Wednesday 14 September 2011

OPS SIKAP 24 DI KATAKAN GAGAL OLEH PIHAK POLIS

Yelaaa.Com - Post#48


OPS SIKAP 24 DI KATAKAN GAGAL OLEH PIHAK POLIS
APA SEBENAR NYA YANG TIDAK DI BERI PERHATIAN


LAPORAN OPS SIKAP 24
  • Laporan Ops Sikap 24 di sifatkan sebagai yang TERBURUK di dalam Operasi yang telah di jalankan semenjak 11 tahun yang lalu (2000 - 2011)
  • Dimana Angka Kematian di CATATKAN sebanyak 289 Korban Keseluruhan di semua jalan raya di seluruh Negara.
  • Dan dari 289 Korban ini, 62% adalah dari Golongan Penunggang dan Pembonceng Motosikal dan itu membawa kepada Angka 179 Korban.
JENIS JALAN RAYA TERLIBAT  (Rujuk Berita Di Sini)
  1. Di Jalan Bandaran sebanyak 503 kemalangan
  2. Di Jalan Persekutuan sebanyak 275 kemalangan
  3. Di Jalan Negeri sebanyak 212 kemalangan
  4. Di Lebuh Raya sebanyak 115 kemalangan
  5. Di Lain-Lain Jenis Jalan sebanyak 81 kemalangan
  6. Ini menjadikan keseluruhan kemalangan yang berlaku ialah sebanyak1,186 kes 
  7. Dan 9,253 SAMAN di keluarkan oleh Pihak Polis Trafik untuk pelbagai Kesalahan Trafik kepada Pemandu dan Penunggang
HASIL ANALISIS UMUM
  • Wujud pelbagai ANALISIS dari Pihak Polis Trafik dan Badan-Badan tertentu serta Orang Perseorangan yang memberikan Analisis yang berbeza mengenai Punca-Punca Kemalangan yang berlaku di Setiap MUSIM-MUSIM PERAYAAN.
  • Dan kebanyakan daripada Analisis tersebut banyak menyebut Punca atau Penyebab sesuatu kemalangan yang di catat itu berdasarkan Kecuaian Pemandu dan Penunggang, Kepenatan dan kerana Tidak Mematuhi Peraturan Lalu Lintas dan memandu melebihi Had Kelajuan yang di benarkan. (Baca Ini)
RUMUSAN UNTUK ANALISIS
  • Adalah KURANG TEPAT untuk Merumuskan bahawa SEMUA jenis kemalangan yang berlaku itu BERPUNCA daripada Sebab-Sebab yang di sebutkan
  • Kerana Semua Sebab-Sebab tersebut Adalah PUNCA KEDUA atau PUNCA KETIGA yang terbit daripada PUNCA PERTAMA dan UTAMA
APAKAH YANG DI KATAKAN PUNCA PERTAMA dan UTAMA
Yang tidak di sebut di dalam sebarang ANALISIS ialah Perkara-Perkara yang seperti berikut :
PERTAMA
  • Geografi atau Reka Bentuk Jalan Raya yang melibatkan Kemalangan
  • Kerana Keadaan Reka Bentuk dan Buatan Jalan Raya yang terlibat juga menyumbang kepada kemalangan seperti Kelurusan Jalan, Permukaan dan Mutu Jalan Raya.
  • Dimana wujud Jalan Raya yang terlalu Lurus dan ada juga yang terlalu banyak Selekoh dan ada juga yang memiliki Permukaan Jalan yang LICIN.
  • Ini semua adalah Punca-Punca Pertama dan Utama terhadap sesuatu Jenis kemalangan Jalan Raya dan perkara ini tidak boleh di tolak begitu sahaja.
KEDUA
  • HAD KELAJUAN yang tidak munasabah untuk Jumlah Kenderaan yang bergerak di sesuatu Masa yang menyebabkan Kesesakan Kenderaan
  • Ini mendorong kepada Perasaan yang Menekan terhadap sesuatu Pemanduan di dalam keadaan yang sangat sesak yang boleh mendorong kepada Sifat CUAI.
KETIGA
  • Adalah Faktor CUACA samaada keadaan terlalu PANAS atau pun di dalam CUACA HUJAN, yang kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan Tahap TUMPUAN Pemanduan TERJEJAS
  • Dimana akan ramai Pemandu dan Penunggang akan memperlahankan Kelajuan Kenderaan mereka dan akan menyebabkan Kesesakan.
KEEMPAT
  • Dan jika di lihat Jumlah SAMAN yang di keluarkan oleh Pihak Polis Trafik yang sebanyak 9,253 SAMAN untuk pelbagai Kesalahan lalu Lintas telah menunjukkan dengan jelas bahawa TAHAP PEMAHAMAN Para Pemandu dan Penunggang terhadap Undang-Undang Jalan Raya adalah LEMAH.
  • Dimana TAHAP Penghormatan Para Pemandu dan Penunggang terhadap Undang-Undang Jalan Raya itu samaada LEMAH atau Tidak mendapat Pelajaran yang secukup nya di dalam Sesi Pengambilan Lesen-Lesen Memandu.
  • Di sini Kajian Semula harus di lakukan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menilai semula terhadap Tahap Pembelajaran untuk mendapatkan Lesen Memandu di Pusat-Pusat Latihan Memandu
KELIMA
  • Undang-Undang Lalu Lintas yang berkenaan dengan HUKUMAN terhadap Perlanggaran Peraturan lalu Lintas harus di beri Perhatian dan di Kaji Semula untuk lebih MENYEDARKAN Sikap Pemanduan dan Tunggangan
  • Dimana HUKUMAN dengan Jumlah DENDA yang TINGGI adalah BUKAN PENYELESAIAN yang berkesan untuk membaiki Sikap Pemanduan dan Tunggangan.
  • Tetapi HUKUMAN seharus nya lebih di Tumpukan kepada Pemberian DEMERIT POINT untuk Setiap Kesalahan yang JIKA telah mencapai ke Tahap MAKSIMA, Lesen Pemanduan itu DI GANTUNG untuk Tempuh Tertentu untuk kesalahan di Tahun Pertama.
  • Dan untuk Kesalahan yang di Pungut di dalam tahun yang berikut nya, Lesen Pemanduan DI BATALKAN dan DI WAJIBKAN Pesalah untuk menduduki Pengajian Pemanduan Semula.
  • Kaedah seperti ini sangat berkesan dan banyak di amalkan di Negara-negara maju seperti contoh nya di Negara Singapura dan Switzerland
KEENAM
  • KETIADAAN LATIHAN SEMULA untuk Pesalah-Pesalah TEGAR yang terlibat banyak di dalam Pelanggaran Peraturan Lalu Lintas juga menyumbang kepada KEBAHAYAAN di Jalan Raya.
  • Dimana ini akan melibatkan Penstrukturan semula Semua Korikulum Pelajaran Undang-Undang Jalan Raya di semua Pusat-Pusat Latihan Memandu.
  • Yang boleh di fahami MUTU LATIHAN yang di tawarkan di setiap Pusat Latihan Memandu di Seluruh negara itu TIDAK SERAGAM dan Tidak Mengguna-Pakai Piawaian yang SERAGAM.
KETUJUH
  • Terlalu banyak SEKATAN-SEKATAN JALAN RAYA yang di lakukan oleh Polis Trafik dan JPJ  untuk TUJUAN PEMERIKSAAN di lakukan sehingga MENJEJASKAN KELANCARAN LALU LINTAS juga menyumbang kepada Kesesakan Lalu Lintas.
  • Dimana KESESUAIAN untuk melakukan di waktu-waktu sesak di Musim-Musim Perayaan adalah Tidak SESUAI.
AKHIR KATA
  • Jika Pihak Polis Trafik ingin melihat Operasi seterus nya menunjukkan Penurunan yang Drastik maka perkara-Perkara yang di sebutkan ini harus di beri PERHATIAN KHUSUS.
  • Kerana PENCEGAHAN untuk sesuatu kes-Kes kemalangan Jalan Raya itu bukan boleh di PANTAU sewaktu Musim Perayaan itu sedang berlangsung TETAPI ia harus di lakukan di Peringkat yang lebih awal.
Editor

No comments:

Post a Comment