Saturday 20 August 2011

ANTARA HANTU, SYAITAN, JIN, IBLIS DAN MANUSIA

Yelaaa.Com - Post#34


ANTARA HANTU, SYAITAN, JIN, IBLIS DAN MANUSIA
KENALI MEREKA DENGAN JELAS


PERUTUSAN EDITOR
  • Walaupun ISLAM telah bertapak di dalam Dunia ini sudah lebih 1,400 Tahun yang lalu dan melalui AL QURAN yang di turunkan KHAS untuk RUJUKAN UMAT MANUSIA untuk mengetahui APA yang TERSIRAT dan APA yang TERSURAT di dalam setiap PENCIPTAAN ALLAH SWT, masih ramai di antara Umat Manusia itu yang tidak mendapat KEJELASAN mengenai SIAPA dan APA yang di katakan sebagai HANTU, SYAITAN, JIN, IBLIS dan MANUSIA.
  • Ini di sebabkan oleh penulisan-penulisan mengenai Isu-Isu tersebut tidak begitu meluas di ketengahkan secara khusus kerana berlaku PERTENTANGAN PENDAPAT di antara Cerdik Pandai ISLAM yang datang nya dari pelbagai SUDUT KEFAHAMAN ILMU
  • Dimana KEILMUAN di dalam ISLAM itu cukup luas dan memiliki pelbagai CABANG ILMU yang tersendiri dan Amat Mustahil untuk seseorang itu dapat mempelajari kesemua nya sepanjang hidup mereka.
  • Kerana itu adalah ATURAN yang telah Allah Swt TENTUKAN untuk membezakan di antara seorang Manusia dengan Manusia yang lain dan antara satu Mahluk dengan Mahluk yang lain dan init terbukti menerusi SEJARAH PENCIPTAAN MAHLUK dimana KES PERTAMA yang berlaku, apabila IBLIS tidak dapat menerima bahawa Nabi Adam as itu adalah lebih Cerdik, lebih Mulia dan lebih Istimewa daripada semua Mahluk-Mahluk ciptaan Allah Swt yang lain.
  • Dan akhir nya IBLIS menjadi Mahluk Pertama INGKAR terhadap Allah Swt dan menjadikan diri nya kepada Golongan SYAITAN iaitu "Golongan Mahluk-Mahluk yang INGKAR perintah Allah Swt"
BERMULA ISTILAH SYAITAN
  • Definasi SYAITAN boleh di rujukkan kepada setiap Mahluk Ciptaan Allah Swt yang INGKAR PERINTAH seperti yang termaktub di dalam AL QURAN serta HADITH yang termasuk Jin, Iblis dan Manusia dimana dalam Bahasa Arab perkataan Syaitan di rujuk sebagai "JAUH"
  • Yang melakukan sesuatu Perbuatan yang DI LARANG oleh Allah Swt seperti melakukan penganiayaan sesama Mahluk dan apa juga perbuatan yang boleh merosakkan kehidupan Mahluk-Mahluk yang lain atas dasar Dengki Khianat.
  • Oleh itu perkataan SYAITAN ini bukan bermaksud sebagai sesuatu Mahluk tetapi merujuk kepada SIKAP dan PERBUATAN, kerana itu perkataan SYAITAN ini boleh di gunakan terhadap sesiapa juga pun yang INGKAR PERINTAH ALLAH SWT.
MAHLUK JIN
  • Yang di jadikan dari API dan lebih dahulu di Ciptakan dari Mahluk Manusia serta mempunyai Nisbah 9:1 dengan Mahluk Manusia
  • Mahluk Jin ini di Ciptakan dengan pelbagai Rupa Bentuk yang di sesuaikan dengan tempat mereka itu hidup seperti di Udara, di Daratan dan di lautan.
  • Seperti Ayat-Ayat dari Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 yang bermaksud "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas" dan Surah Ar-Rahman ayat 15 yang bermaksud "Dia (Allah) menciptakan Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij)" dan  Surah Al-‘Araf ayat 12 yang bermaksud :" Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan ciptakan dia (Adam) dari tanah"
  • Ada Jantan dan Betina nya serta boleh membiak seperti Mahluk Manusia dan ada yang Beragama dan ada yang tidak Beragama.
  • Kehidupan Mahluk Jin ini tidak menjejaskan Kehidupan Mahluk Manusia dan di asingkan melalui ALAM KEHIDUPAN yang berbeza serta tidak dapat di lihat oleh Mahluk Manusia.
  • Mahluk Jin ini juga ada yang Cerdik, yang Bodoh, yang Jahat dan yang Baik seperti Mahluk Manusia juga dan Mahluk Jin yang Jahat di ketuai oleh IBLIS untuk melakukan Kerja-Kerja Pemesongan AQIDAH untuk Manusia supaya menjadi INGKAR seperti mereka dan tergolong dalam kategori SYAITAN.
  • Dan Pekerjaan Mahluk Jin yang INGKAR ini di bahagikan oleh IBLIS untuk mengganggu Manusia dalam pelbagai Cara dan Suasana Kehidupan yang bermula dari Gangguan ketika melakukan IBADAH, AMAL BAIK dan akan menggalakkan kepada HASAD DENGKI dan KHIANAT dimana HAL-HAL mengenai TUGASAN IBLIS dan JIN itu telah banyak di perkatakan di dalam AL QURAN dan HADITH SAHIH.
ISTILAH HANTU JEMBALANG DAN LAIN-LAIN
  • Walaupun demikian terlalu banyak telah di reka oleh Manusia mengenai nya, termasuk nama nya seperti toyol, hantu raya, langsuir, bajang dan lain-lain yang melahirkan pelbagai amalan bidaah dan khurafat.
  • Ini semua adalah rekaan manusia untuk menggambarkan penemuan mereka terhadap Mahluk-Mahluk JIN yang datang mengganggu mereka dalam pelbagai Rupa dan Bentuk seperti Kebolehan Mahluk JIN dan IBLIS yang pula di sebabkan KECETEKAN pengetahuan mereka terhadap Mahluk Jin dan IBLIS.
  • Dalam keadaan tertentu nama-nama elok seperti nama-nama wali, syeikh, embah, nenek, panglima hitam dan sebagainya di sebut-sebut dalam sesuatu AMALAN padahal apa yang di sebut itu lebih merujuk kepada Mahluk Jin dan Iblis di sebalik kenyataan yang sebenar.
MAHLUK IBLIS
  • IBLIS atau Izzazil adalah Mahluk yang di Ciptakan dari Sumber API yang MURNI dan lebih tinggi Martabat nya daripada Mahluk JIN sehingga IBLIS pernah di jadikan sebagai KETUA kepada semua Mahluk MALAIKAT dan JIN.
  • Dan di kurniakan dengan TARAF KEBIJAKSANAAN YANG LUAR BIASA dan sangat TAAT kepada Allah Swt sebelum kewujudan ADAM as.
  • Tetapi Taraf Kebijaksanaan IBLIS tidak dapat Menyaingi Taraf Kebijaksanaan yang di kurniakan kepada ADAM as dan seluruh Mahluk Manusia di sebabkan oleh Unsur-unsur Penciptaan untuk Mahluk Manusia itu sangat ISTIMEWA.
  • Antara Maklumat lain mengenai IBLIS ialah di antara sekian banyak keturunan Jin, Izzazil adalah yang paling Taat kepada Allah yang berbeza dengan manusia, Jin boleh hidup sampai ribuan, malah puluhan ribu tahun dan begitu juga Izzazil. Ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun, kemudian atas permintaan nya ia dipindahkan oleh Allah ke Langit Pertama.
  • Di situ ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun juga. Lalu ia dipindahkan ke Langit seterusnya, sampai langit ke tujuh. Di masing-masing Tingkatan Langit, ia beribadah kepada Allah SWT selama 1000 tahun. Jadi Izzazil beribadah kepada Allah selama 8000 tahun.
  • Kerana ketaatan dan pengabdiannya, Allah mengangkatnya ke Darjat Al-Muqarrabun, iaitu Darjat tertinggi di sisi Allah. Lebih dari itu, Allah menobatkan Izzazil sebagai IMAM Para Malaikat yang berkedudukan di langit.
  • Merasa berada dalam Darjat  yang mulia, maka ketika Allah memerintahkan dirinya dan Para Malaikat bersujud kepada Adam, Izzazil dengan berbagai dalih menolak. Penolakan itu disebabkan karena ia merasa lebih mulia dan lebih baik di bandingkan Nabi Adam as.
  • Selain itu ia juga merasa bahawa diri nya Makhluk yang lebih dulu diciptakan, lebih lama dalam beribadah dan lebih tinggi Martabatnya di bandingkan Nabi Adam yang baru diciptakan Allah Swt.
  • Kesombongan dan rasa iri hati itulah sebenarnya Penyebab Utama mengapa Izzazil membangkang Perintah Allah Swt dan kerana pembangkangannya itu, akhirnya ia terusir dari Surga dan di namakan IBLIS. Sebelum meninggalkan Surga, IBLIS sempat bersumpah akan mengganggu dan menggoda Anak Keturunan Adam sampai Hari Kiamat.
PENCIPTAAN MAHLUK MANUSIA
Mahluk Manusia adalah SANGAT ISTIMEWA kerana Mahluk Manusia itu di BINA melalui 2 Gabungan Elemen yang sangat berlainan seperti Elemen JASAD dan Elemen ROH.
ELEMEN JASAD
  • Dimana Elemen JASAD Manusia itu di jadikan melalui SEMUA SUMBER yang terdapat di Muka Bumi, Alam Semesta, Segala Mahluk yang pernah di Ciptakan oleh Allah Swt dan di jadikan sebagai JASAD untuk Manusia.
  • Seperti Unsur-Unsur daripada Sumber API, ANGIN, TANAH dan AIR yang Mewarisi pelbagai kejadian Mahluk-Mahluk yang lain termasuk Serangga, Unggas, Binatang di Darat, di Laut dan yang di Udara serta Tumbuh-Tumbuhan juga JIN dan IBLIS.
  • Kerana itu SIFAT dan KELAKUAN setiap Manusia itu juga memiliki Sifat-Sifat dan Sikap-Sikap Mahluk-Mahluk yang lain seperti Sifat Kebinatangan dan Sifat Keiblisan di sebalik Sifat-Sifat MURNI yang telah di wujudkan.
ELEMEN ROH
  • Elemen Roh ini Jarang di perkatakan oleh Para Ulama yang berunsurkan Ulama Fiqah dan Usuludin-Fiqah kerana meraka berpegang kepada Ayat Al-Israa’  (17:85) وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ‌ۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ إِلَّا قَلِيلاً۬  atau "wayas-aluunaka ‘ani rruuhi quli rruuhu min amri rabbii wamaa uutiitum mina l’ilmi illaa qaliilaa" dengan maksud nya "Dan mereka bertanya kepada mu tentang Roh, katakan lah Roh itu termasuk URUSAN Tuhan-ku, dan tidaklah kamu di beri pengetahuan melainkan sedikit”.
  • Kerana itu KEILMUAN mengenai ROH ini amat terbatas sehingga Ramai Umat Manusia tidak begitu jelas mengenai Roh dan menjadikan KEFAHAMAN mereka mengenai Asal Usul kejadian Manusia itu  menjadi LEMAH dan itu telah juga melemahkan KEFAHAMAN mereka mengenai ALLAH SWT.
  • Yang PASTI ialah Elemen Roh itu di jadikan oleh Allah Swt dari sedikit Unsur "Diri Nya" sendiri dan "DI UBAH" Rupa Bentuk untuk menjadi Mahluk kepada Allah Swt dan di kenali sebagai ROH MANUSIA seperti Ayat ini "Maka apabila telah Aku menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan kedalamnya Ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Al Hijr,29)
  • Kerana sebab itu ROH MANUSIA itu Wujud lebih Awal dari semua Mahluk-Mahluk Ciptaan Allah Swt yang lain dan di tempatkan di Alam AZALI sementara menunggu Giliran untuk di masukkan ke dalam JASAD MANUSIA seperti yang telah DI FITRAH KAN di dalam LUH MAHFUS iaitu Tempat Catatan yang di tulis pada nya Ketetapan sekelian Makhluk sehinggalah berlaku nya Hari Kiamat nanti. 
  • Itu juga telah membezakan ROH MANUSIA itu dengan ROH-ROH dari Mahluk Ciptaan Allah Swt yang lain seperti Malaikat, Iblis, Jin, Binatang dan Unggas yang di jadikan dari Unsur-Unsur yang berlainan
Ayat berkenaan Roh Manusia Allah SWT berfirman melalui Surah An Nur Ayat 35
ٱللهُ نُورُ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكاةٍ فيها مِصْباحٌ الْمِصْباحُ في‏ زُجاجَةٍ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ 
وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكادُ زَيْتُها يُضي‏ءُ وَلَوْلَمْ تَمْسَسْهُ نارٌ نُورٌ عَلى‏ نُورٍ يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشاءُ وَ يَضْرِبُ اللهُ الْأَمْثالَ لِلنَّاسِ وَ اللهُ بِكُلِّ شَيْ‏ءٍ عَليمٌ 
Yang bermaksud “Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

RUMUSAN NYA
  1. Tidak ada Istilah HANTU dari Mahluk lain selain Mahluk JIN dan IBLIS
  2. Tidak ada Istilah SYAITAN sebagai Suatu Mahluk yang Baharu selain dari Golongan JIN, IBLIS dan MANUSIA yang INGKAR terhadap Allah Swt di dalam menunaikan segala Tugas dan Tanggung Jawap nya sebagai Mahluk
  3. Tetapi Seseorang Mahluk manusia itu boleh BERUBAH menjadi JIN, IBLIS yang SYAITAN lebih KEJAM jika JIWA nya tidak DI ISI dengan ILMU PENGETAHUAN yang berteraskan KEILMUAN ISLAM.
  4. Kerana sebab itu Mahluk Manusia itu sangat Berwarna-Warni jenis Sikap dan Sifat Perbuatan nya yang di dasarkan dari APA YANG DAPAT DI KETAHUI oleh mereka.
Editor

2 comments:

  1. bagus sangat info ni.. menambahkan pengetahuan saya.. tapi tak pasti kefahaman ini sama seperti yang ingin disampaikan oleh editor.. Wallahu 'Alam

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Wifenavy!...Insyaallah, sekurang-kurangnya wujud sedikit kefahaman di kalangan pembaca walau tidak sepenuhnya.
    Perkara ini cukup kompleks untuk di fahami dalam masa yang singkat.
    Wassallam.

    ReplyDelete