Tuesday 2 August 2011

ANAK REMAJA: BAGAIMANA BERHUBUNGAN DENGAN MEREKA

Yelaaa.Com - Post#16


ANAK REMAJA: BAGAIMANA BERHUBUNGAN DENGAN MEREKA
ANAK-ANAK YANG SEMAKIN DEWASA


ANAK REMAJA
  • Anak-Anak Remaja boleh di Klasifikasikan dari usia 10 Tahun hingga 20 Tahun yang terdiri daripada Anak Lelaki dan Perempuan.
  • Dimana Usia sekitar 10 - 15 Tahun adalah Masa-Masa yang sangat MENCABAR kepada Ibu Bapa yang telah menjaga mereka dari Lahir.
  • Di dalam Lingkungan Usia ini, Anak-Anak telah menunjukkan Kecenderungan mereka terhadap Isu-Isu Seks Kejantinaan secara lebih Aktif lagi.
  • Dan ada yang terdorong untuk menonton Video-Video Lucah melalui Media Internet untuk mengetahui  nya dengan lebih lanjut.
PERLU BIMBINGAN
  • Ibu Bapa yang memiliki Anak-Anak Remaja yang di dalam Lingkungan Usia sedemikian HARUS memainkan Peranan yang lebih Aktif untuk melakukan pelbagai Penerangan melalui Sesi-Sesi Perbincangan yang di lakukan secara Santai.
  • Kerana jika Ibu Bapa tidak memainkan Peranan tersebut, Anak-Anak Remaja akan di pengaruhi oleh desakan kawan-kawan untuk menonton Video-Video Lucah di Internet TANPA Bimbingan Maklumat yang Tepat dan Betul.
KESAN BURUK
  • Dimana Anak-Anak Remaja ini akan menganggap bahawa menonton Video Lucah ini sebagai Aktiviti untuk mengisi Masa Lapang.
  • Atau menggunakan nya sebagai Alat untuk menaikkan atau menerbitkan Keghairahan Seks mereka yang lama-kelamaan akan membuat mereka menjadi KETAGIH SEKS.
  • Dan jika mereka telah sampai kepada peringkat Ketagihan Seks, samaada hanya untuk menaikkan Nafsu atau untuk melepaskan Nafsu, maka mereka telah TIBA ke Tahap yang PALING BAHAYA dimana mereka boleh Terdorong untuk melakukan nya terhadap Rakan-Rakan yang di kenali atau pun terhadap Orang-Orang yang tidak mereka kenali.
  • Tindakkan mereka yang sebegini akan mengakibatkan mereka terdedah kepada Kesalahan Seks dan boleh di Dakwa sebagai MEROGOL atau MENCABUL KEHORMATAN Orang lain.
  • Dan oleh kerana mereka di Bawah Usia 21 Tahun, maka mereka akan di Klasifikasikan sebagai Pesalah JUVANA yang memperuntukkan Perundangan yang Khusus.
APA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN
Jika para Ibu Bapa tidak Berkeyakinan untuk memberi Penerangan mengenai Seks dan Implikasi nya, Para Ibu Bapa harus mengambil langkah-langkah lain seperti:
  • Mendapatkan Khidmat Pakar Motivasi Remaja untuk memberikan Anak-Anak mereka Bimbingan yang sewajar nya melalui kelas-kelas Motivasi yang di anjurkan oleh Pakar-Pakar bertauliah.
  • Atau mendapatkan Khidmat Para Assatizah seperti Ustaz atau Ustazah untuk memberikan Ceramah di rumah sendiri yang di adakan secara berkumpulan.
  • Atau mendapatkan Pertolongan daripada Ahli keluarga lain yang boleh memainkan Peranan sebagai Penasihat kepada Anak-Anak Remaja sebegini.
YANG TIDAK BOLEH DI LAKUKAN
Perkara-Perkara seperti yang berikut tidak boleh di gunakan sebagai CARA atau KAEDAH untuk MENGAJAR Anak-Anak Remaja di dalam Usia ini.
  • Memarahi mereka menonton Video-Video Lucah TANPA memberikan Sebab-Sebab mengapa mereka itu Tidak Boleh menonton nya.
  • Membebel atau Menyumpah Seranah kepada mereka seolah-olah mereka telah melakukan Suatu JENAYAH yang Besar dan Tidak Boleh Di Ampunkan.
  • Membuat Tuduhan-Tuduhan Rambang seperti mereka telah melakukan perkara-perkara tersebut di luar pengetahuan anda.
  • Atau apa juga Tuduhan yang boleh menjatuhkan maruah dan Semangat mereka sebagai Anak Remaja.
PERSOALAN MENGAPA
  • Anak-Anak Remaja yang berada di dalam Lingkungan Usia tersebut, mereka teramat Sensitif terhadap TEGURAN yang menggunakan Cara yang Kasar dan Tidak Berdiplomasi.
  • Kerana di dalam Lingkungan Usia tersebut, mereka sangat-sangat memerlukan Bimbingan dengan memberikan Penjelasan-Penjelasan yang LOGIK dari Hukum Akal
  • Ini di sebabkan oleh Usia mereka itu maseh di dalam Proses-Proses Pembelajaran mengenai Soal-Soal Kehidupan untuk melangkah ke Alam Kedewasaan seterus nya.
  • Jika keinginan INGIN TAHU mereka itu DI SEKAT atau DI HALANG, mereka akan CUBA untuk mendapatkan maklumat selanjut nya secara Sulit kerana menyifatkan anda sebagai Ibu Bapa tidak mahu memberikan kerja-sama.
  • Dan akan menganggap Ibu Bapa sebagai Kolot, Cetek Ilmu, Tidak berfikiran Terbuka dan yang sebagai nya.
  • Akhir nya, mereka akan Menjauhkan Diri daripada Ibu Bapa terhadap Hal-Hal yang melibatkan Psikologi Peribadi mereka dan akan berpaling kepada Rakan-Rakan.
  • Juga akan menyebabkan mereka akan menjadi lebih "rebellious" atau Kuat Melawan terhadap Ibu Bapa sendiri.
CARA TERBAIK
  • Para Ibu Bapa HARUS belajar untuk bagaimana mahu menyampaikan Ilmu Pengetahuan yang tertentu kepada Anak-Anak daripada mereka maseh kecil hingga mereka memasuki Alam Keremajaan.
  • Samaada dengan memperbanyakkan Membaca Buku-Buku yang berkenaan Pertumbuhan Minda Anak-Anak atau dengan mengikuti Kelas-Kelas BIMBINGAN Keibu-bapaan.
  • Ini semua adalah proses persiapan untuk mendidik Anak-Anak daripada Usia Kanak-Kanak hingga memasuki Alam Remaja.
  • Dan Anak-Anak sebaik nya di Latih daripada Usia Kanak-Kanak untuk Meluahkan segala Permasaalahan yang mereka Tempuh atau Alami dengan Cara Terbuka kepada anda sebagai Ibu Bapa.
  • Dan di dalam HAL ini anda sebagai Ibu Bapa HARUS Berperanan sebagai MENTOR dan bukan sebagai Ibu Bapa yang bersifat Kuku Besi, Bengis dan sebagai nya.
  • Kerana, Anak-Anak yang telah di didik dari Usia Kanak-Kanak untuk Bersifat BERTERUS TERANG dengan anda sebagai Ibu Bapa akan dapat MENAWAN HATI Anak-Anak untuk MEMPERCAYAI anda sebagai TEMPAT RUJUKAN mereka.
YANG TERPENTING
  • Anak-Anak harus di berikan DIDIKAN Dunia dan Akhirat secara SEIMBANG dan anda sebagai Ibu Bapa harus mencari Formula untuk bagaimana memenuhi Keperluan Ilmu Pengetahuan Anak-Anak yang membesar.
  • Oleh itu sebagai Ibu Bapa anda perlu bertanya kepada Diri Sendiri untuk mencari Apakah kelemahan Anda untuk menjadi MENTOR terhadap Anak-Anak sendiri.
  • Dan jangan Merasa Puas Hati dengan hanya memberikan Keperluan tempat Tinggal dan Makan Minum sahaja kepada mereka.
  • Kerana, jika Anak-Anak mendapat Didikan dan Perhatian yang Cukup daripada Ibu Bapa mereka sendiri, mereka Tidak Akan Mudah Di Pengaruhi oleh pengaruh-Pengaruh dari Luar yang terutama nya Pihak Rakan-Rakan.
  • Ini membawa maksud bahawa ILMU yang memadai akan menjadi Benteng kepada Anak-Anak untuk menilai dan Mengetahui APA yang BURUK dan APA yang BAIK.
Editor

No comments:

Post a Comment