Wednesday 7 September 2011

KEMELUT ANTARA TUAH, JEBAT DAN SULTAN

Yelaaa.Com - Post#44


KEMELUT ANTARA TUAH, JEBAT DAN SULTAN 
DIMANA KAH PENDIRIAN ANDA ITU BERDIRI


SEJARAH, HIKAYAT ATAU MITOS
  • Kisah mengenai Pendurhakaan dan Pembunuhan Hang Jebat oleh Hang Tuah yang di Hikayatkan bermula dari Zaman Pemerintahan 6 Sultan yang bermula dari Zaman Sultan Muhammad Shah, Raja Ibrahim, Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan meninggal dunia semasa Pemerintahan Sultan Shah Mahmud.
  • Yang berkaitan dengan Tun Sri Lanang melalui tulisan-tulisan Laksamana Khoja Hassan dan yang diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris Lama untuk HRH Raja James I dari England pada Tahun 1616 oleh Sultan Iskandar Muda of Aceh. ( BACA DI SINI )
  • Dan di susun dan di sunting oleh Abdullah Abdul Kadir pada tahun 1819 untuk memberi faedah kepada Sir Stamford Raffles.
  • Jika ini di jadikan Sandaran maka HIKAYAT Sejarah mengenai TUAH-JEBAT ini bukan lah sebagai MITOS atau HAYALAN SEJARAH semata
  • Dan banyak Kisah-Kisah telah di tulis menurut pelbagai Persepsi Penulisan telah di hasilkan oleh ramai cerdik pandai yang terdahulu hingga ke hari ini.
  • Dimana Pemikiran Umum banyak berkisar di antara KEMELUT Siapa PENDURHAKA dan Siapa PAHLAWAN yang Wajib di Nobatkan menurut HIKAYAT yang di rakamkan oleh SEJARAH.
  • Dan semakin banyak KEMELUT ini di bincangkan maka akan semakin banyak HURAIAN-HURAIAN yang di ketengahkan menurut Hasil Pendapat Pemikiran masing-masing.
  • Tetapi belum wujud sesuatu HURAIAN yang dapat di terima ramai secara Pendapat yang MUTLAK untuk MENTAKRIFKAN kemelut SIAPA yang Layak di sebut sebagai PENDURHAKA dan SIAPA yang layak di Nobatkan sebagai PAHLAWAN
APA YANG PERLU DI KETAHUI MELALUI SEJARAH INI
  • PERTAMA : KUASA RAJA atau SULTAN
  • KEDUA : KETAATAN 
  • KETIGA : KEADILAN
HURAIAN NYA
KUASA RAJA -SULTAN
  • Apa yang di catat di dalam Sejarah tersebut, Sultan yang terlibat (maaf tidak di sebut nama) di zaman itu, Sultan yang Memerintah telah menggunakan Kuasa nya untuk kepentingan PERIBADI sahaja, tanpa memikirkan Kesan atau Implikasi yang akan berlaku daripada Titah yang beliau kerahkan.
  • Dimana, sikap atau Tindakkan tersebut adalah sudah Tidak Relevan di dalam Pemerintahan di zaman ini dan akan di pandang atau di anggap sebagai Tidak Bertamadun.
  • Kerana, Sultan pada masa itu amat mudah di pengaruhi oleh Tipu Daya dari Penasihat-Penasihat Istana yang telah mengambil kesempatan dari Kelemahan di dalam Sistem Pemerintahan Sultan yang di lihat kurang cerdik.
  • Dimana, masaalah Kurang Cerdik ini pula berkaitan pula dengan Ilmu Pengetahuan Sultan yang Dangkal mengenai Sistem Pemerintahan yang di warisi dari keturunan Sultan-Sultan yang terdahulu.
  • Maka, apa juga keputusan-keputusan yang di Titahkan oleh Sultan pada zaman itu, tidak mencerminkan Kebijaksanaan nya sebagai Penguasa Negara.
KETAATAN
  • Di dalam Prinsip kehidupan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi, sememang nya telah di terapkan dengan Nilai-Nilai KETAATAN atau SETIA KAWAN yang JITU terhadap Sultan, Negara dan Sahabat Handai
  • Dan kerana Nilai Prinsip-Prinsip tersebut lah mereka berlima dapat menempa nama sebagai Pahlawan-Pahlawan terbilang di dalam Sejarah Negeri Melaka dan Ketuanan Melayu.
  • Dimana melalui prinsip tersebut, setiap Rakan adalah di ibaratkan sebagai SATU TUBUH dan tidak boleh di abaikan dengan apa cara sekali pun
  • Begitu juga Ketaatan kepada Raja dan Negara yang di rujuk sebagai sebuah Institusi yang Tinggi Martabat nya di dalam Hirarki masyarakat pada masa tersebut.
KEADILAN
  • Pada zaman tersebut, soal-soal KEADILAN amat tinggi di perjuangkan di dalam kehidupan masyarakat dan kerana itu wujud ramai Pejuang-Pejuang Bangsa yang terdiri daripada Pandai Pencak Silat yang berkebolehan di dalam Ilmu Bela Diri
  • Dan setiap Anak Muda di galakkan untuk mempelajari nya sebagai suatu kewajipan untuk membela keluarga dari sebarang Penganiayaan yang berleluasa seperti Ancaman Lanun-Lanun pada zaman tersebut.
  • Keadilan yang di tegakkan oleh orang-Orang terdahulu adalah berlandaskan kepada Amalan KETAATAN kepada Ibubapa, keluarga dan Sultan serta Negara yang perlu Pembelaan apabila ianya Tercabar.
BERBALIK KEPADA SEJARAH HANG TUAH DAN HANG JEBAT
TITAH SULTAN
  • Titah Sultan supaya Hang Tuah itu di Hukum Bunuh di dasarkan oleh HASUTAN kerana kelemahan Sultan itu sendiri untuk berfikiran terbuka sebagai Penguasa Negara dan Ketiadaan Sistem Perundangan
  • Dimana Penasihat Di Raja dengan SENGAJA mahu melihat Hang Tuah itu di hapuskan melalui Perintah Sultan agar dia mendapat manfaat dari kelupusan Hang Tuah.
  • Yang pada waktu itu, jawatan Hang Tuah adalah sebagai Laksamana Perang yang bersamaan dengan menteri Pertahanan terkini.
  • Tetapi kerana Sifat Berfikiran Jauh yang di miliki oleh Memanda Menteri yang tahu akan Tipu Helah Sri Karma Wijaya, maka Hang Tuah di sembunyikan sebagai Kewajaran daripada Khidmat dan Taat Setia Hang Tuah kepada Sultan dan Negara.
  • Maka selepas Ketiadaan Hang Tuah, Sultan tidak MENJANGKA bahawa akan terbit kemarahan daripada Hang Jebat dan tindakkan nya tidak dapat di bendung oleh Kuasa Sultan yang ada termasuk Penasihat Di Raja nya.
PENDURHAKAAN HANG JEBAT
  • Dari  Sudut Hukum ADAP Kesultanan Melayu sememang nya perbuatan Hang Jebat yang menentang Sultan sebagai SIFAT DURHAKA
  • tetapi Hang Jebat berpegang kepada ADAP KETAATAN dan KEADILAN terhadap seseorang yang di anggap sebagai Ahli keluarga nya sendiri yang telah DI ANIAYA.
  • Dan Hang Jebat Merelakan Diri dan Pangkat yang di jawat nya di gadaikan untuk memberi Pembelaan kepada Hang Tuah yang di YAKINI telah Di BUNUH oleh Titah Sultan.
  • Tetapi jika di lihat dari Sudut HAK ASASI KEMANUSIAAN, Perlakuan Hang Jebat di lihat sebagai PENEGAK KEADILAN terhadap Undang-Undang yang Tidak Berperi Kemanusiaan 
  • Dan Pendurhakaan Hang Jebat lebih cenderung kepada MEMBANTAH Undang-Undang yang ZALIM dan TIDAK ADIL yang di terbitkan melalui HASUTAN.
  • Itu tidak bermakna Hang Jebat di lihat menentang Sultan kerana Sultan itu Sultan tetapi Hang Jebat menentang Sultan kerana Sultan itu di bawah Pengaruh orang lain di dalam menetapkan Undang-Undang yang Zalim.
PEMBUNUHAN HANG JEBAT DI TANGAN HANG TUAH
  • Pembunuhan Hang Jebat melalui Kecederaan dari Keris Taming Sari adalah Lambang KETAATAN seorang Saudara Muda kepada Saudara yang lebih Tua dan yang lebih di hormati.
  • Dan Penghormatan Hang Jebat untuk memberi Peluang kepada Hang Tuah menjalankan TAAT SETIA nya kepada Sultan yang harus DI TAATI perintah nya menurut Tanggung Jawap nya sebagai Laksamana Perang Negara.
  • Dimana Hang Tuah itu sedar bahawa Pendurhakaan Hang Jebat kepada Sultan adalah bersebab daripada "PEMBUNUHAN NYA" yang tidak di ketahui oleh Hang Jebat.
  • Tetapi Hang Tuah terpaksa menjalankan Tugas nya untuk membunuh atau menghapuskan Hang Jebat atas Keselamatan Negara yang di bawah Tugas dan Tanggung Jawap nya sebagai Laksamana Perang atau Menteri Pertahanan.
  • Disini lah bermain nya kemelut di antara KETAATAN kepada Sultan dengan KETAATAN kepada Saudara yang di kasihi, dan akhir nya Hang Tuah mengambil keputusan untuk TAAT kepada SULTAN  dan mengenepikan Saudara nya sendiri.
  • Ini bukan suatu Keputusan yang mudah untuk Hang Tuah ambil dan oleh kerana itu Pertarungan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat mengambil masa selama 3 hari, untuk membolehkan mereka mencari Suatu Titik Persefahaman mengenai ISU KETAATAN.
  • Akhir nya Hang Jebat AKUR terhadap kemelut tersebut dan RELA untuk menjadi MANGSA KEADAAN dan memberi peluang untuk Hang Tuah membunuh nya dengan memberikan kembali Keris Taming Sari agar dia mudah di cederakan oleh Hang Tuah.
YANG BERLAKU DI DALAM INSIDEN TERSEBUT
  1. Hang Tuah tidak Membunuh Hang Jebat tetapi hanya mencederakan nya dan tidak Wujud NIAT untuk membunuh,
  2. Hang Jebat Tidak Tewas dalam Pertarungan tetapi tercedera kerana sudah ketiadaaan PENDINDING atau Kekebalan dari Kesaktian Keris Taming Sari.
  3. Hang Jebat menemui Ajal bukan kerana Tusukan Keris Taming Sari tetapi kerana terkena RACUN yang mengguris tubuh nya, dimana Hang Jebat Mati selepas 4 hari tercedera.
  4. Hang Jebat juga tidak pernah menganggap Hang Tuah itu PENGKHIANAT Persaudaraan mereka kerana TAAT kepada TUGAS nya kepada Sultan dan Negara
  5. Dan Hang Tuah juga tidak pernah menganggap Hang Jebat itu pula sebagai PENDURHAKA terhadap Sultan tetapi melihat Hang Jebat adalah Mangsa kepada KONSPIRASI PEMBUNUHAN nya sendiri atas Tujuan Politik Golongan tertentu.
PERSOALAN SIAPAKAH PENDURHAKA DAN SIAPA PAHLAWAN
IRONI NYA
  • Kedua-dua HANG TUAH dan HANG JEBAT ini adalah PAHLAWAN NEGARA TERBILANG dan tidak akan wujud PENAFIAN untuk ANUGERAH itu terhadap mereka berdua berdasarkan Timbang-Tara dan Budi-Bicara yang mereka TUNJUKKAN yang Tidak Akan TERMAMPU di lakukan oleh orang-orang pada Zaman ini.
  • Kedua-dua mereka juga adalah PENDURHAKA terhadap SISTEM KERAJAAN YANG ZALIM dan TIDAK ADIL, dimana selepas Kematian Hang Jebat, Hang Tuah tidak meneruskan Tugas nya sebagai Laksamana Perang Negeri Melaka, sebalik nya beliau pergi MERANTAU dan meninggalkan Melaka. Ini menunjukkan SIKAP Hang Tuah yang tidak MERESTUI Tindakkan Sultan Melaka pada ketika itu.
  • Dan SULTAN MELAKA telah dapat mempelajari sesuatu daripada INSIDEN tersebut, dimana Sikap Menuruti NAFSU dan Mendengar Nasihat secara Membabi Buta telah meruntuhkan Kewibawaan nya sebagai SULTAN yang di Hormati oleh Rakyat
Editor

No comments:

Post a Comment