Saturday 10 September 2011

KOMUNIS DAN PERISTIWA BUKIT KEPONG

Yelaaa.Com - Post#46


KOMUNIS DAN PERISTIWA BUKIT KEPONG
ADALAH DUA PERJUANGAN YANG BERBEZA


KOMUNIS SEBELUM MERDEKA
  • Melalui Posting #45 Rujuk Sini dan Baca Sini adalah beberapa PENGISTILAHAN mengenai Makna KOMUNIS dan KOMUNISME
  • Dan Editor berpendapat kedua-dua Bahan Rujukan tersebut sudah cukup jelas untuk menerangkan apakah ERTI sebenar nya.
  • Yang terpenting ialah TUJUAN Komunis itu wujud yang berjuang menentang apa juga bentuk PENJAJAHAN yang terutama nya dari JAJAHAN BRITISH dan JEPUN.
AKAN TETAPI
  • Didalam Negara sedang di landa KEMELUT untuk mempertahankan DEFINASI dan PENGISTILAHAN mengenai KOMUNIS dan KOMUNISME dari Sudut Ke-Partian yang cenderung untuk melabelkan FAHAMAN KOMUNISME itu sebagai PENGGANAS dan KEGANASAN.
  • Sebenar nya, Apa juga bentuk PENENTANGAN BERSENJATA jika di Lihat dan di Nilai dari SUDUT KESAN atau IMPLIKASI daripada sesuatu Peristiwa Penentangan sememang nya akan melibatkan KORBAN NYAWA YANG BERDARAH.
  • Dan setiap orang akan MERASA SIMPATI terhadap SESIAPA sahaja yang menjadi KORBAN kerana itu adalah LUMRAH MANUSIA yang mudah merasa KASIHAN.
  • Ini tidak terkecuali terhadap PANDANGAN dan PENDAPAT Masyarakat Umum terhadap Penentangan Komunis yang di lakukan oleh PKM - Parti Komunis Malaya di dalam SEJARAH KEWUJUDAN nya dari 1930 sehingga 1948.
SEJARAH DAN PERSEPSI AKAN BERUBAH JIKA
  • Pihak Tentera Jepun Tidak Menyerah Kalah setelah Negara mereka mengalami kehancuran di dua buah Bandar di Hiroshima dan Nagasaki yang di lakukan oleh Tentera Amerika.
  • Dan TANPA Peristiwa tersebut, berkemungkinan Tentera Jepun akan lebih lama bertapak di Tanah Melayu dan di Rantau Nusantara.
  • Ini akan Memungkinkan Pihak PKM untuk lebih Agresif di dalam PENENTANGAN mereka terhadap Penjajahan Tentera Jepun untuk jangka masa yang lebih lama lagi.
  • Dan Peluang Pihak Tentera British untuk menguasai kembali Pentadbiran Tanah Melayu tidak akan Wujud sehingga kini.
  • Begitu juga PELUANG untuk Parti UMNO untuk Wujud di dalam menuntut Kemerdekaan tidak akan tercatit langsung di dalam SEJARAH.
  • Disini KEMUNGKINAN yang paling BESAR ialah Pihak PKM dengan Sokongan Kukuh dari Negara CHINA akan berjaya menundukkan Tentera Jepun dan MEMERDEKAKAN Tanah Melayu dari PENJAJAHAN.
  • Ini akan MERUBAH apa yang TERCATIT di dalam SEJARAH MALAYSIA pada hari ini, dimana kita tidak akan terbaca nama-nama seperti UMNO, Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Razak serta parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain.
  • Dan BERKEMUNGKINAN Negara Tanah Melayu ini akan di Tadbir oleh nama-nama seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, Mat Indera, Ahmad Boestamam, Mokhtarudin Lasso dan yang lain-lain, juga tidak dapat di tolak bahawa Negara Malaysia samaada akan menjadi LEBIH BAIK daripada apa yang di kecapi sekarang ini.
PERISTIWA BUKIT KEPONG
  • Adalah dapat DI FAHAMI segala PERASAAN, EMOSI serta TINDAK BALAS yang di lontarkan oleh Ahli-Ahli Keluarga dari Mangsa-Mangsa Pertempuran Anggota Keselamatan British pada 23hb Februari 1950 apabila TUJUAN dan ISTILAH PERJUANGAN pada MASA tersebut menjadi BAHAN PERBAHASAN pada hari ini.
  • Ini tidak dapat di elakkan kerana sesuatu PERISTIWA itu akan DI UKUR dari pelbagai SUDUT Sejarah yang melibatkan hal-hal seperti KETUANAN, TAAT SETIA dan Sudut Teknikal sesuatu Penentangan dan Pertahanan.
  • Dimana akan Wujud MANGSA yang DI TAKRIFKAN melalui pelbagai SUDUT PENGISTILAHAN daripada pelbagai SEJARAWAN, INDIVIDU dan MASYARAKAT UMUM melalui Perspektif yang berbeza-beza.
INI ADALAH KERANA
  • PERISTIWA BUKIT KEPONG di Nilai dari Sudut BANGSA yang melibatkan Ramai Bangsa Melayu yang bertugas dengan Pihak Tentera British sebagai Anggota Polis dan Polis Bantuan.
  • Ini sudah tentu segala PERASAAN akan MEMIHAK kepada BANGSA yang melibatkan Saudara-Saudara yang terdekat dan perkara seperti ini adalah KES BIASA di dalam sesuatu SITUASI PENILAIAN SEJARAH.
  • Begitu juga mengenai PENILAIAN Peranan Pihak PKM yang di labelkan sebagai PENGGANAS oleh Pihak Tentera British kerana melakukan Penentangan terhadap mereka. dan sudah tentu Anak-Cucu-Cicit Orang-Orang seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Mat Indera, Ahmad Boestamam dan Mokhtarudin Lasso sudah merasa TERHINA dengan LABEL tersebut sehingga ke hari ini.
APA YANG MASYARAKAT PERLU TAHU IALAH
  • Bagaimana untuk melakukan PENILAIAN terhadap SESUATU KESAN SEJARAH menurut SESUATU PERISTIWA di dalam MASA SEJARAH itu BERLAKU.
  • Seperti KESAN Sejarah di antara HANG TUAH, HANG JEBAT dan SULTAN MELAKA, dimana kesinambungan Sejarah tersebut telah MEMPENGARUHI KEJATUHAN MELAKA kepada Pihak Portugis dan kehilangan Kuasa Penghulu Naning yang memberi KESAN BESAR terhadap KESULTANAN MELAYU di Tanah Melayu.
KITA JUGA HARUS BERANI DAN SANGGUP
  • Untuk MERAKAMKAN SEJARAH yang berlaku di dalam PEWARNAAN KEMERDEKAAN NEGARA dengan Rakaman-Rakaman SEJARAH YANG TEPAT, walaupun ada segelintir FAKTA tidak akan MENGEMBIRAKAN segolongan Pihak.
  • Dan SEGALA SEJARAH tersebut HARUS di Bukukan sebagai KHAZANAH NEGARA yang sangat BERHARGA untuk Generasi yang akan datang.
  • Kita harus BERANI MENERIMA HAKIKAT SEJARAH seperti apa yang di lakukan oleh negara JEPUN.
Editor

No comments:

Post a Comment