Friday 9 September 2011

APA ITU KOMINISME DAN APA ITU KOMUNIS DAN MAT SABU

Yelaaa.Com - Post#45


APA ITU KOMINISME DAN APA ITU KOMUNIS DAN MAT SABU
APA YANG PERLU DI FAHAMI
DEFINASI KOMINIS
  1. Teori Politik yang memihak Kolektivisme dalam Masyarakat Tanpa Kelas
  2. Bentuk Sosialisme yang Menghapuskan Pemilikan Persendirian
TERMINOLOGI KOMUNIS
  • Dalam skema BAHAN SEJARAH Perkataan KOMUNISME adalah IDEA bagi Masyarakat yang BEBAS dengan TIADA BAHAGIAN atau KETERASINGAN, 
  • Dimana Manusia BEBAS daripada PENINDASAN dan KEKURANGAN dan di dalam Masyarakat Komunis tidak Mempunyai KERAJAAN, NEGARA atau PEMBAHAGIAN KELAS. 
  • Dalam Teori Marxis, Pemerintahan Diktator oleh Proletariat adalah Sistem Pertengahan antara Kapitalisme dan Komunisme, apabila kerajaan dalam Proses Mengubah cara Pemilikan dari Privatism Pemilikan bersama. 
  • Dalam Sains Politik, istilah "KOMUNISME" kadang-kadang digunakan untuk Merujuk kepada negara-negara Komunis, satu bentuk KERAJAAN di mana negeri ini beroperasi di bawah SISTEM SATU PARTI dan Mengisytiharkan TAAT SETIA kepada Fahaman Marxisme.
MARXIST ADALAH DASAR KOMINISME
  • Di kenal pasti Komunis sendiri memegang pelbagai pandangan, termasuk Marxisme, Trotskyisme, Majlis Komunisme, Luxemburgism, Anarkis Komunisme, Komunisme Kristian dan pelbagai arus Komunisme berhaluan kiri. 
  • Walau bagaimana pun, cabang-cabang TAFSIRAN Marxis-Lenin Marxsisme yang paling terkenal ini telah menjadi Penggerak dalam Hubungan Antarabangsa pada suku terakhir Abad ke-19 dan sebahagian Abad ke-20 sehingga sekitar 1989 dan apa yang sejarah rujuk  sebagai "Kejatuhan Komunisme."
  • Walau bagaimanapun, lain-lain bentuk di seluruh dunia komunisme terus wujud dalam Ideologi individu pelbagai buruh perdagangan pergerakan kesatuan di seluruh dunia, terutama nya di Eropah dan Dunia Ketiga, dan juga dalam parti-parti komunis yang terus untuk menyokong keperluan utama bagi REVOLUSI Komunis.
  • Kebanyakan Komunis pada hari ini cenderung untuk bersetuju bahawa di negeri-negeri BAKI Komunis, seperti Republik Rakyat China, Vietnam dan terutama Korea Utara yang telah di gantikan Marxisme dengan Juche sebagai Ideologi Rasmi yang mempunyai kaitan dengan Komunisme, sama seperti yang di amalkan sekarang.
APA YANG HEBOH DI PERKATAKAN SEKARANG DI MALAYSIA
  • No.1 : Mengenai PKM - Parti Komunis Malaya yang menentang Penjajahan British di Tanah Melayu
  • No.2 : Mengenai Penglibatan Orang Melayu di dalam PKM
  • No.3 : Mengenai Definasi Perjuangan Orang-Orang Melayu sebelum Malaysia Merdeka
  • No. 4 : Mengenai Peranan UMNO di dalam Kemerdekaan Negara
  • No. 5 : Mengenai TAFSIRAN MAT SABU mengenai KOMUNISME
HURAIAN NYA
No.1 : Mengenai PKM - Parti Komunis Malaya yang menentang Penjajahan British di Tanah Melayu
  • Kewujudan PKM di Tanah Melayu pada zaman tersebut bersabit dengan kewujudan orang-Orang Cina yang ramai di Tanah Melayu, samaada yang datang Merantau ataupun yang menjadi HAMBA ABDI kepada Tentera Penjajah Inggeris.
  • Dan secara Psikologi nya kaum Cina ini tidak merestui Penjajahan Inggeris kerana Layanan Buruk yang mereka terima di dalam Negara China itu sendiri
  • Dan kerana itu PKM di tubuhkan di Malaya sebagai KESINAMBUNGAN PENENTANGAN mereka terhadap Inggeris. (ini fakta sejarah) jauh lebih lama daripada kewujudan UMNO itu sendiri.
  • PKM berjuang bermati-matian untuk menghalang Pihak Penjajah Inggeris daripada bertapak lebih lama di Malaya kerana mereka BERFAHAMAN TIDAK MAHU DI JAJAH oleh Bangsa yang ASING.
No.2 : Mengenai Penglibatan Orang Melayu di dalam PKM
  • Orang-Orang yang Berbangsa Melayu pada zaman itu menyertai PERJUANGAN PKM adalah ATAS DASAR YANG SAMA iaitu menentang PENJAJAHAN INGGERIS di Tanah Melayu
  • Kerana pada zaman itu PKM adalah sebuah Pertubuhan yang memiliki Kemampuan untuk mendapatkan bekalan Senjata daripada Sokongan Kerajaan Negara CHINA.
  • Dan tidak wujud Pertubuhan dari Bangsa Melayu pada zaman tersebut yang MAMPU untuk berbuat demikian, di samping PKM memiliki Asas PERJUANGAN yang sama.
No.3 : Mengenai Definasi Perjuangan Orang-Orang Melayu sebelum Malaysia Merdeka
  • Perjuangan Orang-Orang Melayu di zaman tersebut adalah berkisar dan Bermatlamatkan untuk menghapuskan PENJAJAHAN dari Bangsa Inggeris dan Jepun
  • Mereka menyertai PKM bukan kerana mereka itu Bangsa Komunis atau Berpaksi kepada Komunis CHINA tetapi mereka BERKONGSI ASPIRASI yang sama iaitu MENENTANG PENJAJAH.
  • Orang-Orang Melayu ini termasuk la nama-nama Gah seperti Mat Indera dan Rashid Maidin dan ramai lagi Orang-Orang Melayu lain yang sanggup menggadaikan Nyawa untuk memberi tentangan kepada PENJAJAH demi untuk KESEJAHTERAAN Anak-Cucu-Cicit mereka di zaman yang tidak akan mereka kecapi sendiri.
No. 4 : Mengenai Peranan UMNO di dalam Kemerdekaan Negara
  • Memang benar UMNO memainkan Peranan besar untuk mendapatkan kemerdekaan Mutlak dari Pihak Inggeris
  • Tetapi Sejarah itu tidak melibatkan Perjuangan BERDARAH dan BERGADAI NYAWA yang Tragis seperti Penentang-Penentang PENJAJAH di dalam PKM yang di LABEL sebagai PENGGANAS oleh Pihak BRITISH seperti Kumpulan AL-FATAH di Palestine dan AL-QAEDA di Amerika Syarikat.
  • Oleh kerana Anggota UMNO itu terdiri dari Golongan Karyawan dan Bangsawan dan tidak menentang secara mengangkat SENJATA terhadap British, maka Permohonan mereka untuk menuntut Kemerdekaan di pandang tepat oleh British secara Politik nya.
  • Kerana kepentingan Pihak British selepas Merdeka dapat di pertahankan di dalam pelbagai Sudut Ekonomi dan Pertahanan yang tidak merugikan Pihak British pada ketika itu.
  • Berbanding jika Tanah Melayu itu Jatuh ke Tangan Komunis yang akan berkait rapat dengan Musuh Politik mereka iaitu Negara CHINA.
  • British menyerahkan Malaya kepada UMNO/BN kerana tidak mahu berterusan terlibat di dalam peperangan Gerila dari PKM yang amat merugikan Pihak British untuk jangka masa panjang.
  • Jika Malaya MERDEKA, maka URUSAN dalam Negara menjadi masaalah kerajaan terkini yang memerintah untuk menyelesaikan nya. Dan mereka hanya berminat untuk meraih keuntungan dari Sudut-Sudut Ekonomi yang lebih besar dari kemerdekaan tersebut.
No. 5 : Mengenai TAFSIRAN MAT SABU mengenai KOMUNISME
  • Setelah di ikuti dan di amati segala Patah Perkataan yang di keluarkan oleh Naib Presiden PAS Haji Mohammed SABU atau Mat SABU, apa yang di katakan oleh beliau itu BERASAS dan berpandukan FAKTA SEJARAH dan DEFINASI KOMUNIS itu sendiri.
  • Juga termasuk Ulasan-Ulasan Para Akademik yang lain yang memberikan pandangan dan Istilah yang sama seperti apa yang di sebut oleh Mat Sabu.
  • Dan semua Pandangan dan Istilah mereka ini tidak kelihatan seperti mengagong-agongkan KOMUNIS tanpa SEBAB atau berlebihan dari yang sepatut nya.
PERUTUSAN EDITOR
  • Sebagai Pemerhati Politik Bebas dan juga Peminat dan Pengkaji Sejarah, apa yang di tulis ini bukan untuk memihak kepada sesiapa TETAPI semua ini adalah FAKTA-FAKTA SEJARAH yang tidak boleh DI UBAH oleh sesiapa juga.
  • Menyokong kata-kata Mat Sabu bukan bermakna Editor menentang kata-kata UMNO/BN atau berseteru dengan mereka, ini adalah SOAL KEBENARAN HAKIKAT mengenai APA ITU KOMUNISME dan SIAPA ITU KOMUNIS.
  • Kita sebagai Orang-Orang yang tercipta dari SEJARAH tersebut harus menerima HAKIKAT bahawa perkataan KOMUNIS itu bukan bermaksud sebagai ORANG JAHAT atau PENGGANAS seperti yang di pertikaikan oleh Cerdik Pandai pada hari ini.
  • Kerana Perkataan KOMUNIS itu sebenar nya berbentuk IDEOLOGI atau FAHAMAN yang TIDAK MAHU DI JAJAH dan MENENTANG PENJAJAHAN yang MENJAJAH TANAH AIR SENDIRI.
RUMUSAN EDITOR
  • APA yang di lakukan oleh PKM dan Orang-Orang Melayu yang bersama PKM atau berfahaman KOMUNIS adalah TEPAT pada MASA dan ZAMAN tersebut.
  • Dan kerana TEKANAN daripada PKM dan Orang-Orang Melayu itu lah yang MEMBOLEHKAN UMNO mendapat RUANG untuk Memerdekan Tanah Melayu dari Jajahan British
  • Mereka juga lah yang menentang Tentera Jepun yang lebih Ganas daripada Tentera British sebelum Pihak British mendapatkan Kuasa mereka kembali di Tanah Melayu.
  • Dan Editor berharap Masyarakat Melayu dan Rakyat Malaysia tidak TERKELIRU dengan MAKSUD KOMUNIS dan KOMUNISME yang sebenar nya.
Editor

No comments:

Post a Comment