Wednesday 10 August 2011

PERKAHWINAN: MENGAPA RAMAI YANG GAGAL BERTAHAN

Yelaaa.Com - Post#23


PERKAHWINAN: MENGAPA RAMAI YANG GAGAL BERTAHAN
APAKAH PUNCA PENYEBAB NYA


PERUTUSAN EDITOR
  • Banyak Kes-Kes Penceraian Perkahwinan berlaku dan banyak pihak akan menyalahkan di antara satu dengan yang lain tanpa memberikan sedikit ruang untuk berfikir mengenai Apakah Faktor Pendorong di dalam kebanyakan Kes Penceraian.
  • Di dalam hakikat sebenar nya, setiap Faktor Penceraian itu telah bermula daripada DIDIKAN AWAL yang di terima oleh seseorang itu di dalam Tumbuh-Besaran yang mereka terima daripada IbuBapa mereka sendiri.
  • Dimana kebanyakan IbuBapa tidak memberi atau mengajar Nila-Nilai Murni di dalam MENGHARGAI PERHUBUNGAN dan membiarkan Anak-Anak membina Nilai-Nilai mereka sendiri tanpa Bimbingan yang Sewajarnya. 
  • Pembetukkan Diri akan bermula daripada Awal Kehidupan Anak-Anak yang secara dasarnya akan memilih IbuBapa mereka sebagai IKON yang mereka contohi.
  • Jika Corak Kehidupan IbuBapa mereka itu menunjukkan Nila-ilai kehidupan yang Buruk, maka Anak-Anak akan mencontohi mereka atau akan mempengaruhi seluruh kehidupan mereka.
KENAPA BANYAK KES CERAI
Ini adalah di sebabkan oleh Tiga Perkara iaitu Hal Pergerakan, Pengaruh Suasana dan Pengasingan Persekitaran.
  • Pada Zaman dahulu, setiap Perkahwinan berlaku daripada Kawasan atau dari Daerah yang sama dalam Suasana kehidupan yang tidak banyak berbeza di antara Pasangan.
  • Kerana itu Perkahwinan Orang dahulu dapat bertahan lama di sebabkan oleh Pendidikan dari Persekitaran yang sama serta tidak banyak bertentangan Budaya dan Kefahaman.
  • Jadi mereka lebih mudah untuk menyesuaikan diri terdapat pasangan masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka membesar di dalam kawasan yang sama.
  • Faktor ini akan Kurang untuk menimbulkan Konflik di dalam Rumah Tangga yang mereka Bina kerana mereka lebih Cenderung untuk Berkongsi Nilai dan Aspirasi Kehidupan.
  • Pasangan Zaman dahulu juga sering berkongsi Kehidupan secara Bersama di dalam Hal-Hal Ekonomi, Perbelanjaan, Impian Masa Depan untuk Seisi keluarga.
  • Pasangan Dahulu juga tidak dapat bergaul dengan Dunia Luar secara bebas di sebabkan oleh faktor Persekitaran yang agak TERPENCIL dengan Kemajuan
  • Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih Kondusif dan kurang terdedah kepada gejala dan pengaruh Persekitaran yang songsang.
  • Dan ini sangat berbeza dengan Pasangan Suami Isteri yang wujud pada hari ini yang sangat terdedah kepada segala Faktor Pergerakan, Pengaruh Suasana dan Pengasingan Persekitaran. dan ini menyebabkan mereka mudah Terpengaruh yang boleh menjejaskan Perhubungan Suami isteri.
    TIDAK MENGIKUTI KEPUTUSAN LOGIK
    • Pada Zaman ini keadaan telah banyak berbeza dan berubah, di mana Nilai-Nilai Murni di dalam Perhubungan Suami Isteri itu tidak dapat di wujudkan secara Harmonis.
    • Ini di sebabkan oleh Tumbuh-Besaran dari Suasana Persekitaran yang berbeza Tempat dan Keadaan serta Pendidikan Awal yang berbeza menurut Pengaruh Keluarga dan Persekitaran
    • Dan Wanita-Wanita di Zaman ini merasa lebih "Di Lindungi" kerana Di Lindungi dengan kemampuan Ekonomi yang cukup Kuat daripada keluarga sebelum mereka Berkahwin.
    • Ini lebih membuat mereka itu lebih "berani" untuk menentang atau "tidak mahu menerima" sebarang KESUKARAN apabila mengharungi kehidupan berumah-tangga di dalam keadaan yang serba kekurangan.
    • Kebebasan Ekonomi dan Kemampuan Kewangan juga telah merubah pemikiran Kaum Wanita untuk lebih Berdikari dan tidak akan menggantungkan Harapan penuh terhadap Pasangan.
    • Dan ramai Kaum Wanita hari ini yang lebih Berpendidikan Tinggi serta Berpendapatan Lumayan daripada pasangan masing-masing dan ini banyak mendorong mereka untuk lebih memiliki "Kuasa" daripada Suami.
    • Matlamat Hidup yang di tuntut oleh Wanita hari ini juga telah jauh berbeza daripada Wanita-Wanita Zaman dahulu, dimana pada hari ini kaum Wanita lebih menuntut kepada Hal-Hal Kebebasan Peribadi sebagai seorang Individu daripada kedudukan sebagai seorang isteri.
    • Dan ini akan mewujudkan banyak Perbalahan di dalam Rumah-Tangga yang di bina yang boleh mendorong kepada Penceraian.
    SIKAP TERLALU MEMILIH
    • Wanita hari ini juga lebih memilih Pasangan dengan pelbagai Kriteria dengan Motif yang Salah dengan Pendirian Hidup mereka.
    • Seperti mengutamakan Hal-Hal Fizikal, Kuasa Politik, Kekuatan Ekonomi yang ingin mereka Rasai dan Kuasai nya daripada Pasangan.
    • Dan lebih cenderung untuk menggunakan kelebihan Tradescantia Paras Rupa untuk MEMIKAT Kaum lelaki yang memiliki Kriteria yang mereka Idamkan.
    • Akhir nya, kehidupan mereka di selubungi oleh Masaalah kerana mendapat Pasangan yang Tidak Tahu untuk MENGHARGAI Diri mereka secara Jujur dan Ikhlas dan menjadikan Isteri seperti itu sebagai Alat Pemuas Nafsu sahaja dan tidak lebih daripada itu.
    • Dan Golongan seperti ini akan menghadapi Tekanan dan kemurungan di dalam Kehidupan mereka bersuami isteri.
      BANYAK ANDAIAN DARI BERTANYA
      • Pasangan pada hari ini juga banyak Terjebak dengan Persekitaran yang tidak sihat dimana banyak Hal-Hal Negatif mengenai Pasangan masing boleh di ketahui secara mudah melalui kemudahan dan kecanggihan teknologi seperti SMS, MMS dan INTERNET.
      • Ini mendorong mereka untuk bergaduh atau Berselisih Faham di atas sebab-sebab yang tertentu serta MUDAH mentakrifkan sesuatu kejadian itu hanya melalui ANDAIAN daripada apa yang di lihat dan yang di dengar tanpa melakukan sebarang Siasatan dan Pertanyaan.
      • Walaupun sesuatu Kejadian itu nampak Sahih kerana di sertakan dengan Gambar-Gambar yang jelas sesuatu Perhubungan dengan Pihak lain kerana Orang pada Zaman ini sangat YAKIN dengan MEDIA dan TEKNOLOGI seperti itu
      • Akhir nya ada segelintir Pasangan yang mengambil keputusan untuk terus Hidup Bersama tetapi dengan Berbeza Haluan Hidup.
      • Serta wujud juga Kes-Kes dimana setiap Pasangan memiliki Pasangan Rahsia masing-masing yang di lakukan tanpa pengetahuan.
        JANGKAAN TIDAK REALISTIK
        • Pasangan Suami isteri pada Zaman ini juga tidak memiliki Jangkaan Hidup yang REALISTIK terhadap Pasangan masing-masing.
        • Dimana selalu nya mereka meletakkan jangkaan yang lebih tinggi terhadap Pasangan dan apabila pasangan mereka itu GAGAL untuk menepati nya, maka akan wujud pelbagai andaian dan perbezaan Pendapat.
        • Ini di sebabkan oleh Kurang Pemahaman di antara satu dengan yang lain kerana sebelum ini mereka tidak membesar di kawasan dan daerah yang sama serta berbeza Pendidikan.
        • Berbeza dengan Pasangan yang telah Mengenali diri pasangan lebih lama sebelum mendirikan Rumah Tangga, dimana Tahap Pemahaman terhadap Pasangan mereka itu lebih tinggi
        MENYELAMAT DAN MEMBENTUK
        • Pasangan di Zaman ini juga tidak berusaha untuk menyelamatkan sebarang KERETAKAN di dalam Kehidupan Rumah Tangga mereka dan lebih Cenderung untuk menuntut CERAI apabila sesuatu perbalahan tidak mendapat penyelesaian, walaupun sesuatu Perbalahan itu sangat Remeh dan Kecil.
        • Ini di sebabkan oleh TIDAK WUJUD KEMAHUAN untuk MEMBENTUK Rumah Tangga yang di bina itu kepada Suatu KEHIDUPAN yang HARMONIS
        • Dan kurang nya langkah-langkah untuk MENGENALI Sifat-Sikap buruk dan baik Pasangan masing-masing untuk di MATLAMATKAN sebagai KUNCI KEHARMONIAN berumah tangga. 
          AKIBAT PERBEZAAN BUDAYA
          • GAGAL untuk menyesuaikan diri dengan BUDAYA HIDUP yang berbeza juga menjadi KEGAGALAN UTAMA kepada pasangan di Zaman ini.
          • Terutama yang terlibat dengan PERKAHWINAN CAMPURAN di antara bangs-Bangsa Asing yang tidak sebangsa dengan mereka.
          • Dimana USAHA mereka untuk mengadaptasi Budaya Pasangan masing-masing itu Gagal di lakukan atau di serap ke dalam kehidupan masing-masing.
          • Dan Kegagalan ini telah melepasi Rasa Kasih dan Sayang yang mereka jalin di permulaan Perkahwinan lalu menjadi Masaalah Utama di dalam kehidupan mereka.
          AKIBAT SIKAP BERPURA-PURA
          • Wujud juga Faktor Hidup berpura-pura di kalangan Pasangan Suami Isteri pada Zaman ini, dimana dalam kebanyakan Kes, ramai yang sebenar nya Tidak Mencintai Pasangan masing-masing secara Jujur dan Ikhlas.
          • Ini di dorong oleh KEMAHUAN mereka untuk mengecapi Kemewahan Hidup daripada kemewahan pasangan yang mereka tidak dapat kecapi di dalam kehidupan sebelum nya.
          • Ada juga yang berkahwin kerana Terpaksa atau Di Paksa oleh sesuatu Keadaan dan akhir nya Suasana di dalam Perkahwinan itu lebih kepada ke-pura-puraan.
            AKIBAT BERSIKAP TERLALU PASRAH
            • Ada juga Pasangan yang terlalu PASRAH kepada NASIB sehingga mereka menerima apa sahaja KEBURUKAN Pasangan masing-masing sehingga memudharatkan diri mereka sendiri.
            • Dimana banyak Kes berlaku samaada Si Isteri atau Si Suami terlibat di dalam Kes-Kes penderaan dari pasangan masing-masing.
            • Mereka hanya tersedar apabila sesuatu Kes itu di bawa ke Mahkamah dan apabila pasangan yang Zalim itu menerima Hukuman nya kerana Penderaan dan Keganasan Rumah Tangga yang mereka lakukan.
            • Ada juga terlibat di dalam Kes-Kes Poligami dan Monogami yang Tidak Adil sehingga HAK mereka sebagai Isteri DI ABAIKAN oleh Pihak Suami dengan SENGAJA.
            AKIBAT SINDROM BERJUDI
            • Ada juga Rumah Tangga yang RUNTUH di sebabkan oleh TABIAT BERJUDI yang di lakukan oleh pasangan masing-masing
            • Dimana dalam kebanyakan KES, sikap Berjudi ini meruntuhkan seluruh Ekonomi sesebuah Rumah Tangga dan meninggalkan kesan yang sangat NEGATIF terhadap seisi keluarga.
            • Dan Sikap suka Berjudi ini juga bertalian dengan Sikap-Sikap suka mabuk dengan Arak dan Berfoya-foya di luar secara bebas.
            • Ini telah merosakkan Kewibawaan mereka sebagai seorang Suami atau sebagai Isteri di dalam Perkahwinan kehidupan berumah tangga.
            PERWATAKAN BERMASAALAH
            • Ada juga Pasangan yang memiliki Masaalah Personaliti yang agak mencabar apabila ada di antara Pasangan itu yang MALAS BERUSAHA atau BEKERJA untuk menyara seisi keluarga.
            • Dimana Sikap tersebut terdorong oleh SIKAP MALAS yang telah mereka Amalkan sebelum mendirikan Rumah Tangga.
            • Banyak terdapat Kes-Kes yang Suami yang MALAS bekerja kerana terlalu bergantung kepada IbuBapa mereka sendiri atau Isteri
            • Ini kerana mereka telah terdidik dengan kemewahan kehidupan atau Rasa kasih Sayang yang terlebih Batas yang di tunjukkan oleh IbuBapa mereka.
            • Akhir nya, Anak-Anak seperti ini tidak boleh Berdikari apabila mereka mendirikan Rumah Tangga sendiri.
              UNTUK BERKAHWIN SEMULA
              • Akal fikiran mungkin memberitahu kita bahawa perkahwinan kedua mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi kerana kita telah belajar dari kesilapan dalam perkahwinan pertama kami.
              • Malangnya, ini tidak benar.
              • Berdasarkan Fakta-Fakta yang telah terkumpul wujud senarai 5 sebab utama mengapa perkahwinan kedua gagal. Mengambil kesempatan ini untuk belajar daripada kesilapan orang lain untuk membuat ini perkahwinan yang terbaik.
              PERTAMA: KES TARIK-TALI
              • Pertandingan ini bermula apabila seorang wanita memasuki perkahwinan kedua, tetapi suami barunya keliru tentang peranan beliau dalam perkahwinan itu berhubung dengan anak-anaknya. Dia mahu isteri barunya untuk membuat SUAMI keutamaan dan kanak-kanak mahu ibu mereka untuk membuat MEREKA keutamaan.
              • Ini "tarik tali" mewujudkan kebencian dan kemarahan yang meninggalkan wanita dalam perasaan berbelah bahagi seperti dia telah terpaksa "memilih antara hidup dengan mati". 
              • Ia juga salah satu sebab-sebab utama bahawa kadar perceraian perkahwinan kedua adalah lebih tinggi daripada perkahwinan pertama.
              • Tetapi fakta yang menyedihkan ini hanya SETENGAH perbalahan di dalam "tarik tali" yang membawa kepada perceraian kedua.
              KEDUA: KES ISTERI-ISTERI BERPERANG
              • Sebahagian dari "tarik tali" itu melibatkan Bekas Pasangan (biasanya wanita) yang cuba untuk mendapatkan lebih banyak Wang bekas suami. 
              • Sejak bergelar bekas Suami dia merasakan dia berhak menuntut kepada Wang si Suami itu kerana "apa yang dia telah lalui".
              • Dimana bekas isteri berpendapat bahawa Wang bekas Suami itu adalah kah Anak-Anak nya walaupun si Suami telah berkahwin lain.
              • Ini telah mewujudkan banyak masaalah terhadap kehidupan bekas Suami dengan isteri nya yang baharu dimana kehidupan mereka akan lebih tertekan.
              • Dan Isteri baharu bekas Suami pula akan mempertahankan Hak nya pula dan akan berlaku lah peperangan di antara Isteri dan Bekas isteri.
              • Sehingga Pihak Mahkamah memutuskan untuk pemberian Nafkah menurut Undang-Undang yang sesuai.
                KETIGA: KES SALAH PILIH 
                • Ini adalah satu lagi sebab yang besar mengapa perkahwinan kedua gagal. Melangkah ke dalam perkahwinan kedua tanpa menyedari mengapa yang pertama gagal adalah seperti NASA membina sebuah roket baru sebelum mencari kenapa yang terakhir meletup.
                • Sebaliknya memberi tumpuan kepada apa yang BENAR-BENAR salah dalam perkahwinan terakhir mereka, orang-orang sering meletakkan kesalahan semata-mata kepada bekas suami atau isteri mereka. 
                • Mereka akhirnya mempercayai bahawa kunci kepada perkahwinan yang bahagia adalah semata-mata mencari rakan kongsi yang sesuai.
                • Perasaan baik TIDAK akan membuktikan bahawa anda telah menemui satu PENCARIAN yang baik kerana pada hakikat yang sebenar nya anda HANYA berkahwin kerana Perasaan SUKA antara satu sama lain dan ini telah meletakkan diri anda untuk melakukan kegagalan.
                KEEMPAT: KES TERLALU BERANI 
                • Dalam perkahwinan kedua, ia lebih mudah untuk mendapatkan perceraian kerana tidak ada rasa takut yang tidak diketahui seperti apabila anda rancangkan perceraian dalam perkahwinan pertama anda.
                • Orang dalam perkahwinan kedua adalah jauh kurang bersedia untuk memaafkan dan melupakan ketidak-sempurnaan pasangan mereka, namun mereka LEBIH bersedia untuk memilih jalan keluar kerana mereka telah melalui perceraian sebelum ini.
                KELIMA: KES PEMILIKAN 
                • Sama ada anda suka atau tidak, WANG memainkan peranan yang besar dalam tiap-tiap perkahwinan, akan tetapi kebanyakan masalah wang benar-benar memendekkan Usia Perkahwinan
                • Hal ini berlaku dalam perkahwinan kedua kerana kebanyakan orang telah biasa mengalami kelumpuhan kewangan dan menjadi sebab perceraian, kerana mereka rasa kurang terjamin dari segi kewangan daripada mereka apabila mereka mula-mula berkahwin 
                • Apabila wanita berhadapan dengan suami yang mendesak ke atas pendapatan yang berasingan, mereka boleh berasa tidak selamat, tetapi lebih penting lagi, mereka mula rasa kesangsian yang bertentangan dengan apa yang dia cari seperti Keselamatan dari segi kewangan dan emosi.
                • Jadi, apabila suaminya berkeras untuk "wang anda" adalah "wang saya", dia melihat ini sebagai pertanda bahawa dia tidak boleh dipercayai dalam hal-hal kewangan.
                • Sejak dia tidak pasti sama ada suaminya untuk melindungi DIA atau melindungi dirinya DARI beliau, isu amanah SENTIASA akan menjadi tekanan pada perkahwinan kedua ini melainkan jika ia membawa kepada cahaya di dalam kehidupan nya.
                • Ini adalah Nasihat yang terbaik yang boleh memberikan anda jadikan sebagai Panduan secara terbuka sebelum anda membuat Komitmen untuk berkahwin buat kali kedua
                • Ia tidak boleh menimbulkan 'rasa romantis' untuk membincangkan kepercayaan dan nilai-nilai tentang isu-isu seperti wang dan kanak-kanak, tetapi jika anda ingin membuat perkahwinan kedua sebagai  terakhir anda, maka ia benar-benar KRITIKAL untuk anda mencari apa-apa kelemahan yang berpotensi untuk memusnahkan perkahwinan baru anda.
                • Lebih cepat anda mengetahui nya semua secara terbuka, maka itu adalah  yang lebih baik untuk kehidupan anda seterus nya.
                Editor

                No comments:

                Post a Comment