Sunday 28 August 2011

SEDUTAN SALAM DAN AMANAT IDULFITRI - 2011

Yelaaa.Com - Post#38

SEDUTAN 
SALAM DAN AMANAT IDULFITRI - 2011
Dari DrSoul Loren untuk semua.....

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu....

Kepada Semua Rakan-Rakan di facebook yang di hormati...
Sempena kedatangan dan sambutan Rari Raya Idulfitri 1432 ini, saya DrSoul Loren ingin mengucapkan kepada semua Sahabat Handai dari semua Bangsa dan Keturunan AM nya dan Orang-Orang ISLAM khusus nya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDILFITRI atau EID MUBARAK 2011
DAN DI MOHON AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATHIN......

Kepada Permintaan dan Pertanyaan untuk mengetahui nama sebenar saya atau siapa saya sebenar nya di dalam Dunia kenyataan yang tidak dapat di penuhi - Ampun Maaf saya pinta..!

Kerana itu adalah Prinsip yang menjadi Teras di dalam Penulisan di dalam Blog-Blog TIPsNIAGA.Com, Yelaaa.Com dan di kedua-dua Facebook dan Facebook Page saya.
Dimana NAMA saya itu tidak penting tetapi semua Ilmu-Ilmu Pengetahuan yang saya kongsikan bersama itu lebih penting dan bermakna untuk semua.

Oleh kerana saya sememang nya di kenali sebagai DrSoul Loren di Arena Antarabangsa, maka saya kekalkan nama itu yang saya rasa sangat bersesuaian dengan PERANAN saya sebagai Penulis dan Perakam Ilmu.
Dimana perkataan SOUL itu sendiri membawa pengertian sebagai JIWA atau ROH, maka itu bermakna DrSoul itu tidak wujud secara NYATA di dalam kehidupan anda semua.

Kepada yang berpeluang mengenali saya secara ringkas dan singkat, saya ucapkan jutaan rasa terima kaseh kerana sudi untuk mengenali diri saya secara dekat TETAPI saya terpaksa berpegang kepada Prinsip dan Teras kehidupan yang telah saya tetapkan untuk di sejajarkan dengan PERANAN dan URUSAN saya di Dunia yang FANA ini.
Untuk itu, saya sekali memohon Jutaan Ampun dan Maaf jika anda tidak berpeluang untuk mendekati saya secara berterusan lagi...tetapi saya sangat-sangat menghargai segala Penghormatan dan Sanjungan yang telah anda-anda berikan kepada saya di masa-masa yang lalu.

Kepada yang tidak berpeluang untuk mengenali saya, anda boleh lah mengenali saya menerusi segala Tulisan yang saya siarkan melalui Blog-Blog TIPSNIAGA.Com dan Yelaaa.Com.
Kerana TIPsNIAGA.Com itu adalah TANDA dan TINTA ILMU yang dapat dapat kongsikan bersama anda semua sebagai Sumbangan Ikhlas dari saya.
Dan Yelaaa.Com itu pula adalah mencerminkan isu-isu yang kita harungi di dalam setiap kehidupan di atas Muka Bumi ini, dimana kita selalu berkata "Yelah" atau "Ya Lah" untuk mengiyakan sesuatu yang pernah di rasakan atau di alami oleh orang lain, walau berada di dalam berlainan situasi dan tempat.

Kewujudan DrSoul di dalam Dunia Orang MELAYU di Nusantara termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura melalui Blog-Blog Berbahasa MELAYU tersebut, adalah sebagai langkah untuk memeriahkan ILMU di dalam Rumpun Bangsa MELAYU itu sendiri.
Dimana, melalui pemerhatian saya sebelum ini..kita amat KURANG mendapatkan Input-Input Ilmu Pengetahuan yang bercorak ILMIAH di dalam Hal-Hal TADBIR-URUS, PERNIAGAAN, EKONOMI, POLITIK, SEJARAH, KEROHANIAN, KETUHANAN, PSIKOLOGI KEMANUSIAAN dan Rungkaian serta Kupasan Ilmu dari SUDUT-SUDUT yang sebenar atau di dalam kejadian yang sebenar.

Dimana kebanyakan Buku-Buku atau Rangkaian Ilmu-Ilmu yang di sebutkan kebanyakan nya harus dan perlu DI BAYAR untuk mengetahui nya di dalam TREND penyebaran Ilmu yang Berkonsepkan Perniagaan.
Maka, amat kurang lah Ilmu Pengetahuan yang di berika secara PERCUMA seperti yang berlaku di negara-negara Eropah dan Barat. Dimana mereka sangat mementingkan Penyebaran ILMU sebagai Wadah untuk membiakkan Kecerdasan dan Kebijasanaan seseorang.

Maka, wujud lah pelbagai-bagai Sumber Ilmu di dalam bahasa-bahasa mereka yang di lakukan oleh pelbagai Pertubuhan, Persatuan dan Individu yang kurang terdapat di dalam DUNIA MELAYU.
Dimana, ORANG MELAYU bukan sahaja KETANDUSAN Sumber-Sumber MAKLUMAT ILMU secara PERCUMA tetapi Tulisan-Tulisan mengenai keilmuan ISLAM di dalam BAHASA MELAYU amat sedikit dan tidak mendapat perhatian yang sewajar nya.
Kerana itu, Tahap Pemikiran kita sebagai ORANG MELAYU dan BANGSA MELAYU yang Beragama ISLAM agak Keterbelakang daripada Bangsa-Bangsa dan Agama-Agama yang lain.
Inilah KENYATAAN PAHIT yang harus kita terima dan yang harus kita INSAFI, dimana MASA untuk hidup bersenang lenang secara persendirian di dalam kelompok sendiri harus di ubah dan kita kembali bersaing dengan bangsa-bangsa maju yang lain.

Secara Peribadi, saya melihat permasaalahan yang disebutkan ini agak meruncing di dalam DUNIA MELAYU ISLAM tetapi saya tidak mampu untuk melakukan nya seorang diri..!!!
Kerana ia memerlukan KESEDARAN dan KEMAHUAN untuk merubah dan berubah yang wujud di dalam SETIAP BANGSA MELAYU itu sendiri.
Dan banyak perkara yang kita maseh LEMAH, walaupun sudah lebih 50 Tahun Gagasan Rumpun MELAYU itu MERDEKA dari sebarang PENJAJAHAN.

PENGAKHIRAN KATA
Sambut lah SALAM IDULFITRI dan SALAM KEMERDEKAAN dari saya DrSoul Loren, semoga coretan singkat ini dapat memberikan sedikit semangat untuk melakukan perkara-perkara yang lebih baik lagi...
INSYAALLAH..!!!

Saya akhiri dengan 
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu...!!!!

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

DrSoul Loren
Editor In Chief 
of TIPsNIAGA.Com dan Yelaaa.Com 

No comments:

Post a Comment