Saturday 6 August 2011

ISTANA BAHAGIA: BILA MAHLIGAI BERGONCANG

Yelaaa.Com - Post#19


ISTANA BAHAGIA: BILA MAHLIGAI BERGONCANG
DIMANA PUNCA MASAALAH NYA


ISTANA BAHAGIA
  • Adalah merujuk kepada Sebuah Rumah Tangga yang di bina melalui pelbagai cara, samaada berdasarkan CINTA atau Suka Sama Suka atau Pilihan Keluarga atau kerana terpaksa oleh sesuatu yang tidak dapat di elakkan.
  • Apabila AKAD NIKAH di lafaskan maka terbina lah Sebuah Mahligai Rumah Tangga di antara Dua Manusia dari kaum Adam dan Hawa.
  • Dan bermula lah Episod Kehidupan sebagai Sepasang Suami-Isteri yang di penuhi oleh pelbagai Tuntutan Tugas dan Tanggung Jawap di antara kedua nya.
PELAYARAN MAHLIGAI BAHTERA
  • Kehidupan Berumah Tangga jika Salah Penerimaan nya, tidak akan menemui Kebahagian yang di cari oleh Sepasang Kekasih yang saling mencintai.
  • Kerana di dalam kehidupan Berumah Tangga ini akan membawa sesuatu Pasangan dari Suatu Tempat kepada tempat yang lain, yang sebelum ini mereka tidak pernah merasai nya.
  • Kerana itu, bukan semua sesebuah Pelayaran Mahligai Bahtera itu berjaya sampai ke Destinasi yang di Tuju tanpa Gelora, Ribut dan Taufan.
  • Dimana kebanyakan Mahligai Bahtera GAGAL untuk meneruskan Pelayaran di sebabkan KARAM di Lautan.
  • Perkara seperti ini sudah menjadi suatu Trend di dalam semua Masyarakat tidak mengira Bangsa, Keturunan, Agama dan Pendidikan.
APAKAH PUNCA NYA
  • Melalui Pengalaman sebagai Marriage Counsellor untuk sebuah Mahkamah Keluarga, dapat di lihat terlalu banyak Kes-Kes Penceraian dan Tuntutan Perceraian di rujuk ke Mahkamah Syariah dan Sivil
  • Dan melalui DAPATAN tidak rasmi, lebih daripada 75% daripada Kes-Kes yang di fail kan itu berpunca daripada Perasaan Marah, Perasaan Benci, Hilang Kepercayaan dan Kes Curang.
  • Dan Golongan lagi 25% adalah di dalam masaalah-masaalah Kewangan, Nafkah, Tempat Tinggal, Perangai Buruk, Campur Tangan Keluarga, Tugas & Tanggung Jawap Terabai dan Masaalah Jagaan Anak-Anak.
  • Tetapi lebih daripada 50% Kes Tuntutan cerai dapat di batalkan setelah di berikan nasihat-nasihat serta di maklumkan kesilapan masing-masing dan mereka akur untuk melakukan Pembetulan di dalam perhubungan Suami-Isteri.
PENJELASAN NYA
Daripada Kes-Kes tersebut dapat di pastikan bahawa kebanyakan Pasangan Suami-Isteri yang membuat Tuntutan untuk Bercerai di Mahkamah-Mahkamah adalah berpunca daripada: (saya ambil 3 sahaja)
  • Kurang Pemahaman Fungsi Tugas & Tanggung Jawap sebagai Suami & Isteri
  • Kurang Pemahaman mengenai Budi Pekerti Pasangan masing-masing.
  • Kurang Pemahaman mengenai Undang-Undang Perkahwinan
PENJELASAN SELANJUT NYA UNTUK PERKARA DI ATAS
PERANAN SUAMI
  • Suami adalah Ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, Suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, Menyelaraskan kesemua nya, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarga nya.
  • Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung pembiayaan untuk isteri pergi belajar. 
  • Dalam hal ini suami yang Bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipan nya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan Beragama.
  • Pentadbiran Suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan Rahmah (belas kasihan ) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. 
  • Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W menyifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumah nya.
  • Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. 
  • Misal nya jika kita di amanah kan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentu lah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap Wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.
  • Tanggungjawab Suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila.
  • Ada pun orang yang bodoh (safah) yang di tahan dari mengurus harta benda dan diri nya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin wali nya. 
  • Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.
  • Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada Ibadah tidak digalakkan berkahwin. 
  • Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan Nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidup nya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak di sunatkan dan Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.
  • Kita dapat melihat dengan jelas bahawa Perkahwinan itu hanya di galakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah WAJIB.
PERANAN ISTERI
  • Bergaul dengan Suami secara baik dan Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi Isteri menggauli Suami nya dengan baik.
  • Mengendalikan kerja-kerja rumah dan Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anak nya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah.
  • Berhias untuk Suami dan Isteri hendak lah sentiasa berada di hadapan Suami dalam keadaan menarik dan kemas.
  • Dengan itu Suami menjadi terhibur ketika di samping nya dan Tugas ini tidak dapat di laksanakan dengan baik oleh Isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar prihatin.
  • Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga, Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isteri nya: "Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "
  • Isteri hendaklah Taat kepada Suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia Ketua Rumah-Tangga. 
  • Jika hendak keluar rumah mesti lah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan Suami di luar. 
  • Sekira nya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasuI Nya, ia mestilah menyokong nya dan memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.
  • Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama Suami dan Wanita yang menjaga kehormatannya di anggap oleh Rasulullah Saw sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.
  • Inilah di antara kewajipan isteri terhadap Suami dan Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. 
  • Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini di tetapkan oleh Islam sebagai Peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah Swt dan Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawab nya. 
  • Dengan mengamalkan Prinsip Agama dengan betul, akan wujud lah Keluarga Bahagia yang merupakan Tahap Pertama Pembentukkan Masyarakat Islam.
SEMUA INI ADALAH KESAN REVOLUSI 
  • Sejak Kejatuhan Umat Islam dari memegang TERAJU Kepimpinan Manusia, dengan kemunculan TAMADUN Barat  ajaran Islam di usahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. 
  • Kejahilan umat Islam terhadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan Personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap. 
  • Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan Kemaraan nilai-nilai songsang dan la mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat.
  • Keadaan yang di sebutkan di atas mempengaruhi Sikap Masyarakat Islam dalam segenap kehidupan iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk ini. 
  • Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluarga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya, bukan lah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah berlaku nya Krisis Personaliti Islam dan Kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.
  • Walaupun pada umum nya Masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu ikatan suci, tetapi Minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembang nya maksiat dan lumrah nya Perzinaan. 
  • Lebih-lebih lagi Perzinaan yang berlaku di kalangan orang yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat di ambil-berat oleh kalangan masyarakat kita. 
  • Namun begitu, tidaklah boleh di katakan penyakit ini berjangkit kepada semua lapisan masyarakat kita kerana Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap Memelihara dan mempertahankan nya.
  • Masyarakat kita belum lah sampai kepada peringkat Kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak di awasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak mustahil perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat kita.
  • Bersekedudukan adalah akibat perubahan sikap terhadap Perkahwinan dimana Perkembangan ini jika di biarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak di kawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. 
  • Perkembangan ini sebenarnya merupakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh di hadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi seluruh Masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegah nya dan kekuatan Masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada HUKUMAN MAHKAMAH. 
  • Untuk mempertahankan Kesucian Perkahwinan dan Keutuhan Institusi Keluarga yang mempunyai Peraturan yang membawa kepada Kesejahteraan, Nilai-Nilai Islam hendaklah di perkukuhkan dalam masyarakat. 
  • Untuk mencapai tujuan ini Masyarakat Islam perlu membina kembali Personaliti Islam supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah di sebarkan dengan seluas-luasnya dan Gerakan Dakwah hendaklah di perhebatkan.
  • Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa Institusi Keluarga dan Syariat Perkahwinan WAJIB di pertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpunca daripada kehancuran Institusi Keluarga dan Sikap terhadap Perkahwinan. 
  • Apabila Keluarga telah runtuh tanggungjawab Memelihara dan Mengawal Rakyat terserah kepada Pemerintah.
  • Sedangkan bagaimana Cekap sesebuah Kerajaan pun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas Keluarga seperti Memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa Didikan yang sempurna dan Bimbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi Generasi yang Pincang.
RUMUSAN
  • Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. 
  • Peraturan-Peraturan yang di tetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi Kesejahteraan Umat.
  • Perkahwinan adalah Ikatan Suci yang wajib di pertahankan dan merupakan Pembahagian kepada hal-hal berkaitan Poligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah di berikan di samping tujuan dan matlamat berpoligami itu tidak dirosakkan. 
  • Dalam hal ini keharusan yang di berikan oleh Islam bukan bermakna GALAKAN atau KEBENARAN yang boleh di lakukan sewenang-wenang nya. 
  • Keharusan Berpoligami bertujuan MEMBELA orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada pengabaian tugas terhadap anak-anak dan isteri yang sedia ada adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.
  • Perancangan Keluarga dalam PENGERTIAN menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi Perancangan Keluarga dalam Pengertian memberi LAYANAN lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan Keselesaan Hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.
AKHIR KATA
Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap Individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:
  1. Sedari diri bahawa anda salah seorang Ahli Keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripada nya.
  2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu pengetahuan ke arah Melahirkan INSAN berkualiti.
  3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari.
  4. Hidup kan Sembahyang Berjemaah, Banyakkan Membaca Al-Quran dan Hidup kan Salam di kalangan Keluarga.
TIPS
Dalam menyusun Keluarga yang Tenteram dan Sejahtera di dalam Islam berpandu kepada Dua Prinsip.
  1. Didikan yang Mengukuhkan kesedaran Beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak Menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)
  2. Undang-Undang dan Peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagai nya.
KEPINCANGAN dan KEGELISAHAN yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukan nya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.
Editor

No comments:

Post a Comment