Wednesday 3 August 2011

BLOGER: MENGAPA RAMAI CENDERUNG KEPADA ISU POLITIK SEMASA

Yelaaa.Com - Post#17


BLOGER: MENGAPA RAMAI CENDERUNG KEPADA ISU POLITIK SEMASA
TETAPI KURANG MENYENTUH ISU POLITIK EKONOMI


BLOGER MALAYSIA
  • Bloger terdiri daripada banyak kategori penulisan yang berbentuk memberikan PENDAPAT secara Peribadi atau pun sebagai Penulis Jemputan atau sebagai Penulis Upahan
  • Semua bentuk jenis penulisan ini akan mencerminkan sesuatu Perjuangan atau Minat seseorang Bloger itu untuk menulis di dalam Blog nya.
  • Dimana Bloger yang berminat dengan Isu-Isu Politik Semasa kelihatan lebih ramai dan lebih di minati untuk di ekori oleh Para Pembaca yang juga kebanyakan nya di kalangan Bloger.
KATEGORI BLOGER
Yang di kategorikan kepada 7 Kumpulan Utama seperti:
  1. BLOG HIBURAN
  2. BLOG HOBI
  3. BLOG PERIBADI
  4. BLOG PENDIDIKAN
  5. BLOG PERNIAGAAN
  6. BLOG POLITIK
  7. BLOG PARTI POLITIK
BENTUK PENULISAN BLOG TERSEBUT
BLOG HIBURAN
  • Lebih kepada penulisan Artikel-Artikel yang memuatkan Berita-Berita Sensasi mengenai Artis-Artis Dalam dan Luar negara yang Popular.
  • Blog sebegini amat di minati ramai dan mudah untuk mendapatkan PENGIKUT PEMBACA yang ramai daripada Blog-Blog dalam kategori yang lain.
  • Kerana itu, Pemilik Blog sebegini akan berusaha untuk mendapatkan Berita-Berita serta Gosip-Gosip Sensasi sebagai Strategi untuk mendapat Pengikut Pembaca yang ramai.
  • Dan ramai yang telah berjaya melakukan nya dan yang maseh kekal bertahan ialah Golongan Penulis yang sangat Rajin untuk mencari Berita-Berita baharu dan Terkini.
BLOG HOBI
  • Lebih kepada penulisan Artikel mengenai sesuatu HOBI seperti Memancing, Melancung, Mengumpul Benda atau Artifek Lama / Keris / Duit Syiling / Batu-Batu / Kenderaan Antik / Kelab Motosikal dan Kereta , Lukisan dan pelbagai lagi HOBI
  • Blog seperti ini tidak memiliki Pengikut yang ramai kerana bukan ramai orang yang meminati perkara-perkara yang sama.
  • Tetapi Blog Hobi seperti ini dapat memberikan Maklumat-Maklumat yang tidak di ketahui ramai dan sangat berguna untuk menambah pengetahuan.
BLOG PERIBADI
  • Lebih kepada penulisan Hal-Hal yang bercorak Keperibadian seperti kegiatan-kegiatan Harian, Mingguan dan Tahunan Penulis.
  • Dan Penulis Blog Peribadi kebanyakan nya dari Orang-Orang Ternama seperti Golongan Artis atau Orang-Orang yang di kenali ramai seperti Kaunselor, Pensyarah dan Penceramah
  • Blog seperti ini juga hanya memiliki Pengikut yang terbatas dan Populariti nya akan bergantung kepada Siapa Penulis Blog tersebut.
BLOG PENDIDIKAN
  • Lebih kepada penulisan yang berbentuk memberikan Panduan dan Tunjuk-Ajar terhadap sesuatu perkara yang melibatkan Orang  Ramai.
  • Blog jenis ini sangat banyak dan dengan banyak Topik-Topik Pendidikan yang di ketengahkan menurut Kecenderungan Pihak Penulis.
  • Ada yang memperkatakan Petua-Petua Lama, Resipi Masakan, Tip-Tip Penyelenggaraan untuk sesuatu Kemahiran, Penjagaan Kesihatan dan sebagai nya
  • Blog seperti ini juga memiliki Pengikut Pembaca yang tersendiri tetapi tidak seramai seperti Blog-Blog Hiburan.
BLOG PERNIAGAAN
  • Lebih kepada Mempromosikan sesuatu Jenis Perniagaan yang di miliki atau yang di anggotai oleh Pihak Penulis.
  • Samaada Mempromosikan Produk-Produk secara Khusus atau pun Mempromosikan pelbagai Produk dari banyak Pihak secara menerima bayaran.
  • Penulis dan Pemilik Blog seperti ini kebanyakan nya terdiri daripada Para Peniaga dan Usahawan yang mahu produk dan Perkhidmatan yang mereka tawarkan itu dapat sampai kepada pengetahuan Umum.
  • Dan bertujuan untuk menggiatkan Strategi Pemasaran dan Penjualan bagi mendapatkan Pulangan yang Optimum.
  • Blog seperti ini di minati oleh Orang-Orang yang meminati Perniagaan dan bukan semua Pembaca yang suka untuk mengikuti Blog seperti ini.
BLOG POLITIK
  • Lebih cenderung untuk menulis Isu-Isu Politik Semasa Dalam Negara dan akan menyentuh banyak Perkara yang mungkin tidak di senangi oleh mereka secara Peribadi
  • Dan Penulis menggunakan Blog sebagai tempat untuk Meluahkan Buah Fikiran mereka terhadap Apa juga Polisi-Polisi Kerajaan yang di lihat tidak begitu sempurna di Mata Masyarakat
  • Penulis Blog Politik seperti ini datang nya dari pelbagai Latar Belakang Pendidikan, Ekonomi dan Kedudukan di dalam Masyarakat.
  • Dan tidak semesti nya mereka datang atau dari mana-mana Parti Politik kerana banyak Blog Politik yang di tulis dari Sudut yang dari Ideologi mana-mana Parti Politik
  • TUJUAN mereka hanya untuk memberikan PENDAPAT & FIKIRAN mereka untuk di ambil Perhatian oleh Pihak Kerajaan dan Orang Ramai.
  • Ada penulisan Blog Politik yang bertujuan BAIK dan ada juga yang bertujuan JAHAT seperti mahu menjatuhkan Nama baik seseorang Pemimpin Kerajaan atau pun Pemimpin Parti-Parti Politik.
BLOG PARTI POLITIK
  • Yang lebih Fokus untuk memberi Penerangan mengenai MATLAMAT dan HALA-TUJU PARTI dan akan memuatkan Berita-Berita kegiatan Parti mereka di seluruh Tanah Air.
  • Dan di gunakan sebagai Sumber Maklumat untuk Para Ahli Parti mengetahui apakah yang sedang berlaku di dalam Parti yang mereka anggotai.
  • Atau media untuk Para Ahli Parti untuk mengetahui Maklumat Terperinci mengenai Tata-Tertip, Misi, Visi dan Perjuangan Parti mereka.
  • Juga di gunakan sebagai Alat atau Media berinteraksi di antara Anggota Parti dengan Para Pemimpin Parti.
RUMUSAN
  • Kesemua Kategori Blog-Blog yang di sebutkan itu sebenar nya SANGAT BAIK kepada UMUM untuk di gunakan sebagai SUMBER MAKLUMAT dan PENCETUS MINDA melalui MEDIA ALTERNATIF.
  • Dan Orang Ramai boleh menjadikan dan menggunakan segala Sumber maklumat tersebut untuk membantu diri mereka menilai sesuatu dari Sudut Pandangan yang LEBIH LUAS dan secara TERBUKA.
  • Tetapi PENILAIAN sebenar hanya dapat di hasilkan jika seseorang PEMBACA itu memiliki JATI DIRI yang KUKUH untuk Mencanai Maklumat yang datang nya dari Pelbagai SUMBER dan Pelbagai PENULIS terutama nya dari Blog-Blog POLITIK
  • Hanya Golongan PEMBACA yang Kurang Berpengetahuan sahaja yang akan lebih Mudah untuk di pengaruhi oleh sesebuah Penulisan yang berbentuk HASUTAN atau FITNAH
YANG KURANG DI BERI PERHATIAN OLEH BLOGER
  • ISU-ISU PEMBANGUNAN EKONOMI yang merangkumi Pelbagai Sudut Ekonomi Orang Ramai dari pelbagai Lapisan Rakyat
  • Seperti ISU-ISU POLISI KERAJAAN yang menjejaskan EKONOMI RAKYAT secara Keseluruhan kurang di beri Perhatian PENULIS Blog Politik.
  • Cuma hanya SEGELINTIR sahaja Penulis Blog Politik yang berani untuk Menyentuh Isu-Isu Politik Ekonomi secara terbuka.
  • Ini mungkin di sebabkan Bloger yang Berpengetahuan di dalam Bidang Ekonomi dan Perniagaan amat sedikit jumlah nya berbanding dengan Penulis Blog untuk isu-isu Semasa.
  • Kerana sebab itu, Hal-Hal Ekonomi Negara Tidak Dapat di Perdebatkan dengan meluas di Arena Blogging Tanah Air dan ini telah memberi Ruang kepada Pihak kerajaan untuk membuat kenyataan-kenyataan yang Tidak Tepat dari Sudut Fakta Ekonomi yang sebenar.
  • Ramai Bloger Politik yang tidak Faham bahawa di dalam Ekonomi Wujud Politik nya tersendiri dan di dalam Sudut Ekonomi itu lah Politik Parti dan Negara menerima kekuatan nya dan di jadikan Sandaran untuk MENCETUSKAN Isu-isu Lain yang tidak berkaitan dengan Ekonomi tetapi kepada Penentang dari Pihak Lawan Politik masing-masing
  • Dan Ahli-Ahli Politik sebegini akan menggunakan Bloger-Bloger Politik untuk bertindak sebagai PEMUTAR BELIT FAKTA Pihak Lawan atau di berikan Tugas untuk menjatuhkan Nama Baik Pihak Lawan dengan Tujuan Politik
  • Dimana Bloger-Bloger Upahan ini Tidak dapat MENILAI segala IMPLIKASI dari pelbagai Sudut Etika Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Keagamaan dengan TEPAT dan BETUL kerana TERIKAT dengan UPAH yang telah DI BAYAR 
Editor

No comments:

Post a Comment