Saturday 6 August 2011

ISU KRISTIAN: ADAKAH KRISTIAN MENGGUGAT ISLAM

Yelaaa.Com - Post#21


ISU KRISTIAN: ADAKAH KRISTIAN MENGGUGAT ISLAM
APA HAKIKAT YANG SEBENAR NYA


ISU KRISTIAN
  • Editor bukan ingin mengulas Isu berkenaan serbuan Pihak JAIS terhadap sebuah Gereja yang berlaku baru-baru ini tetapi Editor ingin merungkai sesuatu yang tidak terfikir oleh Umat Islam pada hari ini.
  • Dimana sering kali Masyarakat Melayu Islam di Malaysia merasa tergugat dan cemas dengan apa juga perkembangan dan tindak-tanduk yang di lakukan oleh Penganut-Penganut Agama Kristian.
  • Dan itu menjadi tanggung jawap moral untuk memperkemaskan Fikiran ramai mengenai Isu Kristian ini, agar kekeliruan itu tidak terus menghantui di benak fikiran.
AGAMA KRISTIAN
  • PENGANUT Agama Kristian adalah yang terbesar di Dunia hari ini dengan lebih 2.1 Billion Orang di seluruh Dunia.
  • Dan Agama Kristian ini terbahagi kepada 3 Pecahan Utama seperti Kristian Roma, Kristian Orthodoks dan Kristian Protestan 
  • Kristian Protestan ini seperti  Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili dan Pentekostalisme
  • Dimana Agama Kristian ini di bawa Oleh Nabi Isa as yang di kurniakan Kitab INJIL untuk Kaum Bani Israil selepas kewujudan Kitab TAURAT dan sebelum Kitab AL-QURAN.
  • Dan Agama Kristian hanya wujud kira-kira 2,000 Tahun dahulu iaitu 400 tahun sebelum kemunculan Agama ISLAM.
DALAM SEJARAH
  • Menurut daripada Pengajaran Kitab INJIL yang sebenar, telah di terangkan oleh Allah Swt bahawa akan Wujud Agama terakhir di dalam Dunia ini melalui seorang Nabi yang juga Nabi yang terakhir di atas Muka Bumi ini.
  • Malah Berita tersebut bukan sahaja Wujud dan tertulis di dalam Kitab INJIL tetapi juga di terangkan dengan jelas di dalam Kitab-Kitab sebelum nya iaitu Taurat dan Zabur.
  • Dan ini telah Mengukuhkan kewujudan Agama ISLAM sebelum Agama ISLAM di wujudkan di atas Muka Bumi ini.
  • Dimana tidak ada Manusia, Malaikat, Iblis dan Jin yang MENAFIKAN kata-Kata Allah Swt tersebut dan semua Mahluk yang di Ciptakan oleh Allah Swt mengakui dan menerima nya.
OLEH KERANA ITU
  • Di dalam kewujudan AGAMA ISLAM, tidak wujud Unsur-Unsur daripada Kitab-Kitab Agama yang terdahulu yang Merendahkan Taraf Al-Quran dari semua Sudut Firman Allah Swt.
  • Malah semua Firman-Firman Allah Swt yang tertera di dalam Al-Quran itu telah Mengukuhkan Apa juga yang tersurat dan yang tersirat di dalam Kitab-Kitab Allah yang sebelum nya itu.
  • Ini membawa maksud yang jelas bahawa Apa yang Allah Swt Frimankan melalui Al-Quran itu adalah yang berbentuk TERKINI, yang SAHIH dan yang MUKTAMAD.
  • Dan itu membawa Penerangan yang sangat jelas bahawa Allah Swt telah melengkapkan segala MAKLUMAT yang di Turunkan secara berperingkat melalui 4 Kitab Utama seperti Kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran.
  • Dimana semua Ulama dan Ahli Kitab memperakui apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu adalah yang sebenar-benar nya Kata-Kata Allah Swt dengan di sertakan Jaminan Kesahihan nya TERPELIHARA hingga ke Akhir Zaman.
  • Atas Jaminan tersebut, Kitab Al-Quran tidak akan dapat di pesongkan INTIPATI dan INTISARI ASAL nya oleh sebarang Mahluk yang di Ciptakan oleh Allah Swt.
  • Dan sehingga ke hari ini setiap Ayat-Ayat dari Firman-Firman Allah Swt di dalam Al-Quran telah TERPELIHARA dengan RAPI walaupun pelbagai percubaaan untuk memesongkan nya telah di usahakan oleh ramai Manusia semenjak Zaman Nabi Muhammad Saw lagi.
ADAKAH AGAMA KRISTIAN ANCAMAN KEPADA ISLAM?
  • Jawapan yang Pasti ialah TIDAK!
  • Agama ISLAM tidak pernah Tercabar atau Tergugat dari hari Pertama Ayat dari Firman-Firman Allah Swt itu di Wahyukan kepada Nabi Muhammad Saw 
  • Al Quran di turunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, dimana 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah
  • Kerana dengan Penurunan Al-Quran, Allah Swt telah memberitahu kepada semua Umat Manusia bahawa apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu telah memperbaharui apa yang telah di Firmankan di dalam Kitab-Kitab yang terdahulu.
  • Dan itu secara otomatik nya, Kitab-Kitab yang terdahulu itu MANSUH dan segala AJARAN yang terdahulu juga DI TAMATKAN.
  • Bermakna, setiap Umat Manusia hanya bersandarkan kepada Kitab Al-Quran sebagai Firman Allah Swt yang Terbaharu dan Terkini.
RAHSIA TERSIRAT NYA
  • Dengan MEYAKINI Al-Quran dan Hadith-Hadith SAHIH yang di lakukan Oleh Nabi Muhammad Saw sebagai Penambah-jelasan mengenai sesuatu Firman yang di turunkan, maka Agama ISLAM itu menjadi AGAMA TERAKHIR untuk Umat Akhir Zaman.
  • Dan apa juga Godaan, Tuduhan, Tohmahan, Dakyah atau Pedoman yang di lakukan oleh Orang-Orang yang maseh menganut Agama-Agama yang terdahulu seperti Agama Kristian atau Yahudi itu adalah di Klasifikasikan sebagai Tidak lagi Relevan, Tidak lagi Sahih dan Tidak lagi mempunyai Erti.
  • Kerana Evolusi Keagamaan itu telah di lengkapkan oleh Allah Swt menerusi Penurunan Al-Quran Al-Karim.
SEBALIK NYA
  • Agama-Agama yang terdahulu itulah yang merasa TERCABAR dan TERPENCIL berikutan Penurunan Al-Quran yang di lakukan oleh Allah Swt.
  • kerana sebab-sebab tersebut lah Para Penganut Agama-Agama yang terdahulu ini bekerja dengan keras untuk mengukuhkan Kedaulatan Agama mereka supaya terus Kekal sebagai Agama yang Terakhir.
ITU BERMAKNA
  • Penentangan yang di lakukan oleh Penganut-Penganut Agama-Agama Allah yang terdahulu itu dengan jelas telah MENGINGKARI Perintah Allah Swt yang di wujudkan dan di terangkan melalui Al-Quran.
  • Dan tidak ada sebab-sebab yang KUKUH atau KUAT untuk Umat ISLAM harus Tergugat atau Takut dengan Dakyah yang di lakukan oleh Golongan tersebut.
  • Sebalik nya Umat ISLAM itu harus pula bekerja dengan keras untuk memberikan Penerangan-Penerangan Jelas terhadap mereka dengan Rasa penuh Kasih dan Sayang dan bukan memberi TENTANGAN atau MEMUSUHI mereka.
  • Kerana melakukan TENTANGAN dan PERMUSUHAN tanpa sebab-sebab yang KUKUH adalah bertentangan dengan AJARAN yang di jelaskan oleh Firman-Firman Allah Swt di dalam Al-Quran.
  • Supaya segala KEKELIRUAN mereka mengenai PEMBAHARUAN AGAMA yang di jelaskan oleh Allah Swt itu dapat di terima dengan baik dan mereka bersedia untuk menuruti nya.
APA YANG DI PERLUKAN IALAH
  • DAKWAH yang menyeluruh untuk Umat Manusia bagi MENGETAHUI dan MEMPELAJARI ISLAM sebagai AGAMA TERAKHIR harus di pergiatkan.
  • Kerana ISLAM itu bercorak UNIVERSAL dan setiap HUKUM HAKAM yang di Syariatkan itu pula  juga bercorak UNIVERSAL yang SESUAI untuk semua BANGSA MANUSIA.
  • Dan Tidak Ada SEBAB yang KUKUH untuk setiap MANUSIA untuk MENOLAK Ajaran Al-Quran kerana PERISIAN Al-Quran itu adalah 100% FIRMAN-FIRMAN ALLAH Swt.
KEFAHAMAN AL-QURAN
  • KEFAHAMAN mengenai TUJUAN kewujudan Al-Quran ini HARUS di pertingkatkan di kalangan Umat ISLAM itu sendiri dan bukan membuat Kefahaman untuk Memahami Al-Quran itu menjadi SUSAH untuk di fahami oleh semua Lapisan Manusia.
  • Sehingga di kalangan Umat ISLAM itu sendiri berperangan untuk menegakkan ALIRAN KEFAHAMAN masing-masing
  • Yang terpesong jauh dari AJARAN AGAMA ISLAM yang sebenar-benar nya sehingga Aliran Kefahaman mengenai ISLAM itu terpecah menjadi 73 bahagian.
YANG MUDAH NYA
Untuk memahami Apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam Firman-Firman Allah Swt di dalam Al-Quran hanya menggunakan TIGA (3) Kaedah sahaja.
PERTAMA:
  • CARA untuk MENGENALI TUHAN dengan jalan MENGENALI NYA melalui segala SIFAT-SIFAT Allah Swt
  • Dimana KEILMUAN ini telah di Kumpulkan dan telah menjadi Cabang Ilmu nya yang tersendiri dan lebih di kenali sebagai ILMU TAUHID.
KEDUA:
  • CARA untuk MENGETAHUI TUHAN dengan jalan MEMAHAMI NYA melalui TINDAKKAN-TINDAKKAN Allah Swt terhadap sebarang KEINGKARAN untuk mengikuti Apa yang telah Di Syariatkan untuk Manusia.
  • Dimana KEILMUAN ini telah pula di kumpulkan dan menjadi Cabang Ilmu yang tersendiri, dan di kenali sebagai ILMU FIQAH
KETIGA:
  • CARA untuk MEYAKINI TUHAN dengan jalan MERASAI NYA melalui segala KURNIA dan HIDAYAH yang di turunkan untuk Umat Manusia di bawah Nabi Terakhir Nabi Muhammad Saw.
  • Dan KEILMUAN untuk MERASAI kewujudan Allah Swt ini pula telah di kumpulkan dan menjadi Cabang Ilmu yang tersendiri, dimana ianya di kenali sebagai ILMU TASSAWUF.
ITU MEMBAWA MAKSUD
  • Al-Quran itu mengajar Manusia untuk MENGETAHUI Allah Swt itu dengan 3 Proses yang Mudah dan telah di susun dengan rapi segala maklumat yang berlandaskan segala FIRMAN-FIRMAN Allah Swt dan di bantu dengan KETERANGAN Hadith-Hadith SAHIH daripada Ungkapan Nabi Muhammad Saw.
  • Proses nya, MENGENAL melalui Ilmu TAUHID dan MENGETAHUI dengan Ilmu FIQAH dan MERASAI dengan Ilmu TASSAWUF.
  • Dimana TANPA Dukungan setiap Satu daripada KAEDAH tersebut maka akan berlaku lah KEPINCANGAN di dalam KEFAHAMAN mengenai APAKAH SEBENAR NYA ITU ISLAM.
SERUAN UNTUK UMAT ISLAM
  • Bersangka baik lah dengan Orang-Orang yang maseh menganut Agama-Agama yang terdahulu dan Hindarkan segala Perasaan Syak Wasangka.
  • Kerana melalui Perasaan Syak Wasangka itu lah IBLIS dan SYAITAN akan memainkan Peranan untuk menerbitkan API KEDENGKIAN sesama Umat Manusia, agar mereka mempunyai Pengikut untuk memasuki NERAKA JAHANAM.
  • Dimana perkara ini telah di sebutkan oleh Allah Swt melalui banyak Firman-Firman Nya dan menjadi Kewajipan kita sebagai Umat yang BERTUAH memiliki ISLAM untuk menyedari Fungsi Iblis dan Syaitan untuk Memporak-Perandakan Manusia.
KERANA
  • Seorang ISLAM yang TULIN tidak akan Terpengaruh dengan APA juga Pengaruh yang di gerakkan oleh Iblis dan Syaitan dengan KEKUATAN IMAN terhadap Allah Swt.
  • Dimana IMAN itu pula membawa maksud bahawa kita 101% YAKIN terhadap Allah Swt dan bukan terhadap yang lain selain dari Allah.
Editor

No comments:

Post a Comment