Thursday 4 August 2011

PUASA: APAKAH RAHSIA DI SEBALIK AMALAN TERSEBUT

Yelaaa.Com - Post#18


PUASA: APAKAH RAHSIA DI SEBALIK AMALAN TERSEBUT
YANG TIDAK DI FAHAMI OLEH UMUM


DEFINASI PUASA

  • Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah
Erti nya
  • Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
  • Perintah WAJIB puasa yang turun pada bulan Syaaban Tahun 2 Hijrah.
Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
  • Bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman di wajibkan atas mu berpuasa, sebagaimana di wajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa"
Wajib Puasa
  1. Islam
  2. Mukalaf
  3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
  4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Syaaban 30 hari.
Sah Puasa
  1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
  2. Suci dari haid dan nifas.
  3. Sempurna akal fikiran nya sepanjang hari itu.
  4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa seperti: Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Syaaban).
Rukun Puasa
  1. Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
  2. Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenam nya matahari.
Membatalkan Puasa Sekira nya
  • Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  • Haid atau nifas.
  • Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  • Murtad (keluar dari Islam).
  • Gila (hilang akal).
Pantang-Larang Puasa
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, makna nya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
  • Berdusta, berbohong.
  • Mengumpat, mengata orang.
  • Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
  • Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  • Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
1...Bermaksud: 
  • “Barang siapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatan nya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
2...Bermaksud: 
  • “Bukan di namakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)
Sunat-Sunat Puasa
  • Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
  • Makan sahur walaupun sedikit.
  • Melambat kan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  • Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  • Memperbanyakkan sedekah.
  • Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  • Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  • Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  • Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenam nya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Golongan Yang Harus (Di benarkan) Berbuka Puasa
  • Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
  • Orang sakit, wajib di qada’.
  • Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.
Bacaan Niat Puasa
Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
  • “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.
Bacaan Hendak Berbuka Puasa
  • “Ya Tuhan ku, kerana Mu jua aku berpuasa, dan dengan Mu aku beriman dan di atas rezeki Mu aku berbuka dengan belas kasih Mu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.
PERSOALAN PENTING
  • Perkara-Perkara yang di senaraikan di atas sememang nya telah di ketahui oleh Ramai Umat Islam, terkecuali bagi mereka-mereka yang tidak pernah belajar untuk mengetahui nya.
  • Tetapi dimana kah RAHSIA sebenar daripada AMALAN BERPUASA ini sehingga PUASA menjadi RUKUN ISLAM Ke-3 dan menjadi WAJIB kepada Umat Islam Sejagat?
RUKUN ISLAM 5 PERKARA

  1. RUKUN ISLAM PERTAMA ialah Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  2. RUKUN ISLAM KEDUA ialah Menunaikan Sholat 5 Waktu dalam sehari
  3. RUKUN ISLAM KETIGA ialah Berpuasa di Bulan Ramadhan
  4. RUKUN ISLAM KEEMPAT ialah Mengeluarkan Zakat
  5. RUKUN KELIMA ialah menunaikan Ibadah Haji di Baitullah (Mekkah)
OLEH ITU APAKAH RAHSIA NYA PUASA?
Yang di lihat dari Sudut Sains Psikologi Kemanusiaan dimana ketika BERPUASA, seseorang itu akan:
  • Merasa Lapar
  • Merasa Dahaga
  • Merasa Terbatas Perbuatan
  • Merasa Terbatas Ungkapan
  • Merasa Terbatas Kegiatan
  • Dimana semua Perasaan ini Tidak Wujud di dalam hari-hari atau bulan-bulan biasa selain di dalam Bulan Ramadhan.
  • Dan setiap orang akan Beringat untuk menjaga segala Tingkah-laku agar tidak melanggar Pantang-Larang ketika mengerjakan Ibadah Puasa.
DALAM PROSES TERSEBUT
  • Telah Wujud Satu Kesadaran dalam Jiwa bahawa segala PERASAAN yang DI ALAMI ketika mengerjakan Ibadah Puasa itu bahawa JIWA kita ini sebenar nya "Tidak Memiliki Apa-Apa Keupayaan" selain daripada Kurnia Allah Swt.
  • Dimana TANPA Makan dan Minum, TANPA Kebebasan Bercakap, Mendengar dan Melihat maka Diri seseorang Manusia itu di ibarat kan sebagai seorang manusia yang sedang Lumpuh atau pun KOMA, dimana Keupayaan untuk bergerak bebas sudah tidak di miliki lagi.
  • Proses ini memberitahu bahawa Tubuh dan Roh Manusia di antara kedua nya Wujud Satu Ikatan yang di kenali sebagai PERNAFASAN.
  • Dimana TANPA IKATAN PERNAFASAN ini maka TUBUH tidak akan memiliki ROH dan ROH tidak akan memiliki TUBUH.
  • Kerana sewaktu Diri seseorang Manusia itu tidak berupaya atau tidak bermaya, hanya DESIRAN NAFAS sendiri yang dapat di dengar dan ini menandakan bahawa IKATAN di antara ROH dan TUBUH itu masih TERIKAT.
APA ITU DI SEBALIK NAFAS?
  • Di dalam NAFAS itulah Wujud nya segala Kekuatan ZAT dan SIFAT Milik Allah Swt yang Di Kurniakan kepada setiap Manusia untuk Menyatu-padukan dan Menggerakkan Roh dan Tubuh
  • Di sini lah Keistimewaan Manusia itu di letakkan oleh Allah Swt sebagai Perbezaan dengan Mahluk-Mahluk ciptaan Nya yang lain, dimana Mahluk yang lain Tidak Memiliki keistimewaan ini.
KERANA SEBAB ITU
  • RUKUN ISLAM yang Pertama ialah Mengucap Kalimah Syahadah, iaitu menerbitkan KEYAKINAN terhadap Tuhan yang menjadi Pencipta Sekelian Mahluk dan setiap Mahluk adalah di bawah Kekuasaan Allah Swt.
  • Kemudian RUKUN ISLAM yang Kedua Mengajar setiap Manusia untuk menunaikan SHOLAT sebagai PENGAKUAN dan KESAKSIAN bahawa Allah Swt itu adalah TUHAN yang MAHA ESA yang bukan sahaja mengurniakan Tubuh dan Roh, tetapi mengurniakan Manusia Kekuatan Zat & Sifat dalam bentuk NAFAS dan menjadi RAHSIA kepada kekuatan Manusia.
RUMUSAN NYA
  • Oleh sebab-sebab tersebut lah, Allah Swt Mewajibkan PUASA kepada Umat ISLAM agar mereka itu SENTIASA SEDAR dan SENTIASA INSAF bahawa TANPA NAFAS mereka hanya sekujur Tubuh yang tidak berguna. 
  • Dimana KEINSAFAN ketika melakukan Ibadah PUASA ini melalui PENGERTIAN yang di sebutkan adalah Suatu KEINSAFAN HAKIKI terhadap TUHAN YANG PALING KEKAL iaitu Allah Swt.
  • Kerana itu di dalam Bulan RAMADHAN ini di galakkan untuk Bersedekah & Berzakat sebanyak yang termampu kerana Mengeluarkan Sedekah itu adalah TANDA KEINSAFAN bahawa setiap HARTA yang kita dapati ini adalah BUKAN MILIK KITA secara hakiki.
TETAPI JIKA
  • KESEDARAN seperti ini tidak dapat DI RASAKAN dan tidak dapat DI FAHAMI maka seluruh kehidupan kita ini Maseh belum Bermakna dan Diri seseorang itu maseh JAUH daripada Tuhan yang menciptakan mereka.
  • Serta maseh jauh daripada KEHIDAYAHAN Allah Swt untuk mengenal Kelemahan Diri sendiri sebagai Seorang Manusia di dalam PERANAN HIDUP masing-masing.
  • Jika ini berlaku, itu bermakna RAHSIA-RAHSIA di dalam Diri tidak dapat di Fahami dan di pelajari untuk di jadikan sebagai Iktibar, Pedoman dan Penyuluh seluruh kehidupan.
  • Dan manusia-manusia yang di dalam golongan ini akan terus menerus hidup di dalam Ketidak-Pastian dan akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah Swt.
  • Dan berkemungkinan (tanpa keredhaan Allah) mereka akan menuju ke jalan yang akan memudharatkan diri mereka sendiri dan berakhir di dalam Api Negara Jahannam
CUBA ANDA LAKUKAN INI
  1. Pejamkan Mata
  2. Kakukan Diri
  3. Dan Dengari Pernafasan anda sendiri
Editor

No comments:

Post a Comment