Thursday 15 September 2011

TERJAH : ADAKAH BUDAYA BAHARU

Yelaaa.Com - Post#49


TERJAH : ADAKAH BUDAYA BAHARU
DAN APAKAH HUKUM NYA DI DALAM ISLAM


PERUTUSAN EDITOR
  • TOPIK TERJAH ini adalah Topik Pilihan Rakan Facebook Encik Mohd Zurrin Abu Sapian yang menganggotai DrSoul's Hall of Your IDEAS.
  • Dimana beliau ingin Perkataan TERJAH ini DI RUNGKAI dan DI HURAI dari pelbagai SUDUT sebagai Wadah untuk Rakan-Rakan Pembaca
  • Oleh kerana Topik ini sangat menarik dan telah menjadi Suatu BUDAYA BAHARU di kalangan masyarakat Melayu Islam, maka adalah Topik ini di jadikan Bahan Pembelajaran untuk semua.
DEFINASI TERJAH
  • Suatu Perbuatan atau Kelakuan yang Mengambil Tahu Hal Ehwal Orang lain TANPA KEIZINAN daripada mereka atau dengan maksud Mencuri Pandang dan Mencuri Dengar, yang juga di sebut sebagai INTIP atau INTIPAN.
  • Yang di lakukan oleh Orang-Orang yang SENGAJA MAHU mengambil tahu dengan NIAT atau TUJUAN yang tidak baik.
  • Dan menghebahkan APA yang mereka Lihat, Dengar atau Tahu mengenai Diri Orang yang di sasarkan untuk Pengetahuan Orang lain.
  • Dengan Harapan Orang tersebut akan mendapat AIB atau MALU dengan Berita yang di sebarkan Tanpa Izin tersebut.
  • TETAPI jika di dalam Bahasa INDONESIA Perkataan TERJAH itu bersamaan dengan "MEMBUTUHKAN" atau di dalam maksud di dalam Bahasa MELAYU nya ialah MEMERLUKAN.
  • TERJAH juga di gunakan sebagai Maksud MELAWAT TANPA UNDANGAN ke Tempat-tempat, Rumah-Rumah, Laman-Laman Web, Blog-Blog Peribadi orang lain secara Rambang dengan Tujuan yang Baik atau pun Tidak Baik.
KATEGORI TERJAH
TERJAH YANG BURUK
  • Ini yang selalu di lakukan oleh Orang-orang yang Tidak Bertanggung Jawap untuk Merosakkan Nama Baik Diri Seseorang dengan Alasan-Alasan tertentu seperti di dalam Kepentingan Politik.
  • Atau di dalam Penerbitan Majalah-Majalah Gossip dan Akhbar-Akhbar terhadap Orang-Orang tertentu sebagai bahan untuk Melariskan Penjualan.
  • Atau di lakukan oleh Pesaing-Pesaing Perniagaan untuk mencari kelemahan-kelemahan Pihak Saingan bagi memberikan Kesan Buruk
  • Atau di lakukan oleh Rakan-Rakan sendiri yang MENGINTIP segala Perbuatan Sumbang anda untuk di beritahu kepada Rakan-Rakan yang lain.
  • Atau oleh Isteri terhadap Suami dan oleh Suami terhadap Isteri di dalam mencari Kesalahan dan kelemahan Diri masing-masing untuk Tujuan yang tertentu.
  • Atau di kalangan Adik Beradik sendiri yang mahu sesuatu yang Buruk itu di ketahui oleh Adik Beradik yang lain juga dengan Niat yang Buruk.
TERJAH YANG BAIK
  • Adalah seperti Pengintipan terhadap sesuatu Perbuatan yang Menyalahi Undang-Undang Kampung, Negeri dan Negara yang di lakukan oleh Pegawai-Pegawai KHAS dari Jabatan-Jabatan tertentu Kerajaan
  • Seperti Kes-Kes Perjudian Haram, Pelacuran, Penyeludupan, Kes-Kes Rasuah dan Penyalah-Gunaan Kuasa di kalangan Golongan yang di sasarkan.
  • Dimana Terjahan seperti ini adalah di bawah Perlindungan Undang-Undang yang hanya di berikan kepada Jabatan-Jabatan dengan Pegawai-Pegawai Petugas yang tertentu sahaja.
  • Atau oleh Penyiasat-Penyiasat SULIT PERIBADI yang di Upah untuk memantau sesuatu Kes yang melibatkan banyak Pihak dan di lakukan secara Profesional.
  • Atau Kes-Kes Terjahan oleh Pegawai-Pegawai Anti-Maksiat dari Jabatan Agama Islam di Kawasan-Kawasan tertentu untuk Pencegahan Maksiat.
LAIN PULA MAKSUD JIKA DI SEBUT TERJAHAN
  • TERJAHAN akan berubah Sifat Perbuatan nya daripada Maksud TERJAH yang Asal, dimana TERJAHAN ini pula merujuk kepada sesuatu Perbuatan Provokasi atau Mencabar atau Mendahului Perbuatan lebih awal dari Orang lain.
  • Seperti apa yang berlaku di dalam Permainan Bola Sepak dimana pihak pemain pertahanan akan sering melakukan TERJAHAN terhadap pemain lawan yang sedang membawa bola ke dalam kawasan pertahanan mereka.
  • Atau melakukan sesuatu sebelum sesuatu itu berlaku untuk Tujuan Menghalang sesuatu itu daripada berlaku untuk Tujuan Kebaikan daripada mengalami sebarang Kemudaratan atau Kerosakan.
  • TERJAHAN seperti ini banyak di lakukan oleh pasukan-Pasukan KESELAMATAN seperti Angkatan Tentera dan Polis di dalam sesuatu Suasana yang GAWAT atau di dalam PERANG.
APA HUKUM MENERJAH INI DI DALAM ISLAM
Firman-Firman Allah SWT yang bermaksud: 
  • “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenaran nya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat - Ayat 6)
  • Dan Baginda Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud “Menyelidik dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah adalah daripada syaitan.”
MAKSUD NYA
  • APA JUGA Jenis Kegiatan dengan melakukan TERJAH, MENERJAH atau TERJAHAN dengan NIAT dan TUJUAN untuk memburuk-burukkan Keperibadian Orang lain Adalah DI TEGAH di dalam ISLAM
  • Dan Sifat dan Sikap tersebut adalah BERDOSA kerana MENGAIBKAN Orang lain serta DI MURKAI oleh Allah Swt dan Rasul
KERANA TERJAH JUGA DI DALAM DOSA FITNAH

Firman Allah SWT :
  • "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." Surah Al-Qalam - Ayat 10-12
Firman Allah SWT :
  • "Dan Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." Surah Al-Baqarah - Ayat 217
Firman Allah SWT :
  •  "Sesungguh nya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar." Surah An-Nur - Ayat 23
Rasulullah SAW bersabda :
 "Tidak akan masuk syurga yang membawa Fitnah." - Hadith Riwayat.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah


DI ANTARA JENIS-JENIS FITNAH DARI KEGIATAN TERJAH
  • Fitnah melalui Kepimpinan Negara.
  • Fitnah dalam Belajar kerana mahu dapat Jawatan.
  • Fitnah melalui Penampilan Diri dan Cara Berpakaian.
  • Fitnah melalui Ungkapan.
  • Fitnah melalui Penulisan.
  • Fitnah melalui Iklan Produk.
  • Fitnah melalui Penglibatan dalam Sukan dan Hiburan.
  • Fitnah Berbangga kerana Berjaya memperbanyakkan Bilangan Masjid.
  • Fitnah kerana Meninggalkan Kewajiban Beribadat.
  • Fitnah kerana Tidak menunjukkan Akhlak Islam yang Mulia.
MANUSIA SUKA MEMFITNAH KERANA HASIL TERJAH

Hendak Berjaya dalam Pekerjaan.
  • Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.
Memburukkan Peribadi Orang lain.
  • Ini di lakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mempunyai Kepentingan tertentu.
Tujuan Tertentu.
  • Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.
  • Lelaki tersebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.
Ingin Glamour.
  • Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan Nama,Kedudukan, Status dan sebaginya.
Suka-Suka.
  • Ada juga yang memfitnah kerana suka-suka.
Ahli Neraka.
  • Dalam Hadith Sahih jelas di nyatakan tempat seseorang ke Syurga atau Neraka ketika ia masih dalam RAHIM ibu nya.
  • Mungkin Golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan Ciri-Ciri  Ahli Neraka
  • Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita Ahli Neraka.
AKHIR KATA
  • Walau APA pun ISTILAH anda untuk menggunakan TERJAH yang BERNIAT TIDAK BAIK, sebaik nya JANGAN di lakukan.
  • Dan JANGAN MENCONTOHI Sekmen TERJAH MELODI TV3 kerana apa yang mereka lakukan itu telah di rancang lebih awal dengan persetujuan mangsa-mangsa untuk Tujuan Publisiti dan rating Rancangan TV tersebut.
  • Dan dari Sudut Perlaksanaan TERJAH ini sememang nya TIDAK WUJUD sebarang kebaikan kerana walau bagaimana baik pun TUJUAN nya, akhir nya akan MENIMBULKAN FITNAH.
Editor

No comments:

Post a Comment