Sunday 4 September 2011

ANTARA SAKA, KETURUNAN, MANUSIA DAN KETUHANAN - SIRI 3

Yelaaa.Com - Post#42


ANTARA SAKA, KETURUNAN, MANUSIA DAN KETUHANAN - SIRI 3
APA YANG PERLU ANDA NILAI


SAKA DI DALAM PSIKOLOGI
  • Secara AM nya, jika seseorang itu di warisi oleh apa juga SAKA tidak akan dapat di kuasai atau di belengu oleh Mahluk SAKA jika mereka itu TIDAK BERIKTIKAF atau BERSANGKA langsung bahawa Mahluk SAKA itu adalah sesuatu yang Penting, yang Istimewa atau yang sangat Mustahak di dalam kehidupan seharian mereka.
  • Hanya orang-Orang yang MENUMBUHKAN atau MENERBITKAN suatu bentuk KEYAKINAN untuk MEMPERCAYAI bahawa SAKA-SAKA itu adalah penting, istimewa dan Mustahak di dalam kehidupan seharian mereka, maka bermula dari situ lah PERTALIAN atau HUBUNGAN mereka dengan sesuatu SAKA itu TERJALIN....Atas sebab Yakin.
  • Ini membawa maksud bahawa, sesiapa yang tidak mengendahkan langsung kewujudan sesuatu SAKA di dalam Susur Galur keluarga mereka, adalah amat jarang untuk mewarisi SAKA ke dalam diri mereka
  • Dan Si SAKA selalu nya tidak akan dapat berbuat apa-apa selain dari hidup berhampiran dengan mereka sahaja dan Kefungsian mereka juga menjadi TERBATAS.
SINTOM NYA
  • Histeria.
  • Merasuk (tidak sedarkan diri) Semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.
  • Rasa Rendah Diri, Murung, Tiada Keyakinan
  • Ketakutan dan Trauma
  • Tiada Dapat Menumpukan Pada Kerja Yang Di Lakukan.
  • Di ganggu Semasa Beribadah.
  • Terdengar Bisikan.
AMALAN MEMBUANG SAKA
  • Banyak Amalan-Amalan untuk membuang SAKA ini di lakukan di Seluruh Nusantara termasuk di MALAYSIA dan semakin banyak pula Kaedah-Kaedah yang di guna-pakai.
  • Tetapi itu bukan perkara yang menjadi ISU UTAMA di sini, dimana yang terpenting sekali ialah bagaimana sesuatu SAKA (Mahluk Jin) itu di kesan dan bagaimana ia di keluarkan atau di hapuskan.
  • Dan Kaedah-Kaedah ini lah yang sangat perlu di jaga rapi AGAR perbuatan kita sebagai Pesakit, Anggota Keluarga Pesakit dan Para Perawat itu tidak bercanggah dengan Rukun Islam dan Rukun Iman.
PADA KEBIASAAN YA
BOMOH - PAWANG TRADISIONAL
  • Akan terlibat dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang cuba MEMENUHI TUNTUTAN SAKA sebagai Galang-Ganti untuk SAKA-SAKA itu keluar meninggalkan Pewaris SAKA.
  • Seperti kehendak mengorbankan sesuatu Hidupan seperti Binatang Ternakan yang berdarah Merah, Barangan tertentu dan Pembacaan mentera-mentera yang tidak terdapat di dalam Al-Quran.
  • Dan akan meminta Si Pewaris SAKA untuk melakukan pelbagai Upacara seperti Mandi Bunga, Berpuasa dan Bersedekah yang tidak menepati TUJUAN ISLAM.
KONSEP PERUBATAN ISLAM
  • Akan menggunakan Pembacaan Ayat-Ayat SUCI dari Petikan Surah-Surah AL-QURAN yang tertentu sebagai Kaedah untuk menghalau atau mengeluarkan sesuatu SAKA dari dalam diri seseorang Pewaris SAKA.
  • Dan di dalam setiap SESI PERUBATAN akan di sertai oleh Satu atau Lebih Anggota Perubatan mereka yang akan membantu di dalam keadaan yang mencabar seperti Pewaris SAKA itu bertindak ganas.
  • Pada kebiasaan nya, Pewaris SAKA akan bertindak LIAR atau KASAR ketika sesuatu Ayat Al Quran sedang di bacakan.
  • Dan Konsep Perubatan ISLAM seperti ini akan menitik-beratkan Hal-Hal seperti Berzikir dan Berwirid yang harus di amalkan oleh Si Pewaris SAKA.
KONSEP PERUBATAN ALTERNATIF
  • Konsep Perubatan Alternatif di dalam Pembuangan SAKA dan Mahluk-Mahluk Ghaib ini banyak di adaptasikan daripada Amalan-Amalan atau Kaedah Perubatan Kuno seperti di Zaman Firaun dan Cina Kuno
  • Seperti menggunakan Konsep AURA Wangi-Wangian dari bahan-bahan Tumbuhan Berbunga, Mandian Air Batu dan Penggunaan Batu-Batu Ber-Aura dengan TUJUAN untuk MENGUATKAN SEMANGAT Si Pesakit agar dapat menguasai Diri mereka semula.
APA YANG SAMA MENGENAI KAEDAH PERUBATAN DI ATAS
  • Setiap SESI Perubatan tidak dapat di lakukan hanya SEKALI
  • Setiap Pewaris SAKA di perlukan menjalani beberapa SESI RAWATAN
  • Setiap SESI PERUBATAN ada HARGA atau NILAI yang perlu DI BAYAR.
  • Setiap Perubatan Tidak Ada JAMINAN untuk SEMBUH sepenuh nya.
APAKAH SEBAB-SEBAB NYA
Ini adalah kerana SETIAP Tukang Rawat dari semua Kategori Perubatan itu :-
  • Tidak berkebolehan untuk MELIHAT Mahluk-Mahluk Ghaib seperti JIN, di sebabkan tidak ada Keistimewaan yang di perolehi secara semula jadi atau pun melalui usaha Amalan.
  • Mereka melakukan nya atas DASAR PERNIAGAAN seperti KLINIK MODEN kerana mereka menjadikan nya sebagai Sumber Ekonomi atau sebagai Perniagaan Utama dan Tetap.
IMPLIKASI NYA

  • Setiap Pewaris SAKA akan menghadapi KOS-KOS PERAWATAN yang Tinggi dari masa ke semasa yang terpaksa mereka tanggung seperti yang di tuntut oleh Pihak Perawat di dalam Kategori masing-masing.
  • Dan akan wujud Kos-Kos Tambahan untuk MEMBELI sesuatu Benda atau Perkara yang di Yakinkan sebagai PENDINDING yang di berikan dalam pelbagai Bentuk dan Rupa yang sebenar nya TIDAK PERLU.
PEMBUANG SAKA PROFESIONAL TULIN
CIRI-CIRI MEREKA:-
  • Berkebolehan untuk Melihat Mahluk Ghaib seperti JIN melalui KEISTIMEWAAN mereka sebagai seorang Manusia yang di dapati melalui Anugerah Tuhan. (wujud ramai)
  • Mereka dari golongan ini banyak melakukan Khidmat secara SUKARELA dan tidak mengambil sebarang UPAH.
  • Mereka tidak berimej seperti Pawang, Bomoh ataupun seperti Ustaz dan Ulama tetapi memiliki Kekuatan dan Keistimewaan yang Luar Biasa terutama di dalam hal-hal yang GHAIB.
CARA MEREKA BERTINDAK
  • Cepat dan Pantas di dalam Proses Pembuangan SAKA dan JIN kerana Golongan ini menggunakan Kaedah TANGKAP dan BUANG melalui Pengetahuan yang mereka miliki.
  • Tidak terdengar membaca apa-apa BACAAN untuk menangkap atau membuang Mahluk SAKA di dalam Tubuh seseorang.
  • Tidak menggunakan Apa-Apa Alat atau Barangan untuk mengeluarkan SAKA atau JIN dari Tubuh seseorang.
  • Tidak mengeluarkan Sebarang Cerita atau Alasan untuk di ceritakan kepada mangsa dan Ahli Keluarga yang terlibat
  • Tidak Langsung di lihat berkompromi dengan Mahluk SAKA atau JIN.
RUMUSAN NYA
  • GEJALA PEWARISAN SAKA ini hanya banyak terlibat di kalangan Orang-Orang di ASIA yang kurang terdedah dengan TEKNOLOGI dan KEMAJUAN SAINS dan TEKNOLOGI serta ILMU-ILMU KEDUNIAAN semasa.
  • Dimana mereka masih lagi TERIKAT dengan KEPERCAYAAN cerita-cerita Datuk Nenek Moyang mereka dan BANGGA menjadi sebahagian dari Warisan SEJARAH tersebut, tanpa MENILAI IMPLIKASI sebenar dari pelbagai Sudut.
BAKAL SEKSAAN
  • Antara kesan buruk ialah Pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana Roh sukar keluar, ini di sebabkan Saka-Saka itu tidak akan membiarkan Roh keluar dengan Mudah.
  • Keadaan yang lebih dahsyat boleh berlaku apabila Pemilik Saka sudah meninggal dunia tetapi Saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya dan akan menggantikan Roh yang telah keluar dari Jasad.
  • Pada mula nya memang Saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagai nya tetapi itu semua hanyalah tipu helah Saka bagi menyesatkan Manusia.
  • Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncak nya menyebabkan Manusia itu melakukan Dosa Besar iaitu SYIRIK kepada Allah SWT.
  • Ada pun Hukum mengguna atau mewarisi Saka adalah HARAM dalam Islam seperti Firman Allah Swt dalam Al-Quran "Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan). (Allah berfirman): Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’ .Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (al-An’aam: 128).
PANDUAN
  • Untuk melindungi diri gangguan Pengamal Saka ini eloklah kalau dapat diamalkan beberapa potong Ayat Al-Quran dan Wirid yang ma’thur yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
  • Yakin lah jika diri seseorang itu sudah ada pendindingnya, pasti makhluk yang jahat tidak dapat menembusi nya dan Banyakkan membaca Ayat-Ayat SUCI Al-Quran terutama nya Ayat 97 dan 98 dari Surah Al-Mukminun
  • ATAU belajar RAHSIA DIRI seperti apa yang telah di Kurniakan oleh Allah Swt terhadap setiap Mahluk MANUSIA
Editor

No comments:

Post a Comment