PRODUK PENGHASILAN BARISAN NASIONAL SEPANJANG ABAD
HASIL DARI IDEOLOGI DAN GAGASAN PARTI MEREKA
BARISAN NASIONAL DAN UMNO - Umno/BN
- Barisan Nasional (BN) merupakan Parti Campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai Pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan.
- Ibu Pejabat Parti Gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti Gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia,
- Tetapi ia kemudian mengalami Penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki Majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Penang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan Parti Pembangkang.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa Pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik. (sumber Baca Sini)
KRONOLOGI UMNO (dari sumber yang sama)
- Satu Perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
- Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
- Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut: 1...Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, 2...Membantah Tertubuhan Malayan Union; dan 3...Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
- Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
- Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan Perhimpunan Agung Pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
- Dato Onn mencadangkan bahawa Keahlian Parti dibuka kepada semua Penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu".
- Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
- Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951
Zaman Tunku Abdul Rahman
- Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai.
- Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
- Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu.
- Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
- Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.
- Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
- UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
- Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.
- Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
- Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi.
- Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.
IDEOLOGI UMNO
- Dalam konteks Senario Politik di Malaysia, Tokoh Veteran UMNO berpendapat bahawa politik Malaysia ditunjangi dominasi Melayu atau lebih dikenali sebagai Ketuanan Melayu.
- Politik ketuanan melayu ini didukung oleh parti UMNO dan wacana politik ini telah dimartabatkan sebagai ideologi UMNO.
- UMNO yang lahir dari natijah penyemarakan semangat nasionalisme Melayu dalam peristiwa penentangan rancangan Malayan Union pada akhir 1946 telah menjadi kuasa pemangkin dan pencorak kepada politik Malaysia hingga kini.
- Kejayaan-kejayaan yang diperoleh UMNO dalam sejarah perjuangan parti itu memang dapat dibanggakan oleh orang Melayu.
- Dari pencapaian Kemerdekaan Malaysia, pemantapan kuasa politik Melayu selepas Peristiwa 13 Mei hinggalah ke kejayaan membina bangsa Melayu yang penuh berkeyakinan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB).
- UMNO ternyata mengungguli hierarki sejarah politik Malaysia.
KONSEP IDEOLOGI
Boleh di katakan bahawa ideologi merupakan set kepercayaan, idea atau mungkin tingkah laku individu, kumpulan ataupun komuniti. Ideologi mempunyai ciri-ciri tertentu seperti Mohd Fo'ad (1998), membahagikan ciri-ciri ideologi kepada Empat Ciri seperti :-
- No.1 - Rumusan yang dibuat terhadap sesuatu objek itu hendaklah mempunyai kadar ketetapan dan penjelasan yang tinggi. Ideologi yang dibentuk hendaklah mempunyai fakta yang menyokong bagi menentukan kebenaran sesuatu ideologi.
- No.2 - Ideologi dihubungkan secara sistematik dengan beberapa nilai terkemuka seperti keselamatan, persamaan dan etnik.
- No.3 - Lebih bersifat "Insistent" dalam aspek hubungan dengan pandangan kesedaran ideologi yang lain dalam masyarakat.
- No.4 - Ideologi lebih bersifat mendesak terhadap pembaharuan dalam menafikan segala kepentingan yang wujud
PERANAN IDEOLOGI
- Peranan utama Ideologi ialah untuk mempertahankan keesahan sistem dan pemerintahan sedia ada, Pembahagian Kuasa didalamnya dan tindakan-tindakan yang dibuat olehnya (Syed Ahmad,1995).
- Umpama nya Keunggulan Pemerintahan di negara komunis di pertahankan oleh Ideologi Marxisme-Leninisme.
- Begitu juga dengan Pergolakan Politik di Filipina ketika Pemerintahan Marcos dan pencerobohan Soviet Union di Afghanistan.
- Selain itu juga, ideologi juga berperanan menentang sistem yang ada sepertimana yang berlaku di Iran, negara-negara Amerika Latin, Afrika dan sebagai nya.
KESAN TERBALIKAN DARIPADA SESUATU IDEOLOGI
- Perkara ini yang kurang di beri perhatian oleh Ahli-Ahli Politik UMNO/BN dari mula di tubuhkan hingga ke hari ini.
- Kerana melalui sesuatu KONSEP dan IDEOLOGI KEPARTIAN itu akan WUJUD beberapa PENENTANG yang pula MEYAKINI jenis-jenis IDEOLOGI yang berlainan dan akan BERTINDAK sebagai CERMIN di dalam MEMBEZAKAN sesuatu KEFAHAMAN.
- Dan CERMIN PERBEZAAN ini adalah Suatu yang LAZIM kepada Konsep di dalam Ideologi itu sendiri, dimana KETERBALIKAN IMEJ itu akan membuat sesuatu yang ASAL itu dapat di ketahui BURUK dan BAIK nya.
OLEH ITU - APAKAH ERTI PARTI PEMBANGKANG KEPADA UMNO/BN
- Parti-Parti Pembangkang yang WUJUD di dalam setiap ERA KEPIMPINAN UMNO dan BARISAN NASIONAL adalah SATU PRODUK yang TERJADI hasil daripada GAGASAN PARTI UMNO/BN itu sendiri.
- Tidak mengira jenis PARTI APA yang wujud dan di tubuhkan seperti PAKATAN RAKYAT dan Parti-Parti Pembangkang yang kecil-kecil, mereka ini TERGOLONG sebagai PRODUK UMNO/BN.
- Yang BERFUNGSI untuk memberikan PENDAPAT YANG BERTENTANGAN dengan apa yang di perjuangkan oleh UMNO/BN di dalam Mentadbir Negara.
DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG
- Seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Haji Hadi Awang, TG Nik Aziz adalah KELIBAT KONTRAS kepada Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN yang Memerintah.
- Mereka berfungsi di dalam Keadaan dan Suasana yang BERTENTANGAN tetapi memiliki TUJUAN dan MATLAMAT POLITIK yang SAMA untuk Memajukan Negara di dalam semua Aspek Pentadbiran Kerajaan.
- TANPA Kelibat-Kelibat Pemimpin Pembangkang seperti mereka ini, Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN dari Era Tunku Abdul Rahman sehingga kepada Najib Razak, tidak akan dapat MENGUKUR Potensi Kepimpinan mereka terhadap Negara.
- Kerana menurut Hukum FIZIK, setiap Malam akan ada wujud Siang untuk membezakan di antara yang Terang dan yang Gelap, serta yang Buruk akan wujud yang baik serta seterus nya.
KERANA ITU
- Semakin tegar Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN untuk menentang Pemimpin-Pemimpin Pembangkang, maka akan semakin HEBAT tentangan yang mereka terima.
- Ini adalah di sebabkan Hukum KETERBALIKAN Fizik terhadap Konsep Ideologi Kepartian UMNO/BN itu sendiri yang mewujudkan "Bayangan" mereka sendiri.
INI MEMBAWA MAKSUD
- Semakin Kuat tentangan yang di berikan terhadap "Bayangan" mereka, maka semakin Kuat juga tentangan yang akan mereka terima.
- Dan jika di ibaratkan "Bayangan" mereka itu "di pukul" dengan kayu, maka mereka juga akan menggunakan kayu untuk "memukul" kembali, seperti apa yang berlaku di hadapan CERMIN.
- Inilah KEFAHAMAN yang harus di ketahui oleh Ahli-Ahli dan Pemimpin-Pemimpin Politik di dalam melakukan sebarang TINDAKKAN yang berkonsepkan sesuatu IDEOLOGI
ANTARA SUKA ATAU TIDAK SUKA
- Pemimpin UMNO/BN harus MENERIMA kehadiran dan kewujudan Hasil Produk yang mereka CIPTA sendiri iaitu BAYANGAN mereka sebagai PEMBANGKANG.
- BAYANGAN tersebut tidak akan WUJUD jika Pemimpin UMNO/BN melakukan dan menjalankan segala Tugas dan Amanah untuk Memelihara Negara dengan ADIL dan SEMPURNA
- Seperti Kekata Melayu Lama " RAJA ADIL RAJA DI SEMBAH - RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH"
Editor
No comments:
Post a Comment