Saturday 20 August 2011

MENCARI MALAM LAILATUR QADAR

Yelaaa.Com - Post#33


MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
ADAKAH ANDA CARI ATAU CUBA HAYATI


MALAM LAILATUL QADAR
  • 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. 
  • Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. 
Di Antara nya Firman Allah s.w.t.
  • Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para Malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab Turun Surah Al-Qadr
  • Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab di turunkan ayat tersebut di riwayatkan daripada Mujahid di katakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat Lain Pula
  • Dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. 
  • Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. 
  • Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. 
  • Jibril pun membaca Surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
  • Daripada ayat di atas dapat lah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam Hadith Rasulullah s.a.w. Menyebut
  • Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
  • Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
  • Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
  • Kerana mulianya Lailatul Qadar, Nabi s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang Berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
  • Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan Rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
  • Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang Mulia.
Dalam Satu Hadis Di Riwayatkan Daripada Aishah r.a. Katanya
  • Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
  • Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-Malam Yang Ganjil 
  • Ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan
  • Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 
  • Dari keterangan-keterangan di atas dapat lah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. 
  • Yang pasti nya bahawa masa berlaku nya malam Lailatul Qadar itu tetap di rahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat.
  • Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula Rahmat yang di harapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di Akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatul Qadar
Doa tersebut diterangkan di dalam Hadith berikut adalah Hadith yang di riwayatkan daripada Aishah r.a.
  • Maksud nya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan Doa yang berikut"
  • Maksud nya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguh nya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. 
  • Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca Doa
Orang Yang Beribadah Pada 10 Malam Tersebut 
  • Akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
  • Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatul Qadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut 
Dalam Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim
  1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
  2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
  4. Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatul Qadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatul Qadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar adalah seperti :
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat Nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
  5. Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semua nya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihat nya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengar nya untuk menemui malam Lailatul Qadar.
CATATAN EDITOR
  • Sepanjang Pengalaman Editor mengenai kedatangan Malam Lailatul Qadar ini (di harap tidak di kata Bida'ah) di 20 Tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa Malam Lailatul Qadar itu jika kita cari, kita tidak akan menemui nya walau pun Malam tersebut Wujud.
  • Kedua, Malam Lailatul Qadar itu jangan di buat Perkiraan melalui HARI di BENUA ASIA tetapi hendak lah DI KIRA melalui HARI DI TANAH SUCI MEKAH. itu membawa maksud bahawa di Benua Asia kita hanya menemui Malam Lailatul Qadar di Malam-Malam yang berangka GENAP seperti hari ke 20,22,24,26 dan 28
  • Kerana sepanjang 20 Tahun yang lalu, Editor menemui Malam Lailatul Qadar pada Angka hari-Hari GENAP di Benua Asia.
  • Sebaik-baik nya, jangan DI CARI MALAM LAILATUL QADAR ini TETAPI CUBA HAYATI kemunculan nya di sepanjang 10 Hari terakhir Ramadhan...Insyaallah anda tidak akan TERLEPAS akan Malam yang sungguh Istimewa ini.
  • Dimana anda akan "melihat" banyak "Keajaipan dan Kelakuan Alam" yang sangat Aneh pada Malam tersebut.
  • Segala nya berpunca daripada HATI anda sendiri di dalam Menghayati kemunculan Malam Lailatul Qadar kerana di situ lah Kunci Rahsia untuk menemui MALAM LAILATUL QADAR.
Editor

No comments:

Post a Comment