Wednesday 24 August 2011

ANTARA EMAS,PERAK,TEMBAGA DAN BESI

Yelaaa.Com - Post#36


ANTARA EMAS,PERAK,TEMBAGA DAN BESI
APA YANG BOLEH KITA PELAJARI


PERUTUSAN EDITOR
  • LOGAM Emas,Perak,Tembaga dan Besi yang di jadikan Topik Artikel kali ini bukan bertujuan untuk memperkatakan mengenai TURUN-NAIK HARGA PASARAN nya, tetapi Topik ini lebih menumpukan kepada RAMUAN Logam-Logam tersebut di dalam ACUAN KEMASYARAKATAN di dalam sesebuah SISTEM POLITIK.
  • Editor berpendapat ISU ini sebagai PENTING untuk memberikan GAMBARAN bahawa pada hari ini atau lebih TEPAT NYA, selepas Penurunan AL-QURAN kepada Umat Manusia perkara ini TELAH di jelaskan menerusi Al-Quran
  • Akan tetapi, Golongan manusia itu sendiri yang tidak memberikan perhatian yang khusus atau pun mereka cuba untuk mengelakkan nya untuk di jadikan sebagai AMALAN.
EMAS-PERAK-TEMBAGA-BESI
  • Adalah LOGAM yang wujud secara ASLI di dalam Dunia Logam yang di Ciptakan oleh Allah Swt untuk kegunaan dan kebaikan seluruh Mahluk Manusia.
  • Dimana, setiap Logam tersebut memiliki MUTU dan GRED yang tersendiri dan Manusia pada hari ini telah menetapkan NILAI sebagai TANDA PENGHARGAAN terhadap setiap LOGAM itu.
  • Dan Logam-Logam ini, selain di gunakan untuk keperluan sesuatu hal di dalam Penciptaan dan Pembuatan Produk-Produk Barangan Pengguna, Logam-Logam ini juga DI PERNIAGAKAN di dalam URUS-NIAGA dalam Kategori KOMODITI LOGAM BERHARGA.
  • Akhir nya Logam-Logam ini telah menjadi 4 PERKARA PENTING di dalam Hal-hal yang Menentukan Perkembangan dan Penurunan Ekonomi Dunia yang di dorong oleh Faktor Permintaan dan Bekalan.
APA MAKSUD LOGAM INI KEPADA MANUSIA
  • Melalui Penciptaan MAHLUK MANUSIA, sebenarnya Keempat-empat Logam tersebut juga di jadikan Bahan-Bahan untuk MEMBENTUK Lembaga Manusia yang Pertama iaitu Nabi ADAM as dan pengetahuan ini terkandung dan di jelaskan di dalam Kitab-Kitab Kelimuan ILMU TAUHID
  • Dan jika di KAJI semula, setiap KETURUNAN Nabi ADAM as itu akan memiliki UNSUR-UNSUR yang SAMA di dalam SETIAP INDIVIDU MANUSIA yang tidak mengira Bangsa nya, Keturunan nya, Agama nya atau Negara nya.
  • Itu jelas BERMAKSUD bahawa SETIAP MANUSIA itu adalah SAMA di dalam setiap Struktur dan Bahan Pembuatan nya dan di sini lah KEADILAN dan KEBIJAKSANAAN Allah Swt di dalam Penciptaan NYA.
PENJELASAN LANJUT
  • Jika Tubuh-Tubuh seorang Manusia itu di lakukan REVERSE RE-ENGINEERING untuk Mengesan kembali apakah bahan-bahan Asas di dalam pembuatan nya, maka seseorang itu akan mendapati SETIAP TUBUH MANUSIA itu memiliki Bahan-Bahan Asas yang SAMA, di dalam Bilangan yang SAMA dan dari Sumber yang SAMA.
  • Ini MENJELASKAN bahawa SETIAP MAHLUK MANUSIA itu adalah SAMA di dalam Penciptaan dan TIDAK BERBEZA daripada penggunaan Unsur-Unsur Bahan.
  • Yang membezakan seseorang Mahluk Manusia itu hanya AKAL FIKIRAN di dalam Pengumpulan ILMU PENGETAHUAN.
FIRMAN-FIRMAN ALLAH
Seperti Penjelasan dari Ayat-Ayat ini : 
  • "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" (QS. Al Hijr (15) : 28-29)
  • "Kitab (Al Qur’an) in tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib" (QS. Al Baqarah (2) : 2-3)
  • "Yang membuat sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah". (QS. As Sajdah (32) : 7)
  • "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr (15) : 26)
  • "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (QS. Yaasiin (36) : 36)
  • "Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang sangat banyak" (QS. An Nisaa’ (4) : 1)
  • "Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan (kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim)" (QS. Az Zumar (39) : 6).
JENIS-JENIS SUMBER TANAH UNTUK PEMBUATAN MANUSIA ADAM
  1. Tanah tempat bakal berdiri nya Baitul Mugaddis 
  2. Tanah Bukit Tursina 
  3. Tanah Iraq 
  4. Tanah Aden 
  5. Tanah Al-Kautsar 
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 
  7. Tanah Paris 
  8. Tanah Khurasan 
  9. Tanah Babylon 
  10. Tanah India 
  11. Tanah syurga 
  12. Tanah Tha’if 
HURAIAN NYA
  1. Kepala Adam dari Tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situ lah Otak Manusia dan di situ lah tempat nya Akal. 
  2. Telinga nya dari Tanah Bukit Thursina kerana dia Alat Mendengar dan Tempat Menerima Nasihat.
  3. Dahi nya dari Tanah Iraq kerana di situ tempat Sujud kepada Allah. 
  4. Muka nya dari Tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan. 
  5. Mata nya dari Tanah Telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
  6. Gigi nya dari Tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 
  7. Tangan Kanan nya dari Tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia. 
  8. Tangan Kiri nya dari Tanah Paris,tempat Beristinjak. 
  9. Perut nya dari Tanah Babylon dan di situ lah tempat Seks(berahi) dan Tipu Daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke Lembah Dosa. 
  10. Tulang nya dari Tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 
  11. Dua kaki nya dari Tanah India, tempat berdiri dan jalan. 
  12. Hati nya dari Tanah Syurga Firdaus, kerana di situ lah Iman, Keyakinan, Ilmu, Kemahuan dan sebagainya. 
  13. Lidah nya dari Tanah Tha’if tempat Mengucap Syahadah, Bersyukur dan Berdoa kepada Tuhan. 
APA YANG BOLEH DI PELAJARI
  • Oleh sebab-sebab dan Penjelasan yang tertera di atas maka adalah SALAH untuk Manusia menganggap Diri mereka itu lebih MULIA, lebih Tinggi DARJAT, lebih Tinggi Kedudukan nya atau lebih Berkuasa dari Manusia yang lain
  • Kerana kewujudan seseorang Mahluk Manusia di atas Muka BUMI ini telah DI TETAPKAN PERANAN nya oleh Allah Swt samaada mereka itu sebagai Rakyat dan Pemimpin, sebagai Anak dan Ibubapa, sebagai Isteri dan Suami, sebagai Buruh dan Majikan, sebagai Penjual dan Pembeli, sebagai Murid dan Guru, sebagai Penyokong dan Penentang, sebagai Pembunuh dan Terbunuh, sebagai Kaya dan Miskin atau apa sahaja yang DUA NYA seperti MALAM dan SIANG
ADALAH SILAP
  • Untuk membeza-bezakan BANGSA dan KETURUNAN seseorang itu KERANA Manusia yang lain itu TIDAK SEBANGSA atau TIDAK SEAGAMA atau TIDAK SE NEGARA dengan Kita.
  • Dan membeza-bezakan Manusia lain dengan NIAT BANGGA DIRI adalah DI LAKNATI oleh Allah Swt dan amat BESAR DOSA nya.
KERANA ITU ALLAH MENURUNKAN AL-QURAN
  • Melalui AL QURAN, Allah Swt telah MENGGARISKAN segala PERADAPAN dan ETIKA untuk bergaul sesama Manusia serta sekelian Mahluk-Mahluk Allah yang lain.
  • Melalui AL QURAN juga di GARISKAN segala HUKUM HAKAM untuk bagaimana Berlaku ADIL sesama Manusia dan Mahluk-Mahluk yang lain.
  • Melalui AL QURAN juga di TERANG perkara-Perkara yang BOLEH di LAKUKAN dan yang TIDAK BOLEH di LAKUKAN oleh seseorang Manusia dalam semua Perkara.
KERANA ITU JUGA
  • Apabila seseorang Manusia itu TAMAT TEMPUH nya sebagai seorang Manusia di Atas Muka Bumi ini, TUBUH mereka DI KEMBALIKAN kepada BUMI dan KEMBALI kepada Unsur yang ASAL.
  • Dan ROH mereka di tempatkan di ALAM BARZAKH sementara menanti ketibaan HARI KIAMAH di dalam Proses untuk kembali Ke SYURGA
SISTEM KEMASYARAKATAN KINI
  • Di dalam Sistem Kemasyarakatan hari ini, seperti yang di amalkan oleh semua negara yang terutama nya Umat Manusia yang Beragama ISLAM, banyak PENYELEWENGAN Peradaban dan Etika Kemanusiaan berlaku dan menjadi AMALAN
  • Yang SUSAH terus menjadi SUSAH dan TERTEKAN seluruh kehidupan mereka dan yang SENANG dan BERKUASA terus menerus menjadi KAYA dan MENINDAS yang LEMAH dan MISKIN
  • Dimana SETIAP MANUSIA itu TERPAKSA berjuang SENDIRIAN di dalam mengharungi KEHIDUPAN di dalam sesama MAHLUK MANUSIA
SISTEM POLITIK KINI
  • BANGSA dan AGAMA telah di jadikan SYARAT sebagai KEANGGOTAAN PARTI dan telah mengenepikan Peradaban dan Etika yang di gariskan di dalam AL QURAN.
  • Sesuatu PERJUANGAN lebih CONDONG untuk MEMPERJUANGKAN BANGSA SENDIRI daripada MEMPERJUANGKAN SESAMA UMAT MANUSIA.
  • Dan KEKAYAAN tidak DI KONGSIKAN secara BERSAMA sesama UMAT MANUSIA tetapi hanya DI KONGSI dan DI AGIHKAN di kalangan ANGGOTA PARTI sahaja.
SEDANGKAN
  • Nilai-Nilai EMAS, PERAK, TEMBAGA DAN BESI itu masih SAMA dan MENGALIR di dalam SETIAP TUBUH MANUSIA walaupun mereka itu Berbangsa Cina, Berbangsa India, Berbangsa Melayu atau Bangsa-Bangsa yang lain nya.
  • Dan KEPERCAYAAN untuk BERAGAMA itu pula adalah KEHENDAK ALLAH SWT di dalam MEMBERI KETENTUAN kepada SIAPA ALLAH itu mahu memberi KECAHAYAAN NYA dan itu BUKAN HAK kita sebagai seorang MANUSIA untuk MENGHUKUM SESIAPA yang membelakangkan SYAHADAH.
  • Setiap Mahluk Manusia itu hanya berupaya untuk menggunakan segala KEBIJAKSANAAN yang DI KURNIAKAN melalui AKAL FIKIRAN yang di turunkan oleh Allah Swt di dalam menentukan APA yang mahu mereka lakukan berlandaskan APA yang telah Allah Swt itu TETAPKAN di dalam AL QURAN.
TANDA-TANDA PENYAKIT HATI (renungan)

  1. Merasa sukar meraih sesuatu yang diciptakan untuk nya iaitu hilang rasa taat dan cinta kepada Allah dan menjadikan Nafsu sebagai ilah nya
  2. Tidak merasa sakit kerana luka-luka maksiat
  3. Pemilik nya tidak merasa jelik dengan kebodohannya terhadap kebenaran seperti tidak risau kalau tidak tahu sesuatu tentang Islam
  4. Pemilik nya beralih daripada makanan berhasiat kepada racun yang mematikan hati dimana mereka mengutamakan maksiat daripada sesuatu yang membawa kebaikan
  5. Pemilik nya menghuni dunia dengan perasaan redha, tenang dan tidak merasa asing serta tidak mengharap akhirat dan beramal untuk mendapatkan nya.
“Barangsiapa ingin mengetahui apakah dirinya mencintai Allah, hendaknya ia menghadapkan dirinya kepada al-Qur’an. Bila ia mencintai al-Qur’an, itu ertinya ia cinta kepada Allah. Kerana al-Qur’an itu kalamullah.” - Ibn Mas’ud

Editor

No comments:

Post a Comment