.O sebagai tidak Relevan di dalam Perjuangan Politik sesetengah Golongan Parti Politik yang termasuk yang memiliki Perjuangan yang sama.
APA YANG MENJADI ISU UTAMA
  • ISU UTAMA yang di pertikaikan ialah SOAL SIAPAKAH Ketua yang menerajui  8 TUNTUTAN BERSIH 2.O pada kali ini.
  • Dimana Ketua Pihak Penganjur BERSIH 2.O 2011 ialah Dato AMBIGA SREENEVASAN, Seorang Peguam Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia dari 2007 hingga 2009
  • Dato 'Ambiga telah menjadi Peguambela dan Peguamcara sejak Mac 1982. Beliau juga adalah Rakan Kongsi Pengasas Sreenevasan, Peguambela & Peguamcara.
  • Dia juga seorang ahli panel Pusat Serantau Kuala Lumpur untuk Timbangtara di bawah Pusat Maklumat Rangkaian Malaysia Nama Domain Resolusi Dasar Sengketa ("MYDRP") 2006-2009. 
  • Beliau adalah Pengerusi Harta Intelek Sub-Jawatankuasa Majlis Peguam dari September 2005 - Mac 2006. 
  • Beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2002.
  • Pada masa ini, Dato 'Ambiga Pengantara Panel Majlis Peguam, Pusat Pengantaraan Malaysia. 
  • Beliau juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak-hak Orang Asli dan Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita Majlis Peguam.
  • Beliau merupakan Ahli Persatuan Harta Intelek Malaysia, Persatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Harta Intelek (AIPPI), serta Peguam Paten Asia Association (APPA)
  • Dato 'Ambiga memegang LLB (Kepujian) dari University of Exeter, England.
APA MAKSUD LATAR BELAKANG BELIAU
  • Segala Maklumat Latar Belakang Pekerjaan dan Pengalaman beliau ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa Dato Ambiga Sreenevasan adalah seorang Pakar Undang-Undang dan Melakukan Kerja-Kerja yang bersabit dengan Hal-Hal Perundangan di dalam Negara.
  • Dan seorang yang Berkelayakan serta Berkemahiran di dalam Setiap Masaalah yang Wujud di dalam Undang-Undang Negara seperti Pakar-Pakar yang lain di dalam Bidang masing-masing. Umpama nya seperti Para Doktor, Jurutera, Arkitek dan Para Akademik.
APA YANG DI MAINKAN DALAM ISU BERSIH 2.O
  • KEWIBAWAAN & INTERGRITI KETUA untuk 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O ini di beri TEKANAN HEBAT untuk MERUNTUHKAN 8 TUNTUTAN yang DI TUNTUT.
  • Supaya Kewibawaan beliau sebagai seorang yang terlatih di dalam Bidang Undang-Undang dapat Di Kelirukan dan Di Remehkan di dalam Pemikiran Orang Awam.
  • Agar orang Awam dapat MENOLAK Apa yang di lakukan dalam 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O terhadap Pihak Kerajaan yang Memerintah.
APA PULA PERSOALAN 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O - 2011
PERTAMA
  • ISU 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O ini tidak berkaitan dengan MANA-MANA PARTI POLITIK di dalam Negara.
  • TETAPI 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O ini pula sangat BERKAIT-RAPAT dengan PARTI-PARTI POLITIK samaada yang sedang Memerintah atau pun yang menjadi Pembangkang.
  • DIMANA 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O tersebut Membuat TUNTUTAN agar SEMUA PIHAK YANG MEMERINTAH NEGARA dapat melaksanakan SEMUA KETELUSAN, KEJUJURAN, KESAKSAMAAN di dalam Proses-Proses PENGUNDIAN yang DI TARAFKAN sebagai HAK MUTLAK SETIAP RAKYAT.
  • SUPAYA setiap UNDIAN tersebut TIDAK DI CEMARI dengan APA JUGA TINDAKKAN PENYELEWENGAN yang bertujuan untuk MENGEKALKAN UNDI MAJORITI.
KEDUA
  • Sebagai PENGAMAL UNDANG-UNDANG dan Golongan yang PRIHATIN dengan PERUNDANGAN NEGARA, 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O di wujudkan dan MENGGESA Pihak yang Memerintah untuk sama-sama MEMPERBAIKI segala SALAH-LAKU dan Apa juga PENYELEWENGAN yang telah berlaku di masa lalu AGAR TIDAK BERULANG di hari-hari hadapan.
  • Dimana 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O ini telah DI PERAKUI dan DI PERSETUJUI oleh 62 BUAH BADAN dan PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) dari pelbagai Pergerakan Rakyat sebagai PERENCANA kepada 8 TUNTUTAN tersebut.
  • Dan 62 Buah NGO ini Sebulat Suara MELANTIK Dato Ambiga Sreenevasan sebagai PENGERUSI MAJLIS TUNTUTAN BERSIH 2.O di atas Kewibawaan beliau yang telah terakam di dalam Sejarah Perundangan negara dan Antarabangsa dan orang yang Paling layak untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
KETIGA
  • TIDAK WUJUD SATU PUN daripada 8 TUNTUTAN di dalam BERSIH 2.O tersebut untuk MENDESAK Pihak Kerajaan yang Memerintah untuk MELETAK JAWATAN atau pun untuk BERUNDUR sebagai KERAJAAN.
  • MALAH Pihak BERSIH 2.O telah MENGAJAK SEMUA PARTI-PARTI POLITIK untuk secara BERSAMA BERBINCANG di dalam MEMPERBAIKI SISTEM YANG WUJUD kepada SISTEM yang lebih TELUS serta ADIL kepada PENGUNDI. (Bukan untuk Parti atau Kerajaan)
RUMUSAN
PERTAMA
TIDAK WUJUD SEBAB untuk Kerajaan yang Memerintah iaitu Kerajaan dari Parti-UMNO/BN untuk Melabelkan atau Mentafsirkan 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O sebagai:
  1. ANCAMAN KEPADA UMNO/BN
  2. ANCAMAN KEPADA KEHARMONIAN NEGARA
  3. ANCAMAN KEPADA SISTEM PERUNDANGAN NEGARA
  4. PENDURHAKAAN TERHADAP YANG DI PERTUAN AGONG
KEDUA
  • TIDAK WUJUD SEBAB untuk mengatakan dengan memenuhi 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O Kerajaan UMNO/BN akan serta-merta TUMBANG di dalam semua PILIHAN RAYA
  • Memandangkan UMNO/BN adalah sebuah Parti Politik yang Paling Kuat serta yang Paling Kukuh semenjak ia di tubuhkan bersama Kemerdekaan Negara Malaysia jika di perbandingkan dengan Parti-Parti Pembangkang yang lain seperti PKR, PAS dan DAP.
KETIGA
  • TIDAK WUJUD SEBAB untuk Parti UMNO/BN menolak 8 TUNTUTAN BERSIH 2.O jika Parti UMNO/BN tidak melanggar atau melakukan sebarang penyelewengan di dalam melaksanakan Tugas & Tanggung Jawap dengan ADIL & SAKSAMA terhadap Rakyat dan Negara Malaysia.
  • Atau TERPAKSA mengambil RISIKO PALING BAHAYA dengan melakukan PENENTANGAN dengan menggunakan STRATEGI PENAFIAN & PROVOKASI seperti yang telah di perjelaskan di atas.
PERUTUSAN EDITOR
  • Pihak Editor TIPsNIAGA.COMYelaaa.COM yang menulis Artikel ini sebagai seorang Pemerhati Politik & Ekonomi adalah memberikan PENDAPAT dari Sudut yang BEBAS dan TIDAK BERPIHAK ke arah mana-mana Parti-Parti POLITIK Tanah Air.
  • Dan PENDAPAT ini di kemukakan berdasarkan KERELEVANAN ISU BERSIH 2.O dengan KEADAAN POLITIK & EKONOMI SEMASA MALAYSIA.
  • Juga BERPENDAPAT bahawa jika ISU BERSIH 2.O tidak di berikan KEUTAMAAN oleh Parti UMNO/BN secara BERHEMAH dan BIJAKSANA maka DI RAMALKAN Pihak UMNO/BN akan menempuh MASA-MASA YANG PALING SUKAR di dalam SEJARAH KEWUJUDAN UMNO/BN dalam SEJARAH MALAYSIA.
Editor In Chief
TIPsNIAGA.COM dan Yelaaa.Com
DrSoul Loren

No comments:

Post a Comment