Tuesday 16 August 2011

HARTA PUSAKA: MASIH RAMAI ORANG ISLAM BERBALAH

Yelaaa.Com - Post#30


HARTA PUSAKA: MASIH RAMAI ORANG ISLAM BERBALAH
KERANA IKUTKAN NAFSU SERAKAH UNTUK MEMBOLOT HARTA SI MATI


PERUTUSAN EDITOR
  • MASAALAH mengenai HARTA PUSAKA iaitu sesuatu HARTA Peninggalan dari seseorang yang meninggal Dunia sering di jadikan Perbalahan di kalangan Ahli Keluarga.
  • Dimana ada yang ingin sesuatu Pembahagian Harta Peninggalan itu di lakukan menurut kehendak dan Peraturan mereka sendiri.
  • Dan ada juga Kes-Kes seseorang dari sesebuah keluarga MEMBOLOT kesemua Harta Peninggalan tanpa MEMBAHAGIKAN nya kepada yang Layak yang terutama nya di dalam Syarat-Syarat yang di tetapkan di dalam ISLAM
  • Akhir nya, banyak Perselisihan Faham berlaku di antara Ahli Keluarga dan yang lebih buruk ialah kes-kes itu di bawa ke Mahkamah.
TETAPI..APAKAH YANG SEBENAR NYA BERLAKU
Berdasarkan kepada Kes-Kes yang di rujuk ke Mahkamah dan Aduan-Aduan yang di terima mengenai Pembahagian Harta Pusaka yang Tidak Adil ini adalah di sebabkan oleh:-
  1. Kejahihan seseorang itu mengenai Hukum Hakam di dalam Islam mengenai Pembahagian Harta Pusaka.
  2. Perasaan TAMAK untuk MEMBOLOT semua Harta Peninggalan untuk Kepentingan Diri Sendiri  walaupun mereka SEDAR Wujud nya Hukum Pembahagian Harta Pusaka di dalam Islam.
  3. Kerana di dorong oleh Pihak Ketiga yang tidak berkaitan dengan Ahli keluarga tersebut dengan Tujuan untuk MEMBOLOT Harta Peninggalan tersebut.
  4. Atau di sebabkan oleh sesuatu WASIAT yang di tinggalkan oleh Si MATI yang di Rasakan sebagai Tidak Adil di dalam Peruntukan Pembahagian Harta semasa mereka itu masih hidup kerana hanya memihak atau menguntungkan seseorang atau lebih Ahli Keluarga
  5. Atau Pewaris yang SAH tidak dapat di kenal pasti di sebabkan Dokumen-Dokumen Perkahwinan yang Tidak Lengkap, Tidak Wujud atau sudah hilang atau Terhapus di dalam keadaan yang tertentu.
MASAALAH TERSEBUT DI SEBABKAN OLEH
  • Ketidak-perihatinan Individu terhadap sesuatu Proses PERKAHWINAN dengan tidak menitik-beratkan Isu-isu Dokumentasi yang SAH
  • Yang di lakukan hanya untuk melepasi Hukum Syarak tetapi tidak mengikuti Perundangan Nikah Kahwin di dalam sesuatu Negara.
  • Dan proses Penyimpanan Dokumen-Dokumen Penting Peribadi yang tidak sempurna sehingga ianya boleh hilang begitu sahaja.
  • Ini semua akan mewujudkan pelbagai MASAALAH di dalam Pembahagian Harta Pusaka dan untuk Meluluskan sesuatu proses TUNTUTAN HAK terhadap Harta Pusaka.
PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA
Takrif Harta Pusaka Kecil
  • TAFSIRAN yang diberikan di bawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta Pusaka Kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagian nya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). 
  • Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat di bawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. 
  • Ia dianggap sebagai Pusaka Besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh di pakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan  Peraturan pewasiatan dalam Islam.
Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil
Setiap Permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu borang A. Setiap permohonan mestilah di sertakan dengan:
1.Bukti Kematian
  • Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
  • Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
  • perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
  • perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
2.Salinan Hak Milik
  • Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;
3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih
  • Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).
  • Siapakah yang berhak memohon? Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:
  • Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
  • Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
  • Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
  • Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
  • Amanah Raya Berhad.
Menghadiri Pembicaraan
  • Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
  • Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
  • Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT RUJUK DI SINI
  1. ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA. Baca Sini
  2. MAKLUMAT PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA Baca sini
  3. LIABILITI HAK BERKAITAN HARTA PUSAKA - JAKIM Baca Sini
  4. AMANAH RAYA Baca Sini
  5. MAKLUMAT TAMBAHAN Baca Sini
NASIHAT KEPADA YANG BERMASAALAH
  • Jika anda menemui Masaalah untuk melakukan sebarang Tuntutan Harta Pusaka, anda di nasihatkan untuk mengambil Khidmat PEGUAM SYARIE yang Pakar di dalam Perundangan Pembahagian Harta Pusaka
  • Kerana dengan menggunakan Cara ini akan banyak perkara-perkara yang tidak di ingini boleh di elakkan dan di selesaikan secara Aman.
PAUTAN KEPADA PEGUAM SYARIE
Editor

No comments:

Post a Comment